Friday, September 29, 2017

Islam ‘Ideologi’


Islam Kiri, Islam Sosialis, Islam Liberal, Islam Plural, Islam Hadhari dan sebagainya.
Yang berbicara tentangnya bukan kepalang orang. Islam dan sosialisme dinyatakan oleh tokoh gerakan Islam Mustafa as Sibaei dan Tjokroaminoto.
Kita boleh bersangka baik terhadap mereka kerana kita tidak mengetahui [1] niat dan [2] konteks sebenar istilah tersebut dikemukakan.
**
Islam tidak perlu ditampal dengan ideologi untuk menampakkan sifat progresif dan popular. Islam sudah sempurna dan lengkap.
Cuba hayati Prinsip [1], prinsip [2] dan prinsip [3] dalam Rukun Faham Imam Hassan al Banna.
**
Si penyampai/penggagas Islam yang ditampal ini adalah manusia biasa yang tidak maksum walaupun mereka ulamak yang berilmu dan popular.
Kita mengikuti HUJAH ulamak bukannya kerana populariti seseorang dan keperibadian (sahsiah) seorang ulamak.

Cuba hayati Prinsip kelima, prinsip keenam, prinsip ketujuh dalam Rukun Faham Imam Hassan al-Banna.

No comments:

Sebab-Akibat

Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...