Monday, February 04, 2008

GERAKAN RAKYAT

Gerakan Mahasiswa adalah kuasa rakyat?
Oleh mamat_com©
mahasiswamenggugat.blogspot.com
tokawang_sufi@yahoo.com

Mahasiswa adalah insan separa matang dalam menghadapi realiti alam ini walaupun ia cuba berlagak matang. Kita menghargai kesungguhan mereka menghadapi masalah dengan berlagak matang. Taniah.Sebagai anak muda, sifat radikal dan memberontak diselang-seli dengan sifat keanak-anakan. Ini lumrah para mahasiswa. Macam orang kampung, hentam dan hentam pasal harga barang naik tetapi pangkah BN juga semasa pilihanraya(logikkah perumpamaan ini? Sendiri jawab!! J).

Mahasiswa merupakan sebahagian daripada masyarakat bernegara. Setiap fenomena yang berlaku di negara ini akan turut dirasai oleh mahasiswa. Adalah menjadi hak mahasiswa untuk menuruti setiap perkara melalui wadah yang disukai oleh mereka sama ada demonstrasi, debat dan menulis. Ini adalah perjuangan mahasiswa sebalik sifat separa matang mereka. Dan risiko perjuangan perlu dialami oleh mahasiswa tanpa manja.

Keterlibatan mahasiswa dalam demonstrasi Tasek Utara dan Baling menunjukkan kepekaan terhadap isu-isu rakyat. Bahkan mereka antara tenaga yang menjayakan demonstrasi ini. Kini, keadaan negara ini semakin mencabar sama ada dalam bidang sosial, politik dan ekonomi. Gerakan Mahasiswa yang selama ini dikenali jurubicara rakyat haruslah diperkasakan. Gerakan Mahasiswa sekarang haruslah disusun semula.

Kita melihat kejayaan peristiwa demonstrasi Baling berpunca kepada dua iaitu isu dan pengurusan organisasi yang mengerakkan demonstrasi ini. Isu-isu rakyat kini semakin banyak yang boleh diketengah seperti kesan FTA, penswastaan kesihatan, perumahan rakyat di bandar dan kenaikan harga barang. Isu ini boleh dilagukan oleh gerakan mahasiswa.

Dalam demonstrasi Baling, terserlah satu kebijaksanaan gerakan mahasiswa menyatukan organisasi mahasiswa pelbagai universiti menjadi satu gerakan mahasiswa peringkat nasional. Kita mengakui keberadaan SMM, GAMIS dan BBMN tetapi pengurusan organisasi ini sangat perlahan. Mungkin kekuatan hanya tertumpu kepada universiti masing-masing. Kita melihat peranan PKPIM yang menyatukan mahasiswa Islam dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia (PKPM) yang menyatukan mahasiswa sosialis berjaya menyemarakkan isu rakyat di Baling. Oleh sebab itu, struktur organisasi mahasiswa peringkat nasional perlu disusun semula dan diperbaguskan lagi cara kelahiran generasi pelapisnya.

Gerakan mahasiswa adalah kuasa rakyat terkecil yang semakin malap leonnya. Jangan jadikan gerakan mahasiswa berlegar di kampus sahaja. Mungkin terlalu tinggi harapan kita tetapi ia tidak mustahil. Macam mana Presiden GAMIS dan Pengerusi SMM, harapan berat ini pada bahu kalian.
26/12/07
© Penulis adalah penulis ‘kiri’ yang romantis dalam memerhati isu mahasiswa

No comments:

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...