Kita menolak sifat
bermudah-mudahan mengkafirkan orang lain.
Akhir-akhir ini ada
pihak yang menuduh orang lain mengkafirkan mereka. Mereka merasakan diri mereka
dikafirkan. Mereka merasakan diri mereka mangsa.
Ustaz Alias Othman
menyatakan ada beberapa kelompok yang sering berkaitan dengan fenomena takfiri
iaitu
1. Kelompok yang
terlalu mudah mengkafirkan orang lain padahal orang tersebut masih muslim.
2. Kelompok yang
berpendirian kita tidak boleh menghukum orang lain kafir walaupun seseorang itu
jelas kekafirannya dan murtad.
3. Kelompok yang menjadikan permasalahan kafir sebagai
alat mengelirukan umat Islam supaya membenci, menjauhi dan memusuhi kelompok
tertentu.
4. Kelompok yang
jelas melakukan perbuatan kufur yang boleh mengeluarkannya daripada Islam
tetapi bila diberitahu tentang hakikat perbuatannya beliau tidak mahu menerima
hakikat.
5. Kelompok yang
jahil membezakan antara kekafiran individu dan kekufuran sesuatu ideologi,
aliran, institusi dan organisasi.
**
Dr. Abdul Rahman
Abdul Khalid dalam bukunya, Garis
Pemisahan Antara Kufur dan Iman menyatakan perkara yang membatalkan iman
ialah
1. Menentang hikmat
syariat
2.Menghukum dengan
yang lain selain dari hukum Allah
3. Mempersendakan
muslim kerana Islamnya dan memusuhinya kerana beliau berpegang teguh kepada
agama.
4. Bekerjasama dan
menolong musuh Islam
5. Merelai
perleluasan kemungkaran
**
Maulana Zakariyya
menyatakan dengan ilmulah seseorang itu akan FAHAM batas-batas IMAN dan KUFUR
yakni syarat-syarat seseorang itu MUSLIM dan sebab-sebab yang boleh menjadikan
seseorang itu KAFIR.
Justeru, para
ulamak termasuk Tuan Guru Abdul Hadi Awang seringkali menjelaskan bahawa
fenomena takfir perlu diselesaikan dengan kaedah ILMU bukannya sentimen,
Hanya kaedah ILMU
dan mengakuri ILMU dengan menurunkan keegoan membolehkan kelompok-kelompok yang
dinyatakan oleh Ustaz Alias Othman menyelesaikan permasalahan takfir ini.
No comments:
Post a Comment