Friday, September 01, 2017

Siapa ‘Syahid Politik’ dalam krisis dalaman PKR? Azmin atau Rafizi?



Simpati ke atas PKR [1]
Pada tahun 2015, Ustaz Dato Tuan Ibrahim TuanMan menyatakan PKR bakal berpecah ekoran daripada penubuhan Pakatan Harapan.
PAS mengharapkan penubuhan Pakatan Harapan secara tergesa-gesa itu tidak akan memecahbelahkan parti rakan politiknya, PKR, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau berkata bibit-bibit perpecahan itu mula timbul dalam PKR dan mendoakan agar perkara itu dapat diatasi segera kerana perpecahan akan melemahkan pembangkang.
“Tindakan tergesa-gesa membentuk Pakatan Harapan menonjolkan kepada rakyat sikap terlalu mementingkan diri sendiri sesetengah pihak yang menjadi punca keretakan Pakatan Rakyat.
“Kepada PKR yang masih menjadi rakan kerjasama PAS, kami harap tidak berlaku perpecahan kerana bibit-bibit tersebut telah kelihatan.
“Adanya pihak yang ingin menjadi juara bagi mengawal parti pembangkang yang lain serta usaha Barisan Nasional (BN) khasnya UMNO melihat semua komponen parti pembangkang menjadi lemah.
“PAS mendoakan agar PKR tidak mengalami nasib yang sedang dialami oleh PAS. Perpecahan dalaman parti akibat campur tangan pihak luar yang mempunyai kepentingan tertentu akan melemahkan kekuatan suara pembangkang,”
Simpati Ke Atas PKR [2]
Kenyataan Ustaz Dato TITM disanggah dengan 'sombong 'oleh Pengarah Pilihan Raya PKR, Dato Saifuddin Nasuition,
"Pandangan ini meleset dan hanya terbit dari sebuah parti atau pemimpin yang mempunyai ‘siege mentality’ (mentaliti terkongkong -GB).
"PKR yang lahir dari denyut nadi rakyat dengan agenda perubahan (reform) yang jelas, tidak akan terperangkap dengan ramalan sedemikian rupa,"

Simpati Ke Atas PKR [3]
Terkini YB Rafizi Ramli membuka pekung secara terbuka perbalahan antara kartel dalam PKR.
Pendedahan yang cukup berani kerana menamakan tokoh-tokoh tertentu dalam sesebuah kartel dalam PKR.
Pendedahan ini boleh dilihat beberapa aspek:
1. Mencetuskan perang terbuka antara kartel.
2. Nasib PKR dalam pemilihan akan datang. Adakah berlaku persaingan sengit antara kartel dan memecah belah PKR?
3. Kedudukan YAB DS Mohamed Azmin ebagai Pengarah Pilihan Raya PH dan Timbalan Presiden merangkap MB Selangor sangat berpengaruh kerana memiliki jawatan besar dan jentera serta wang.


Simpati Ke Atas PKR [4]
Bak kata DS Anwar Ibrahim dalam warkah penjaranya, PKR inimemiliki ramai orang cerdik yang sukar dikawal. Yang mampu dikata hanyalah tandatangan Presiden yang menentukan seseorang itu menjadi calon pilihan raya atau tidak.
Kalau tidak dicalon, terbitlah cerita-cerita seperti yang berlaku di Kuala Selangor.
Simpati Ke Atas PKR [5]
Pertembungan antara kartel Azmin vs kartel Rafizi
1. Keluarga DSAI digambarkan sebagai neutral dan berkecuali. Adakah ia benar? Siapakah pilihan YB Nurul Izzah dan YB DS Wan Azizah? Siapa pula pilihan DSAI?
2. Sudah tentu pekung yang dibuka oleh YB Rafizi, Naib Presiden yang terkenal dengan jasa menjuarai isu dan nampak cerdik serta beridea besar ini disokong oleh pemimpin yang lebih tinggi. Jika benar, siapa orangnya.
Pengolakkan dikatakan bermula daripada pertembungan hasil kajian INVOKE vs IDE. YAB DS Azmin bermodalkan kajian IDE (kubu ABIM) dan berlaku pertemuan antara tiga pemimpin PKR (salah seorang berlatar belakang abim) dengan Presiden PAS.
6
DUN Paya Jaras: Antara PAN atau PKR?
PAN dan DAP akan menjadi sekutu utama geng Rafizi dalam PKR. Pembahagian kerusi di Selangor akan ditentukan oleh Azmin dan dimuktamadkan oleh Presiden PKR dan Ketua Umum PKR.
Adakah timbul konflik pembahagian kerusi dalam PH?
DAP telah memainkan isu kerusi PRU 14 di Kedah dan Johor dengan PKR. Ini menunjukkan DAP mampu bertanding tanpa PKR kerana DAP sendiri ada sekutu Melayunya ialah PAN sambil mempergunakan Tun M.
PKR boleh berpecah

7
Cai dalam PKR
Dalam politik dalaman, ketua bimbang kuasa mereka tergugat akan mewujudkan persaingan dalaman antara dua pihak dan ketua dilihat pihak yang berkecuali. Maka wujudnya situasi Rafizi vs Azmin. DS Wan Azizah dan DS Anwar kelihatan berkecuali.
Ia bukanlah perkara asing. Pada zaman Parti Keadilan Nasional berlakunya persaingan antara Ezam (Ketua Pemuda PKN) VS Azmin (tidak salah sebagai Naib Presiden PKN). DS Anwar Ibrahim juga kelihatan berkecuali.
Persaingan ini dicipta agar individu-individu tertentu tidak terlalu berpengaruh sehingga mengatasi Ketua.
Untuk melawan Azmin, Rafizi mengunakan kaedah serangan terbuka melalui media. Ia mudah menarik simpati khalayak awam termasuk anggota bawahan PKR. Untuk jangka masa panjang, simpati ini akan menjatuhkan Azmin dalam pemilihan PKR. Rafizi pernah menyerang Kerajaan Selangor dengan isu rasuah. Terkini isu kongres khas.
Beranikah Rafizi bersuara jika tanpa sokongan orang yang berkuasa dalam PKR?


8
Berebut Kasih Sayang Anwar.
Pemimpin masa depan PKR yang berbakat dan menonjol pada pandangan ramai orang ialah DS Mohamed Azmin, YB Nurul Izzah dan YB Rafizi Ramli. Ketiga-tiga pemimpin dianggap calon Presiden PKR.
Walaupun Azmin kelihatan cerah menjawat jawatan Presiden PKR kerana setia kepada DSAI dan berjawat Jawatan Timbalan Presiden PKR. Nasib beliau belum tentu selamat kerana jawatan itu sudah tentu untuk legasi keluarga Anwar iaitu Nurul Izzah.
Antara ketiga-tiganya, Azminlah yang paling berpengaruh dari segi jawatan (Menteri Besar Selangor, Timbalan Presiden PKR, Pengerusi PKR Negeri Selangor, Pengarah Pilihan Raya PH), jaringan pengaruh dalam pemimpin PKR dan wang. Bahkan pengaruh beliau mengatasi Presiden PKR, DS Wan Azizah serta berupaya mengatasi DS Anwar Ibrahim sendiri.
Dalam politik dalaman, Timbalan tidak boleh mengatasi Presiden. Jika tidak, Timbalan perlu disingkir. Inilah yang berlaku kepada Tun Musa Hitam dan DSAI dalam UMNO.

9
Azmin atau Rafizi disyahid-politikkan?
Pengaruh Azmin terlalu besar dalam kalangan pemimpin atasan PKR sehingga boleh dikatakan mengatasi Presiden PKR dan sukar dikawal oleh Ketua Umum yang berada di penjara. Buktinya dilihat Biro Politik PKR dikuasai oleh kartel Azmin.
Justeru, kartel DS Wan Azizah mengunakan Kongres Khas PKR untuk mengatasi kuasa Biro Politik PKR.
Suara akar umbi PKR terletak kepada sentimen-simpati kepada Anwar dan keluarga beliau.
Akhirnya dalam pertembungan ini, DSAI terpaksa memilih antara kartel DSWA atau kartel Azmin.
Ingat, DSAI antara politikus yang licik permainannya. Azmin perlu disyahidkan.

10
Caeser dibunuh
Siapa ‘syahid’ politik dalam kes ini, Rafizi atau Azmin?. Ramai berpandangan: RAFIZI.
Jika saya diberi peluang membuat ramalan atau andaian politik, bakal syahid politik adalah AZMIN.
Nasib Selangor menentukan nasib politik Azmin dalam politik dalaman PKR menang atau kalah. Bahkan jika kalah, Azmin  boleh kehilangan jawatan Timbalan Presiden PKR kerana ia dijadikan modal untuk singkir Azmin dikala itu para pemimpin kartel Azmin mula tunduk kepada arahan DSAI. Kekalahan Azmin di Selangor akan dijaja.
Jika Azmin menang, peluang untuk mengekalkan jawatan sebagai Menteri Selangor adalah cerah. Cuma ia tidak secerah disangka kerana kenaikan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor cukup kontroversi. PKR barangkali akan menyerahkan kerusi Menteri Besar Selangor kepada DS Wan Azizah atau wakil keluarga DSAI. Ia untuk mengekang Azmin agar tidak terlalu berkuasa dan berpengaruh.



Lampiran

Kongres khas PKR jalan memintas halangan Biro Politik
Desakan supaya PKR mengadakan kongres khas bagi membincangkan pendirian muktamad parti terhadap PAS dibuat kerana usaha menggunakan saluran Biro Politik terlalu sukar setakat ini.

Menurut sumber cubaan membawa usul dan membincangkan isu berkenaan memang tidak akan berjaya di peringkat Biro Politik kerana majoriti anggotanya cenderung untuk terus mendekati PAS.

Katanya, keadaan menjadi lebih sukar apabila beberapa anggota lantikan kini jelas menentang usaha memperkukuhkan Pakatan Harapan (HARAPAN) tanpa mempedulikan PAS.

"Sepatutnya presiden bertindak lebih lincah untuk membaca gerak-geri pimpinan di peringkat pusat. Bagaimanapun setakat ini sebahagian ahli melihat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail agak lambat bertindak," katanya kepada Malaysiakini.

Justeru, katanya, itu jugalah sebab mengapa Rafizi Ramli tidak hadir ke mesyuarat Biro Politik untuk beberapa ketika.

"Ia tidak dinyatakan secara jelas namun kami percaya ia adalah manifestasi kekecewaan beliau kepada sebahagian besar anggota Biro Politik.

"Malah Rafizi juga pernah menyatakan beliau memang tidak akan menghadiri mesyuarat Biro Politik selagi seorang dua anggota lantikan tertentu dikekalkan," katanya.

Paa 27 Ogos lalu Rafizi yang juga naib presiden PKR menyarankan parti itu mengadakan kongres khas bagi memutuskan sama ada mereka perlu terus berunding dengan PAS atau tidak.

Kata Rafizi ketika ini wujud dua kumpulan saling bertentangan dalam parti itu dan masing-masing membawa pendapat berbeza mengenai cara bagaimana PAS perlu ditangani.

Katanya, kewujudan dua kumpulan berbeza pendapat itu mengelirukan akar umbi kerana ada antara mereka turut memegang jawatan kanan di peringkat Pakatan Harapan (HARAPAN).

Keadaan itu, kata Rafizi, sudah berlaku sejak pertengahan 2015 dan dikhuatiri akan memberi kesan kepada persediaan gabungan berkenaan menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Pagi tadi sekumpulan pemimpin akar umbi tampil menyokong gesaan Rafizi itu selepas mendapati ada isyarat bercelaru dipancarkan daripada pimpinan tertinggi parti.

Menamakan diri mereka sebagai Jawatankuasa Bertindak Harapan Pakatan, kumpulan itu bimbang keadaan demikian jika dibiarkan akan menyebabkan pengundi atas pagar dan rakyat keseluruhannya menyampah kepada PKR.

Ekoran itu Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Dr Afif Bahardin membuat kenyataan membidas Rafizi dan menyarankan supaya berhubung dengan Setiausaha Agung Datuk Saifuddin Nasution Ismail untuk mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dengan segera.

Kata Afifi kali terakhir mesyuarat MPP diadakan pada 19 Mei lalu.

ADUN Seberang Jaya itu juga menempelak Rafizi kerana "sudah sekian lama tidak menghadiri mesyuarat Biro Politik".

Sementara itu sumber juga menyatakan, wujud rasa curiga di kalangan pemimpin tertentu apabila nama Datuk Seri Anwar Ibrahim selalu disebut-sebut untuk mewajarkan sesuatu tindakan.

Katanya, tidak ada kepastian sama ada bekas timbalan perdana menteri itu memang berpandangan seperti yang didakwa, atau namanya sekadar dipergunakan.

Sumber itu juga bagaimanapun mendakwa Anwar sebenarnya sudah berhubung dengan Dr Wan Azizah sehari dua lalu dan merestui gesaan supaya kongres khas diadakan.


KENYATAAN MEDIA MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN
Pendirian Majlis Presiden Pakatan Harapan berkenaan kerjasama dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah seperti berikut:
1) Pakatan Harapan tidak akan bekerjasama dengan PAS dalam Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-14); dan
2) Pakatan Harapan sedang merangka strategi untuk kemungkinan menghadapi pertandingan tiga penjuru dalam PRU-14.
YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad
Pengerusi Pakatan Harapan
YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden Pakatan Harapan
YB Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Presiden Pakatan Harapan
YAB Lim Guan Eng
Timbalan Presiden Pakatan Harapan
YBhg Hj Mohamad Sabu
Timbalan Presiden Pakatan Harapan
29 Ogos 2017
-
PAKATAN HARAPAN PRESIDENTIAL COUNCIL MEDIA STATEMENT
The position of the Pakatan Harapan Presidential Council regarding cooperation with PAS is as follows:
1) Pakatan Harapan will not cooperate with PAS in the 14th General Election (GE14); and
2) Pakatan Harapan is preparing its strategy for the possibility of three-cornered contests in GE14.
YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad
Pakatan Harapan Chairman
YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Pakatan Harapan President
YB Tan Sri Muhyiddin Yassin
Pakatan Harapan Deputy President
YAB Lim Guan Eng
Pakatan Harapan Deputy President
YBhg Hj Mohamad Sabu
Pakatan Harapan Deputy President
29 August 2017

PRESIDEN PAS PERLU PERJELAS LAPORAN STRAITS TIMES MENGENAI KERJASAMA DENGAN UMNO RAMPAS SELANGOR, PERBEZAAN PENDAPAT DALAM KEADILAN PERLU DISELESAIKAN SECARA MUKTAMAD
Saya merujuk kepada laporan Shanon Teoh (Ketua Biro akhbar Straits Times di Kuala Lumpur) yang disiarkan hari ini bertajuk “Umno, PAS plan assault on Selangor, woo former chief minister”.

Laporan itu dengan secara jelas menyatakan perkara-perkara berikut:

1. Bahawa Dato’ Seri Hadi Awang, Presiden PAS berhubung dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri “hampir setiap hari sejak beberapa bulan” mengenai rancangan kerjasama PAS-Umno untuk merampas negeri Selangor

2. Bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim, mantan Menteri Besar Selangor disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar yang ingin diangkat melalui kerjasama ini dan telah dilihat mengunjungi pejabat Dato’ Seri Najib beberapa kali


3. Dato’ Seri Najib kerap bercakap dengan Dato’ Seri Hadi melalui telefon termasuk semasa Dato’ Seri Hadi sedang berehat selepas menjalani rawatan pembedahan dalam bulan Mei lalu


4. Satu dari perancangan ialah supaya PAS bertanding 42 kerusi untuk memastikan undi Melayu kepada Pakatan Harapan berkurangan


Ini adalah satu laporan yang membawa tuduhan berat kepada kredibiliti PAS dan Dato’ Seri Hadi sendiri. Saya faham bagaimana wartawan kanan seperti Shanon begitu teliti dengan etika kewartawanan dan hanya akan menulis laporan sebegini selepas bercakap dengan sumber-sumber sahih yang dekat dengan kedua-dua pimpinan PAS dan Umno itu.

Oleh yang demikian, saya meminta supaya Dato’ Seri Hadi membuat penjelasan segera mengenai laporan ini kerana ia ada kesan besar kepada negara dan juga mempengaruhi perkembangan politik dalaman di peringkat KEADILAN dan PH. Jika laporan ini tidak benar, maka samanlah Straits Times sepantas kilat dan buat sidang media tergempar menafikan perkara-perkara di atas (seperti kekerapan beliau berbincang dengan Dato’ Seri Najib di telefon).

Jika benar, saya mohon beliau tidak berdolak dalih dan mengesahkan sama ada kerjasama dengan Umno untuk merampas Selangor pernah ada dalam pertimbangan politik PAS sebelum ini.

Sebagai satu-satunya Naib Presiden KEADILAN yang telah menyatakan secara terbuka pendirian saya bahawa KEADILAN sebagai tonggak pakatan pembangkang nasional iaitu Pakatan Harapan (yang diumumkan oleh Presiden KEADILAN sendiri) mesti bersiap sedia untuk menghadapi pertandingan tiga penjuru dengan PAS, saya merasakan masanya telah tiba agar perbezaan pendapat di antara pimpinan kanan KEADILAN mengenai perkara ini diselesaikan secara muktamad.

Saya menghormati usaha-usaha sahabat pimpinan lain sebelum ini yang masih cuba untuk memujuk PAS walaupun saya yakin tidak ada satu bukti pun yang sahih yang menunjukkan pertandingan tiga penjuru akan menyebabkan kekalahan besar-besaran KEADILAN (dan hilangnya tampuk pemerintahan Selangor) seperti yang diwar-warkan sebagai alasan paling kukuh memujuk PAS.

Malah, segala kajiselidik yang dijalankan secara telus dan terbuka oleh INVOKE yang kaedahnya menepati piawaian antarabangsa menunjukkan sokongan rakyat akan berpihak kepada KEADILAN dan Pakatan Harapan dalam pertandingan 3 penjuru kerana kehendak rakyat ialah untuk menukar kerajaan pimpinan Dato’ Seri Najib dengan segera.

Sebelum ini, saya mengimbangi keperluan untuk memberikan ruang kepada sahabat-sahabat pimpinan lain di dalam KEADILAN untuk menjayakan rundingan mereka dengan PAS dengan kebimbangan saya tindakan itu dilihat sebagai tidak berprinsip dan mementingkan diri dalam keadaan apa-apa kemenangan yang hendak dicapai mestilah berpasakkan prinsip (bukannya strategi bergabung dengan sesiapa asalkan boleh menang).

Oleh itu, mengambil kira beberapa perkembangan terkini termasuklah pengumuman PAS Selangor semalam untuk bertanding di 42 kerusi dan laporan pada hari ini yang membayangkan kerjasama PAS-Umno, saya akan berunding dengan seberapa ramai pimpinan lain dalam KEADILAN ke arah memuktamadkan pendirian KEADILAN mengenai PAS dan komitmen KEADILAN kepada Pakatan Harapan.

Saya percaya perbezaan pendapat sesama kami pimpinan kanan di peringkat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat akan berterusan dan tidak akan ada titik persetujuan, maka keputusan sebesar ini hanya boleh dimuktamadkan dengan mengambil kira suara akar umbi KEADILAN yang lebih besar (bukannya diputuskan oleh beberapa kerat pimpinan kanan parti semata-mata).

Walau apa pun kaedahnya nanti, saya ingin menegaskan pendirian saya bahawa pendirian KEADILAN mengenai kerjasama dengan PAS dan komitmen kepada Pakatan Harapan perlulah dimuktamadkan dalam masa terdekat dan bukannya dibiarkan “terbuka” (“open ended”) seperti sekarang.


RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN
Parti Keadilan Rakyat
4hb Oktober 2015 ·

PKR nafi ramalan PAS, tidak mungkin berpecah kerana Pakatan Harapan
Pengarah Pilihan Raya PKR DatukSaifuddin Nasution Ismail menepis ramalan PAS partinya akan berpecah kerana Pakatan Harapan sama seperti Pakatan Rakyat (PR) sambil menyifatkan gabungan politik baharu itu merupakan 'gabungan' yang kukuh.
Kesal dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Saifuddin menafikan penubuhan Pakatan Harapan merupakan tindakan tergesa-gesa apatah lagi bakal menerima nasib sama seperti PR.
Sebaliknya beliau berkata, Pakatan Harapan ditubuhkan berasaskan prinsip saling hormat-menghormati, membuat keputusan bersama dan patuh dengan kata sepakat tersebut .
Katanya Pakatan Harapan turut menganggap parti sekutu mereka sebagai rakan susah senang (‘partners in struggle’) dan bukannya musuh yang perlu diserang dan diperlekeh dan paling penting meraikan perbezaan pandangan serta tidak ghairah menghukum sesama sendiri.
"PKR menginsafi setelah berpecahnya PR berlaku kelompongan (vacuum) yang perlu diisi segera. Kelompongan kepimpinan dan kelompongan platform bersama.
"Oleh demikian PKR melalui Presiden parti Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail mengambil inisiatif membentuk sebuah pakatan politik baharu yakni Pakatan Harapan.
"Ketika Tuan Ibrahim berpendapat bahawa langkah ini tergesa-gesa, PKR percaya rakyat terbanyak menantikan kelahiran Pakatan Harapan," katanya kepada The Malaysian Insider hari ini.
Bekas setiausaha agung PKR itu berkata,ramalan Tuan Ibrahim kononnya parti reformasi itu akan berpecah gara-gara wujudnya sebuah "parti" yang ingin mendominasi seperti mana yang terjadi kepada PAS adalah tidak benar sama sekali.
"Pandangan ini meleset dan hanya terbit dari sebuah parti atau pemimpin yang mempunyai ‘siege mentality’ (mentaliti terkongkong -GB).
"PKR yang lahir dari denyut nadi rakyat dengan agenda perubahan (reform) yang jelas, tidak akan terperangkap dengan ramalan sedemikian rupa," katanya.
Beliau yang mengulangi sekali lagi kekesalannya terhadap ramalan tersebut menyifatkan tindakan parti Islam itu sebagai keterlaluan terutamanya apabila PKR menganggap PAS sebagai rakan mereka.
"Biarpun perjalanan dan pengalaman PKR masih baru namun kita yakin PKR mampu melalui sedikit ujian kecil perbezaan pendapat dari kalangan pimpinannya dalam mendepani kelahiran Pakatan Harapan.
"Oleh itu meramalkan PKR bakal berpecah adalah keterlaluan apalagi kiranya datang dari parti yang menganggap PKR sebagai sahabat,"katanya.
Terdahulu Tuan Ibrahim dalam kenyataannya memberikan amaran kepada PKR dengan menyatakan tidak mustahil bakal menerima nasib sama seperti parti Islam itu ketika Pakatan Rakyat berpecah, menyaksikan penubuhan parti serpihan, Parti Amanah Negara (Amanah). -TMI

Kenyataan TITM tentang perpecahan dalaman PKR
AIDCNews – 3/10/15 – PAS mengharapkan penubuhan Pakatan Harapan secara tergesa-gesa itu tidak akan memecahbelahkan parti rakan politiknya, PKR, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata bibit-bibit perpecahan itu mula timbul dalam PKR dan mendoakan agar perkara itu dapat diatasi segera kerana perpecahan akan melemahkan pembangkang.

“Tindakan tergesa-gesa membentuk Pakatan Harapan menonjolkan kepada rakyat sikap terlalu mementingkan diri sendiri sesetengah pihak yang menjadi punca keretakan Pakatan Rakyat.

“Kepada PKR yang masih menjadi rakan kerjasama PAS, kami harap tidak berlaku perpecahan kerana bibit-bibit tersebut telah kelihatan.

“Adanya pihak yang ingin menjadi juara bagi mengawal parti pembangkang yang lain serta usaha Barisan Nasional (BN) khasnya UMNO melihat semua komponen parti pembangkang menjadi lemah.

“PAS mendoakan agar PKR tidak mengalami nasib yang sedang dialami oleh PAS. Perpecahan dalaman parti akibat campur tangan pihak luar yang mempunyai kepentingan tertentu akan melemahkan kekuatan suara pembangkang,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim berkata perpecahan dalaman parti akan membawa kepada wujudnya parti serpihan, sepertimana parti Semangat 46 dari UMNO dan parti Amanah dari PAS.

“Sebagai contoh, kemunculan parti Semangat 46 yang berpecah dari UMNO, walaupun ia berjaya memenangi beberapa kerusi namun ia tidak dapat menggugat kekuatan parti induk UMNO.

“Telahan yang sama juga boleh dibuat pada parti Amanah. Namun, ini berbeza dengan Semangat 46, kerana ia akan menimbulkan saingan sama sendiri dalam kalangan pembangkang menjelang PRU14 akan datang,”katanya.

Beliau turut menegaskan buat masa sekarang, PAS tidak akan bergabung dalam Pakatan Harapan kecuali DAP dan PKR bersedia untuk berkorban kerusi mereka kepada Amanah.

“PAS tidak akan bergabung dengan Pakatan Harapan kerana tindakan DAP terhadap PAS.

“Pada waktu ini, tak mungkin PAS juga boleh terima parti Amanah yang kini sedang menarik ahli PAS dan merampas bangunan Pasti dan markas PAS.

“Apabila PAS bergabung dengan PKR sebahagian besar kerusi PAS diserahkan kepada PKR bersama jentera dan petugas parti.

“Kalau PAS bergabung pula dengan Pakatan Harapan bermakna PAS akan sekali lagi serah kerusi kepada parti baru, dan ini tidak mungkin berlaku. Melainkan DAP atau PKR sanggup bahagikan kerusi mereka kepada Parti Amanah,”tegasnya.

Tuan Ibrahim juga berkata kerusi yang pernah ditandingi PAS pada Pilihanraya ke-13 adalah milik PAS dan bakal ditandingi semula pada Pilihanraya ke-14 biarpun terpaksa berhadapan dengan Amanah.

“PAS akan tetap meletakkan calon di semua kerusi yang ditandinginya kerana itu adalah hak PAS. Kalau komponen parti pembangkang lain khasnya Amanah juga meletakkan calonnya bermakna ia menjadi penyambung tali hayat kepada UMNO BN.

“Mungkin ada yang akan mendakwa kalau calon PAS, (mungkin) tak akan menang, kerana pengundi Cina tak akan beri undi, maka apakah kalau parti Amanah akan menang kalau pengundi Melayu tak akan memberi undi khususnya ahli dan penyokong PAS.

“Ahli dan penyokong UMNO tentulah lagi tak menyokong (parti Amanah). Ramai yang melihat yang bakal untung mungkin DAP,”katanya lagi

Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menjangkakan DAP dan PKR tidak akan melepaskan kerusi yang pernah ditandingi parti mereka kepada Amanah pada pilihan raya umum akan datang.

Jadi Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata secara teorinya kemungkinan besar parti Amanah akan bertanding di kerusi milik PAS.

“Secara teorinya, Amanah nak letak calon kat kerusi mana? Saya tak percaya DAP akan beri kerusi, PKR pun tak akan beri kerusi (kepada Amanah). Jadi akhirnya dia (Amanah) akan bertanding di kerusi PAS,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Himpunan Istiqamah di Markas PAS Rantau Panjang, Sabtu.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi mengulangi kenyataannya bahawa dakwaan Amanah yang ditubuhkan untuk membantu pembangkang menumbangkan BN adalah palsu semata-mata.

“Kalau Amanah bertanding di Kelantan, kita tak tahu dia akan dapat berapa undi… tapi dari segi teorinya peluang menang ialah BN sebab undi mereka solid.

“Sebab itu pada pandangan kita kenyataan Amanah untuk bantu pakatan pembangkang nak menjatuhkan BN itu tak betul kalau dia bertanding dan berlawan dengan kita,” katanya lagi

AIDCNews – 3/10/15 – PAS mengharapkan penubuhan Pakatan Harapan secara tergesa-gesa itu tidak akan memecahbelahkan parti rakan politiknya, PKR, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata bibit-bibit perpecahan itu mula timbul dalam PKR dan mendoakan agar perkara itu dapat diatasi segera kerana perpecahan akan melemahkan pembangkang.

“Tindakan tergesa-gesa membentuk Pakatan Harapan menonjolkan kepada rakyat sikap terlalu mementingkan diri sendiri sesetengah pihak yang menjadi punca keretakan Pakatan Rakyat.

“Kepada PKR yang masih menjadi rakan kerjasama PAS, kami harap tidak berlaku perpecahan kerana bibit-bibit tersebut telah kelihatan.

“Adanya pihak yang ingin menjadi juara bagi mengawal parti pembangkang yang lain serta usaha Barisan Nasional (BN) khasnya UMNO melihat semua komponen parti pembangkang menjadi lemah.

“PAS mendoakan agar PKR tidak mengalami nasib yang sedang dialami oleh PAS. Perpecahan dalaman parti akibat campur tangan pihak luar yang mempunyai kepentingan tertentu akan melemahkan kekuatan suara pembangkang,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim berkata perpecahan dalaman parti akan membawa kepada wujudnya parti serpihan, sepertimana parti Semangat 46 dari UMNO dan parti Amanah dari PAS.

“Sebagai contoh, kemunculan parti Semangat 46 yang berpecah dari UMNO, walaupun ia berjaya memenangi beberapa kerusi namun ia tidak dapat menggugat kekuatan parti induk UMNO.

“Telahan yang sama juga boleh dibuat pada parti Amanah. Namun, ini berbeza dengan Semangat 46, kerana ia akan menimbulkan saingan sama sendiri dalam kalangan pembangkang menjelang PRU14 akan datang,”katanya.

Beliau turut menegaskan buat masa sekarang, PAS tidak akan bergabung dalam Pakatan Harapan kecuali DAP dan PKR bersedia untuk berkorban kerusi mereka kepada Amanah.

“PAS tidak akan bergabung dengan Pakatan Harapan kerana tindakan DAP terhadap PAS.

“Pada waktu ini, tak mungkin PAS juga boleh terima parti Amanah yang kini sedang menarik ahli PAS dan merampas bangunan Pasti dan markas PAS.

“Apabila PAS bergabung dengan PKR sebahagian besar kerusi PAS diserahkan kepada PKR bersama jentera dan petugas parti.

“Kalau PAS bergabung pula dengan Pakatan Harapan bermakna PAS akan sekali lagi serah kerusi kepada parti baru, dan ini tidak mungkin berlaku. Melainkan DAP atau PKR sanggup bahagikan kerusi mereka kepada Parti Amanah,”tegasnya.

Tuan Ibrahim juga berkata kerusi yang pernah ditandingi PAS pada Pilihanraya ke-13 adalah milik PAS dan bakal ditandingi semula pada Pilihanraya ke-14 biarpun terpaksa berhadapan dengan Amanah.

“PAS akan tetap meletakkan calon di semua kerusi yang ditandinginya kerana itu adalah hak PAS. Kalau komponen parti pembangkang lain khasnya Amanah juga meletakkan calonnya bermakna ia menjadi penyambung tali hayat kepada UMNO BN.

“Mungkin ada yang akan mendakwa kalau calon PAS, (mungkin) tak akan menang, kerana pengundi Cina tak akan beri undi, maka apakah kalau parti Amanah akan menang kalau pengundi Melayu tak akan memberi undi khususnya ahli dan penyokong PAS.

“Ahli dan penyokong UMNO tentulah lagi tak menyokong (parti Amanah). Ramai yang melihat yang bakal untung mungkin DAP,”katanya lagi

Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menjangkakan DAP dan PKR tidak akan melepaskan kerusi yang pernah ditandingi parti mereka kepada Amanah pada pilihan raya umum akan datang.

Jadi Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata secara teorinya kemungkinan besar parti Amanah akan bertanding di kerusi milik PAS.

“Secara teorinya, Amanah nak letak calon kat kerusi mana? Saya tak percaya DAP akan beri kerusi, PKR pun tak akan beri kerusi (kepada Amanah). Jadi akhirnya dia (Amanah) akan bertanding di kerusi PAS,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Himpunan Istiqamah di Markas PAS Rantau Panjang, Sabtu.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi mengulangi kenyataannya bahawa dakwaan Amanah yang ditubuhkan untuk membantu pembangkang menumbangkan BN adalah palsu semata-mata.

“Kalau Amanah bertanding di Kelantan, kita tak tahu dia akan dapat berapa undi… tapi dari segi teorinya peluang menang ialah BN sebab undi mereka solid.

“Sebab itu pada pandangan kita kenyataan Amanah untuk bantu pakatan pembangkang nak menjatuhkan BN itu tak betul kalau dia bertanding dan berlawan dengan kita,” katanya lagi


ANGGOTA KEADILAN HARUS PILIH MELALUI KONGRES KHAS
AUGUST 27, 2017 RAFIZIRAMLI  1 COMMENT

Persoalan mengenai bentuk kerjasama di antara KEADILAN dengan PAS berpanjangan kerana ia satu keputusan yang memberi kesan kepada semua, bukannya KEADILAN semata-mata.

Keputusan sama ada KEADILAN menumpukan kepada persediaan pilihanraya bersama Pakatan Harapan sepenuhnya (termasuk bersedia menghadapi pertandingan tiga penjuru dengan PAS) atau “berada di dalam dua kolam” (bersama Pakatan Harapan tetapi juga bekerjasama dengan PAS untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru) adalah keputusan yang perlu mengimbangi perkara-perkara berikut:

1.            Soal prinsip – adakah keperluan mengekalkan kemenangan di Selangor atau mengekalkan kemenangan di kerusi-kerusi KEADILAN di seluruh negara mengatasi perkara-perkara prinsip yang selama ini menjadi roh perjuangan KEADILAN?

2.            Soal realiti semasa – apakah situasi sokongan rakyat sekarang kepada setiap parti untuk menilai sama ada pertandingan tiga penjuru yang sangat ditakuti itu benar-benar memberi kelebihan mutlak kepada Umno seperti yang dihujahkan beberapa pihak?

3.            Soal tanggungjawab moral – bahawa KEADILAN mempunyai tanggungjawab moral untuk berada di barisan paling hadapan dalam usaha menumpaskan pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak demi membela rakyat. Keutamaan membela rakyat adalah nadi yang menghidupkan parti ini sejak hari pertama saya mengenalinya

Sudah tentu ketiga-tiga perkara di atas adalah pertimbangan berat dan saling berhubung kait. Ia disukarkan lagi kerana penilaian kepada ketiga-tiga perkara itu banyak bergantung kepada persoalan tahap sokongan pengundi semasa yang tidak dapat dipastikan dengan mudah. Satu-satunya cara yang paling objektif untuk menentukan tahap sokongan pengundi semasa ialah dengan bersandarkan kepada laporan-laporan kajiselidik tahap sokongan pengundi. Masalahnya badan kajiselidik yang berlainan memberi gambaran dan laporan yang sangat berbeza.

Perbezaan pendapat yang berpanjangan

Sebab itu, kepimpinan kanan KEADILAN baik di Biro Politik atau Majlis Pimpinan Pusat (MPP) memang berbeza pendapat mengenai perkara ini sejak sebelum pun Pakatan Harapan ditubuhkan. Malah semasa Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan penubuhan Pakatan Harapan dan saya mengaturkan langkah-langkah sebelum dan selepas itu, kumpulan yang tidak bersetuju dengan penubuhan Pakatan Harapan telah mengumpul satu petisyen untuk memecat saya dari jawatan Setiausaha Agung pada ketika itu.

Hakikatnya, perbezaan pendapat itu berlarutan sejak pertengahan 2015 hingga sekarang di antara dua pemikiran berbeza di dalam KEADILAN.

Di satu pihak merasakan keutamaan parti yang tertinggi ialah mengekalkan tampuk pemerintahan di Selangor. Oleh itu, sebarang keputusan politik KEADILAN mestilah mengambil kira terlebih dahulu kesannya kepada penguasaan KEADILAN sebagai tonggak kerajaan Selangor. Hasil dari pendapat ini adalah mudah: KEADILAN tidak sepatutnya mengambil langkah yang ada risiko kerana sebarang risiko boleh menyebabkan ketidaktentuan kepada kerajaan Selangor. Maka, pihak ini sangat menolak sebarang perbincangan yang boleh menyebabkan berlakunya pertembungan tiga penjuru dalam pilihanraya.

Pendekatan pragmatis begini tidaklah mengejutkan kerana itu perkara biasa dalam politik. Keakraban segelintir sahabat-sahabat pimpinan di dalam KEADILAN dengan PAS dalam perkara ini bukanlah atas kecintaan kepada PAS kerana beberapa orang pemuka utama yang membawa aliran ini (seperti Latheefa Koya, N Surendran dan Sivarasa) mempunyai rekod yang panjang mengkritik PAS sebelum itu.

Di satu pihak lagi merasakan KEADILAN mempunyai tanggungjawab moral untuk terus memimpin pembelaan rakyat melalui pembentukan satu gabungan pembangkang yang berpandukan kepada prinsip keadilan sosial dan merangkumi semua kumpulan, kaum dan agama bagi menyambung usaha yang dimulakan melalui Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat. Relevannya KEADILAN di dalam politik tanahair adalah kerana KEADILAN adalah orang tengah yang menyatukan pelbagai kumpulan dan parti di dalam barisan pembangkang.

Kumpulan ini meletakkan tanggungjawab itu mengatasi kepentingan memenangi kerusi kerana prinsip dan rekod perjuangan adalah lebih penting dari pragmatis politik untuk berkuasa semata-mata. Kemenangan yang menampakkan KEADILAN sanggup mengorbankan prinsip perjuangan akan menyebabkan KEADILAN dilihat sebagai tidak berbeza dengan Umno atau parti-parti lain.

Seluruh dunia tahu bahawa antara pimpinan kanan KEADILAN yang berpendapat begini adalah saya, Dato’ Saifuddin Nasution Ismail (Setiausaha Agung), Dato’ Johari Abdul (Ketua Whip), Nik Nazmi Nik Ahmad (Ketua AMK), Datin Paduka Tan Yew Kew (Bendahari Agung), Syed Ibrahim Syed Noh (Ketua Penerangan) dan William Leong sendiri.

Parti terbahagi dua

Sudah tentu perbezaan pendapat dalam perkara besar yang berlanjutan panjang seperti ini akan meresahkan mana-mana parti. Ramai juga pimpinan yang menjadi serba salah kerana perbezaan pendapat di antara dua pihak seperti ini dan kelihatan tersepit di tengah-tengah.

Maka, tugas Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden parti bukanlah mudah. Saya faham beliau terpaksa mengemudi KEADILAN tanpa dilihat menyebelahi mana-mana pihak kerana kedua-dua pendapat tadi masing-masing ada baik dan buruknya. Walau apa pun kritikan terhadap beliau, saya terhutang budi kepada beliau kerana memimpin KEADILAN membidani lahirnya Pakatan Harapan dicelah-celah kecelaruan politik negara tanpa mengendahkan bantahan termasuk dari aktivis-aktivis civil society.

Keputusan awal sejak 2015 ialah supaya KEADILAN membina Pakatan Harapan dan dalam masa yang sama mengambil pendekatan bersaudara dengan PAS atas kepercayaan perselisihan PAS dengan rakan-rakan di dalam Pakatan Harapan dapat diredakan. Matlamat utama ialah untuk membina satu barisan pembangkang yang kuat untuk masuk PRU14 dan kaedah paling logik ke arah itu ialah dengan mendapat persetujuan satu lawan satu di antara parti-parti pembangkang utama negara (termasuk PAS, sama ada ia berada di dalam Pakatan Harapan atau tidak).

Walau bagaimana pun, dalam keadaan PRU14 semakin hampir dan banyak perkembangan terkini membayangkan PAS tidak akan bersetuju untuk tidak bertanding di kerusi-kerusi yang diagihkan kepada AMANAH dan PPBM, sudah tentu persoalan timbul sama ada strategi pragmatis untuk terus mendampingi PAS itu wajar.

Kajiselidik yang semakin merumitkan

Pertembungan di antara dua pendekatan ini (pragmatis lawan prinsip) dirumitkan lagi apabila tiadanya persetujuan mengenai laporan kajiselidik yang mana yang perlu dijadikan panduan. Lebih-lebih lagi, laporan-laporan kajiselidik yang digunakan oleh kedua-dua pihak bukan sahaja berlainan tetapi dapatannya juga adalah bertentangan.

Kumpulan yang masih mahu mendampingi PAS sering memetik dapatan-dapatan dari Merdeka Centre dan Institut Darul Ehsan yang menurut mereka menunjukkan (dari kajiselidik kedua-dua badan ini) bahawa PAS adalah parti Melayu yang paling kuat. Oleh itu, pada perkiraan mereka, sebarang pertandingan tiga penjuru dengan PAS akan menyebabkan Umno menang besar.

Malah, perkembangan terakhir yang mendorong kepada keputusan untuk terus berunding dengan PAS walaupun Pakatan Harapan telah jauh berlari ke depan adalah bersandarkan pembentangan terkini Profesor Dato’ Dr Redzuan Othman (dari Institut Darul Ehsan) dan Profesor Mohd Noor Nawawi (dari Unisel).

Mereka memberi pendapat, berdasarkan kajian mereka, bahawa pengundi bukan Melayu sangat membenci Umno sehinggakan mereka akan tetap mengundi KEADILAN /Pakatan Harapan walaupun KEADILAN dilihat terus berunding dan menjalin kerjasama dengan PAS. Oleh itu, demi mencapai pertandingan satu lawan satu, rundingan mesti diteruskan kerana ia tidak ada kesan besar kepada sokongan pengundi bukan Melayu kepada KEADILAN.

Saya tidak pernah melihat data yang terperinci dari Merdeka Centre atau Institut Darul Ehsan. Kaedah dan jenis sampel kajiselidik yang mereka jalankan juga berbeza dari apa yang dikendalikan oleh Pusat Kajiselidik INVOKE yang saya rujuk dalam memahami pola sokongan rakyat terkini.

Sudah tentu dapatan kajiselidik INVOKE sangat berbeza malah bertentangan dengan dapatan Merdeka Centre dan Institut Darul Ehsan itu. Seawal Januari 2017, dalam kajiselidik yang terbesar pernah dibuat di negara ini mengenai kecenderongan mengundi, kami dapati undi Umno sudah pun jatuh ke tahap 40%. Itu memungkinkan senario pertandingan 3 penjuru yang berpihak kepada Pakatan Harapan jika undi bukan Melayu kekal tinggi dan Pakatan Harapan berjaya mendapatkan 30% sokongan Melayu. Setakat kajiselidik terkini iaitu Julai 2017, kajiselidik INVOKE menyimpulkan undi Melayu Pakatan Harapan adalah hampir sama dengan undi Melayu Umno iaitu sekitar 30+ %.

Pertembungan dua set data berbeza yang masing-masing menyokong pendapat satu pihak juga disebabkan oleh latar belakang setiap badan yang mengeluarkan dapatan tersebut.

INVOKE ditubuhkan oleh saya, maka dapatannya dituduh berat sebelah hanya untuk menyokong pandangan saya dan rakan-rakan. Kaedah dan sistem yang digunakan oleh INVOKE menepati piawaian antarabangsa dan saya pastikan data dan dapatan dibuka kepada orang ramai agar jika benar ada manipulasi, ia boleh dibuktikan segera.

Institut Darul Ehsan adalah milik Kerajaan Selangor dan bergantung belanjawannya kepada ehsan Menteri Besar Selangor. Malah, kajiselidik IDE hanyalah melibatkan pengundi di Selangor (bukannya di seluruh Malaysia) dan sehingga kini, saya masih belum diyakinkan sama ada sampel yang dipilih adalah benar-benar rawak seperti kehendak sebuah kajiselidik.

Bagi Merdeka Centre pula, saya tidak pernah melihat laporan kecenderongan pengundi seluruh negara yang terkini. Merdeka Centre juga tidak pernah menyiarkan berapa orang yang ditelefon, berapa kadar jawab (response rate), bagaimana sampel itu dipilih untuk memastikan ia benar-benar rawak dan pelbagai soalan lain. Saya juga tahu pengurusan Merdeka Centre juga diberi tanggungjawab menguruskan satu projek bernama #teamSelangor di bawah Kerajaan Selangor yang dimaklumkan melibatkan peruntukan RM13 juta.

Bagi saya pula, sementara saya menerima pelbagai input dari IDE dan Merdeka Centre, kajiselidik-kajiselidik mereka yang dikemukakan untuk menyokong pendapat kumpulan yang mahu terus berunding dengan PAS ini tidaklah menggambarkan keadaan sebenar dan tidaklah sebebas yang didakwa kerana keterlibatan mereka secara rapat dengan pentadbiran Dato’ Seri Azmin Ali.

Oleh sebab ini jugalah (dan peranan maklumat yang berbeza-beza dari kajiselidik-kajiselidik seperti yang saya sebut di atas), perbezaan pendapat kami di peringkat pimpinan berpanjangan sejak 2015 dan menjadi lebih kuat dengan dapatan terkini yang dibentangkan oleh Profesor Dato’ Dr Redzuan Othman (dari Institut Darul Ehsan) dan Profesor Mohd Noor Nawawi (dari Unisel) mengenai sokongan pengundi Cina yang tidak begitu terkesan dengan kerjasama KEADILAN -PAS.

Usaha yang mustahil membuahkan hasil

Mengambil kira perkara-perkara ini, saya bimbang bahawa perkara ini akan terus berlanjutan dalam bulan-bulan terakhir sebelum PRU14 kerana ia mengheret sama Pakatan Harapan dalam keadaan secara rasionalnya, sebarang rundingan di antara KEADILAN -PAS yang tidak melibatkan Pakatan Harapan adalah satu usaha yang mustahil membuahkan hasil.

Saya menyebut begitu kerana KEADILAN tidak boleh merundingkan bagi pihak AMANAH dan PPBM dalam keadaan sebahagian besar tuntutan PAS itu melibatkan AMANAH, PPBM (dan juga DAP). PAS berkehendakkan supaya kerusinya di Selangor dan seluruh negara tidak disentuh. Ini bermakna AMANAH dan PPBM tidak ada kerusi untuk bertanding. Saya tidak yakin KEADILAN dan DAP akan menyerahkan kerusi kepada AMANAH dan PPBM semata-mata untuk memenuhi tuntutan PAS.

Contohnya, satu konfigurasi kerusi di Selangor yang disebut-sebut di bawah cadangan “satu lawan satu” yang diusahakan diantara KEADILAN dan PAS ini ialah KEADILAN bertanding 15 kerusi, DAP bertanding 15 kerusi, PAS bertanding 14 kerusi, PPBM bertanding 10 kerusi dan AMANAH bertanding 2 kerusi. Saya tahu perkara itu mustahil dicapai kerana Dato’ Seri Azmin tidak akan dapat meyakinkan DAP untuk menerima PAS di dalam kerajaan Selangor selepas ini dan beliau tidak akan dapat meyakinkan AMANAH untuk bertanding hanya 2 kerusi.

Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran

Oleh itu, dalam keadaan rundingan itu mustahil membuahkan apa-apa kerana KEADILAN tidak ada kuasa dan mandat untuk memaksakan persetujuannya ke atas Pakatan Harapan, rundingan pada saat ini hanya akan melengah-lengahkan rundingan kerusi di peringkat Pakatan Harapan yang sedang berjalan.

Dengan kenyataan demi kenyataan PAS yang bukan sahaja menolak pelawaan kumpulan dari KEADILAN yang mahu berkawan tetapi menghina KEADILAN dari semasa ke semasa, strategi terus melayan karenah PAS dan menyakitkan hati rakan dari Pakatan Harapan hanya akan menyebabkan kekalahan seberapa ramai calon KEADILAN termasuklah dari kalangan mereka yang tidak bersetuju dengan pendekatan itu.

Ini kerana dalam proses cuba memujuk PAS itu, KEADILAN akan dilihat tidak berprinsip dan mementingkan diri. Apabila rundingan itu gagal akhirnya (kerana ia mustahil dicapai seperti disebut di atas), KEADILAN bukan sahaja tidak mendapat undi dari penyokong PAS, malah hilang undi bukan Melayu dan pengundi tegar Pakatan Harapan yang marah dengan tindakan membelakangkan Pakatan Harapan itu.

Selesai melalui kaedah demokrasi di Kongres Khas

Itulah latar belakang kenapa tidak ada titik pertemuan atau kompromi di kalangan pimpinan KEADILAN di peringkat Biro Politik atau Majlis Pimpinan Pusat mengenai isu ini. Perbezaan pendapat ini telah berlanjutan terlalu lama dan kita tidak lagi boleh mengheret anggota biasa KEADILAN dan rakyat keseluruhannya ke dalam kancah ini.

Perbezaan pendapat ini juga telah membahagikan parti ini kepada dua kumpulan sejak kebelakangan ini sehinggakan mengelirukan akar umbi untuk meneka pandangan setiap pemimpin pusat. Oleh kerana ada di kalangan pemimpin pusat yang turut memegang jawatan kanan di peringkat Pakatan Harapan, perbezaan pendapat ini ada kesan kepada persediaan PRU14.

Di satu pihak, yang bersetuju dengan Dato’ Seri Azmin untuk terus berunding dengan PAS termasuklah Naib-naib presiden Sdr Tian Chua, Sdr Shamdul Iskandar dan naib presiden dilantik iaitu Sdr Xavier Jeyakumar dan Sdr Dr Shaharuddin (yang menjadi wakil rundingan KEADILAN dan PAS). Pimpinan lain yang dikenali ramai yang bersetuju dengan pandangan ini ialah Sdri Zuraida Kamaruddin (Ketua Wanita), ahli-ahli Biro Politik iaitu Sdr Sivarasa Rasiah, Dato’ Saifuddin Abdullah (yang juga KSU Pakatan Harapan), Dato’ Kamaruddin Jaafar, Sdr Fahmi Fadzil (Pengarah Komunikasi) dan Sdr Surendren. Ahli MPP pula termasuklah Sdri Elizabeth Wong, Sdr Hee Loy Sian, Sdri Siti Aaishah Sheikh Ismail, Dr Mohamad Nur Manuty, Sdri Latheefa Koya, Sdr Afif Baharuddin dan Sdri Haniza Talha.

Di satu pihak yang tidak bersetuju dan mahukan komitmen penuh kepada Pakatan Harapan, selain saya sendiri, termasuklah Dato’ Saifuddin Nasution Ismail (Setiausaha Agung), Sdr Nik Nazmi (Ketua AMK), Datin Paduka Tan Yew Kew (Bendahari Agung), Sdr Syed Ibrahim Syed Noh (Ketua Penerangan), Dato’ Johari Abdul (Ketua Whip), Sdr Sim Tze Tzin (Pengarah Strategi), Sdr Fariz Musa (Ketua Setiausaha Pengelola), Sdr William Leong, Jeneral (B) Dato’ Hadi (Pengerusi Lembaga Disiplin) dan Sdri Christina Liew (Pengerusi Sabah) di peringkat Biro Politik. Pimpinan lain yang berpendapat begini di peringkat MPP antaranya ialah Dato’ Abdullah Sani Abdul Hamid, Sdr Wong Chen, Sdri Rodziah Ismail, Sdri Fuziah Salleh, Sdr Manivanan, Sdr Gooi Hsiao Loong, Sdr Azan Ismail, Dr Idris Ahmad, Dr Azman Ismail, Sdr Hassan Karim dan Sdr Aminuddin Haron.

Pembahagian pimpinan mengikut pendapat masing-masing sebegini berlaku dari peringkat Biro Politik ke MPP hinggalah ke peringkat akar umbi.

Oleh yang demikian, sampai masanya ia diputuskan secara keseluruhan mengikut Perlembagaan parti supaya jalan buntu itu diselesaikan mengikut kaedah terbaik iaitu demokrasi.

Saya mengesyorkan supaya satu Kongres Khas kebangsaan dipanggil dengan segera untuk memutuskan perkara ini dengan melibatkan pengundian perwakilan cabang-cabang KEADILAN dari seluruh negara seperti yang diperuntukkan Perlembagaan Parti. Setelah undian dibuat dan kedua-dua pihak ada peluang yang adil untuk membentangkan hujah masing-masing, saya yakin apa pun keputusannya keseluruhan anggota KEADILAN dari atas hingga bawah bertanggungjawab memikul apa-apa kesan dari keputusan itu tanpa boleh menuding jari kepada satu pihak lagi.

Hanya dengan keputusan yang dimuktamadkan mengikut kaedah Kongres Khas ini barulah kita boleh berlaku adil kepada rakyat Malaysia, rakan-rakan Pakatan Haarapan dan diri kita sendiri.

RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN

NAIB PRESIDEN KEADILAN

No comments:

Sebab-Akibat

Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...