Sunday, February 17, 2008

KJ TANPA LAH

KJ TANPA PAK LAH
Oleh Lintah Online(LO)
Isu Politik

Peningkatan maharaja KJ dalam politik cukup mendadak tinggi. Sifatnya sebagai menantu PM mengerunkan pemimpin yang lain sehingga rela memberi ruang untuk maharaja KJ berkuasa. Perkara ini berlaku semasa pemilihan Naib Ketua Pemuda UMNO. Jika maharaja KJ akan merangkul Ketua Pemuda dengan mudah, tumpuan jawatan pada masa akan datang ialah Naib Presiden UMNO. Mungkin berlaku pecutan melangkaui jawatan anggota Majlis Tertinggi UMNO bagi mengejar usia Pak Lah al tidori yang semakin senja.

Maharaja KJ memang merancang dengan baik kerjaya politiknya. Bermula pertemuan dengan Nori, bekerja di tingkat empat Jabatan Perdana Menteri dan berjawatan Naib Presiden. Mendatang adalah jawatan Ketua Pemuda UMNO dan ahli parlimen atau ADUN. Inilah proses pendakian piramid kuasa. Jika dahulu, pendakian kuasa Anwar Ibrahim dibantu oleh Dr. Mahathir, sekarang maharaja KJ dibantu oleh Pak Lah. Pendakian dan strateginya hampir sama. Jika Anwar menarik masuk orang ABIM ke dalam UMNO, maharaja KJ menarik masuk intelektual-kapitalis muda ke dalam UMNO.

Lonjakan kuasa maharaja KJ dapat dihalang jika Pak Lah kalah dalam perebutan jawatan Presiden UMNO. Nampak mustahil jika melihat keadaan pengampu-pengampu dalam UMNO tapi tidak mustahil jika sudah terdesak, tercabar dan hilang sabar. Pemimpin yang layak mencabar Pak Lah ialah Najib Razak. Mungkin Najib beregu dengan Hishamudin meneruskan tradisi Dinasti Razak-Husein Onn-Noah dalam kepimpinan UMNO. Jika Najib Razak menyembunyi telurnya, hilang jantannya dan rela menjadi pengampu dan gurkha Pak Lah, kuasa maharaja KJ tidak terhalang kecuali tiba-tiba Pak Lah meninggal dunia.

Maharaja KJ mesti tahu ramai pimpinan UMNO terutamanya golongan veteran tidak menyukainya. Jika beliau tidak sempat menyusun teamnya pada posisi penting dalam parti dan kerajaan, golongan antiKJ akan membantai habis-habisan setelah ketiadaan Pak Lah. Maharaja KJ mudah naik, mudah jatuh. Beginilah nasib orang bergantung tuah sokongan pimpinan.

Kita akan lihat sejauh mana hebatnya permainan politik maharaja KJ. Sejauh manakah kemaraan penyokong-penyokong Singapura dalam kancah politik, ekonomi dan sosial negara ini. Semua ini atas kuasa maharaja KJ yang menentukannya. Semoga berjaya maharaja KJ.

9/2/08

GEGAR U

GEGAR U: SEBAR PENGARUH DAN SANTAI-SANTAI
Oleh Pacat Online

Gegar U adalah program di bawah seliaan Nori Abdullah Badawi. Satu kelebihan keluarga Pak Lah al Tidori, setiap program bombastik keluarga ini biasanya diambil-berat oleh Pak Lah al Tidori. Zaman Endon yang suka batik, Pak Lah al tidori mengembali pakaian batik dalam etika berpakaian pegawai kerajaan. Perlawanan Myteam kelolaan KJ pun, Pak lah al todori pun mencerah mata melihat dan menghadirinya.[1]

Gegar U mula dikelola oleh Nori, anak kesayangan Pak lah al tidori telah diambil-berat oleh pak al tidori. Satu program yang santai dan mengajak mahasiswa ke arah hedonistik. Gegar U adalah satu program penarikan pengaruh anak muda terutamanya mahasiswa agar berada dalam kem bakal maharaja empayar politik-kapitalis, KJ.

Kita lihat keberkesanan program Gegar U dalam mendepani agenda intelektual mahasiswa negara ini. Harap mahasiswa berfikir relevan atau tak program ini.
2/2/08
[1] Terbaru pak lah al tidori merasmikan kedai pakaian milik KJ dan Nori.

PAK LAH: PM SEPENGGAL?

PAK LAH: PERDANA MENTERI SEPENGGAL?, PELUANG UNTUK KJ.
Oleh Lintah Online

Emosi juga apabila melihat Pak Lah al Tidori menjawab soalan wartawan tentang perjanjian jawatan PM sepenggal dengan tun Dr Mahathir. Pada pilihanraya UMNO nanti, kem Pak Lah bakal melakukan pembersihan secara besar-besaran terhadap kem Team A, Kem tun Dr. Mahathir. Sebahagian besar kem Mahathir akan dibersihkan dalam pilihanraya umum terdekat. Hanya yang tinggal adalah jenis pengampu-pengampu dari zaman Mahathir sehingga zaman Pak lah..

Kem Pak Lah al tidori akan memastikan pengaruh Mahathir dan Najib akan tumbang. Mereka akan memastikan Muhkriz Mahathir, Hishamuddin Tun Hussein dan Najib Razak dalam keadaan lemah. Mereka akan menghalang Muhkriz di peringkat Bahagian dan paling bernasib baik hanya setakat bertakung dalam Majlis Tertinggi UMNO sahaja. Bagi Najib, Pak Lah akan melambatkan perletakan jawatan bagi memastikan maharaja KJ sempat mengejar, menyamai dan memintas Hishamudin pada jawatan Naib Presiden UMNO.

Jika Najib tidak mencabar Pak Lah dalam jawatan Presiden pada masa akan datang, Pak Lah akan berjaya menolak usia politik Najib. Najib akan menjadi Perdana Menteri yang tua dan tidak berpengaruh seperti Tun Husein. Tun Husein sukar melawan pengaruh Ghazali Shafie dalam zamannya. Akibatnya, kesemua naib presiden UMNO bersepakat akan menentang Tun Husein jika memilih Timbalan Perdana Menteri selain daripada mereka. Akhirnya, Tun Husein cuba menunjuk kuasa dan pengaruhnya(pada hakikatnya tidak berpengaruh pun) dengan memilih naib presiden UMNO yang paling tidak popular(pernah mengkhianati UMNO dan ultra-nasionalis Melayu), Dr. Mahathir sebagai timbalan perdana menteri.

Pada waktu usia politik Najib semakin tua, maharaja KJ telah cukup berkuasa dengan peletakkan orang-orangnya di semua peringkat piramid politik UMNO dan kerajaan akan mencabar Najib bagi membuat pemilihan timbalan presiden UMNO. Dan terpaksalah Najib memilih maharaja KJ akibat tekanan orang-orang maharaja KJ di sekelilingnya. Pada waktu ini, nasib Hishamudin semacam Muhiyidin Yassin, nampak seakan-akan berpengaruh tetapi tidak berpengaruh.

Akhirnya maharaja KJ telah menyelesai misi politik-kapitalis beliau, juak dan tuan S. Bermula pertemuan cinta-politik dengan Nori secara terancang membentuk cinta-kuasa sampai ke puncak kuasa PM. Setelah melihat penampilan politik-kapitalis maharaja KJ, satu sahaja penulis nasihat kepada beliau; ‘HATI-HATI DENGAN PEREMPUAN’. Nori tak berapa padan dengan maharaja KJ(kuasa ya, cantik tidak). Orang yang sehebat beliau biasanya tewas dengan perempuan.


8/2/08

PERMATANG PAUH

HISHAMUDDIN DAN BAHANG PERMATANG PAUH
Oleh Lintah Online
Isu Politik

Tiba-tiba Hishamudin Tun Husein telah diberi tanggungjawab besar untuk memenangkan UMNO di Permatang Pauh. Tanggungjawab ini boleh dianggap pukulan maut baginya kerana sejarah membuktikan Permatang Pauh adalah kubu kuat Dato Seri Anwar Ibrahim. Orang UMNO di sana dikatakan masih simpatis kepada DSAI. Bagi saya, pilihanraya tahun ini tidak seberapa penting berbanding pemilihan UMNO yang akan datang. Pemilihan UMNO dan sebahagian pilihanraya tahun ini adalah usaha terakhir maharaja KJ menghapuskan generasi pro Mahathir dan meletakkan calon Team B baru yang dipelopori oleh tokoh-tokoh berbakat.

Suara pimpinan UMNO Permatang Pauh berkumandang memanggil Hishamuddin agar kerap datang ke Permatang Pauh bagi memastikan UMNO menang di sana. Persoalannya sekarang, jika UMNO kalah di Permatang Pauh apakah reputasi Hishamuddin dapat? Ia akan mencalar kreadibiliti Hishamudin sebagai bakal Naib Presiden UMNO.

Sewajarnya orang yang dikatakan bijak seperti maharaja KJ yang memimpin UMNO bagi menewaskan pengaruh DSAI di Permatang Pauh. Baru buku bertemu ruas. DSAI dan maharaja KJ, kedua-duanya bijak, suka mendaki tampuk kuasa dengan cepat dan pakar strategik. Jika bertempur, pasti kita akan lihat variasi yang lebih unik di Permatang Pauh.

Percubaan Hishamudin nak mendaki jawatan timbalan Presiden UMNO semakin berliku dengan kehadiran maharaja KJ. Tidak mustahil jika jawatan terakhir Hishamudin hanyalah naib presiden UMNO sahaja. Justeru, bagi memastikan Hishamudin seorang bertaring dalam politik, DSAI perlu ditewaskan di Permatang Pauh. Permatang Pauh sangat memanaskan nasib politik Hishamudin.*LO*

8/2/08

SINGA MAHASISWA

SINGA GERAKAN MAHASISWA
Oleh mamat.com

Teringat sekeping gambar dalam buku tulisan Kamarazaman Yaacob dimana singa gerakan sosialis, Abu Zar memimpin demonstrasi walaupun cedera dan berjahit pada kepalanya. Gelaran Singa Gerakan Mahasiswa penulis berikan kepada seorang yang berjuang dan berwatak militan dan radikal. Pada zaman Anwar Ibrahim, Ibrahim Ali merupakan Singa GM yang mengegarkan demonstrasi. Begitu juga dengan Nordin Razak.

Pada pilihanraya kampus 2003 di universiti malaya, penulis telah dikejutkan dengan laungan tidak setuju secara terang-terangan sehingga berlaku kekecohan pada suasana pagi semasa pengiraan undi PRK. Singa yang penulis maksudkan pada malam itu ialah saudara Nawawi. Saudara Nawawi ini adalah siswa yang baik, acap kali penulis temui ketika solat berjemaah maghrib di Masjid al Rahman. Disinilah penulis berkenalan mesra dengan dia. Pada tahun akhir, penulis dibelanja oleh dia di kolej pertama bersama seorang adik dari kedah, ketika itu penulis serah draf L.A penulis untuk arkib PMIUM. Seingat penulis saudara Nawawi dan saudari Hairin Herlina adalah orang yang penulis serah draf dan hasil karya penulis. Dia rela menjual kerepek bagi mengutip dana PMIUM. Untuk tampil, berucap menentang kemungkaran, saudara Nawawi dengan berwatak singa mengambil risiko boleh digantung universiti. Selang beberapa hari peristiwa itu, dia datang ke rumah sewa di Pantai Dalam bersama rakan serumah penulis, wan budak Geografi berasal dari Bachok, Kelantan.

Pada zaman Hanif Baderun, seorang siswa layak digelar singa GM mungkin Zulfaqar. Penulis tidak pasti dia atau seorang lagi Zulwaqar(kini termenung di Keningau, Sabah) yang terlibat dalam kes penahanan Bas. Jika budak yang berlari dari kolej tiga adalah zulfaqar pertama itu. Maka layak dia menjadi singa gerakan mahasiswa. Penulis dapati banyak kes dia berdemonstrasi dan kes tumbuk saudara Kalam(jika tidak silap, hehe). Mahasiswa ‘ganas’ dan watak ‘taliban’ sukar dicari pada kini. Mantan Presiden PMIUM, Nazree Yunus juga dilihat radikal. Jarang sekali PMIUM mengadakan rapat umum pilihanraya kampus seumpama zamannya(mungkin dah dapat penaja waktu tu).

Pada zaman penulis, saudara Mat Sabu Junior boleh dikatakan singa pada ketika itu. Orang macam mat sabu ini sanggup mati kerana perjuangan. Penulis masih ingat betapa tegangnya ketika peralihan kuasa tampuk pimpinan PMIUM kepada ustaz Ramadhan Fitri dalam Muktamar Senawi di fakulti undang-undang, UM. Dengan kawalan HEP dan SB sejak awal hingga akhir muktamar sanawi. Dengan terang, saudara Mat Sabu menyatakan hujah yang bertentangan dengan HEP.

Pada masa PMIUM memegang kuasa, Saudara Fuad Ikhwan dan Hishamuddin boleh dikatakan singa pada ketika itu. Membawa obor pimpinan dalam memperjuangkan hak mahasiswa. Mungkin pada zaman saudara Dzulkhairi, saudara Azlan boleh disifatkan sebagai seorang berwatak singa, antara jurucakap Partai Mahasiswa Negara(PMN).

Watak singa yang militan dan radikal sangat penting dalam GM. Mereka ini adalah pembantu utama pimpinan dan pimpinan boleh berharap pada mereka. Pimpinan hanya monitor para singa GM untuk mengerakkan rakan seperjuangan bangkit mendepani perjuangan. Seperti yang diceritakan oleh saudara Nawawi, pada masa reformasi ada segolongan mahasiswa yang bergelar ‘taliban’ yang bertugas secara militan seperti berdemonstrasi.

Dalam perjuangan, pimpinan mesti dibantu oleh manusia berwatak singa seperti Umar membantu Rasulullah SAW. Barulah perjuangan akan menggugat.

8/2/08

NAZREE DAN UMNO REFORM

Nazree Yunus Di UMNO Reform
Oleh mamat.com

Apa agenda utama Nazree Yunus, mantan pimpinan PMIUM dan kini anak muda yang pro Dato Norza sedang giat berartikel di laman web UMNO Reform, bekas laman web pro-reformasi. Ada udang di sebalik mee bandung kah?

Kehadiran saudara Nazree Yunus dalam politik dan penulisan amat dialu-alukan. Sebagai anak muda, sifat sebegini yang kita nak, mencabar dan belajar walaupun ada agenda tersembunyi.

UMNO Reform digiatkan oleh pemiliknya yang kini melakukan tahaluf dengan juak Dato Norza, salah seorang panglima Maharaja KJ, penguasa empayar politik-kapitalis yang bersifat muda, glamour dan bombastik. Jadi Nazree yunus juga bakal menerima keuntungan jika maharaja KJ kelak berkuasa sepenuhnya selepas pembersihan saki-baki orang Tun Dr. Mahathir dalam piliharaya umum dan partai. Ini bermakna, peluang untuk saudara meningkat seperti maharaja KJ dan Anwar Ibrahim adalah cerah terutamanya dalam wadah Pemuda.

Bila orang Dato Norza berada dalam UMNO Reform, pasti ada tujuan tertentu terutamanya menghalang serangan siber terhadap empayar maharaja KJ dan membantai kubu Tun Mahathir dan kuncu-kuncunya dalam parti dan kerajaan. Walaupun alunan ayat orang dato Norza ini berasaskan perpaduan melayu dan Islami, tapi asasnya ialah membetulkan pandangan umum terhadap tuannya.

Teruskan saudara Nazree, kita akan lihat sejauh mana pecutan saudara dalam perjuangan politik saudara dan semoga berjaya. Ingat, dikhabarkan Dato Seri Khir Toyo yang berseri wajahnya kerana banyak makan tempe pun bekas ahli PMIUM boleh menjadi Menteri Besar Selangor. Buktikan saudara boleh. Sekurang-kurangnya kerusi EXCO.

2/2/08

TEAM KEPIMPINAN MAHASISWA

KEPENTINGAN ‘TEAM’ KEPIMPINAN DALAM GERAKAN MAHASISWA
Oleh mamat.com
tokawang_sufi@yahoo.com

Dalam menelusuri sejarah gerakan mahasiswa, kita akan menemui ‘team’ kepimpinan yang kuat jika kita mahu melihat keberkesanan sesebuah GM. Dalam konteks GM di UM kini, kita melihat saudara Azlan, Dzulkhairi, Syeikh Umar, Faisal antara team kepimpinan yang ada.

Team kepimpinan sangat penting dalam menasihati punca arahan(yakni amir kampus) agar kerja organisasi dapat dilakukan dengan lancar dan ia juga akan mempengaruhi hala tuju GM. Team kepimpinan mesti golongan yang bersifat ahlul halli wal’aqdi. Ia sangat penting dalam konteks membantu pemimpin. Walaubagaimanapun, jangan sampai anggota team kepimpinan lebih menonjol daripada pemimpin GM sendiri. Kita melihat kehebatan Tuan Guru Haji Hadi tidak menenggelami Tuan Guru Fadzil Noor, Presiden PAS semasa beliau menjawat jawatan Timbalan Presiden PAS.

Contoh, pada zaman saudara Hanif Baderun, tertonjol kehandalan dan ‘ganasnya’ Zulfaqar. Penonjolan Zulfaqar secara berlebihan boleh menenggelamkan pemimpin utama zaman tersebut. Justeru, kita melihat jika PMIUM menguasai MPPUM, kuasai pimpinan PMIUM mesti melebihi kuasa pimpinan MPPUM. Pada zaman Ustaz Faisal Abdul Rahman dan Ustaz Izwan Yusof menjadi Presiden PMIUM, pengaruh mereka lebih besar membolehkan Presiden MPPUM, Ustaz Mohd Fuad Ikhwan dan hisomuddin abu bakar mengakuri perintah pimpinan PMIUM. Pada hari ini, saudara Dzul sebagai pimpinan PMIUM dan GAMIS sedikit terdiam berbanding EXCO, saudara Azlan. Lainlah dengan Syeikh Umar yang boleh beraksi di atas kapasiti pengerusi SMM.

Pasukan Sosialis 1974, team kepimpinannya terdiri daripada Kamarulzaman Yaakob, Hishamuddin Rais, Abu Zar, Yunus Ali dan beberapa orang lagi berjaya merancang demonstrasi dengan baik. Bijak dalam propaganda dan membangkit semangat rakyat. Pasukan PBMUM dengan Aziz Deraman, Anwar Ibrahim dan Nordin Razak. PKPIM-ABIM dengan teamnya Anwar Ibrahim, Siddiq Fadil, Sidek Baba, Kamal Hasan, Kamarudin Mohd Nor dan Anuar Tahir.Ini adalah pasukan yang hebat. Berkesan dalam sektor pendidikan dan perjuangan isu rakyat.

Pada tahun 1980an, team kepimpinan yang terdiri daripada Husam Musa, Fuad Zakarsi, Takiyuddin Hasan, Mohamad Husein, Azmi Ali dan berapa yang lain telah berjaya menyisihkan pengaruh ABIM dalam PMIUM. Dalam sejarah Empayar Uthmaniyyah pula, Muhamad al Fateh mempunyai team kepimpinan tersendiri yang dianggota guru spiritualnya iaitu Shammsudin al Wali. Berjaya menakluki Istanbul.

Sewajarnya, peralihan zaman baru yakni 2008/09, team kepimpinan baru harus dipilih dengan lebih teliti. Jati diri dengan Islam, hubungan sosial yang baik, akhlak terpuji dan berani. Kita perlu kepada pimpinan PMIUM seperti Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, pengerak kebangkitan semula PMIUM pada akhir 1990an dahulu(seingat penulis bermula zamannya PMIUM telah menguasai MPPUM selama tujuh tahun). UZAR memiliki sahsiah, akademik, daya intelektual dan kepetahan berpidato dengan baik serta pintar bersiasah dan pandai cari peluang. Ia disokong dengan team kepimpinan yang berkualiti.

Penonjolan ramai pimpinan adalah sesuatu yang baik tetapi tidak boleh menenggelami pemimpin utama. Inilah yang saya nampak pada era hari ini. Saya harap saudara Dzul ambil perhatian terhadap pemilihan Presiden PMIUM dan team kepimpinan yang baru.


Bila keluar kampus nanti, saya ucapkan selamat datang ke dunia baru kepada saudara Dzul dan angkatan pejuangnya. Datanglah ke Borneo, bumi yang dahaga dakwah kalian.

Sabah, Malaysia Timur6/2/08

DOA FADZIL NOOR UNTUK MAHATHIR

Doa Fadzil Noor Untuk Mahathir
Oleh Pacat Online
Isu Politik

Bila melihat akhbar atau laman web, terguris jiwa mengenang manusia zaman ini yang mengalami kecelaruan akal-budi yang dahsyat. Memang dunia ini berada pada akhir zaman. Kes Lingam, kehilangan kanak-kanak dan jenayah yang berleluasa adalah disebabkan tangan manusia terutamanya apabila kelunturan iman dan akhlak pimpinan negara tidak dapat ditangani lagi. Pemimpin adalah kepala yang memimpin badan. Kalau kepalanya gila, badan(rakyat) turut sama gila. Kalau akhlak kepala adalah rendah, badan mempunyai akhlak yang rendah.

Fahaman sekular yang tertanam dalam kepimpinan negara telah menjauhi iman dan akhlak Islami daripada sistem pemerintahan negara ini. Dari Dato Onn sampai kepada Pak lah al tidori, sekularlah asas bakal terjadinya kehancuran jiwa dan roh kepada rakyat negara ini. Ingatlah wahai pimpinan negara, jangan menyesal selepas turun tampuk pemerintahan negara. Inilah yang terjadi kepada semua pimpinan UMNO, Dato Onn, Tunku, Tun Hussein dan Tun Dr. Mahathir dihina, disisih dan diperlekehkan. Sebelum berundur, orang cium tangan, rela tukar nyawa dengan beliau(seingat penulis dalam akhbar Utusan) dan disambut dengan pelbagai upacara tetapi bila berundur, batang hidung pun orang tak nak lihat.

Saya teringat akan doa Tuan Guru Dato Fadzil Noor, mantan Presiden PAS dan mantan Timbalan Presiden ABIM, beliau mendoakan umur Tun Mahathir panjang agar tun dapat melihat impak daripada pemerintahannya. Nampaknya doa Tuan Guru Fadzil Noor dimakbul Ilahi. Kini, tun sendiri terasa impak akibat perbuatan tangan(kuasa) beliau sendiri. Dihina oleh pengampu-pengampu Tun. Dato Seri Rafidah Aziz, menangis masa Tun meletak jawatan tapi selepas itu turut menempelak Tun. Akhirnya, Tun berpihak kepada orang terbuang dan tersisih dalam UMNO seperti Abdullah Kok Lanas(antara manusia yang paling awal dinyahkan oleh Pak lah al tidori dalam NSTP) dan Ruhanie (bekas ahli parlimen). Kini, UMNO dikuasai oleh Team B baru yang dijenamakan oleh menantu Perdana Menteri.[1]

Jika dulu, Tun selalu mengutuk Tunku agar turun tampuk pimpinan sehingga Tun dipecat daripada UMNO. Bila Tunku turun takhta, tunku selalu mengutuk cara pimpinan Tun sehingga Tunku dan tun Hussein Onn pernah pro Parti Semangat 46 dan dikatakan mereka mati bukan sebagai ahli UMNO. Ingat tak apa yang Tun cakap apabila Tunku mengutuk kerajaan pimpinan Tun. Kini keadaan yang sama berlaku pada Tun sendiri. Dan kini Tun sendiri cuba dibogelkan kesalahan ekoran kes Lingam. Adakah ini pembalasan Tuhan?. Akhirnya tiada mustahil Tun akan menuruti nasib sahabat karib tun, pak Suharto, mantan Presiden Indonesia.

Wahai pimpinan UMNO sekarang, jangan tidur lagi daripada kengantukan akhlak dan iman. Jangan diulangi kesalahan pimpinan terdahulu. Kepada Pak Lah al tidori, cucu alim ulama besar, tolonglah jangan diulangi kesilapan tun. Orang hebat dan bijak seumpama Tun dihina sebegitu, jika Pak Lah al tidori yang tak seberapa hebat dan bijak itu, lagi teruk dihina orang terutamanya orang UMNO sendiri selepas kehilangan kuasa. UMNO adalah tempat pengampu-pengampu yang mengipas punggung sahaja.2/2/08
[1] team B lama diketuai oleh Tengku Razaleigh telah disisih. Ramai anggota team B seperti Musa Hitam dan Radzi(SUA UMNO) telah berpihak kepada Pak Lah al tidori. Pak Lah al tidori pula dimotori oleh maharaja KJ dan juak pemikirnya.

KEMARUK CINTA DAN MAHASISWA

KEMARUK CINTA DAN MAHASISWA: PILIH JALAN YANG BENAR (PESAN DAN MEMOIR CINTA SEORANG ABANG)
Oleh mamat.com
tokawang_sufi@yahoo.com
Isu mahasiswa

Bila membaca blog saudara Dzul, Presiden PMIUM dan GAMIS, ada dua-tiga artikel yang membuatkan benak fikiran penulis terfikir-fikir seakan saudara dzul sedang kemaruk cinta. Kebetulan juga penulis baru bergelumang dengan novel Ayat-ayat Cinta karya Habiburahman el Shirazy baru-baru ini. Jiwang juga pak alim kita ini(senyum). Saya tak pasti sama ada tulisan itu milik saudara dzul atau SU beliau. Jiwang atau romantis tidak bertentangan dengan hidup para ulama. Bahkan Hamka, ulama besar nusantara digelar ulama romantis.

Bagi saya cinta adalah satu tusukan jarum yang menjentik jiwa membawa akal dan badan ke dunia khayali yang mengasyikkan. Dalam tasawuf, cinta sangat penting sehingga menghilangkan hijab di antara Tuhan dengan WaliNya.

Di kampus, cinta terbahagi dua. Cinta memenuhi nafsu dan seronok-seronok. Satu lagi cinta ke arah perkahwinan. Pilihlah salah satu.

Antara dilema mahasiswa tahun tiga adalah ketiadaan pasangan dan apa pekerjaan selepas kampus nanti. Perempuan terutamanya terdesak-desak nak kahwin, bimbang tiada pasangan yang baik. Betul itu, jika kalian tak mencari di kampus. Alamak sukarlah nasib kalian semasa keluar kampus nanti. Apapun jodoh kita tidak ketahui. Seingat penulis ramai pimpinan PMI berkahwin semasa belajar dan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Jika tidak silap penulis, Ustaz Izwan Yusof, pimpinan PMIUM 2002/03 berkahwin semasa belajar. Kini sudah ada M.A dan berjawatan tinggi dalam JAKIM. Isterinya pula bertugas sebagai guru. Ini rezeki bagi orang berkahwin dan berjuang.

Kita juga perlu berhati-hati ketika memilih cinta. Cinta itu indah, manusia yang mengotorkannya. Satu kisah tentang seorang gadis PMIUM dan PMKUM yang taat dan baik. “aku tak biasa dengan cinta seorang lelaki.Dari sekolah menengah agama hingga ke university, aku bergelumang dengan wadah Islam. Jalan pun tunduk ke bumi. Mana boleh bercinta sebarang. Bercakap pun di sebalik tabir. Satu hari selepas bergelar seorang ustazah, bertugas di pendalaman Sarawak. Aku dikejutkan dengan SMS seorang ustaz lulusan maktab. Wah, seorang ustaz. SMS demi SMS. Aku terpikat dengan kemanisan kata. Kan ustaz yang beri SMS, aku tak biasa dengan cinta seorang lelaki. Jadi kalah dengan ulikan kata seorang ustaz

Aku berkahwin dengan si ustaz. Barulah aku tahu rencam hidup. Karipapku buat dikatakan keras, dicampak ke dinding, solat tiada dibuat oleh suamiku, pergi ke bandar dibawa budak kampung dan diriku ditinggalkan seorang diri di rumah. Kereta suamiku, aku yang bayar. Aku tak biasa dengan cinta lelaki.”[1] Nasib baik ustazah itu tiada anak(baru kahwin lagi), terus bercerai fasakh kerana suami tidak beri nafkah batin dan zahir. Itu antara sebab kita berhati-hati dengan cinta. Cinta yang membunuh.

Kebetulan, masa di kolej 10 penulis tinggal bersama bekas Presiden Persatuan Kauseling UM, wak Mat Noh, orang Klang.[2] Dia ada cerita, 3 kali sahaja ustazah API dipujuk rayu oleh Pakwenya terus berjaya dibogelkan dan terkulailah maruahnya. Sebagai abang yang ada adik perempuan, moga Allah melindungi ahli keluarga kita daripada perkara sebegini.

Orang sehebat saudara Dzul mestilah cepat-cepat berkahwin. Anda boleh mendidik gadis menjadi lebih baik. Jika nak cari kesempurnaan, agar sukar untuk zaman ini tapi tiada mustahil. Saya sendiri tidak pernah bercinta dan hanya bercinta lepas kahwin. Minat terhadap perempuan ada juga tetapi tahan.[3] Secara ikhlas cinta saya hasil daripada doa dan solat istkharah dan solat hajat. Akhirnya saya mendapat isteri yang baik dan saya berdoa agar saya dan dia menjadi insan soleh-solehah.[4] Saya yakin orang yang baik akan mendapat pasangan baik. Gadis agak segan dengan orang hebat seperti saudara dzul. Pimpinan mesti mulakan dulu.

Insan dipanggil umi yang duduk ditampuk kepimpinan tertinggi PMI akhirnya berkahwin dengan saya yang berpendidikan sekular, peminat sufisme, mahathirisme dan sosialisme ini. Dijentik hati semasa bertemu di Muktamar Sanawi ketika penyerahan tampuk pimpinan kepada Ustaz Ramadan Fitri. Saya pendam di hati dengan serangkap doa yang tiba-tiba terlintas dalam hati agar ditemui jodoh dengannya. Maklumlah amirah di podium, ahli pasif[5] di bawah di Dewan Kuliah, Fakulti Undang2 UM. Bagai pipit dengan burung kenyalang tarafnya. Rezekinya, bertemu kembali di maktab. Tanpa bercakap pun di maktab(setahun di maktab, tiada aktiviti bersama kelas PA), saya jumpa ibu beliau untuk melamar pada hari terakhir di maktab(hari terakhir habis kursus Diploma Pendidikan dan masing-masing nak balik kampung). Ibunya menyuruh saya membawa keluarga ke rumahnya. Jalan dipermudah oleh Allah SWT .

Cinta adalah fitrah manusia. Kitalah yang mengendalikannya untuk nafsu atau berkahwin. Perkahwinan sangat diperlukan bagi seorang pejuang sebagaimana pentingnya Khatijah bersama Rasulullah SAW. Jom, mari kita memeriah dunia ini dengan perkahwinan. Pak Lah al tidori pun cari isteri baru. Ayuh saudara Dzul al kelantani al hafiz!!

Dari seorang abang...
Sandakan, Sabah
1/2/08
[1] Semoga uztazah bahagia setelah berpindah ke Johor. Terima kasih atas layanan baik ustazah sepanjang saya berada di pendalaman Sarawak. Moga Allah memberkati hidup ustazah. Amin.
[2] Apa khabar wak mat Noh Saiman? Moga sihat bersama isteri. Rindu akan suasana persahabatan. Kenangan indah bersama sahabat. Ingat makan KFC di atas bukit jiwang, kita pekik sama-sama. Sekarang, Hidup sebagai dewasa dalam alam keluarga.
[3] Untuk menolak minat kepada seorang gadis semasa zaman sekolah, guru saya cakap kita mesti ingat muka masa gadis itu ‘menerang’ nak berak atau muka gadis semasa bangun tidur. Mujarab pesan guru ini. Terima kasih cikgu abdul rahman. Moga cikgu dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Sememangnya saya antiwanita semasa zaman sekolah.
[4] Abang doakan Sayang dan anak-anak sebagai insane soleh-solehah yang menyejuk mata dan hati abang. Dan abang menjadi pemimpin bagi orang yang bertaqwa terutama dalam keluarga kita. Amin.
[5] Merangkap pemerhati dan pengkritik PMI. Kata Tuan Guru Nik Aziz marah seorang ayah terhadap anaknya. Itulah sifat penulis. Marah dan kritik bukan kerana benci tetapi kerana sayang.

TAKZIAH

PEMBERITAHUAN

TAKZIAH KEPADA AZIZAH BT ABDULLAH BIN KHATIB ALI


Saya ucapkan takziah kepada saudari Azizah, Azhar dan Amir setelah pemergian ayahanda mereka pada beberapa minggu yang lepas. Saudari Azizah adalah anggota PMIUM semasa era Mat Sabu dan Ramadhan Fitri, dan kini menjadi ustazah di negeri Sarawak. Azizah berasal dari kawasan Bukit Payong, Marang, Terengganu. Semoga ayahanda saudari dicucuri rahmatNya.

Yang Mendoakan

Mohamad Ridhwan Bin Alias & Jalalilah Mauludin(Kak J)
6/2/08

Monday, February 04, 2008

GERAKAN RAKYAT

Gerakan Mahasiswa adalah kuasa rakyat?
Oleh mamat_com©
mahasiswamenggugat.blogspot.com
tokawang_sufi@yahoo.com

Mahasiswa adalah insan separa matang dalam menghadapi realiti alam ini walaupun ia cuba berlagak matang. Kita menghargai kesungguhan mereka menghadapi masalah dengan berlagak matang. Taniah.Sebagai anak muda, sifat radikal dan memberontak diselang-seli dengan sifat keanak-anakan. Ini lumrah para mahasiswa. Macam orang kampung, hentam dan hentam pasal harga barang naik tetapi pangkah BN juga semasa pilihanraya(logikkah perumpamaan ini? Sendiri jawab!! J).

Mahasiswa merupakan sebahagian daripada masyarakat bernegara. Setiap fenomena yang berlaku di negara ini akan turut dirasai oleh mahasiswa. Adalah menjadi hak mahasiswa untuk menuruti setiap perkara melalui wadah yang disukai oleh mereka sama ada demonstrasi, debat dan menulis. Ini adalah perjuangan mahasiswa sebalik sifat separa matang mereka. Dan risiko perjuangan perlu dialami oleh mahasiswa tanpa manja.

Keterlibatan mahasiswa dalam demonstrasi Tasek Utara dan Baling menunjukkan kepekaan terhadap isu-isu rakyat. Bahkan mereka antara tenaga yang menjayakan demonstrasi ini. Kini, keadaan negara ini semakin mencabar sama ada dalam bidang sosial, politik dan ekonomi. Gerakan Mahasiswa yang selama ini dikenali jurubicara rakyat haruslah diperkasakan. Gerakan Mahasiswa sekarang haruslah disusun semula.

Kita melihat kejayaan peristiwa demonstrasi Baling berpunca kepada dua iaitu isu dan pengurusan organisasi yang mengerakkan demonstrasi ini. Isu-isu rakyat kini semakin banyak yang boleh diketengah seperti kesan FTA, penswastaan kesihatan, perumahan rakyat di bandar dan kenaikan harga barang. Isu ini boleh dilagukan oleh gerakan mahasiswa.

Dalam demonstrasi Baling, terserlah satu kebijaksanaan gerakan mahasiswa menyatukan organisasi mahasiswa pelbagai universiti menjadi satu gerakan mahasiswa peringkat nasional. Kita mengakui keberadaan SMM, GAMIS dan BBMN tetapi pengurusan organisasi ini sangat perlahan. Mungkin kekuatan hanya tertumpu kepada universiti masing-masing. Kita melihat peranan PKPIM yang menyatukan mahasiswa Islam dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia (PKPM) yang menyatukan mahasiswa sosialis berjaya menyemarakkan isu rakyat di Baling. Oleh sebab itu, struktur organisasi mahasiswa peringkat nasional perlu disusun semula dan diperbaguskan lagi cara kelahiran generasi pelapisnya.

Gerakan mahasiswa adalah kuasa rakyat terkecil yang semakin malap leonnya. Jangan jadikan gerakan mahasiswa berlegar di kampus sahaja. Mungkin terlalu tinggi harapan kita tetapi ia tidak mustahil. Macam mana Presiden GAMIS dan Pengerusi SMM, harapan berat ini pada bahu kalian.
26/12/07
© Penulis adalah penulis ‘kiri’ yang romantis dalam memerhati isu mahasiswa

Sebab-Akibat

Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...