Para pemikir Islam
berbeza pandangan sama ada politik itu persoalan aqidah atau muamalat.
Kedua-duanya adalah betul berdasarkan konteks.
Dalam sejarah
Islam, peringkat awal sebelum Khalifah Ali, perbalahan politik tidak bersangkut
paut dengan persoalan aqidah. Setelah kematian Ali, perbalahan politik
menghasilkan pertembungan antara aliran Islam sehingga terhasil aliran yang
sesat seperti Khawarij, Syiah dan Muktazilah. Walaupun aqidah mereka berbeza
tetapi perundangan Islam masih dikekalkan. Mereka sendiri masih Islam dari segi
ibadah walaupun aqidah dan feqah mereka berbeza.
Setelah tumbangnya
Daulah Uthmaniyyah, pemikiran asing telah menular dalam kalangan pemimpin dan
intelektual Islam. Antara pemikiran tersebut ialah sekularisme, materialisme
dan sainstisme. Pemikiran asing (baca: Barat) telah memisahkan antara Islam
dengan duniawi. Justeru, gerakan Islam berusaha mengembalikan Islam dalam
kehidupan manusia sehingga aqidah Islam kembali bertapak. Disinilah timbul
persoalan aqidah dalam perjuangan politik. Persoalan ini jugalah yang akhirnya
mewujudkan fenomena takfiri.
**
Sesetengah Islamis
berjuang bersama-sama sekularis lebih suka menangguh pelaksanaan syariat Islam dan
melakukan Islamisasi secara berfasa-fasa. Mereka bukan tak mahu melaksanakan
perundangan Islam tetapi mahu dilaksana mengikut pendekatan yang berlainan
(ijtihad berbeza)
Islamis sebegini
tidak salah. Pelaksanaan perundangan Islam berdasarkan konteks dan Fiqh
keutamaan.
Persoalan yang
timbul, adakah pendekatan ini menguntungkan Islam?. Setelah 60 tahun lebih kita
merdeka, kita masih bersifat menangguh dan berfasa-fasa sedangkan peluang dan
ruang sudah ada didepan mata (seperti RUU 335).
**
Fenomena Takfiri
dan pertembungan sesama Islamis ini perlu diselesaikan menurut Kaedah ILMU.
Ilmu yang digali daripada Al-Quran, As-Sunnah, Ijma’ Ulamak dan Qiyas.
Menurut Maulana
Zakariyya al Kahdalawi, pertimbangan hanya ke atas perkara-perkara yang kamu
telah tahu keadaannya (dengan pro atau kontranya). Keputusan ini dapat diambil
jika seseorang itu sudah mendalami dalil-dalil dan hujah-hujah kedua-dua pihak.
No comments:
Post a Comment