Tanzil
Tanpa Lampu Tanzil para Rasul dari Adam hingga Mustafa
Gagal mengenal Allah dalam samar akal dan pengalaman saja
Tanzil menyinari Sifat dan kaitan-Nya dengan ciptaan
Penuh keyakinan, tanpa mainan syak dan gurauan zan.
[Wan Mohd Nor Wan Daud, Sinar Ilahi]
Konsep Tanzil dalam al Quran
menyatakan bahawa kepalsuan tidak terdapat dalam Islam termasuk dalam wahyu
[surah Fusshilat: 42]. Islam ditanzilkan
oleh Allah SWT melalui Malaikat Jibril secara beransur-ansur. Al Quran menusuk
ke dalam hati-jiwa seseorang mukmin dan akhirnya mengerakkan mukmin tadi untuk
melaksanakan Islam dalam kehidupannya. Pada waktu yang sama juga, seseorang
Islam memiliki sifat rasul yakni memberi peringatan. Peringatan ini perlu
berdasarkan istilah [bahasa] dan makna [makna kepada makna] yang benar, jelas
dan tepat [Surah Asy Syu’ara’: 192-195].
‘Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci al
Quran’ [rujuk Surah Ali ‘Imran: 7]
Keabsahan Tanzil terletak
kepada Dia yakni Allah mentanzilkan
atau menurunkan al Quran kepada Nabi Muhammad SAW. Apa yang adipenting disini
ialah al Quran telah membuktikan bahawa al Quran sendiri diturunkan oleh Allah
kepada Nabi Muhammad. Perkara ini menunjukkan al Quran datang daripada Allah
SWT dan bersifat kebenaran mutlak.
Menurut Syed Muhammad Naquib
al Attas, Agama [Islam] itu berasas pada TANZIL
daripada Tuhan kepada insan yang dilangsungkan oleh-Nya kepada nabi atau
rasul-Nya [pengakuan terhadap kerasulan Nabi Muhammad] bagi anutan segenap
manusia. Berikut dari pengakuan ini maka kita mengikrarkan bahawa agama Islam BUKAN TEORI, bukan hasil
renungan-renungan para bijaksana dan failasuf, bukan hasil renungan insan,
bukan hasil ciptaan insan sebagaimana kebudayaan itu hasil usaha dan
dayaciptanya dalam menghadapi keadaan sekeliling.
Md Asham Ahmad menyatakan
bahawa kenyataan Allah yang di-tanzil-kan
kepada PesuruhNya Muhammad SAW. Dan apa yang dia fahami pada keinsafannya
adalah kefahaman yang benar terhadap hakikat yang diperkatakan kerana ia datang
dari seorang yang benar [yakni Muhammad] yang telah menyampai kepadanya
perutusan yang benar [yakni al Quran] melalui bahasa yang mempunyai cukup
kewibawaan [Surah Yusuf:2] bagi memperikan hakikat dan kebenaran seperti yang
dikehendaki. Kebenaran itu adalah ‘kebenaran
disisi Allah’, maka tidak boleh tidak agama berkenaan mesti memberikan BUKTI pengakuan Tuhan terhadap
kebenarannya.
Kesempurnaan bukti kebenaran
yang dimiliki oleh Islam melalui Tanzil membuktikan Islam paling sempurna dan
menyakinkan. Keyakinan dan kesempurnaan ini membuktikan tiada keraguan pada
Islam [Surah al Baqarah: 2].
Keabsahan Tanzil membuktikan
bahawa Islam adalah hakikat kebenaran disisi Allah yang sebenar dan tulen.
Antara hujah-hujahnya:
1. Ayat al Quran menguatkan al
Quran sebagai wahyu Allah SWT Surah al Anbiya: 5, Surah al Ankabut: 48-49,
Surah al Haaqah: 44-47
2. Gaya al Quran bukan ciptaan
manusia, Surah al Baqarah: 23-24
3. Nabi Muhammad SAW turun
ditegur-nasihati dalam al Quran menandakan bahawa al Quran bukan ciptaan
baginda. Surah al Anfaal: 67, Surah Abasa: 1-10
4. Ayat al Quran berkaitan
perkara ghaib, Surah al Fath: 27
5. Ayat al Quran menyatakan
tentang alam raya. Surah al Anbiya: 30, Surah Yaasin: 38-40, Surah as Syura:
29, Surah al An’am: 125
6. Bersifat rahim, surah al
Mukminun: 12-14
7. Islam bersifat Ilahi, Surah
an Nahl: 17
8. Penerapan Islam secara
keseluruhan, Surah al Baqarah: 85
9. Al Quran untuk selamatkan
manusia, Surah Yusuf: 111
Menurut Syed Muhammad Naquib
al Attas, terdapat dua ciri khas Tanzil iaitu [1] wahyu Islam diperuntukkan
untuk semua umat manusia secara keseluruhannya (tanpa menbezakan waktu dan tempat)
dan [2] hukum-hukum yang suci yang terkandung dalam wahyu itu tidak memerlukan
pengembangan lebih lanjut dalam agama iti sendiri.
Kemampuan manusia meliputi
akal, fizikal, emosi dan rohaniah manusia adalah terbatas( Surah al Israa: 85,
Surah an Nisa’: 28). Imam Shafie pernah berkata, ‘akal mempunyai batas tempatnya berhenti sama seperti penglihatan
mempunyai batas tempatnya berhenti’. Akal manusia yang terbatas memerlukan
wahyu [Surah an Nisa’: 165] dalam memberi panduan agar kehidupan manusia mencapai
kebahagiaan dan selamat di dunia mahupun akhirat.
No comments:
Post a Comment