Doa Fadzil Noor Untuk Mahathir
Oleh Pacat Online
Isu Politik
Bila melihat akhbar atau laman web, terguris jiwa mengenang manusia zaman ini yang mengalami kecelaruan akal-budi yang dahsyat. Memang dunia ini berada pada akhir zaman. Kes Lingam, kehilangan kanak-kanak dan jenayah yang berleluasa adalah disebabkan tangan manusia terutamanya apabila kelunturan iman dan akhlak pimpinan negara tidak dapat ditangani lagi. Pemimpin adalah kepala yang memimpin badan. Kalau kepalanya gila, badan(rakyat) turut sama gila. Kalau akhlak kepala adalah rendah, badan mempunyai akhlak yang rendah.
Fahaman sekular yang tertanam dalam kepimpinan negara telah menjauhi iman dan akhlak Islami daripada sistem pemerintahan negara ini. Dari Dato Onn sampai kepada Pak lah al tidori, sekularlah asas bakal terjadinya kehancuran jiwa dan roh kepada rakyat negara ini. Ingatlah wahai pimpinan negara, jangan menyesal selepas turun tampuk pemerintahan negara. Inilah yang terjadi kepada semua pimpinan UMNO, Dato Onn, Tunku, Tun Hussein dan Tun Dr. Mahathir dihina, disisih dan diperlekehkan. Sebelum berundur, orang cium tangan, rela tukar nyawa dengan beliau(seingat penulis dalam akhbar Utusan) dan disambut dengan pelbagai upacara tetapi bila berundur, batang hidung pun orang tak nak lihat.
Saya teringat akan doa Tuan Guru Dato Fadzil Noor, mantan Presiden PAS dan mantan Timbalan Presiden ABIM, beliau mendoakan umur Tun Mahathir panjang agar tun dapat melihat impak daripada pemerintahannya. Nampaknya doa Tuan Guru Fadzil Noor dimakbul Ilahi. Kini, tun sendiri terasa impak akibat perbuatan tangan(kuasa) beliau sendiri. Dihina oleh pengampu-pengampu Tun. Dato Seri Rafidah Aziz, menangis masa Tun meletak jawatan tapi selepas itu turut menempelak Tun. Akhirnya, Tun berpihak kepada orang terbuang dan tersisih dalam UMNO seperti Abdullah Kok Lanas(antara manusia yang paling awal dinyahkan oleh Pak lah al tidori dalam NSTP) dan Ruhanie (bekas ahli parlimen). Kini, UMNO dikuasai oleh Team B baru yang dijenamakan oleh menantu Perdana Menteri.[1]
Jika dulu, Tun selalu mengutuk Tunku agar turun tampuk pimpinan sehingga Tun dipecat daripada UMNO. Bila Tunku turun takhta, tunku selalu mengutuk cara pimpinan Tun sehingga Tunku dan tun Hussein Onn pernah pro Parti Semangat 46 dan dikatakan mereka mati bukan sebagai ahli UMNO. Ingat tak apa yang Tun cakap apabila Tunku mengutuk kerajaan pimpinan Tun. Kini keadaan yang sama berlaku pada Tun sendiri. Dan kini Tun sendiri cuba dibogelkan kesalahan ekoran kes Lingam. Adakah ini pembalasan Tuhan?. Akhirnya tiada mustahil Tun akan menuruti nasib sahabat karib tun, pak Suharto, mantan Presiden Indonesia.
Wahai pimpinan UMNO sekarang, jangan tidur lagi daripada kengantukan akhlak dan iman. Jangan diulangi kesalahan pimpinan terdahulu. Kepada Pak Lah al tidori, cucu alim ulama besar, tolonglah jangan diulangi kesilapan tun. Orang hebat dan bijak seumpama Tun dihina sebegitu, jika Pak Lah al tidori yang tak seberapa hebat dan bijak itu, lagi teruk dihina orang terutamanya orang UMNO sendiri selepas kehilangan kuasa. UMNO adalah tempat pengampu-pengampu yang mengipas punggung sahaja.2/2/08
[1] team B lama diketuai oleh Tengku Razaleigh telah disisih. Ramai anggota team B seperti Musa Hitam dan Radzi(SUA UMNO) telah berpihak kepada Pak Lah al tidori. Pak Lah al tidori pula dimotori oleh maharaja KJ dan juak pemikirnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sebab-Akibat
Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...
-
Parti Islah Yaman ditubuhkan pada tahun 1990 setahun selepas penyatuan Yaman Utara dengan Yaman Selatan. Kongres Rakyat Umum (GPC) dari U...
-
BAB 2: ROH PERJUANGAN GMI ‘Islam bukan agama teori dan ritual sahaja tetapi Islam adalah agama praktikal yang perlu diterjemah sebagai satu ...
-
Tak sangka, Jemaah Tabligh (JT) yang suci itu juga mengalami krisis. Itulah qada’ dan qadar yang ditentukan oleh Allah SWT yang mempunyai...
No comments:
Post a Comment