Kenapa Islamis kena berpolitik?
Kenapa parti Islam kena wujud?
Sebab Islam akan
lebih rosak di tangan sekularis dan parti sekular.
Islamis dan parti
Islam tidak maksum dan tidak sempurna. Paling kurang mereka mahu Islam sebagai
solusi dan secara keseluruhan dalam lemah dan ketidaksempurnaan mereka.
**
Untuk memahami
ISLAM, kita memerlukan ILMU. Ilmu alat untuk TAHU. Tahu tentang APA?. Tahu
tentang ALLAH SWT. Tahu tentang Allah ialah menYAKINI Allah itu ADA. Tahap
keyakinan itu adalah tahap IMAN kita. Asas ilmu dalam Islam ialah rangkuman
ilmu AQIDAH, ilmu FEQAH dan ilmu TASAWUF.
Dengan ilmu
menghasilkan iman. Darjah Iman dan Taqwa berdasarkan sejauhmanakah TAAT kita
kepada Allah SWT. Taat kepada Allah itu
syarat kepada kejayaan dan kemenangan dalam kehidupan beragama. Taat kepada
Allah SWT dengan menjadikan Islam sebagai solusi dan Islam sebagai satu cara
hidup yang lengkap dan menyeluruh.
Tolak Sekularisme.
*****
Orang yang FAHAM
Islam akan menolak ‘ideologi’ kerana ideologi bukan sekadar wacana pemikiran
tetapi satu kefahaman yang mempengaruhi tingkah laku sosial (cara hidup)
seseorang individu. Ideologi tidak menjejaskan seseorang individu sebagai
seorang muslim tetapi menonjolkan seorang muslim itu mengalami kekeliruan dalam
berIMAN.
Kenapa menyakini
(atau mengimani) sesuatu ideologi selain daripada Islam? Tidak cukupkah dengan
Islam?.
***
Perkembangan
sekularisme dan sekularisasi tidak menghalalkan kita menerima ideologi tersebut
kerana Islam sudah lengkap dan sempurna..
Permasalahan
manusia yang sebenar, secara fitrah dan asas ada dalam al-Quran dan
penyelesaiannya ada dalam al-Quran. Al-Quran banyak mengubah manusia lebih
bertamadun dari segi spritual, intelektual dan fizikal. Bangsa Arab, Suluk,
Mewat, Badwi, Chechen, Turki, Monggol yang terkenal l-sebagai gasar menjadi lebih
bertamadun dengan suluhan al Quran.
**
Kalau kita boleh
menerima ekonomi liberalisme, ekonomi sosialisme dan komunisme, kenapa tidak
boleh menerima sistem ekonomi Islam?.
No comments:
Post a Comment