PENJARA DAN MAHASISWA: SATU PENGALAMAN
Oleh mamat.com
tokawang_sufi@yahoo.com
Sedang enak membaca novel Ayat-ayat Cinta karya Habiburrahman El Shirazy, penulis teringat tentang ISA. Bukan pada pak mat ISA di Marang, Terengganu tapi pada Akta Keselamatan Dalam Negeri itu. Pada zaman penulis menjadi mahasiswa dahulu, UM pernah digemparkan apabila Presiden MPPUM, saudara Mohd Fuad Ikhwan telah ditahan di bawah akta ini. Khabarnya ia dibogelkan tersumbat ke dalam telingaku. Teruk juga itu. Maruah dan harga diri dicabuli. Geli juga. Sebenarnya, penahanan itu berlaku setelah beberapa hari saudara Fuad makan tengahari sebelah Tun Dr Mahathir di depan Perdana Siswa. Memanglah dalam dialog dengan pimpinan mahasiswa peringkat nasional itu Tun Mahathir dihambur soalan panas daripada pimpinan mahasiswa(terutama daripada UM) dan Tun Mahathir menjawab dengan bijaksana. Majlis itu juga dihadiri ramai pemuda UMNO yang melaungkan ‘hidup UMNO’ dan ‘hidup mahathir’. Kedatangan mereka disebabkan dikhabarkan mahasiswa akan berdemonstrasi bagi menyambut Tun Mahathir.[1]
Saudara Fuad antara insan yang menderita kerana cuba hidup sebagai pimpinan mahasiswa yang berani mengambil risiko. Inilah resmi orang berjuang, dipenjara atau terkorban. Segolongan mahasiswa lagi yang ditahan di bawah ISA dikenali ISA 7. Mereka dituduh menghadiri perhimpunan haram di Masjid Negara pada 8 Jun 2001. Mereka ialah Rafzan Ramli, Hilman Zainuddin, Nik Norhafizi, Ahmad Kamal, Wan Sanusi, Khairul Amar dan Zulkifli Salleh. Akibat penahanan ini, hak mereka untuk belajar di universiti masing-masing telah dinafikan. Ini padah orang berjuang.
Jika era terdahulu, Anwar Ibrahim dan Aziz Deraman juga dihumbangkan ke dalam penjara ekoran demonstrasi. Begitunya dengan Presiden PMUM, Kamaruzaman Yaakob[2] turut ditahan manakala Setiausaha Agung yang romantis, Hishamuddin Rais lari lintang pukang ke luar negara sebagai pelarian. Begitu juga mahasiswa era akhir 1980, ada juga yang tertangkap seperti saudara Jamaludin Ramli dalam isu konsert Sheila Majid. Tidak lupa juga hero purdah, saudara Ahmad Lufti sebagai Setiausaha Agung PMUTM(dipecat). Penjara merupakan perkara yang tidak janggal bagi para pimpinan mahasiswa yang berjuang. Persoalan yang timbul, sejauh manakah mahasiswa sekarang sanggup mengambil risiko dipenjara?
Mungkin bayaran hutang PTPTN, peluang kerja atau tangisan ibubapa kita yang akan menghalangi perjuangan. Tidak dinafikan. Walaubagaimanapun, perjuangan tidak semestinya dipenjara tetapi risikonya tetap ada. Sesiapa yang ingin berjuang harus memahami perjalanan hidup Anwar Ibrahim semasa zaman mahasiswanya. Bagaimana beliau mengolahkan jalan perjuangan supaya tidak bergantung harap kepada kerajaan.
Sekarang, adakah kita ingin pimpinan mahasiswa sekarang dipenjara?. Sanggupkah Dzulkhairi atau Sheikh Umar meringkup ke dalam penjara demi sebuah perjuangan?. Atau adakah kita hendak melihat pimpinan mahasiswi seperti Syuhada Mustapha menjadi mahasiswi pertama dipenjara. Tidak mustahil. Tetapi saya mengharapkan Allah SWT menjauhkan penjara daripada pimpinan mahasiswa atau orang yang tidak bersalah. Penjara adalah tempat penyeksaan jiwa yang sunyi dan jijik. Tidak mampu kita menghadapinya tanpa izinNya.
Aku teruskan pembacaan novel yang menghairahkan jiwa itu.
8/1/08
[1] Hari tu penulis berjalan jauh dari kolej 10(berjalan kaki) demi melihat dialog dan demonstrasi. Demonstrasi tak jadi. Aku masih marah Pihak kolej 10 masih berhutang dengan aku. Mereka berjanji nak bayar kepada kami kerana memberi tumpang bilik kepada pimpinan mahasiswa. Pemimpin itu bernama Mohd Ridzuan Zulkpli, pimpinan KUITHO, orang Gurun kedah.
[2] Sayang isteri kerana tak nak ikut Hishamuddin lari. Hishamuddin takpa, hanya tinggal awek cina je.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sebab-Akibat
Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...
-
Parti Islah Yaman ditubuhkan pada tahun 1990 setahun selepas penyatuan Yaman Utara dengan Yaman Selatan. Kongres Rakyat Umum (GPC) dari U...
-
BAB 2: ROH PERJUANGAN GMI ‘Islam bukan agama teori dan ritual sahaja tetapi Islam adalah agama praktikal yang perlu diterjemah sebagai satu ...
-
Tak sangka, Jemaah Tabligh (JT) yang suci itu juga mengalami krisis. Itulah qada’ dan qadar yang ditentukan oleh Allah SWT yang mempunyai...
No comments:
Post a Comment