Sunday, February 17, 2008

SINGA MAHASISWA

SINGA GERAKAN MAHASISWA
Oleh mamat.com

Teringat sekeping gambar dalam buku tulisan Kamarazaman Yaacob dimana singa gerakan sosialis, Abu Zar memimpin demonstrasi walaupun cedera dan berjahit pada kepalanya. Gelaran Singa Gerakan Mahasiswa penulis berikan kepada seorang yang berjuang dan berwatak militan dan radikal. Pada zaman Anwar Ibrahim, Ibrahim Ali merupakan Singa GM yang mengegarkan demonstrasi. Begitu juga dengan Nordin Razak.

Pada pilihanraya kampus 2003 di universiti malaya, penulis telah dikejutkan dengan laungan tidak setuju secara terang-terangan sehingga berlaku kekecohan pada suasana pagi semasa pengiraan undi PRK. Singa yang penulis maksudkan pada malam itu ialah saudara Nawawi. Saudara Nawawi ini adalah siswa yang baik, acap kali penulis temui ketika solat berjemaah maghrib di Masjid al Rahman. Disinilah penulis berkenalan mesra dengan dia. Pada tahun akhir, penulis dibelanja oleh dia di kolej pertama bersama seorang adik dari kedah, ketika itu penulis serah draf L.A penulis untuk arkib PMIUM. Seingat penulis saudara Nawawi dan saudari Hairin Herlina adalah orang yang penulis serah draf dan hasil karya penulis. Dia rela menjual kerepek bagi mengutip dana PMIUM. Untuk tampil, berucap menentang kemungkaran, saudara Nawawi dengan berwatak singa mengambil risiko boleh digantung universiti. Selang beberapa hari peristiwa itu, dia datang ke rumah sewa di Pantai Dalam bersama rakan serumah penulis, wan budak Geografi berasal dari Bachok, Kelantan.

Pada zaman Hanif Baderun, seorang siswa layak digelar singa GM mungkin Zulfaqar. Penulis tidak pasti dia atau seorang lagi Zulwaqar(kini termenung di Keningau, Sabah) yang terlibat dalam kes penahanan Bas. Jika budak yang berlari dari kolej tiga adalah zulfaqar pertama itu. Maka layak dia menjadi singa gerakan mahasiswa. Penulis dapati banyak kes dia berdemonstrasi dan kes tumbuk saudara Kalam(jika tidak silap, hehe). Mahasiswa ‘ganas’ dan watak ‘taliban’ sukar dicari pada kini. Mantan Presiden PMIUM, Nazree Yunus juga dilihat radikal. Jarang sekali PMIUM mengadakan rapat umum pilihanraya kampus seumpama zamannya(mungkin dah dapat penaja waktu tu).

Pada zaman penulis, saudara Mat Sabu Junior boleh dikatakan singa pada ketika itu. Orang macam mat sabu ini sanggup mati kerana perjuangan. Penulis masih ingat betapa tegangnya ketika peralihan kuasa tampuk pimpinan PMIUM kepada ustaz Ramadhan Fitri dalam Muktamar Senawi di fakulti undang-undang, UM. Dengan kawalan HEP dan SB sejak awal hingga akhir muktamar sanawi. Dengan terang, saudara Mat Sabu menyatakan hujah yang bertentangan dengan HEP.

Pada masa PMIUM memegang kuasa, Saudara Fuad Ikhwan dan Hishamuddin boleh dikatakan singa pada ketika itu. Membawa obor pimpinan dalam memperjuangkan hak mahasiswa. Mungkin pada zaman saudara Dzulkhairi, saudara Azlan boleh disifatkan sebagai seorang berwatak singa, antara jurucakap Partai Mahasiswa Negara(PMN).

Watak singa yang militan dan radikal sangat penting dalam GM. Mereka ini adalah pembantu utama pimpinan dan pimpinan boleh berharap pada mereka. Pimpinan hanya monitor para singa GM untuk mengerakkan rakan seperjuangan bangkit mendepani perjuangan. Seperti yang diceritakan oleh saudara Nawawi, pada masa reformasi ada segolongan mahasiswa yang bergelar ‘taliban’ yang bertugas secara militan seperti berdemonstrasi.

Dalam perjuangan, pimpinan mesti dibantu oleh manusia berwatak singa seperti Umar membantu Rasulullah SAW. Barulah perjuangan akan menggugat.

8/2/08

1 comment:

Anonymous said...

salam perjuangan ustaz,

ana dapat alamat blog ustaz dari blog akhi dzul.alhamdulillah, ana sangat teruja mengikuti pengisian ustaz. Walaupun ana tak hidup sezaman kampus dengan ustaz tapi terasa sangat dekat. Ana pelapis zaman sekarang. Ana baru berjinak-jinak mengenali perjuangan.Jadi, artikel-artikel ustaz juga banyak menjadi rujukan ana.Salam perjuangan ustaz.Ana ada buat link blog ustaz di blog ana.mudahan bermanfaat juga pada sahabat-sahabat. Jemputlah melawat

puteri_rijalullah @ siti nurul munawirah

Sebab-Akibat

Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...