Sunday, June 11, 2017

Ulama Memimpin Umat


Cari sebuah parti yang didalamnya ramai ulama’- Pak Da Eil

Di atas adalah rumusan Pak Da Eil (Ulama besar Melayu di Makkah) tentang parti politik. Dasar Islam dan ramai ulama dalam sesebuah parti bernuasa Islam, insya Allah kita selamat dunia dan akhirat walaupun parti Islam itu mundur, kalah dan dianggotai oleh ahlinya yang lemah iman dan akhlak. Ulama dan Dasar Islam dalam parti tersebut adalah penawar yang boleh mengubati penyakit tersebut dengan izin Allah.

Sheikh Ismail Al Fathani atau Pak Da Eil adalah guru muktabar yang mengajar di Makkah Al Mukaramah . Beliau sangat alim . Sheikh Ismail merupakan tokoh guru yang mashur di Makkah.

Keistimewanya PAS paling besar adalah martabat ulama dalam PAS itu sendiri.

Menurut Dr Hammam Said, mantan Muraqib Ikhwanul Muslimin Jordan, kekuatan PAS ialah
“Kewujudan para ulama pada peringkat tertinggi adalah jaminan paling besar bagi parti ini. Kerana hubungan umat dengan para ulama adalah satu hubungan yang kuat. Apabila terdapat ulama di situ, maka kepimpinan tersebut berjalan di atas dasar al-Kitab (al-Quran) dan sunnah Rasulullah s.a.w. Ini menjadikan orang ramai berasa tenteram dan selesa dengan kepimpinan tersebut.”

“Jika kepimpinan itu hanya semata-mata bersifat politik, pragmatisme dan urusan politiknya datang dari luar (rujukan) Islam, luar dari al-Kitab dan as-Sunnah… akhirnya orang ramai tidak lagi bersatu di bawah kepimpinan sebegitu.”

Dalam usaha memperkasakan kepimpinan ulama, PAS telah mewujudkan Majlis Syura’ Ulamak yang berperanan menghurai, menjelas dan mentafsirkan dasar PAS dan Perlembagaan PAS. Mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan ketetapan itu dipatuhi dan dilaksanakan. Dan memelihara, menjaga dan mengawal tatatertib PAS.


Kehadiran ramai ulama boleh membendung gejala SEPILIS daripada merebak dalam kumpulan dan masyarakat Islam.

No comments:

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...