[ Pra
Artikel Watak Pemimpin Mahasiswa Dan Politik Kampus 2]
Antara dilema intelektualisme di kampus ialah
1.
Sukar mencari pendekatan yang
mudah dalam penataran agar hujah atau dalil mudah dihadam oleh para mahasiswa.
2. Kesukaran mempraktiskan gagasan pemikiran ke alam realiti dan lapangan
masyarakat atau kampus.
3.
Sikap dingin para mahasiswa
terhadap budaya ilmu dan intelektual di kampus
4. Isu atau wacana yang terlampau tinggi yang tidak digemari oleh
sebahagian besar mahasiswa.
5. Wacana menjadi medan syok sendiri. Mengkhayal-ganjakan diri sesetengah
mahasiswa yang mengulatinya kononnya sebagai intelek muda, ahli fasafah dan
pemikir muda. Akulah yang genius, berfalsafah dan berstrategis.
6. Intelektualisme dijadikan alasan pembentukan jurang dalam kasta
pemikiran yang dikatakan eksklusif dan elitis.
Para mahasiswa
tidak perlu alergik dengan intelektualisme. Sebahagian pemikiran-falsafah
sendiri berasaskan jenaka. Falsafah-pemikiran Melayu banyak juga tertanam dalam
sendi bahasa. Memujuk para mahasiswa meminati atau mendekati majlis keilmuan
sememangnya cabaran besar terutamanya zaman media sosial yang menganasi MASA
kita. Inilah cabaran kita dalam menambah pahala kita untuk menyeru para
mahasiswa mendekati majlis ILMU.
Pada hemat penulis,
intelektualisme di ruang awam lebih menjurus kepada
1. Usaha kita memahami sesuatu perkara atau isu lebih jelas dari segi
fungsi, konsep, istilah, teori, sejarah dan psikologi. Dalam usaha ini, muncul
hipotesis, tesis, anti-tesis dan sintesis. Ia juga melahirkan teori dan
kerangka pemikiran atau set idea-berfikir untuk memahami dan menyelesaikan
persoalan dan permasalahan.
2. Permasalahan atau persoalan dalam sesuatu perkara yang menimbul
semangat inkuiri melalui soalan dan jawapan. Maka timbul persoalan bagaimana,
mengapa, dimana, siapa, kenapa dan apa yang mengerakkan aqal dan hati
mengunakan pancaindera merungkai permasalahan atau persoalan sehingga
menerbitkan maklumat, ilmu, pengalaman dan kemahiran baru.
3. Ruang diskusi atau wacana yang membuka perbahasan, perbincangan,
sumbang-saran dan kritikan terhadap permasalahan atau persoalan dalam sesuatu
perkara.
4. Penyediaan suatu solusi atau alternatif dalam menyelesaikan persoalan
atau permasalahan. Penyelesaian ini dilakukan secara berstrategi dan memahami
permasalahan atau persoalan dalam kerangka pemikiran yang jelas.
Pada pandangan
penulis, fokus pembudayaan dan pengupayaan intelektualisme di kampus terbahagi
tiga iaitu:
A. Pengukuhan
aqidah Melalui Pandangan Alam (worldview)
Islam yang Betul .
Mahasiswa yang
mempunyai Pandangan Alam Islam yang benar sahaja dapat mengukuh dan mempertahankan
aqidah diri dan umat Islam. Pandangan Alam Islam dikukuhkan dengan ilmu
bukannya sekadar semangat. Rahsianya ialah pengkajian kitab-kitab turath sama
ada kitab arab atau jawi diikuti dengan pengkajian kitab para ulama masa kini.
Antara buku atau
kitab yang boleh dijadikan asas pengkajian Pandangan Alam Islam ini ialah
1. Risalah
Untuk Kaum Muslimin karya Syed Muhammad Naquib al Attas
2. Islam
dan Sekularisme karya Syed Muhammad Naquib al Attas
3. Prolegomena
to the Metaphysic of Islam karya Syed Muhammad Naquib al Attas
4. Himpunan
Risalah Imam Hassan al Banna
5. Ceramah-ceramah Hassan al Banna
6. Towards
Understanding Islam karya Maulana Abul Ala’ al Maududi
7. Islamic
Way of Life karya Maulana Abul Ala’ al Maududi
8. Petunjuk
Sepanjang Jalan karya Sayyid Qutb
9. Muqawwimat
al Tasawwur al Islamiy karya Sayyid Qutb
10. Khasa’is
al Tasawwur Islamiy karya Sayyid Qutb
11. Al
Tawhid: Kesannya Terhadap Pemikiran dan Kehidupan karya Ismail al Faruqi
12. The
Reconstruction of Religious Thought in Islam karya Muhammad Iqbal
13. Ensiklopedia
Sirah karya Afazlur Rahman
14. Himpunan
Ceramah-ceramah Imam Hassan al Banna
15. Syeikh Ismail Bin Abdul Qadir al
Fatani, Bakurah Amani
16. Abdul Ghani Yahya & Umar Yusuf, Risalah at Tauhid
Dalam pengkajian
ini, kita cuba meluruskan Pandangan Alam Islam kita memahami satu
konsep-istilah berdasarkan kaca mata Islam yang rujukan utamanya ialah
al-Quran, as Sunnah, Ijma’ Ulama dan Qiyas bukannya menjadikan pandangan
orientalis sebagai rujukan yang perlu diikuti. Justeru, para mahasiswa perlu
lebih berwaspada agar tidak terpengaruh dengan produk pemikiran bersumberkan
pemikiran orientalis seperti Muslim Demokrat, Islam Progresif, Islam Hadhari
dan Islam Nusantara.
Kita boleh
menghormati perbezaan pandangan para sarjana atau ulama Islam dalam
mentafsirkan atau berijtihad dalam menerima pendekatan dan konsep-istilah
seumpama Muslim Demokrat dan Islam Nusantara tetapi kita perlu berwaspada agar
tidak timbul suatu fitnah dan mudharat lebih besar apabila menerima dan
memperjuangkan konsep-istilah dan pendekatan ini kepada umat Islam. Jangan
semaikan kekeliruan dalam diri umat Islam.
Worldview Islam boleh
disimpulkan dengan berpasak kepada tauhid yakni merasa yakin dan menjadi saksi
bahawa, ‘TIADA TUHAN SELAIN ALLAH’. Daripada kalimah inilah worldview Islam terbentuk sekaligus
menjadi panduan tindakan seseorang muslim. Tauhidlah yang memberi rupa kepada peradaban Islam
berbeza dengan tamadun Barat.[Ismail al Faruqi].
Perkasakan dalam
diri mahasiswa [1] Hanya menerima al-Quran dan as-Sunnah tanpa kompromi dalam
bab pemikiran [2] Islam sebagai satu cara hidup, [3] Islam adalah satu
penyelesaian dan [4] menerima Islam secara keseluruhan dan kolektif bukannya
selektif. Insya Allah selamat dunia dan akhirat.
B. Kefahaman
Terhadap Sesuatu Isu atau Perkara.
Pengupayaan
intelektualisme menjuruskan kepada kefahaman terhadap isu atau perkara dalam
konteks ilmu melalui pembacaan, perbincangan, wacana atau persidangan meja
bulat bersama pakar. Kita kena memahami konsep, bagaimana ia terjadi dan cara
mengatasi sesuatu isu atau perkara.
Mahasiswa mesti
hadam sesuatu isu agar perjuangan mereka tidak hanya berdasarkan semangat,
ikut-ikutan atau menjadi balaci
mana-mana pihak terutamanya parti politik.
Apabila timbul
persoalan atau permasalahan perumahan rakyat di bandar, watak pemimpin
mahasiswa akan mengkaji bagi menyediakan satu alternatif menyelesaikannya.
Bayangkan dalam pilihan
raya, gerakan mahasiswa mengemukakan manifesto dan rancangan pembangunan negara
sendiri sebagai alternatif kepada manifesto dan rancangan pembangunan pihak
kerajaan atau pembangkang. Begitu juga pembentangan bajet, gerakan mahasiswa
boleh menyediakan bajet alternatif.
C. Pemikiran
strategi.
Pemikiran strategi melatih
para mahasiswa berfikir secara tersusun. Antaranya alat latihan pemikiran ini
ialah kaedah SWOT dan BMC (digunakan dalam bisnes) yang boleh dijadikan
pendekatan dalam berfikir. Seorang bakal pemimpin mesti berfikir secara jitu
yakni membuat keputusan yang pantas dan betul serta mempunyai wawasan.
No comments:
Post a Comment