Friday, June 30, 2017

Masyarakat Bukan Islam: Mengenali Musuh Islam dan Sahabat


Islam mengakui dan mengiktiraf Hak Asasi Manusia dan Hak Masyarakat Bukan Islam dalam sesebuah Negara Umat Islam berdasarkan konsep karamah insaniah (Kemuliaan Insan), kepelbagaian (ta’addudiyyah) dan prinsip hidup bersama secara aman yang termaktub dalam Al-Quran dan As-Sunnah.

Perkara ini dijelaskan dalam firman Allah SWT dalam ayat-ayat dibawah:

Allah SWT menjadikan manusia dalam kepelbagaian; berbagai bangsa, kaum, warna kulit, agama, bahasa dan budaya.  Dengan kehendak-Nya, tidak dijadikan satu umat yang seragam, walaupun Allah Yang Maha Berkuasa berupaya berbuat demikian (Rujuk Surah Yunus: 99. Surah Hud: 118).
Dengan kehendak-Nya juga tidak dijadikan semua manusia beriman, lalu dibiar-Nya sebahagian manusia beriman dan sebahagian yang lain tidak beriman (Rujuk al-Taghaabun 64:2. Surah al-Kahfi 18:29)
Di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah penciptaan langit dan bumi dan perbezaan bahasa dan warna kulit-mu. Sungguh pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang yang mengetahui (Rujuk Surah Al-Rum 30:22).
Kami menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak agar kamu saling mengenali (Rujuk Surah al-Hujurat 49:13)
Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangi kamu dalam urusan agama dan tidak mengusir kamu dari kampong halamanmu. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil (Rujuk Surah al-Mumtahanah 60:8).
Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi bantuan kepada kerabat, dan Dia melarang (melakukan) perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil peringatan (Rujuk Surah Al-Nahl 16:90).
Wahai manusia! Sungguh telah Kami ciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti (Rujuk Surah al-Hujurat 49:13).
Tidak ada paksaan dalam (menganut) agama (Islam). Sesungguhnya telah jelas perbedaan antara petunjuk (yang benar) dari kesesatan (Rujuk Surah al-Baqarah 2:256).
Dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu melakukan ketidakadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan (Rujuk Surah al-Maidah 5:8)
Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak cucu Adam dan Kami angkut mereka di daratan dan di lautan dan Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka di atas banyak makhluk yang Kami ciptakan dengan kelebihan yang sempurna  (Rujuk Surah al-Isra’ 17:30).
Allah telah memuliakan manusia dan mengangkat darjat manusia dengan menciptanya dalam rupa bentuk yang terbaik (Rujuk Surah al-Tin 95:4)
Kita mesti jelas pengiktirafan Islam terhadap Hak Asasi Manusia dan Hak Masyarakat Bukan Islam terbatas kepada mereka yang tidak menentang Islam secara terbuka. Masyarakat Islam boleh melakukan hubungan atau interaksi dalam bidang sosial dan ekonomi. Namun dalam bidang politik, hendaklah ada sempadan agar Masyarakat Islam tidak dikuasai oleh kesyirikan dan kemaksiatan yang dilakukan oleh kelompok politik Masyarakat Bukan Islam yang menentang Islam secara terbuka.
Usaha PAS bertahaluf siyasi dengan kelompok bukan Islam dan kelompok Sekular-Pluralisme-Liberalis-Nasionalis melalui syarat permuafakatan yang sudah disepakati menjadi sempadan kepada perhubungan, perjanjian atau persetiaan. Jika syarat permuafakatan dilanggari, persetiaan boleh dibubar atau diputuskan.

Allah SWT sendiri berfirman tentang amaran dan kewaspadaan dalam hubungan antara Masyarakat Islam dengan Masyarakat Bukan Islam seperti ayat-ayat dibawah:
Jangan ambil musuh Allah sebagai teman rapat kerana mereka Kafir ingkar terhadap kebenaran Islam. Mereka menghina dan menolak Rasulullah SAW (Rujuk Surah al Mumtahinah: 1. Surah al-Maidah: 80-81. Surah An-Nisa: 144. Surah al-Maidah: 51-52).
Jangan dampingi orang-orang yang memilih kufur dan meninggalkan iman (Rujuk Surah At-Taubah: 23)
Orang kafir sering membelanjakan harta mereka[1] untuk menghalangi manusia dari jalan Allah (Rujuk Surah al-Anfal: 36)
Orang kafir tidak menghormati perhubungan kerabat dan perjanjian (Surah At-Taubah: 8)
Orang Kafir mempunyai sifat DENGKI. Mereka suka mengembalikan Umat Islam menjadi kafir (Surah al Baqarah: 109)
Jangan mengambil orang-orang yang menjadikan agama Islam sebagai bahan ejekan dan permainan sebagai teman rapat dan penolong (Rujuk Surah al-Maidah: 57)
Sesetengah orang kafir adalah penyokong dan pembela sesetengah yang lain. Mereka saling bantu membantu menghancurkan Islam dan menimbulkan fitnah (Rujuk Surah An-Anfal:73)
Kemenangan, kejayaan, harapan dan kecemerlangan itu bukan milik makhluk apatah lagi orang bukan Islam. Ingatlah segala pertolongan, kejayaan, kemenangan, harapan dan kecemerlangan itu milik Allah SWT.  Bertawakal kepada Allah SWT (Rujuk Surah Ali Imran: 160)
Orang kafir tidak sesekali bersetuju atau suka Nabi Muhammad, Islam dan Umat Islam (Rujuk Surah al-Baqarah: 120)
Jangan taat kepada orang kafir kerana mereka boleh mengembalikan kita kepada kekufuran (Rujuk Surah Ali Imran: 149-150)
Jangan mengambil orang bukan Islam atau kafir sebagai orang kepercayaan. Mereka akan berusaha memusnahkan Islam dan umat Islam. Mereka gembira bencana menimpa kepada Islam dan Umat Islam (Surah Ali Imran: 118)
Islam mengiktiraf kemuliaan manusia dan kepelbagaian dalam melahirkan kehidupan manusia yang aman, sejahtera dan makmur selagi manusia tidak menentang Allah SWT secara terbuka. Islam tidak menganjurkan permusuhan. Islam tidak menyerang sebelum diserang. Islam tidak memusuhi mana-mana kelompok dalam konteks fizikal atau peperangan, cuma memusuhi dalam konteks aqidah, dakwah dan ilmu. Islam itu sendiri dalam erti damai dan sejahtera.
Dalam pengiktirafan terhadap Hak Asasi Manusia dan Hak Masyarakat Bukan Islam, Islam mengariskan amaran dan kewaspadaan sebagai sempadan agar umat Islam tidak terjerumus ke dalam kesyirikan, kemaksiatan, khayalan dan tipu muslihat musuh-musuh Islam.
Di Malaysia, kelompok yang menentang dan memusuhi Islam terbahagi kepada beberapa kelompok iaitu [1] kelompok kafir harbi (yang jelas menentang Islam secara terbuka), [2] kelompok munafik, murtad dan fasiq yang menentang dan mencabar Islam secara terbuka, [3] kelompok Islam yang bersengkokol dengan kelompok kafir harbi demi kepentingan atau agenda tertentu dan [4] Kewujudan kelompok pelampau (ekstremis) dalam pelbagai aliran/kelompok Islam yang mencetuskan fitnah kepada Islam dan umat Islam. Mereka inilah perlu kita banteras dan awasi.
Fenomena Mencabar Islam Secara Terbuka:
1. Orang kafir mencabar Islam dan umat Islam secara terbuka seperti dalam isu RUU 355.
2. Orang munafik, jahil, fasiq dan murtad mencabar Islam secara terbuka seperti cuba menghapuskan JAKIM, mengikraf LGBT, ‘Lesbian Beriman’, mengisytiharkan murtad secara terbuka. Ia bagaikan mencabar pihak kerajaan mengunakan perundangan ke atas mereka dan cuba membangkit kemarahan umat Islam.
3. Kehadiran kelompok evangelis dalam politik kepartian terutamanya dalam DAP dan PKR. Ia proses Kristianisasi secara halus melalui politik.



[1] Lihat bagaimana orang Kafir mendanai organisasi-organisasi yang menentang gerakan Islam dan campurtangan dalam hal ehwal negara umat Islam.

3 comments:

Taziah said...

Salam.. boleh kupas tentang Penganut Evangelist.. sebab ia berkait rapat ttg mengapa pas putus tahalluf dengan DAP.. masyarakat luar sana tidak tahu apa itu Evangelist, ada yg samar2.. mcm saya... Mungkin Evangelist ini sama seperti zionisme, tetapi ia versi Kristian.. saya berharap sgt, blogger dpt kupas hal penganut Evangelist ini dan mengapa ia bahaya kpd bangsa Malaysia..

bloging said...

hu

bloging said...

Your blog is very informative
Visit and raed Dua Qunoot is a term that refers to Muslims supplicating for guidance and mercy from Allah. Dua Qanoot is typically performed in the evening before retiring for the night

Sebab-Akibat

Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...