Suka atau tidak, tidak dinafikan sedikit-sebanyak Amanat Haji Hadi menjadi unsur yang menyebabkan perpecahan masyarakat Islam-Melayu terutamanya era 1980an dan 1990an. Punbegitu menyalahkan Amanat Haji Hadi secara keseluruhan adalah tidak tepat.
1. Ucapan itu hanya ucapan biasa yang diangkat
oleh orang tertentu sebagai amanat.
2. Ramai pemimpin UMNO ketika bercakap tentang
Islam melanggari batas iman dan kufur dengan merendahkan perundangan Islam dan
pengamalan Islam sebagai cara hidup. UMNO ketika itu tidak seperti UMNO pada
hari ini.
3. Semangat zaman ketika yang masih tebal
dengan kejahilan beragama.
4. Kekurangan ilmu Islam dalam kalangan
pendokong Islam dan masyarakat ketika itu.
5. Sikap pelampau kalangan pendokong gerakan
Islam yang sangat mencintai agama sehingga melakukan tindakan di luar batasan
yang dibenarkan oleh Islam.
****
Solusi
Isu Takfir: ILMU
Bab takfir, ia perlu diselesaikan dengan ilmu.
Itu sering ditegaskan oleh tghh.
Jadi rajin2 belajar untuk mengetahui ilmu
batas antara iman dan kufur. Bila kita tahu nak tuduh orang lain kafir juga
takut. Kita serah yang menilai itu kepada orang berilmu dan berani
bertanggungjawab depan Allah nanti.
Banyak keadaan perkataan dimanipulasi dan
difahami dalam konteks dan maksud yang berbeza sehingga timbul isu takfir.
***
HANYA
ILMU
Dalam satu kuliah jumaat di rusila, tghh
menasihati gambar beliau tidak dicetak pada baju2 t shirt. Beliau berkata dah
lepas tanggungjawab memberitahu. Dan orang masih mencetak gambar beliau.
Bab takfir, hanya ilmu boleh mengatasinya.
Jika tak mahu datang kuliah, setiap orang dimakan kejahilan dan mengenyangkan
sentimen dan semangat kosong.
Tak kira siapa (termasuk pengikut/simpatis PAS
yang pelbagai latarbelakang) kena tahu ilmu dalam membatasi iman dan kufur agar
cermat dan tidak menuduh kafir sebarang bahkan takut mengkafir orang lain.
***
Sebab
Takfir
Menurut Syeikh Yusuf al Qaradhawi, antara sebab timbulnya fenomena takfir ialah
1. Kekufuran
dan murtad secara terang terangan dalam masyarakat
2. Terdapat
sebahagian ulama mengabaikan tugas mereka terhadap kelompok yang benar-benar
kufur
3. kelompok
Islam yang mahu mengamalkan al Quran dan hadith ditindas
4. Pemuda
Islam yang cetek ilmu agama.
Manakala Abdul Hadi Awang merumuskan kepada
dua sebab fenomena takfir berlaku iaitu kebiadapan pemimpin terhadap Islam dan pendokongnya.
Keduanya, kejahilan mereka
yang cintakan Islam yang tidak dapat mengawal perasaan marah dan bersemangat
begitu tinggi sehingga melenting dalam mempertahankan Islam.
***
Politik
Takfir
Jelajah Anti Takfir di Terengganu dianjur oleh
Pemuda Amanah Terengganu. Aneh, kenapa istilah ini kembali dipopularkan oleh
para pimpinan Amanah yang pernah menganggotai PAS?, kenapa isu takfir ini tidak
timbul semasa mereka menjadi pimpinan PAS?
Budaya takfir dan label sesat bukanlah perkara
baru. Ia berlaku kalangan pemimpin politik dan ulama yang berseberangan pandangan
dalam sesuatu perkara. Sepengetahuan penulis, ia berlaku sejak zaman Khalifah
Uthman lagi.
Budaya takfir adalah budaya kafir-mengkafir
seiringan dengan sesat-menyesatkan, pulau-memulau, caci-mencaci dan sebagainya.
Maksudnya, ia ada si penuduh dan si dituduh. Bahkan si dituduh boleh mendakwa
si penuduh.
Menuduh seseorang sebagai kafir adalah tuduhan
yang berat. Membuat persepsi bahawa orang mengkafirkan kita adalah tuduhan yang
sama berat. Justeru, jangan mulakan kafir-mengkafir dan jangan wujudkan persepsi
tentang budaya takfir.
Adakah boleh mengkafirkan seseorang?.
Jawapannya boleh. Mengkafirkan seseorang memerlukan dengan ilmu untuk
mengetahui syarat batas iman dan kufur.
Lampiran
Amanat
Haji Hadi (wikipedia)
Amanat Haji Hadi Awang merujuk kepada suatu
sedutan ceramah umum yang disampaikan oleh Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang di
Kampung Banggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981. Ucapan beliau
telah dicetak dalam bentuk poster dan ditampal di dinding markas PAS sekitar
tahun itu.
Daripada bukti kertas putih mengenai Memali
bertarikh 26 Februari 1986, Amanat Hadi telah dicetak dalam empat versi.
Pertama dalam tulisan jawi, dicetak oleh bahagian Penerangan PAS Kelantan untuk
sebaran pilihan raya kecil Selising, Kelantan pada tahun 1983. Versi latar belakang
hitam dengan tulisan rumi, dicetak oleh PAS Pusat dan dua versi lagi (rumi dan
jawi) dicetak oleh Sekretariat Pemuda PAS Pusat. Versi latar belakang hitam
dapat dilihat dalam rakaman video polis mengenai peristiwa Memali pada 19
November 1985[1].
Sedutan ucapan ini adalah seperti berikut:
“Saudara-saudara
sekelian percayalah,
Kita
menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional
bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia
mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan
peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana
itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah
saudara-saudara sekelian,
Perjuangan
kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad.
Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau
kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah
Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak
perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku,
agama suku'.
MENILAI
AMANAT HAJI HADI DENGAN ADIL
Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Isu Amanat YB Dato’ Seri Abdul Hadi Awang
sedang dibangkit menjelang Pilihanraya ke-13 ini. Walaupun amanat tersebut
lebih dari 30 tahun usianya, namun seperti biasa politik mampu
membangkit-ungkit apa sahaja. Kedua belah pihak; kerajaan dan pembangkang
memakai pendekatan yang hampir sama. Cumanya, ‘kelebihan’ kerajaan di negara
kita ini ia menggunakan media awam demi tujuan politik kepartian. Saya tidak
pasti apakah jika pembangkang hari ini jika berkuasa akan menggunakan
pendekatan yang sama ataupun tidak?!
Amanat
Amanat Haji Hadi itu berbunyi:
Saudara-saudara sekelian percayalah, Kita
menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional
bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia
mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan
peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana
itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita
adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan
(menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati
kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita
tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi
kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.
Adil
Saya ingin mengajak pembaca melihat isu amanat
ini di luar dari kerangka fanatik kepartian, sebaliknya menelusurinya secara fakta
dan rasional.
Amanat Hj Hadi itu dibuat pada tahun 1981
dalam ceramahnya pada 7 April di Kpg Banggol Peradong. Ketika itu saya masih
lagi bersekolah rendah. Saya
rasa bukan DS Abdul Hadi yang menamakannya amanat, sebaliknya ia adalah
initiatif orang-orang PAS sendiri. Apakah amanat ini satu-satunya punca
sebahagian orang PAS mengkafirkan UMNO? Saya tidak pasti. Namun kita tahu, ramai guru-guru agama yang lain yang
pro-PAS juga mengkafirkan UMNO. Ada sesetengah tokoh agama yang
mengkafirkan UMNO ketika itu kemudiannya masuk UMNO dan mendapat pelbagai
jawatan.
Saya sendiri pernah berjumpa orang-orang PAS
yang mengkafirkan UMNO. Bahkan saya pernah berjumpa mereka yang mengharamkan
bersekolah di sekolah kerajaan kerana kononnya ‘sekular’ dan seumpamanya. Ertinya,
kafir-mengkafir disebabkan perbezaan parti politik telah berlaku dalam sejarah
umat Islam dalam negara ini. Fatwa-fatwa PAS terutamanya dari Pantai Timur
telah mencetuskan fenomena tersebut.
YB Dr Mujahid Yusuf iaitu seorang ahli
Parlimen PAS, tokoh reformis dalam PAS dan anak bekas Presiden dan Murshidul
‘Am PAS dalam bukunya ‘Menuju PAS Baru’ menghuraikan isu ketika itu dengan
menyebut:
“Akibatnya berlakulah isu kafir-mengkafir di
mana tanggapan bahawa menyokong UMNO adalah sesuatu yang bertentangan dengan
sikap Islam dan dengan sebab itu boleh jatuh kufur kerana UMNO parti secular
yang menolak Islam… penghujahan
atas garis-garis fikah yang premisnya adalah batas-batas kekufuran telah
membawa agenda politik menjadi terlalu pekat dengan adunan ‘fatwa’ sehingga PAS
diheret dalam kancah ini, malah ‘Amanat Haji Hadi’ telah dijadikan
alasan kepada berlakunya semua kemelut ini” (m/s 115. Kuala Lumpur: Malaysian
Insider Sdn Bhd).
Mungkin DS Hadi sendiri tidak pernah menyebut
UMNO kafir secara jelas, namun
sikap kebanyakan tokoh PAS yang tidak menangani isu-isu mengkafir ataupun
seakan membiarkan orang awam PAS mengkafirkan orang UMNO sehingga berlaku dua
imam, tidak makan sembelihan, tidak menjawab salam dan lain-lain ketika itu,
amat mendukacitakan.
Konteks
Dalam memahami sesuatu teks, kita wajar
melihat kepada konteks. Hakikatnya, pendekatan PAS ketika itu bukanlah asing
jika dilihat kepada perkembangan gerakan Islam secara keseluruhan. Pada 70an
dan 80an kebangkitan Islam berlaku di Asia. Kesedaran tentang perlunya umat
Islam kembali kepada Islam dan menghapuskan unsur-unsur penjajahan kedengaran
di sana-sini. Buku tokoh-tokoh gerakan Islam di Timur Tengah menjadi menu
penting para aktivis ketika itu. Buku-buku itu ditulis oleh tokoh-tokoh
berkenaan dalam keadaan tekanan yang berat oleh regim-regim Arab yang sangat
zalim dan khianat. Mereka juga biadap terhadap Allah dan rasulNYA. Mereka yang
membaca buku-buku cuba menyamakan hal tersebut dengan keadaan setempat.
Isu takfir (mengkafirkan) juga timbul di Timur
Tengah sehingga Murshidul ‘Am al-Ikhwanul al-Muslimin menulis buku “Du‘aah La
Qudah” (Pendakwah Bukan Hakim) bagi tujuan menangani isu ini.
Fatwa-fatwa ulama juga dibaca kepada
masyarakat. Antaranya, fatwa Mufti Saudi masa itu al-Sheikh ‘Abd al-‘Aziz ‘Abdillah
bin Baz yang menyenaraikan perkara-perkara yang membatalkan Islam, dalam
ertikata lain menjadikan seseorang kafir. DS Hadi ketika itu antara yang
mempopularkannya. Dalam fatwa itu antaranya menyebut:
“Berkeyakinan bahawa selain tuntutan Nabi
Muhammad saw. Itu lebih sempurna, atau berkeyakinan bahawa selain ketentuan
hukum beliau itu lebih baik, sebagaimana mereka yang mengutamakan aturan-aturan
manusia yang melampaui batas lagi menyimpan dari hukum ALLAH (aturan-aturan
Taghut), dan mengenepikan hukum Rasulullah saw. Maka yang berkeyakinan seperti
ini adalah kafir. Sebagai contoh: Berkeyakinan bahawa aturan-aturan dan
perundang-undangan yang diciptakan manusia lebih utama daripada syaria’t Islam,
atau berkeyakinan bahawa aturan Islam tidak tepat untuk diterapkan pada abad
kedua puluh ini, atau berkeyakinan bahawa Islam adalah sebab kemunduran kaum
muslimin, atau berkeyakinan bahawa Islam itu terbatas dalam mengatur hubungan
manusia dengan Tuhannya saja, tidak mengatur urusan segi kehidupan lain. Berpendapat
bahawa melaksanakan hukum ALLAH dalam memotong tangan pencuri, atau merejam
pelaku zina yang telah kahwin (muhsan), tidak sesuai lagi di masa kini…”
Walaupun ini hanyalah kaedah umum yang
perlukan perbahasan dan perinciannya, malangnya kalangan orang PAS ketika itu
telah menggunakannya secara ‘borong’ untuk mengkafirkan setiap penyokong UMNO.
Ia disuburkan lagi dengan kuliah-kuliah agama PAS yang menegaskan persoalan ini
tanpa perbahasan yang mencukupi. Menerangkan tentang batasan iman dan kufur adalah suatu kewajipan,
namun mengkafirkan individu memerlukan penelitian dan kecermatan.
Suatu perkara yang tidak boleh disembunyikan
juga, UMNO pada era 70an
dan 80an bukanlah seperti UMNO hari ini. Ucapan-ucapan yang tidak
selaras dengan Islam, ataupun dengan seakan menghina Islam kadang-kala
kedengaran di sana-sini. Proses Islamisasi dalam UMNO belum berlaku ketika itu.
Sikap angkuh dan dominasi yang melampau juga wujud. Orang PAS dapat merasai
sikap tidak adil kepada mereka, bermula dari JKKK di kampung sehingga ke atas.
Ini menyuburkan lagi kecenderungan menghukum UMNO dengan fatwa-fatwa yang
keras. Ini tidaklah menghalalkan PAS mengkafirkan keseluruhan UMNO, namun
itulah realiti ketika itu. Sikap UMNO ketika itu juga menyumbang kepada keadaan
itu.
Pada masa tersebut kematangan PAS dan gerakan
Islam yang lain juga amat terhad. Mereka belum ada pengalaman pemerintahan.
Bahkan saya percaya, Haji Hadi ketika itu tidak begitu mendalami hakikat
Perlembagaan Malaysia seperti hari ini. Hari ini jika kita membaca YB PAS Dr
Mujahid Yusof menulis dalam bukunya ‘Rejuvenasi PAS’, beliau membincangkan
tajuk ‘Islam Dalam Kerangka Perlembagaan’, kita mendapati tokoh PAS ini melihat
perlembagaan dengan harmoni yang mempunyai ruang untuk Islam. Hal ini 30 tahun
lepas tidak pernah diungkapkan dalam PAS.
PAS Berubah
PAS hari ini saya lihat banyak berubah. Saya
percaya sudah ramai yang tidak beriktikad seperti Amanat Haji Hadi termasuk
diri Haji Hadi sendiri. Jika PAS masih berpegang dengan Amanah lama DS Hadi
itu, bererti mereka mengkafirkan diri sendiri dan rakan-rakan mereka dalam
Pakatan Rakyat yang menerima dan mengiktiraf Perlembagaan. Sekalipun tiada
penarikan rasmi, tetapi secara praktikal seakan penarikan telah dibuat.
Pendekatan PAS sudah banyak yang berbeza. Kita harapkan semua pihak tidak
melihat Islam dari kacamata politik semata, Islam jauh lebih luas dari politik
kepartian.
Namun, ini tidak bererti kita memandang ringan
isu kafir-mengkafir. Jika terbukti masih ada orang PAS yang mengkafirkan UMNO
maka DS Abdul Hadi patut tampil menjelaskan kekeliruan mereka. Oleh kerana
beliau diserang tanpa diberikan peluang menerang, maka itu sesuatu yang tidak
adil. Pihak media patut memberikan ruang yang mencukupi untuk beliau membuat
penerangannya dalam media awam khususnya RTM. Mungkin ada perkara yang kita
terlepas pandang.
Di samping PAS, jangan lupa dalam UMNO juga
ada yang ‘kaki pengkafir dan penyesat’ orang lain. Seorang dua guru pondok yang
masuk UMNO, ada yang menghukum akidah Menteri Besar Kelantan sesat bahkan
kufur. Di Saudi, tokoh penghukum sesat umat iaitu al-Madkhali terkenal
menyesatkan begitu ramai tokoh-tokoh ilmuwan Islam dan aktivis umat. Golongan
ulama muda UMNO amat terpengaruh dengan aliran ini maka kita boleh tonton dalam
internet dan tulisan mereka di akhbar menyesatkan tokoh-tokoh seperti Hasan
al-Banna, Syed Qutb, Muhammad al-Ghazali, al-Qaradawi dan lain-lain. Ini juga
mesti dikritik.
Media-media UMNO juga kebelakangan ini sering
menjadikan isu akidah sebagai isu politik seperti yang PAS lakukan dalam era
80an. UMNO hendaklah berhati-hati, jangan ulangi perkara yang sama. UMNO hari
ini seakan menuju PAS era Amanat Haji Hadi.
Hentikan
Maka kita tegaskan, bahawa kafir-mengkafir,
ataupun sekadar sesat menyesat atas perbezaan parti satu kesalahan yang besar.
Nabi s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang memanggil orang lain dengan
‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali
kepadanya (penuduh)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah menyebut
Majmu‘at al-Fatawa:
“Sebetulnya, sesiapa yang berijtihad dalam
kalangan umat Muhammad s.a.w dengan tujuan mencari kebenaran lalu tersilap, dia
tidak kafir. Bahkan diampunkan kesilapannya. Sesiapa yang telah nyata kepadanya
apa yang datang dari Rasulullah s.a.w , lalu dia menentang setelah terang
untuknya petunjuk lalu dia mengikut selain jalan kaum mukminin, maka dia kafir.
Sesiapa yang mengikut nafsu, kurang mencari kebenaran serta bercakap tanpa ilmu
maka dia pemaksiat dan berdosa. Boleh jadi dia fasik, ataupun baginya kebaikan-kebaikan
lain yang lebih banyak dari kesalahannya. Bukan semua yang bersalah, berbuat
bid’ah, jahil ataupun sesat itu menjadi kafir, bahkan mungkin tidak fasik dan
tidak berdosa”.
Semua pihak hendaklah berhenti memainkan isu
kafir-mengkafir. Kembali kepada politik yang dapat membina negara.
AMANAT
HADI AWANG (Che Det)
7 Jan 2013
This article appeared in the New Straits Times
on Jan 3, 2013
1. From
its inception the leaders of the Pan Malayan Islamic Party (PMIP) now known as
PAS (Parti Islam SeMalaysia), in their quest for support condemned UMNO members
as infidels (kafir) for cooperating with non-Muslims. This was followed in
April 1981 by Hadi Awang’s statement that UMNO members are kafir (infidels)
because UMNO perpetuates the constitution of the colonialist, perpetuates the
rules and regulations of the infidels, perpetuates the rules of the pre-Islamic
Arabs, the Jahiliah. Because of these things the struggles of PAS constitute a
jihad (holy struggle), their speeches are jihad, their donations (to PAS) are
jihad. Because of their struggle (war) against these people (UMNO members), if
they die they become syahids (Islamic martyrs) they die in Islam. He said that
they don’t have to be a Jew, don’t have to be a Christian, don’t have to be Hindu
or Buddhist, they become infidels if they separate politics from religion.
Click Here
2. The
effect of these two pronouncements is far more than is generally known. They
have resulted in a deep split among the Malay Muslims who are all Sunnis and
followers of the same Imam, Imam Shafie. Usually the splits within the Muslim
community are due to the interpretations and teachings of different Imams. Thus
the Sunnis and the Shiahs are so deeply divided that they regarded each other
as non-Muslims. As a result they have been fighting and killing each other for
more than a thousand years.
3. There
was no such division among Malay Muslim until PAS was formed. Immediately PAS
declared that those who did not join it are infidels (kafir). But the most
potent cause of the split among Malay Sunnis is due to the pronouncement of
Hadi Awang, presently the President of PAS. His diatribe against UMNO and
condemnation of UMNO Malays as kafirs (apostates or infidels) has resulted in
the rejection of PAS members of UMNO Imams during prayers. They would hold
separate prayers behind their own Imam.
4. PAS
members even build their own mosques, refuse to eat meat slaughtered by UMNO
supporters, reject the validity of marriages officiated by UMNO kadis, and bury
their dead in separate burial grounds.
5. Members
of the same family who are UMNO followers are shunned by those who support PAS.
6. In
fact PAS members truly believe that the 3 million UMNO members, their families
and their supporters are not Muslims. They are all kafir or infidels and
apostates.
7. Malays
are not usually violent but there have been deaths such as those in Memali
where police personnel and PAS supporters lost their lives. Because we don’t
have the regular violence and killings as occurred in other Muslim countries
where the Muslims are divided into Shiah and Sunnis, the split and animosities
between the Muslim Malays are not so noticeable. It is only during elections
that this split becomes a factor.
8. PAS
members have become so fanatical in their support for the Party that even when
the Party and the leaders breach their own injunctions they continue their
blind support of the party. Thus after saying that UMNO is kafir because it
works with kafir, now that PAS has done exactly the same, PAS members continue
to support their party. Their fanaticism seem to blind them to the hypocrisy of
their leaders.
9. It
is perhaps worthwhile to examine the pronouncements of Hadi Awang because most
PAS members look up to him as infallible and sinless (ma’asum). What indeed
does Hadi mean when he made his amanat of 1981.
10. He
said that PAS is opposed to UMNO because it had perpetuated the constitution of
the colonialist. Which part of the constitution is he referring to?
11. The
constitution adopted by Malaysia upon independence provides for :
a) A
constitutional monarchy;
b) A
parliament elected by the people;
c) An
Executive Prime Minister and Cabinet from the party or representatives who have
the support of the majority in Parliament;
d) The
separation of power between the executive, the legislative and the judiciary;
e) The
rule of law and equality before the law;
f) Trials
conducted by the courts where the procedures include evidence by witnesses and
also circumstantial evidence;
f) The
monarch to appoint the Prime Minister or Chief Minister based on the support of
the elected legislators but may not dismiss the Government so formed unless a
vote of non-confidence has been passed against the Government concerned;
g) Freedom
to believe in and practice other religions and
h) No
imposition of Islamic law on non-Muslims.
12. There
are elements of the western non-Muslims concepts of governance in all these and
more. If PAS consider their acceptance make UMNO kafir, what would PAS replace
them with. Would PAS want the:
a) Constitutional
monarch to be replaced with an absolute monarch?
b) Would
PAS wish to replace elected Parliaments with a Dewan made of nominees of the
absolute ruler?
c) Would
PAS accept a Prime Minister and his Cabinet appointed by the monarch even if
they are not supported by the majority of the members of the Dewan?
d) Would
the separation of power between the executive, the legislative and the
judiciary be abolished?
e) Should
there be no rule of law?
f) Should
trials be conducted without need of duly-appointed judges in legally
constituted courts?
g) Should
courts only find an accused person guilty if there are four witnesses of
high-standing to vouch for the facts of the crime?
h) Should
constitutional evidence such as DNA and thumbprints be rejected?
i) Should
the monarch be given the power to appoint and dismiss the Government at his
whim and fancy?
13. To
clear the air and to give the religions basis for the pronouncement of Hadi
Awang that the constitution is colonial, he must explain how the Malaysian
Constitutions has to be changed so as not to be a perpetuation of the colonial
constitution.
14. I
suspect he would answer that I am not qualified to question him as I am not a
religious scholar. But I would be living under Hadi’s constitution if his PAS
adorers were to give him victory in the 13th General Election. As a citizen I
must know what I would be in for, even if the DAP and its supporters don’t want
to know. And I believe many citizens, Muslims and non-Muslims would want to
know.
15. DAP
may believe that they would be able to handle Hadi and his “Amanat”, but the
DAP struggle to do this will destabilise the country, preventing it from
developing and growing.
Fenomena
Amanat dan Takfir
Abdul Hadi Awang,
Saya tidak menduga petikan ucapan saya diawal
80-an telah dimartabatkan oleh seorang peniaga agama dalam PAS yang telah
melompat masuk UMNO selepasnya, telah dijadikan satu polemik. Petikan ucapan
saya ini pula secara terancang telah dijadikan hujah untuk merendahkan PAS, dan
saya dijadikan sasarannya. Saya percaya bahawa isu lama ini diberi nyawa semula
oleh UMNO, mungkin kerana menutup isu yang dikira menghantui mereka, seperti
kegusaran generasi peneroka FELDA dan penyelewengan yang berlaku kepada FELDA,
riuh-rendah pembongkaran Deepak, penganiayaan mereka terhadap orang Melayu, dan
lain-lain kelemahan kerajaan UMNO-BN yang begitu menekan mereka di hujung
penggal pemerintahan ini. Alhamdulillah, saya baru sahaja selangkah kehadapan
untuk menyahut cabaran, manakala mereka pula berundur sepuluh langkah
kebelakang.
Isu “takfir” (kafir mengkafir) dicetuskan oleh
golongan sekular di dalam UMNO, diseluruh dunia Islam, termasuklah di negara
Arab, bagi menyanggah kebangkitan Islam di zaman selepas mencapai kemerdekaan
seawal tahun 60an. Kebanyakan kalangan umat Islam menjadi mangsa serangan
pemikiran barat sehingga berjuang menganut ideologi yang dibawa oleh penjajah
ke dalam masyarakat Islam. Kalangan umat yang masih menganut Islam, tetapi
kerana jahilnya telah menghina hukum-hukum Islam yang dinaskan dalam al-Quran
dan Hadith sahih lagi mutawatir, seperti halal dan haram, hukum-hukum yang
berkait dengan negara dan masyarakat, politik,ekonomi dan sebagainya.
Ada yang menghalalkan riba, arak dan judi,
menghina hukuman qisas dan hudud, mempersenda hukum menutup aurat dan sebagainya,
kerana kejahilan. Di waktu itulah kita mendengar istilah ‘hantu kum-kum’
dilabelkan kepada kalangan muslimat yang menutup aurat dan memakai hijab. Ada
pula yang berdiri diatas pentas komunis yang menolak adanya Tuhan dan menolak
agama, dalam keadaan masih bersembahyang. Sebahagian umat Islam pula tetap
berpegang teguh dengan ajaran Islam dan mempertahankannya, tetapi mempelajari
kitab turath (kitab-kitab lama) yang menegaskan hukum murtad berdasarkan kepada
kefahaman masyarakat dizaman kita bitu dikarang, sebelum umat Islam dijajah
sepenuhnya. Akhirnya berlakulah gejala murtad secara jahil di satu pihak dan
penentangan terhadapnya disatu pihak yang lain, sehingga meledakkan isu kafir
mengkafir dalam masyarakat Islam.
Isu ini berlaku diseluruh dunia Islam.
Malangnya golongan yang berkuasa memerintah mengambil kesempatan perpecahan
masyarakat Islam bagi mengekalkan kedudukan mereka diatas landasan yang salah
dan menjadikan parti Islam dan paraulamanya sebagai kambing hitam yang
dikorbankan dengan hukuman bunuh, penjara dan sebagainya.Terpenting bagi mereka
yang berkuasa adalah untuk menang bagi terus memerintah selama-lamanya dengan
cara yang salah, tanpa ambil peduli kerosakan akidah yang berlaku.
Ramai di kalangan ulama PAS dan pemimpinnya
merengkuk dalam penjara sejak awal60an, malangnya ramai pula kalangan agamawan
yang menjadi syaitan bisu, tidak berani menegur atau menasihati pemimpin yang
menghina Islam. Maka meledaklah pada waktu itu kenyataan seperti : “Kalau
laksanakan hukum Islam berlakulah huru-hara, tak cukup batu nak bina jalan dan
bangunan, boleh makan sup tangan bila banyak tangan dipotong kerana mencuri”
dan sebagainya. Di peringkat kampung ada yang menjadi imam masjid membuat
ucapan yang sama kerana jahil hukum Islam sepenuhnya, hanya tahu hukum
sembahyang dan ibadat yang lain sahaja. Terlalu jauh untuk mengetahui sistem
politik, ekonomi Islam dan segala sistemnya sehingga keperingkat antarabangsa
dan angkasa lepas.
PAS dan parti Islam di negara lain menghadapi
cabaran getir bagi membetulkan masyarakat yang songsang pemikirannya ini.
Ketika itulah kita berdepan dengan umat yang jahil, para ulama yang lemah dan
kerajaan yang zalim. Di negara Arab,Mursyid Am Ikhwan Muslimin Sheikh Hasan
Hudaibi menulis buku “Nahnu Dua’at La Qudat” (Kita Pendakwah Bukan Hakim Yang
menjatuhkan hukuman). PAS berada dalam kerajaan campuran 1970 -1978 memberi
kesempatan kepada bahagian agama Jabatan Perdana Menteri, menerbitkan buku
Mustika Hadith Jilid 1 menampilkan perkara yang merosakkan iman (membatalkan iman),
bagi menyedarkan penganut Islam adanya perkara yang membatalkan Dua Kalimah
Syahadah, bukan sahaja membatalkan sembahyang. Malangnya ramai kalangan
pengikut UMNO tidak mempelajarinya di waktu itu.
Apabila PAS ditendang keluardaripada BN pada
tahun 1979 isu kafir mengkafir dihidupkan semula. Pimpinan PAS dibawah pimpinan
Datuk Asri, telah menugaskan saya menulis buku kecil dengan tajuknya “Batas –
Batas Iman dan Kufur” dengan huraian yang lebih terperinci daripada kitab
Mustika Hadith yang terlalu ringkas penerangannya. Saya panjangkan lagi dalam
buku yang saya namakan Muqaddimah Aqidah Muslimin.
Apabila kalangan UMNO yang masih bebal
memainkan isu tersebut, mereka sengaja mencari mana-mana ucapan saya yang
difikirkan menjadi hujah bagi mereka, sehingga ke satu capan saya di selidik
oleh pasukan yang ditugaskan secara khusus, maka terpilih sedutannya yang
difikirkan munasabah. Saya telah dicabar dalam sidang Dewan Undangan Negeri
1982. Saya terus menjawab :”Ya ! Sebenarnya itu ucapan saya “. Maka hamba Allah
yang mencari peluang terus mengangkat martabatnya kepada nama amanat yang
disebarkan kepada umum. Namun petikan secebis daripada ucapan yang panjang itu
tidak merosakkan sedikit pun mesej untuk menyelamatkan umat daripada gejala
murtad secara jahil dan tidak sengaja.
PAS berulang kali mengajak kalangan ilmuwan
agama dalam UMNO secara langsung dan melalui pihak ketiga kalangan NGO Islam,
dengan ruang terbuka dengan UMNO boleh mendapat khidmat daripada mana-mana
mufti yang sanggup menjadi khadamnya, kalau malu secara tertutup atau tidak
mahu secara terbuka. UMNO tidak menjawab.
Tiba-tiba Presiden UMNO di masa itu memberi
isyarat kepada kalangan agama dalam UMNO supaya berdebat, dengan tajuk secara
unilateral pihak UMNO yang menentukannya tanpa berunding dengan pihak PAS,
pihak UMNO melantik pengerusi dan penentuan masa. PAS menerima dengan terbuka.
Akhirnya PAS dipujuk membatalkan debat dengan UMNO, padahal UMNO lah yang
membuka pintunya. Akhirnya UMNO terpaksa diselamatkan oleh perisytiharan
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang mengisytiharkan pembatalannya seperti
perisytiharan tarikh puasa dan hari raya.
Saya bentangkan senario tersebut semata –mata
untuk pengetahuan generasi muda yang belum lahir atau belum baligh di masa itu
, kerana ada kalangan yang tidak ada pengetahuan hujung pangkalnya lalu membuat
kenyataan tanpa pengetahuan yang sebenarnya.
Apa yang penting bagi kita semua ialah tidak
kedengaran lagi suara dari kalangan orang Melayu yang bercakap bahawa politik
tidak ada kaitan dengan agama ataupun yang berani menghina hukum Islam seperti
yang berlaku dalam tahun 80an dahulu. Di sini kita mendahului Arab Spring yang
masih mencetuskan kalangan nasionalis Arab yang menghina Islam. Maka saya
nasihatkan kepada ahli PAS tidak melatah dengan permainan kalangan UMNO yang
masih jahil atau hanya mencari kesempatan tanpa batas halal dan haram atau
tanpa perhitungan dosa dan pahala.
Firman Allah yang bermaksud:
"Dan hamba-hamba (Allah) ar-Rahman (yang
diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan
apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada
mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat sejahtera dari perkara
yang tidak diingini." (al-Furqaan : 63)
Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
10 Januari 2013
Amanat
Haji HADI tidak pernah mengkafirkan Umno
Saya tertarik untuk mengulas tentang isu
Amanat Haji Hadi yang dikitar semula oleh media dan diulas dengan berbagai
pandangan samada pro atau kontra. Amanat Haji Hadi bukan sahaja perlu
dibahaskan berdasarkan suasana dan masa ucapan itu disampaikan tapi juga mesti
dinilai dengan fakta yang tepat dan adil. Tindakan dan kefahaman
pengikut-pengikut tidak boleh menjadi
ukuran dan rujukan untuk menilai tentang ucapan Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul
Hadi Awang yang dikatakan “Amanat Haji Hadi”. Sepatutnya sesuatu ucapan
dilandaskan berdasarkan kaedah fekah
yang disebut oleh para ulama : “Hukum hakam itu berubah dengan perubahan
masa, suasana, tempat dan keadaan.”
Demikian juga, tindakan berlebih-lebihan daripada
pengikut-pengikut tidak boleh dijadikan sandaran untuk memperjelaskan ucapan
pemimpin mereka. Ulama mazhab maliki tidak pernah mengajar pengikut mereka
bersifat kasar terhadap ulama dan pengikut-pengikut mazhab lain tapi sejarah
mendedahkan kematian Imam Shafei sebagaimana yang disebut oleh Al-Bujairami dan
Imam Ibnu Hazmi dengan sebab tindakan agresif pengikut-pengikut mazhab maliki.
Apakah kita sanggup menyalahkan ulama mazhab maliki dengan sebab tindakan
agresif pengikut-pengikut mereka ? Demikian juga, pengikut-pengikut PAS
terdedah dengan kejahatan pemuda tahan lasak UMNO di masa ucapan ini
disampaikan.
AMANAT HAJI HADI AWANG
SAUDARA-SAUDARA SEKELIAN PERCAYALAH,
KITA MENENTANG UMNO, BUKAN KERANA NAMA DIA
UMNO.
KITA MENENTANG BARISAN NASIONAL BUKAN KERANA
DIA LAMA MEMERINTAH KERAJAAN.
KITA MENENTANG DIA IALAH KERANA DIA
MENGEKALKAN PERLEMBAGAAN PENJAJAH,
MENGEKALKAN UNDANG-UNDANG KAFIR, MENGEKALKAN
PERATURAN JAHILIYAH.
OLEH KERANA ITULAH KITA MENENTANG MEREKA.
OLEH KERANA ITULAH KITA MENGHADAPI MEREKA.
OLEH ITULAH KITA CUBA BERLAWAN DENGAN MEREKA.
PERCAYALAH SAUDARA-SAUDARA SEKELIAN,
PERJUANGAN KITA ADALAH JIHAD, UCAPAN KITA
ADALAH JIHAD,
DERMA KITA ADALAH JIHAD.
BERGANTUNGLAH KITA KEPADA ALLAH DENGAN
(MENGHADAPI) PUAK-PUAK INI KERANA KALAU KITA MATI MELAWAN PUAK-PUAK INI,
MATI KITA ADALAH SYAHID. MATI KITA ADALAH
ISLAM.
KITA TIDAK PERLU MASUK BUDHA, KITA TIDAK PERLU
MASUK HINDU,
KITA TIDAK PERLU MASUK KERISTIAN,
TAPI KITA MENJADI KAFIR DENGAN MENGAMALKAN
'POLITIK SUKU, AGAMA SUKU'.
TUAN GURU HJ. ABDUL HADI AWANG
BANGGOL PERADONG, 1981
Saya mengulangi semula apa yang dikatakan
‘Amanat Haji Hadi’ di atas untuk difahami dengan tepat agar kita tidak
menghukum dengan terpesong daripada keadilan. Apakah implikasi dan kesan,
apabila kita menghukum Haji Hadi mengkafirkan UMNO ?. Tidakkah para ulama
menyatakan bahawa seseiapa yang mengkafirkan seseorang mukmin, maka dia kafir :
" مَن كفَّرَ مُسلِماً، فقد كفَرَ"?. Apakah golongan yang menganggap “Amanat Haji Hadi’ telah mengkafirkan UMNO telah menghukum Haji
Hadi telah terkeluar daripada Islam dengan sebab amanat ini ?. Apakah hukum
seseorang yang telah mengkafirkan Haji Hadi ?.Majlis Fatwa Kebangsaan wajib
menjawab persoalan ini. Adakah Dato Harussani juga telah termasuk dalam senarai
mengkafirkan Haji Hadi?.
Hakikatnya, amanat ini tidak memberi
pengertian dan kefahaman yang memberi maksud mengkafirkan UMNO. Amanat ini
hanya menyatakan batas-batas iman dan kufuryang mesti diingati dan dielakkan
untuk menyelamatkan diri daripada terjerumus dalam lembah kekufuran. Amanat ini
hanya mengingatkan ahli-ahli PAS agar jangan menentang UMNO tanpa asas dan
prinsip. Amanat ini tidak mengatasi nada tulisan Mustika Hadis yang menyatakan
tentang batas-batas iman. Apakah tulisan dalam Mustika Hadis juga bererti telah
mengkafirkan beberapa pemimpin UMNO yang mengeluarkan kenyataan senada dengan
apa yang disebut dalam kitab Mustika Hadis dalam jilid pertama daripada
mukasurat 415 – 421 dalam tajuk ‘wajib menjaga, jangan merosakkan iman dan
Islam’.
Saya mahu menakalkan di sini sedikit apa yang
tercatat dalam buku itu kerana bimbang Dato Harussani, Majlis Fatwa Kebangsaan
dan ulama UMNO terlupa atau tertinggal untuk membacanya. Pada muka surat 416 ;
“Bahagian yang kedua (perkara-perkara yang menyebabkan rosaknya iman dan Islam)
ialah perkataan iaitu tiap-tiap perkata yang mencaci, menghina,
merendah-rendah, mengejek-ejek dan mempermain-mainkan nama Allah,
sifat-sifatnya, rasul-rasulnya, kitab-kitabnya, ayat-ayatnya dan hukum-hukumnya
serta hukum-hukum yang diterangkan oleh rasulnya..... beliau menyebut lagi :
“misalnya seperti katanya mengenai mana-mana hukum Islam : “(1) Hukum apa ini
?, (2) hukum ini sudah lapuk ? (8) Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum
Islam sampai kiamat kita tidak maju”.”
Saya tidak menuduh sesiapa tapi ulama UMNO
wajar membandingkan kata-kata pemimpin mereka dengan catatan kitab Mustika
Hadis. Tun Mahathir pernah menuduh Nabi tidak mencukur janggut kerana tiada
pisau cukur. Kenapa Dato Harussani tidak menyatakan pandangannya dalam akhbar
supaya Tun Mahathir menarik balik kenyataannya ?. Banyak lagi kenyataan
pemimpin-pemimpin UMNO yang menghina syariat Islam. Kenapa JAKIM, ulama UMNO
dan Dato Harussani mempekakkan telinga, membisu dan membutakan matanya?
Sedangkan ucapan dan amanat pemimpin Negara memberi kesan yang lebih besar
kepada rakyat dan ummah.
Penentangan terhadap UMNO bukan bererti
mengkafirkan UMNO. Umat Islam tidak disuruh supaya menentang semua orang kafir
kerana ada orang kafir yang bergelar zimmi, mua’had dan musta’min serta golongan
yang tidak disenaraikan sebagai musuh Islam. Demikian juga, tidak semua musuh
yang ditentang itu boleh dilabelkan kafir kerana ramai muslim yang zalim,
jahat, fasik dan penjenayah mesti ditentang dan dilawan, walaupun mereka
pemimpin dan pemerintah. Rasulullah mengajar umatnya dengan sabdanya :
ما من نبى بعثه الله فى أمة قبلى إلا كان له من أمته حواريون وأصحاب يأخذون بسنته ويقتدون بأمره ثم إنها تخلف من بعدهم خلوف يقولون ما لا يفعلون ويفعلون ما لا يؤمرون فمن جاهدهم بيده فهو مؤمن ومن جاهدهم بلسانه فهو مؤمن ومن جاهدهم بقلبه فهو مؤمن وليس وراء ذلك من الإيمان حبة خردل.
Maksudnya : Tiada seorang Nabi yang diutuskan
oleh Allah pada satu-satu umat sebelumku melainkan mereka mempunyai
pengikut-pengikut setia dan teman-teman yang memegang sunahnya dan mengikuti segala
perintahnya. Kemudian, Berapa ramai penguasa yang jahat datang selepas itu,
mereka berkata apa yang tidak dilaku dan melakukan perkara yang tidak disuruh
oleh Allah. Maka sesesiapa yang berjihad menentang mereka dengan tangan, maka
dia beriman. Sesiapa yang berjihad menentang mereka dengan lidah, meereka
beriman dan sesiapa yang berjihad menentang mereka dengan hati, maka dia
beriman. Tiada iman selepas itu, walaupun sebesar bijian.”
Adakah amanat ini memberi maksud ‘mengkafirkan
UMNO’ kerana UMNO mengekalkan perlembagaan penjajah, undang-udang kafir dan
peraturan jahiliyyah? Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tidak berkata
pun dalam ucapan ini bahawa sikap mengekalkan perlembagaan penjajah,
undang-undang kafir dan peraturan penjajah akan menjadi kafir ?. UMNO memang
memperakui dalam perjuangannya untuk mempertahankan perlembagaan yang
ditinggalkan oleh Suruhanjaya Lord Reid. Adakah salah bahawa amanat ini
melabelkan perlembagaan Malaysia adalah perlembagaan penjajah, sedangkan ia
tidak melabelkan perlembagaan ini kafir pun ? Tidakkah Suruhanjaya Reid
merupakan badan yang ditubuhkan oleh penjajah ?. Sejarah tidak boleh ditutup.
Perlembagaan, undang-undang dan peraturan adalah kalimah yang berbeza dan
mempunyai makna yang diketahui oleh ahli undang-undang dan ahli akademi.
UMNO terus mempertahankan undang-undang dalam
negara, walaupun banyak yang bercanggah dengan syariat Islam. Adakah Majlis
Fatwa Kebangsaan, JAKIM dan Dato Harussani memperakui dan memutuskan bahawa
undang-undang Malaysia lebih baik dan bertepatan dengan syariat Islam, walaupun
undang-undang Jenayah Syariat Islam (Hudud dan Qisas) tidak pernah digubal dan
diluluskan dalam Parlimen ?. Amanat ini tidak mengkafirkan UMNO dengan sebab
UMNO mempertahankan sebahagian undang-undang yang bercanggah dengan syariat
Islam. Betapa ramai orang yang berperangai dan mengikuti sunnah perjalanan
hidup Yahudi dan Kristian tapi bukan bererti kita mengYahudikan dan
mengKristiankan mereka. Rasulullah bersabda :
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " لَتَتَّبِعُنَّ سُنَنَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ ، وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ سَلَكُوا جُحْرَ ضَبٍّ لَسَلَكْتُمُوهُ " ، قُلْنَا : يَا رَسُولَ اللَّهِ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى ؟ قَالَ : " فَمَنْ ؟ " .
Daripada Abi said Al-Khudri bahawa Rasulullah bersabda : “Kamu
benar-benar akan mengikuti perjalanan hidup golongan sebelum kamu sejengkal
demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga mereka masuk dalam lubang biawak,
nescaya kamu akan mengikutinya. Para sahabat bertanya : Wahai Rasullah ! Yahudi
dan Nasara ?. rasulullah menjawab : Siapa lagi !.”
Majlis Fatwa Kebangsaan dan JAKIM boleh
menyenaraikan cara hidup Yahudi dan Kristian yang diamalkan oleh umat Islam
hari ini tapi ia bukan bererti kita mengyahudikan dan mengkristiankan mereka.
Kenapa Majlis Fatwa Kebangsaaan dan ulama UMNO tidak menyatakan hukum terhadap
kata-kata yang menghina undang-undang Islam ?.
Apakah amanat ini salah, apabila melabelkan
peraturan jahiliyyah yang dikekalkan oleh UMNO ? Adakah Majlis Fatwa Kebangsaan
dan JAKIM memutuskan bahawa seluruh peraturan dalam negara ini selamat daripada
unsur jahiliyyah ?. Apakah peraturan yang bercirikan kronisme, pragmatisma,
nasionalisma, kapitalisma, khianat dan banyak lagi, tidak boleh disenaraikan
sebagai peraturan jahiliyyah ? Menjahiliyyahkan sesuatu bukan bererti
mengkafirkannnya. Tidakkah kita pernah mendengar sabda Rasulullah kepada Abu
Zarr yang melakukan kesilapan dengan katanya : “Wahai Abu Zarr ! Engkau seorang
lelaki yang masih ada sifat jahiliyyah.” ? Apakah Majlis Fatwa Kebangsaan, Dato
Harussani dan JAKIM menganggap Rasulullah telah mengkafirkan Abu Zarr.
Wa’iyazubillah.
APAKAH ERTI JIHAD DAN SYAHID ?
Jihad bukan disyariatkan untuk menentang
golongan kuffar sahaja, bahkan jihad dituntut untuk menentang segala
kemungkaran, kezaliman dan kejahatan. Para ulama telah memperjelaskan dengan
terang tentang peringkat jihad :
Terdapat beberapa peringkat jihad iaitu
1-Jihad peringkat menentang hawa nafsu.
2-Jihad menentang tipu daya syaitan.
3-Jihad menentang golongan kuffur.
4-Jihad terhadap golongan munafik.
5-Jihad terhadap orang yang zalim dan fasiq.
Jihad menentang satu-satu golongan bukan
bererti kita mengkafirkan golongan tersebut. Bahkan Rasulullah telah menyatakan
jihad yang paling besar dan mulia sebagaimana sabda Rasulullah :
عن أبي سعيد الخدري قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:أفضل الجهاد كلمة عدل عند سلطان جائر أو أمير جائر
Daripada Abu said Al-Khudri berkata :
rasulullah bersabda : “Sebaik-baik dan semulia-mulia jihad ialah menyatakan
kalimah keadilan di sisi pemerintah yang zalim.”
Tidakkah
mati menentang pemerintah yang zalim adalah syahid ?. Tidak dinafikan
mati syahid itu terbahagi kepada dua. Tapi amanat ini tidak mengkategorikan
syahid dalam perjuangannya. Majlis Fatwa Kebangsaan dan JAKIM sepatutnya
menyenaraikan tindakan zalim dan jahat yang dilakukan oleh UMNO. UMNO terus
mempertahankan ISA dengan tangkapan tanpa bicara. UMNO terus mengkhianati hak
royalti petroleum kerajaan Kelantan. UMNO terus mengamalkan politik ugut dan
pilih kasih dalam pengagihan bantuan dan kebajikan. UMNO mempergunakan pihak
keselamatan untuk mengganggu ceramah-ceramah PAS. UMNO terus memperkudakan SPR
untuk menipu dalam Pilihanraya. UMNO terus mengenepikan hak rakyat untuk
bersuara dan berhimpun. UMNO terus mengambil peluang untuk menyalahgunakan
kuasa dan membolot harta negara. PAS dan rakyat mempertahankan hak mereka dan
menentang penyelewengan dan kezaliman. Rasulullah bersabda :
أبي هريرة قال: جاء رجل إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال يارسول الله أرأيت إن جاء رجل يريد أخذ مالي ؟ قال: "فلاتعطه مالك" قال: أرأيت إن قاتلني؟ قال: "قاتله" قال: أرأيت إن قتلني؟ قال: "فأنت شهيد"
Abu Hurairah berkata : Seorang lelaki datang
bertemu rasulullah dan berkata : Wahai Rasulullah! Apakah pandangan baginda,
jika seorang lelaki datang untuk merampas hartaku ? Rasulullah : jangan engkau
serahkannya. Lelaki bertanya lagi : Apakah pandangan baginda, jika dia membunuh
saya ?. Rasulullah menjawab : Engkau tentang dia. Lelaki itu bertanya lagi :
Apakah pandangan Baginda, jika dia membunuh saya ?. Rasulullah bersabda :
Engaku mati syahid.”
Ucapan politik suku, agama suku tidak bererti
mengkafirkan UMNO. Amanat itu menyatakan ‘kita’. Kenapa UMNO terasa kata-kata
itu ditujukan kepada UMNO ?. Adakah UMNO dan pemimpin-pemimpin serta Dato
Harussani berpendapat bahawa politik tidak ada kaitan dengan agama ?. Apakah
pandangan Ulama tentang kata-kata ‘politik suku, agama suku’?. Adakah
amanat ini salah dalam meletakkan hukum
tentang perkataan ‘politik suku, agama suku’ ?. Majlis Fatwa kebangsaan, JAKIM
dan Dato Harunssani tidak perlu merujuk kitab-kitab dalam bahasa arab dalam
mencari kesahihan kata-kata ini. Sheikh Abdul Kader Abdul Mutalib Al-Mandili
yang merupakan guru terpengaruh telah mengarang kitab ‘Kebagusan Undang-Undang
Islam dan Kecelaan Undang-Undang Manusia’ pada tahun 1961M telah mendahului Dato Seri Tuan Guru Haji
Abdul Hadi Awang dalam mengulas tentang undang-undang penjajah. Bahkan Tuan
Sheikh Abdul Kader R.A telah menjawab dengan panjang tentang persoalan hukum
menceraikan agama daripada kenegaraan dan politik pada muka surat 110 – 127
(Kebagusan Undang-Undang Islam dan Kecelaan Undang-Undang manusia). Jika Dato’
Harussani, JAKIM dan Majlis Fatwa Kebangsaan serta sesiapa sahaja menganggap
Amanat Haji Hadi salah dan perlu ditarik balik, maka saya mendesak JAKIM, Dato
Harunssani, Majlis Fatwa Kebangsaaan dan pihak kerajaan menjawab dan menyatakan
tindakan terhadap tulisan Sheikh Abdul Kader Al-Mandili. Apakah Dato Harussani,
JAKIM, Majlis Fatwa Kebangsaan dan ulama UMNO juga menganggap tulisan Tuan
Sheikh Abdul Kader Al-Mandili yang dipelajari oleh murid-muridnya yang telah
ramai bergelar tok guru adalah salah, mengkafirkan dan perlu ditarik balik.
Adalah tidak adil dan berniat jahat, jika Amanat Haji Hadi diulas dan
dipersalahkan tanpa membuat perbandingan dan rujukan terhadap fakta yang ada.
Kesimpulannya, kami mampu berhujah dengan
sesiapa tentang amanat ini tapi situasi politik abad ke 21 sangat berbeda. Anak
muda akan boleh mengkaji tentang kebenaran dan kebatilan sesuatu. Anak muda
akan muak dan nak muntah dengan sikap ulama UMNO dan Dato Harussani yang
berumno dalam menyatakan pandangan tentang Islam sehingga mengenepikan fakta.
Anak muda boleh menonton semula sandiwara debat ulama UMNO tentang isu kafir
mengkafir yang diarah dan ditaja sendiri
oleh Perdana Menteri Malaysia di masa itu. Rakyat perlu tanya, kenapa debat
ulama PAS dan ulama UMNO pernah dibatalkan ? . Anak Muda sedia buat perubahan
dalam PRU 13 kerana UMNO sudah kehilangan arah dan tidak berupaya untuk menutup
isu-isu kebejatan pemerintahan UMNO. PAS ganti UMNO.
Jika Kerajaan jujur untuk menyelesaikan isu
Amanat Haji Hadi, nescaya pihak Kerajaan dan Majlis Fatwa Kebangsaaan boleh
bersifat terbuka dan adil. Kerajaan mesti bersedia mengambil pendekatan
tersebut ;
1-
Kerajaan mesti memberi ruang kepada Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi
Awang untuk memberi penjelasan melalui media rasmi Kerajaan agar rakyat
memperakui kesahihan penjelasan tersebut kerana media Kerajaan (TV 1, TV 2 dan
TV 3) menjadi sumber rujukan
penyokong-penyokong UMNO dan rakyat. Di samping itu, media ini menjadi punca kekeliruan tentang
amanat ini. Jika Kerajaan tidak bersedia memberi ruang dalam media tersebut,
nescaya anak muda dan rakyat mesti yakin bahawa UMNO bersifat jahat untuk
menutup kebenaran.
2-
Majlis Fatwa kebangsaan mesti bersedia bermuzakarah secara terbuka dan
siaran langsung untuk didengari oleh seluruh rakyat. Jika Majlis Fatwa
Kebangsaan tidak bersedia bermuzakarah secara terbuka, maka rakyat boleh
menilai tentang kedudukan Majlis Fatwa Kebangsaan. Tiada dalam keadilan, pihak
tertuduh tidak diberi ruang untuk berhujah dan membela kenyataan. Keadilan
Islam dibicara dengan keterangan dan pembuktian, bukan dengan pertuduhan dan
hukuman tanpa perbicaraan dan pembuktian.
3-
Jika Kerajaan dan Majlis Fatwa Kebangsaan jujur untuk menegakkan kebenaran dan
menyelesaikan isu ini dengan adil, nescaya muzakarah ini boleh dibuat secara
terbuka dan siaran langsung di hadapan para ulama Dunia yang dipimpin oleh
Sheikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang diakui keilmuannya.
وقد اختار شيخنا العلامة محمد الخضر حسين -شيخ الأزهر في زمانه- أن يعبر عن فصل الدِّين عن السياسة -الذي دعا إليه أحد الكُتَّاب- بعبارة (ضلالة) وهو تعبير شرعي صحيح، لأنه أمر مُحْدث ومبتدع في الأمة، وكل بدعة ضلالة، كما في الحديث الصحيح.
وقد كتب في ذلك مقالة طويلة نشرها في مجلة (نور الإسلام)[11]، ثم وضعها في كتابه (رسائل الإصلاح).
ومما قاله الشيخ في هذه المقالة العلمية الرصينة:
(نعرف أن الذين يدعون إلى فصل الدِّين عن السياسة فريقان:
1. فريق يعترفون بأن للدين أحكاما وأصولا تتصل بالقضاء والسياسة،
ولكنهم يُنْكرون أن تكون هذه الأحكام والأصول كافلة بالمصالح، آخذة بالسياسة إلى أحسن العواقب. ولم يبال هؤلاء أن يجهروا بالطعن في أحكام الدِّين وأصوله، وقبلوا أن يسميهم المسلمون ملاحدة؛ لأنهم مُقِرُّون بأنهم لا يؤمنون بالقرآن ولا بمن نزل عليه القرآن.
2. ورأى فريق أن الاعتراف بأن في الدِّين أصولا قضائية وأخرى سياسية، ثم الطعن في صلاحها، إيذان بالانفصال
عن الدِّين، وإذا دعا المنفصل عن الدِّين إلى فصل الدِّين عن السياسة، كان قصده مفضوحا، وسعيه خائبا، فاخترع هؤلاء طريقا حسبوه أقرب إلى نجاحهم، وهو أن يَدَّعوا أن الإسلام توحيد وعبادات، ويجحدوا أن يكون في حقائقه ما له مدخل في القضاء والسياسة، وجمعوا على هذا ما استطاعوا من الشُّبه، لعلهم يجدون في الناس جهالة أو غباوة فيتم لهم ما بيتوا.
هذان مسلكان لمن ينادي بفصل الدِّين عن السياسة، وكلاهما يبغي من أصحاب السلطان: أن يضعوا للأمة الإسلامية قوانين تناقض شريعتها، ويسلكوا بها مذاهب لا توافق ما ارتضاه الله في إصلاحها. وكلا المسلكين وليد الافتتان بسياسة الشهوات، وقصور النظر عما لشريعة الإسلام من حِكَم بالغات.
أما أنَّ الإسلام قد جاء بأحكام وأصول قضائية، ووضع في فم السياسة لجاما من الحكمة، فإنما ينكره من تجاهل القرآن والسنة، ولم يحفل بسيرة الخلفاء الراشدين، إذ كانوا يزنون الحوادث بقسطاس الشريعة، ويرجعون عند الاختلاف إلى كتاب الله أو سنة رسوله.
وبين الشيخ أن في القرآن شواهد كثيرة على أن دعوته تدخل في المعاملات المدنية، وتتولى إرشاد السلطة السياسية، قال تعالى: {أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْماً لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ} [المائدة:50]، وكل حكم يخالف شرع الله، فهو من فصيلة أحكام الجاهلية، وفي قوله تعالى: { لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ}، إيماء إلى أن غير الموقنين قد ينازعون في حُسْن أحكام رب البرية، وتهوى أنفسهم تبدُّلها بمثل أحكام الجاهلية، ذلك لأنهم في غطاء من تقليد قوم كبروا في أعينهم، ولم يستطيعوا أن يميزوا سيئاتهم من حسناتهم، وقال تعالى: {وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ} [المائدة:49]، فرض في هذه الآية أن يكون فصل القضايا على مقتضى كتاب الله، ونبه على أن مَن لم يدخل الإيمان في قلوبهم يبتغون من الحاكم أن يخلق أحكامه من طينة ما يوافق أهواءهم، وأردف هذا بتحذير الحاكم من أن يفتنه أسرى الشهوات عن بعض ما أنزل الله، وفتنتهم له في أن يسمع لقولهم، ويضع مكان حكم الله حكما يلائم بغيتهم، قال تعالى: {وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ} [المائدة:45]، وفي آية: {وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ} [المائدة:47]، وفي آية ثالثة: {وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ} [المائدة:44].
وفي القرآن أحكام كثيرة ليست من التوحيد ولا من العبادات، كأحكام البيع والربا والرهن والإشهاد، وأحكام النكاح والطلاق واللعان والولاء والظهار والحجر على الأيتام والوصايا والمواريث، وأحكام القصاص والدية وقطع يد السارق وجلد الزاني وقاذف المحصنات، وجزاء الساعي في الأرض فسادا).
وذكر الشيخ آيات تتعلَّق بالحرب والسلم والمعاهدات والعلاقات الدولية.
ثم قال: (وفي السنة الصحيحة أحكام مفصلة في أبواب من المعاملات والجنايات إلى نحو هذا مما يدلك على أن مَن يدعو إلى فصل الدِّين عن السياسة إنما تصور دينا آخر غير الإسلام.
وفي سيرة أصحاب رسول الله -وهم أعلم الناس بمقاصد الشريعة- ما يدل دلالة قاطعة على أن للدين سلطانا في السياسة، فإنهم كانوا يأخذون على الخليفة عند مبايعته شرط العمل بكتاب الله وسنة رسول الله.
ولولا علمهم بأن السياسة لا تنفصل عن الدِّين لبايعوه على أن يسوسهم بما يراه أو يراه مجلس شوراه مصلحة، وفي صحيح البخاري: "كانت الأئمة بعد النبي صلى الله عليه وسلم يستشيرون الأمناء من أهل العلم في الأمور المباحة ليأخذوا بأسهلها، فإذا وضح الكتاب أو السنة لم يتعدوه إلى غيره اقتداء بالنبي صلى الله عليه وسلم"[12].
ومن شواهد هذا: محاورة أبي بكر الصديق وعمر بن الخطاب في قتال مانعي الزكاة، فإنها كانت تدور على التفقه في حديث: "أمرت أن أقاتل الناس حتى يقولوا لا إله إلا الله"[13]. فعمر بن الخطاب يستدل على عدم قتالهم بقوله في الحديث: "فإذا قالوها عصموا مني دماءهم وأموالهم". وأبو بكر يحتج بقوله في الحديث: "إلا بحقها" ويقول: الزكاة من حق الأموال، ولو لم يكونوا على يقين أن السياسة لا يسوغ لها أن تخطو خطوة إلا أن يأذن لها الدِّين بأن تخطوها، ما أورد عمر ابن الخطاب هذا الحديث، أو لوجد أبو بكر عندما احتج عمر بالحديث فسحة في أن يقول له: ذلك حديث رسول الله، وقتال مانعي الزكاة من شؤون السياسة!
ومن شواهد أن ربط السياسة بالدِّين أمر عرفه خاصة الصحابة وعامتهم: قصة عمر بن الخطاب، إذ بدا له أن يضع لمهور النساء حدا، فتَلَت عليه امرأة قوله تعالى: {وَآتَيْتُمْ إِحْدَاهُنَّ قِنْطَاراً فَلا تَأْخُذُوا مِنْهُ شَيْئاً} [النساء:20]، فما زاد على أن قال: رجل أخطأ، وامرأة أصابت[14]. ونبذ رأيه وراء ظهره، ولم يقل لها: ذلك دين وهذه سياسة!
وكتب السنة والآثار مملوءة بأمثال هذه الشواهد، ولم يوجد -حتى في الأمراء المعروفين بالفجور- من حاول أن يمس اتصال السياسة بالدِّين من الوِجهة العملية، وإن جروا في كثير من تصرفاتهم على غير ما أذن الله به، جهالة منهم أو طغيانا.
أراد الحجاج أن يأخذ رجلا بجريمة بعض أقاربه، فذكَّره الرجل بقوله تعالى: {وَلا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى} [الأنعام:164]، فتركه[15]، ولم يخطر على باله -وهو ذلك الطاغية- أن يقول له: ما تلوته دين، وما سأفعله سياسة!).
Amanat
Haji Hadi
Posted on 7 Januari 2013 by Ustaz Halim
amanat haji hadi“Amanat Haji Hadi (1981)”
adalah isi pidato beliau yang dijadikan bentuk “amanat” oleh orang-orang
tertentu.
Seperti salah sebuah posting saya yang lalu,
“Diantara Syariat Islam dan hukum Hudud“, apabila isu “Hudud” dan juga isu
“Amanat Hadi” dikemukakan kepada masyarakat di Malaysia oleh media massa, ia
salah satu penunjuk bahawa gendang Pilihanraya Umum telah mula dipalu oleh
pihak Pemerintah. Oleh kerana itu banyak respon dari ahli fikir dan tokoh dalam
masyarakat terhadap isu “Amanat Hadi” ini bukan semata-mata atas asas ilmiah
dan maslahat umum masyarakat dan negara seperti yang dikehendakki oleh Islam,
malah respon dari mereka yang cenderung kepada satu-satu aliran politik akan
diwarnai dengan jelas dengan kecenderungan politik masing-masing bahkan hingga
ke tahap melupakan asas ilmiah Islam dan kepentingan umum umat Islam itu
sendiri.
Setelah mula berjinak dengan usaha-usaha Islam
pada tahun 1979 dan 1980 ketika di tingkatan 2 dan 3 di MRSM Kuantan, saya mula
terlibat didalam usrah dan amal Islam haraki pada tahun 1981 ketika di
tingkatan 4 sehinggalah ke hari ini. Di tahun 1981 yang sama “Amanat Haji Hadi”
mula dikemundangkan samada oleh sebahagian ahli dan pimpinan PAS untuk menjaga
aqidah umat Islam atau meraih undi dan pendokong disatu pihak. Ia juga
dikumandangkan oleh UMNO menerusi media massa samada untuk menjaga keharmonian
umat Islam atau memburukkan PAS dengan memalitkannya dengan sikap kafir
mengkafir untuk menjauhkan masyarakat dan pengundi darinya.
Sebelum masuk kepada perbincangan yang lebih
mendalam, ada baiknya saya kemukakan satu konsep yang penting didalam fikrah,
politik maupun perundangan iaitu konsep Antara Syakhsiyah Iktibariah dan
Syakhsiyah Iktiyadiyah. Seperti juga memahami konsep Antara Jiwa dan Sistem,
memahaminya dana menggunakannya dalam berfikir dan membuat sesuatu kesimpulan
(judgement) adalah sangat penting dan tidak hilang punca. Syakhsiyah Iktibariah
dan Syakhsiyah Iktiyadiyah Setiap orang dari kita membawa kedua-dua syakhsiyah
(keperibadian atau entiti) ini didalam hidupnya. Contohnya apabila saya melihat
atau menilai Ali bin Ahmad, saya melihat beliau membawa kedua-dua syakhsiyah
iktibariah dan iktiyadiyah.
Syakhsiyah Iktibariah adalah syakhsiyah atau
keperibadian atau identiti persatuan, kabilah, negara dan organisasi
seumpamanya yang beliau anggotai.
Syakhsiyah Iktiyadiyah adalah syakhsiyah,
keperibadian atau identiti diri seseorang individu itu sendiri tanpa merujuk
kepada organisasi yang beliau anggotai.
Contohnya, sesebuah negara itu adalah Negara
Islam (syakhsiyah iktibariah) tidak semestinya semua penduduknya
(individu-individu iktiyadiyah) beragama Islam. Begitu juga sebaliknya sebuah
negara bukan-Islam (syakhsiyah iktibariyah) ada terdapat individu-individu
Islam didalamnya. Begitu juga apabila kita contohnya mengatakan bahawa syarikat
Shell adalah syarikat kafir (syakhsiyah iktibariah), kita tidak mengatakan
semua kakitangan (iktiyadiyah) didalamnya adalah kafir. Sebaliknya apabila kita
katakan syarikat Petronas adalah sebuah syarikat Islam, kita tidak mengatakan
semua kakitangannya atau Arumugam yang bekerja didalamnya adalah seorang Islam.
Apabila Asy-Syahid Sayyid Qutb mengatakan
“Mujtamak Jahili” adalah mujtamak atau masyarakat yang hidup didalam sistem
yang tidak berasaskan Syariat Islam, sebaliknya hidup didalam sistem hawa nafsu
manusia yang dicedok dari Barat atau Timur, saya melihat dia merujuk kepada
syakhsiyah iktibariah dan bukan kepada individu-individu didalam masyarakat
tersebut yang terdapat didalamnya orang-orang saleh dan sebaliknya. Ini dengan
peringatan bahawa “Jalihi” tidak semestinya kafir dengan dalil “Sesungguhnya
didalam engkau ada jahiliyah” (Hadis), sabda Nabi saw kepada seorang sahabat
hebat bernama Abu Dzar yang marah lalu mengejek Bilal sebagai anak wanita kulit
hitam. Mereka yang tidak faham akan mengatakan Sayyid Qutb mengkafirkan
orang-orang Islam yang berada didalam negara-negara yang tidak lagi diperintah
dibawah sistem Islam.
Ideologi mengkafirkan umat Islam samada secara
individu atau secara borong dengan alasan mereka atau umat “redha berada
dibawah sistem atau undang-undang yang bukan Islam” masih lagi dipakai oleh
beberapa kumpulan Islam seperti Tanzim Jihad, sebahagian Tanzim Al-Qaedah dan
seumpamanya. Oleh itu kedapatan mereka tidak makan lauk ayam dan daging di
restoran-restoran awam sebaliknya makan lauk tersebut dari sembelihan sendiri atau
sembelihan rakan-rakan seperjuangan. Mereka ke masjid tetapi tidak bersolat
bersama imam, bahkan bersolat sendirian di bahagian belakang masjid, atau ramai
dikalangan mereka yang tidak ke masjid dan memilih untuk solat di rumah. Ini
adalah kerana aqidah penyembelih atau imam solat dipertikaikan oleh mereka.
Iktiqad atau kepercayaan seperti ini boleh sampai ke kemuncaknya dengan
menghalalkan darah dan pembunuhan seperti yang dilakukan oleh sebahagian mereka
yang mengebom tempat awam seperti sekolah dan pejabat seperti letupan-letupan
di Iraq hari ini, dengan hujah masyarakat redha dengan pemerintahan Penjajah
Amerika dan sistem Demokrasi yang diperkenalkan lalu masyarakat menjadi kafir.
Memali_BalingTragedi Memali, Kg. Memali,
Baling, Kedah 1985.
Memali
Al-Marhum Ustaz Ibrahim (bawa dan kiri sekali)
bersama 13 sahabatnya ahli PAS ditembak mati oleh polis Malaysia pada tahun
1985 dizaman pemerintahan Dr Mahathir. Ketika itu Anwar Ibrahim baru beberapa
tahun meninggalkan ABIM dan menyertai UMNO.
Adapun terhadap individu-individu (syakhsiyah
iktiyadiyah), Imam Hasan Al-Banna menggariskan dengan jelas dan lebih awal
beberapa dekad sebelum gejala seperti ini berlaku dengan mengemukakan Usul 20
berbunyi : “Kita tidak mengkafirkan seseorang Islam yang berikrar dengan Dua
Kalimah Syahadah, mengamalkan tuntutan-tuntutannya dan menunaikan amalan-amalan
fardhu (hanya) kerana pandangan atau maksiat (yang ditunjukkan olehnya)
melainkan sekiranya dia :
Berikrar dengan kalimat Kafir (mengakui
kafir), ATAU
Ingkar terhadap sesuatu perkara yang Maklum
Minad Deen bid Darurah (diketahui ramai secara melata seperti kewajipan solat 5
waktu), ATAU
Atau mendustakan ayat-ayat Al-Quran yang
jelas, ATAU
Menafsirkan Al-Quran yang lari jauh dari makna
Bahasa Arab yang sebenar, ATAU
Melakukan sesuatu amalan yang tidak boleh lagi
ditafsirkan selain “Kafir”.
Ungkapan Imam Hasan Al-Banna dalam Usul 20 ini
menjadi ketara kepentingannya apabila Presiden Jamal Abdul Nasir mengambilalih
pemerintahan dan mengumumkan perang terhadap jemaah Ikhwan Muslimin mulai tahun
1954. Ribuan pimpinan dan anggota jemaah tersebut dipenjara dan disiksa. Ramai
pimpinan yang dipenjara sehingga 20-25 tahun. Sebilangan mereka dihukum gantung
sampai mati seperti Sayyid Qutb dan seangkatan dengannya. Ada seorang yang menyebut
nama “Allah” apabila dirotan lalu yang merotan berkata, “dimana tuhan engkau,
aku nak rotan dia”. Penderitaan didalam penjara menyebabkan ramai yang berbeza
pandangan terhadap status akidah regim yang menindas mereka, adakah masih Islam
atau kafir. Mursyid Am, Al-Marhum Mustafa Masyhur menceritakan bahawa perbezaan
pandangan mereka didalam penjara sehingga menyebabkan mereka berpecah dan
bersolat sebanyak 7 jemaah berlainan imam. Mursyid Am ketika itu, Imam Hasa
Al-Hudhaiby menulis buku “Duat la Qudat” (Kita hanyalah Pendakwah-pendakwah dan
bukan Hakim-hakim) menguatkan lagi Usul 20 yang digariskan oleh Imam mereka,
Imam Hasan Al-Banna. Setelah lebih 20 tahun disiksa didalam penjara, pimpinan
dan ahli Ikhwan Muslimin berjaya berpegang teguh dengan fikrah Ikhwan yang
digariskan oleh Hasan Al-Banna iaitu tidak sewanang-wenangnya mengkafirkan
orang lain tanpa dalil yang kuat. Bahkan Mursyid Am Kedua menegas dan mengajak
para Ikhwan agar berpada menjadi pendakwah-pendakwah di jalan Allah, dan bukan
menjadi orang-orang yang menghukum aqidah orang lain. Dengan ini Ikhwan
Muslimin terus berkembang menuju matlamat dan menjadi penyelamat kepada umat.
AlBanna 01Imam Hasan Al-Banna, penulis Usul
20.
Mereka yang sezaman dengan saya dalam arus
kebangkitan Islam di Malaysia tahun 1980an akan bersetuju bahawa isu kafir
mengkafir ini banyak mempengaruhi masyarakat ketika itu lebih-lebih lagi yang
berminat kepada gerakan Islam. Ramai pimpinan-pimpinan gerakan Islam hari ini
mengenang zaman lampau dimana mereka tidak makan sembelihan orang-orang UMNO.
Ketika saya melangsungkan perkahwinan di Australia pada 25.6.1985, saya sangat
mengambil berat agar saksi-saksi akad nikah saya nanti bukan orang yang diragui
akidahnya. Oleh sebab itu saya segera meminta agar Abdul Mon’iem Al-Hessady,
seorang Ikhwan dari Libya yang sedang membuat PhD di universiti yang sama
dengan saya agar menjadi salah seorang saksi, takut akad nikah tak sah atau
sekurang-kurangnya boleh dipertikaikan jika aqad tersebut bersaksikan
sebarangan orang Melayu dari Malaysia !.
Sebagaimana Al-Quran yang mujmal (ringkas)
sukar difahami melainkan dengan penjelasan terperinci (mubayin) dari hadis,
Seerah dan perjuangan Rasulullah saw, bagitu jugalah saya yakin bahawa fikrah
dan perjuangan yang dibawa oleh Imam Hasan Al-Banna ini tidak boleh difahami
hanya melalui pembacaan tulisan-tulisan beliau, akan tetapi ia difahami dengan
melihat sendiri bagaimana fikrah tersebut difahami dan diperjuangkan oleh
pimpinan-pimpinan dan generasi-generasi selepas beliau tiada. Fikrah dan
perjuangan menjadi lebih jelas apabila saya mengikuti pentarbiyah dan kehidupan
sepanjang saya berada selama 8 tahun di Mesir. disamping usrah mingguan, qiyam,
rehlah, mukhayyam dan wasail (modul-modul) tarbiyah yang lain, Khutbah Jumaat
Ikhwan setiap Jumaat di Masjid Ar-Ridwan, Hayyu Sabiek dan Kuliah Mingguan di
Masjid Al-Fatah, Umar Afandi banyak merubah persepsi Dakwah ke dalam diri saya.
Jika di Malaysia dahulu, ceramah-ceramah umum
lebih berbau politik, kebencian, kafir dan seumpamanya, akan tetapi khutbah dan
ceramah Ikhwan mengingatkan akhirat, tanggungjawab diri, keluarga dan negara,
menjauhi maksiat dan penyelewengan dan seumpamanya. Mendengar ceramahnya
mendorong hati dan jiwa mencintai semua lapisan masyarakat dan berusaha
mentautkan apa yang jauh, memaafkan apa yang tersilap, menyatukan apa yang
berpecah, saling menguatkan apa yang lemah. Saya amat percaya, perjalanan
tarbiyah dan kehidupan yang dilalui sepanjang Mesir seperti diatas telah banyak
mencorak ramai pimpinan dan para murabbi (pendidik) seangkatan dan sezaman
dengan saya yang melalui proses yang sama. Kerana itu lahirnya slogan “Melayu
Sepakat Islam Berdaulat”.
asd5Ikhwan Muslimin Mesir dizaman sebelum
Revolusi 25 Januari 2011 sentiasa ditindas, dipenjaran dan ada dibunuh. Mereka
menganggap ia adalah tarbiyah dan sunnah Allah dalam perjuangan demi
membersihkan saff perjuangan dan menyedarkan masyarakat. Ceramah mereka hanya
berisi cinta kasih sayang terhadap agama, umat dan negara. Ia jauh berbeza dari
ceramah-ceramah politik di Malaysia samada dipihak pemerintah maupun kawan.
Kesan kepada masyarakat juga berbeza diantara kedua-dua buah negara.
Dewasa ini ramai yang mula sedar perihal
pentingnya umat Melayu Islam bersatu dan menjadi kuat semula, jika tidak
bersatu pada organisasi, setidak-tidaknya bersatu duduk dan bersepakat dalam
beberapa agenda kepentingan bersama. Saya percaya sedikit masa lagi kesedaran
tersebut akan lebih melata dan akan melepasi batasan prasangka politik
kepartaian, namun begitu mempelopori kesedaran tersebut berhajat kepada
sekelompok manusia yang benar-benar telah melalui pentarbiyahan lalu
menjiwainya dengan hati dan ruh, bukan mereka yang telah sedar tetapi masih
pola pemikiran dan modus operandinya diikat dengan formula percaturan politik
kepartaian yang lama dan terbukti gagal. Ia suatu perjalanan yang panjang.
Hanya para Duat yang menjiwai dengan sepenuh hati dan ruh sahaja yang mampu
melalui jalan yang jauh dengan stamina yang panjang. Adapun selain mereka,
hanya mampu bercakap ketika di pangkal jalan tetapi kecundang dipertengahannya
dek kerana kesamaran halatuju atau tawaran habuan yang mendatang.
AlBanna 01Kita mahu masyarakat kita memahami
bahawa mereka adalah lebih kita sayangi dari diri kita sendiri. Mereka adalah
kekasih kepada jiwa-jiwa kita yang rela menjadi tebusan kerana berkorban demi
untuk mencapai keagungan buat mereka, sekiranya tebusan itulah harga yang mesti
dibayar. Jiwa ini rela serik membayar harga yang tinggi demi kearah mencapai
kemulian untuk mereka. Pendirian seperti ini terhadap mereka tidak lain selain
perasaan yaang telah menyelubungi hati-hati kita, telah menguasai perasaan
kita, kita menjauhi katil tempat tidur kita berjaga kerana bekerja dan mengalir
airmata untuk mereka. Kita benar-benar perit melihat apa yang menimpa masyarakat
kita kemudian kita sendiri menyerah diri tunduk kepada kehinaan dan cenderung
kepada putus asa. Oleh itu kita bekerja dijalan Allah untuk orang ramai lebih
banyak dari untuk diri kita sendiri. Oleh itu kami adalah untuk kamu wahai
masyarakat yang kami sayangi, bukan untuk selain kamu. Kami tidak akan akan
bekerja yang akan menarik kamu ke belakang walau sekelip mata pun. [Imam Hasan
Al-Banna]
Kesimpulan atau pandangan yang dapat saya
kemukakan adalah :
“Amanat Hadi (1981)” ada menyumbang kepada
kesedaran akidah umum dizaman tersebut dalam beberapa aspek didalam berhadapan
dengan golongan Liberal ketika mana fenomena wanita memakai tudung baru bermula
lalu dipersindirkan, sebutan ke arah penegakkan “Negara Islam” baru
kerkumandang lebih-lebih lagi dalam berhadapan dengan tokoh-tokoh dan mereka
yang mempersendakan agama dan perlaksanaan Syariat Islam seperti “melaksanakan
Islam negara tak maju atau menjadi huru hara … “, “jika direjam orang yang
berzina, maka habislah batu-batu yang nak digunakan buat jalanraya …” dan
seumpamanya.
“Amanat Hadi (1981)” yang memerlukan perincian
yang lebih mendalam dan teliti, yang sepatutnya didisiplinkan dengan Usul 20
Imam Hasan Al-Banna telah difahami secara ringkas, mudah dan tersasar oleh
ramai orang terutama ahli-ahli tegar PAS
lalu terjebak didalam gejala Takfir (kafir mengkafir) atau cenderung kepadanya
dengan munculnya fenomena menghukum keIslaman individu seseorang (syakhsiyah
iktiyadiyah), tidak makan sembelihan,
solat lain imam sehingga fenomena mengangkat senjata. Ia juga menyebabkan
harapan murni kearah mencapai kesepakatan sesama Islam menjadi lebih buntu.
Adalah wajar “Amanat Hadi (1981)” ini ditarik
semula oleh beliau supaya (i) kefahaman dan tindakan ahli-ahli PAS yang
terjebak atau cenderung kepada “Takfir” dapat dipulihkan atau dibendung, dan
(ii) salah satu tembok penghalang kepada kesepakatan umat Islam di Malaysia
dapat dirobohkan. Dengan ini panduan ayat Allah swt, “Muhammad adalah rasul
Allah. Dan orang-orang yang bersamanya sangat tegas terhadap orang-orang kafir,
berkasih sayang sesama mereka” (Al-Quran). Kita sedia maklum diantara
penghalang kepada kesepakatan umat Islam di Malaysia selain dari peta politik
kepartaian, adalah doktrin yang tertanam didalam fikiran.
Bertegas terhadap ajaran Syiah atau pengaruh
Iran didalam PAS kerana jika Amanat Hadi antara lain bertujuan untuk memelihara
aqidah umat seperti dakwaannya, maka dalam isu Syiah atau Iran adalah
sepatutnya lebih bertegas lagi.,
Mengajak UMNO kepada perubahan diri dan
jatidiri ke arah Islam sejati sebagai strategi utama memenangi undi, dan bukan
bergantung hanya semata-mata kepada perpecahan pihak lawan sebagai harapan
untuk memenangi Pilihanraya. Ia harus dibuktikan dengan amal dan contoh
teladan, bermula pada diri dan keluarga, dan bukan dengan kata-kata dan janji.
Walaupun PRU13 semakin hampir, lalu sebahagian
pembaca lebih cenderung membuat tafsiran politik dalam isu “Amanat Hadi”, namun
ia harus dilihat lebih jauh dan lebih luas dari itu yang bersangkut asas ilmiah
dan kepentingan umat itu sendiri. Usaha memberikan penjelasan tatkala isu ini
dihangatkan oleh media, adalah lebih kuat dapat menjernihkan kefahaman
sebilangan masyarakat yang telah lama memahami amanat tersebut secara salah
atau melampau, tanpa perlu ditakuti akan dibuat tafsiran politik oleh
sebilangan pembaca.
Gerakan-gerakan Islam yang membawa Fikrah
Islam yang sahih harus berani tampil menyebarkan Islam yang hakiki didalam
masyarakat serta memimpin mereka dalam menghadapi cabaran masakini dan hadapan
yang getir. Dalam masa yang sama, ia mesti menjadi agen penyatuan dan kekuatan
kepada Umat Islam yang terdiri dari berbagai pertubuhan, golongan dan lapisan.
“Ya Allah, tunjukkan kepada kami Kebenaran itu
sebagai kebenaran dan Kebatikan itu sebagai kebatilan”. Ameen.
Ustaz Halim
www.inijalanku.wp.com
ثم قال الشيخ رحمه الله:
(فصل الدِّين عن السياسة هدم لمعظم حقائق الدِّين، ولا يقدم عليه المسلمون إلا بعد أن يكونوا غير مسلمين، وليست هذه الجناية بأقل مما يعتدي به الأجنبي على الدِّين إذا جاس خلال الديار، وقد رأينا الذين فصلوا الدِّين عن السياسة علنا كيف صاروا أشد الناس عداوة لهداية القرآن، ورأينا كيف كان بعض المبتلين بالاستعمار الأجنبي أقرب إلى الحرية في الدِّين ممَّن أصيبوا بسلطانهم، ونحن على ثقة من أن الفئة التي ترتاح لمثل مقال الكاتب لو ملكت قوة لألغت محاكم يقضى فيها بأصول الإسلام، وقلبت معاهد تدرس فيها علوم شريعته الغراء إلى معاهد لهو ومجون، بل لم يجدوا في أنفسهم ما يتباطأ بهم عن التصرف في مساجد يذكر فيها اسم الله تصرف من لا يرجو لله وقارا)[
Kenyataan
Presiden PAS: PERISTIWA MEMALI: AKIBAT MENGHINA ISLAM
[Muat Turun Teks Penuh]
Firman Allah:
Dan jika engkau bertanya kepada mereka
(tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: Sesungguhnya kami
hanyalah berbual dan bermain-main. Katakanlah: Patutkah nama Allah dan
ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?” (Surah
At-Taubah: 65)
Al-Quran mendedahkan adanya kalangan manusia
yang menjadikan Allah S.W.T, ayat-ayat dan para Rasul-Nya sebagai bahan gurauan
sama ada bertujuan menghina atau bergurau untuk berjenaka. Islam mengharamkan
perbuatan ini kerana boleh merosakkan iman seseorang sekiranya berdegil dan
angkuh, melainkan kerana kejahilannya.
Ramai kalangan rakyat masih tidak lupa apabila
hukum Islam dan Sunnah Rasulullah S.A.W menjadi bahan gelak ketawa pada satu
masa dahulu, seperti kata-kata kalau hukum jenayah Islam dilaksanakan
menyebabkan ramai orang yang cacat anggota, Rasulullah S.A.W tidak mencukur
janggut kerana di zamannya tidak ada pisau pencukur yang berjenama seperti hari
ini dan menutup aurat hanyalah adat orang arab yang kuat nafsu di padang
pasir.
Ada yang lebih ekstrem sehingga menolak hadis
secara total, walaupun ianya merupakan kebijaksanaan Rasulullah S.A.W dalam
beramal dengan Al-Quran yang dinaskan di dalam kitab suci itu. Bahagian Agama
Islam Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan buku bertajuk “Mustika Hadis”
dan terkandung satu bab daripadanya menghuraikan perkara tersebut.
Hanya kalangan agamawan yang membaca dan
mengkaji, serta mempertahankannya memahami perkara tersebut walaupun
dikeluarkan oleh JPM dan Kata Pengantar daripada Almarhum Tun Abdul Razak.
Adapun yang tidak berminat tanpa peduli, tetapi bercakap juga berkenaan Islam,
maka berlakulah salah laku terhadap agama Islam yang mulia.
Ustaz Ibrahim Mahmod adalah lulusan pengajian
tinggi jurusan agama dan pernah bertugas di Bahagian Agama Jabatan Perdana
Menteri, bukan seorang yang jahil. Beliau tokoh agama yang tidak bersedia
menjadi syaitan bisu apabila mendengar dan membaca kenyataan menghina dan
bersenda gurau terhadap Islam yang tidak harus bagi ulama mendiamkan diri.
Mengikut ilmu Maqasid Syariah, salah laku
terhadap agama lebih besar daripada salah laku kewangan, kerana Islam
meletakkan senarai kewajipan menjaga agama adalah yang pertama, seterusnya
adalah menjaga nyawa, akal, keturunan, maruah dan yang terakhir menjaga harta.
Semuanya disebut Dharuriyyat, yakni keperluan hidup bagi manusia.
Apabila berlaku pertelingkahan dalam urusan
agama, tugasnya bukan anggota polis. Sepatutnya pasukan agamawan yang dihantar
berhujah mencari kebenaran, bukannya polis. Ini berpandukan firman Allah;
“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu
kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada
"Ulil-Amri" (para pemimpin dan ulama) daripada kalangan kamu.
Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka
hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah)
Rasul-Nya, jika kamu benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian
adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya” (Surah An-Nisa’:
59)
Sebenarnya, penjelasan kitab Mustika Hadis
secara ekstrem, tanpa membezakan di antara yang jahil dan keadaan masyarakat
yang jauh daripada pendidikan Islam, maka pimpinan PAS pada masa itu menugaskan
saya menyediakan kajian bertajuk “Batas-batas Iman dan Kufur” bagi menangani
ahli PAS supaya tidak terperangkap dalam isu kafir mengkafir dengan mudah,
disebabkan banyaknya kenyataan menghina hukum Islam oleh penganut Islam
sendiri.
Peristiwa Memali adalah mangsa daripada salah
laku terhadap Islam oleh pemimpin negara pada masa itu. Polis dipaksa bertindak
terhadap golongan agama yang terpaksa mempertahankan kesucian Islam yang
dihina.
Peristiwa yang menyebabkan berlakunya kematian
dan tuduhan jenayah atau ajaran sesat, perlu disiasat secara adil dan bebas
demi mencari kebenaran bukannya menegakkan kebatilan dan melibatkan semua pihak
yang masih hidup.
Perkara agama Islam pula berada di bawah
konsep Raja Berperlembagaan, maka sangat wajar ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan
Diraja (RCI) supaya siasatan yang bebas dan adil dapat dilaksanakan tanpa
prejudis.
PAS bersedia memberi kerjasama bila-bila masa
bagi menghapuskan fitnah yang boleh merosakkan hubungan kalangan umat Islam dan
berlaku adil terhadap semua mangsa peristiwa itu.
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 3 Zulhijjah 1438H / 25 Ogos 2017
No comments:
Post a Comment