Sunday, June 04, 2017

Memahami Falsafah Perjuangan Mahasiswa


[ Pra Artikel Watak Pemimpin Mahasiswa Dan Politik Kampus I]

Dengan hidayah dan petunjuk Allah SWT yang memberi ilham dan idea, penulis dari alam kampus telah menulis tentang pengupayaan intelektualisme melalui tulisan KEPIMPINAN INTELEKTUAL MAHASISWA: SATU GAGASAN yang disiapkan pada 16 Ogos 2004 tepat jam 10.36 P.M. Mungkin ia suatu idealisme tetapi tidak mustahil dicapai.

Penulis suka menjadikan pandangan Dr. Mohamad Abu Bakar sebagai definisi falsafah perjuangan mahasiswa. Falsafah perjuangan mahasiswa adalah manifestasi dari status mereka sebagai pelajar universiti, fungsi mereka sebagai rakyat yang sudah dewasa dan situasi mereka sebagai kumpulan individu yang seringkali terdedah kepada dunia semasa.

Memahami falsafah perjuangan mahasiswa bermakna kita mengenali mahasiswa daripada aspek siapa, bagaimana dan ke mana arah perjuangan mahasiswa. Jika kita sudah mengenali diri mahasiswa, barulah semangat perjuangan bangkit dalam menegakkan kebenaran, keadilan dan mempertahankan yang hak sebagai mahasiswa dan rakyat.
Falsafah Perjuangan Mahasiswa boleh dibicara daripada pelbagai aspek. Antaranya, dari segi idea kemajuan, ledakan ubudiyyah, intelektualisme, radikalisme dan lain-lain. Penulis suka berbincang daripada aspek bagaimana kita mahu melakukan pengupayaan intelektualisme.
Dalam pengupayaan intelektualisme falsafah perjuangan mahasiswa, dua aspek adipenting yang penulis fokuskan ialah [1] pengukuhan Pandangan Alam Islam seorang mahasiswa dan [2] Pembebasan Diri Mahasiswa Daripada Watak Tertawan.
Pengukuhan Pandangan Alam Islam membolehkan para mahasiswa berfikir dalam konteks kerangka pemikiran berdasarkan aqidah yang betul bukannya bertindak sesuka hati. Pertimbangan pahala-dosa, syurga-neraka dan alam kubur-hari akhirat juga diambil berat.

Pembebasan diri daripada sikap Watak Tertawan membolehkan mahasiswa menjadi kritis terhadap sumber ilmu dan budaya dari Barat. Kita terima kebaikan dari Barat dan menolak kemudharatan Barat. Kita ambil kebaikan yang hanya sesuai dengan realiti tempatan.

No comments:

Sebab-Akibat

Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...