Sunday, June 04, 2017

Politik Kampus dan Mahasiswa Progresif: Kenapa The Thinkers-Neo Siswa UM menjadi Contoh?


[ Pra Artikel Watak Pemimpin Mahasiswa Dan Politik Kampus 3]
Dalam politik kampus, kelompok mahasiswa  progresif sering dimomokkan dengan sikap anti-kerajaan,  anti establishment, ant-HEP dan pro-pembangkang. Adakah ia benar?.


Penulis mengakui bahawa agar sukar gerakan mahasiswa membebaskan diri mereka daripada ikatan dengan pihak luar. Mahasiswa bebas itu suatu mitos. Suka atau tidak mereka akan terpalit dengan pihak luar. Ada yang memilih menjadi proksi, cawangan pihak luar, simpatis pihak luar dan kebersamaan dalam isu. Persoalan yang boleh buat ialah ikatan ini berbentuk longgar atau tersimpul mati.
Kemunculan kumpulan indie dalam gerakan mahasiswa kebanyakannya gagal kerana panduan ideologi yang kurang berkesan, mereka tiada proses indoktrinasasi yang tersusun, sistem pengkaderan atau pelapis yang lemah, alumni yang tidak kuat, ketiadaan mentor, tidak mewakili suara majoriti dan arus perdana, kekurangan dana, tiada jentera yang ramai, perjuangan mereka tidak diterima oleh majoriti mahasiswa dan lebih kepada aktiviti lagha.

II
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang memberi hidayah, petunjuk, idea, ilham dan mengerakkan hati, doa dan impian penulis melihat pengupayaan intlektualisme sebagaimana tulisan dan harapan penulis dalam artikel KEPIMPINAN INTELEKTUAL MAHASISWA: SATU GAGASAN yang disiapkan pada 16 Ogos 2004 tepat jam 10.36 P.M. telah dimakbulkan oleh Allah SWT apabila melihat kelibat The Thinkers dan sayap politiknya, Mahasiswa Hybrid-Neo Siswa UM.
Walaupun penulis tiada kaitan dengan kumpulan The Thinker-Neo Siswa UM, penulis bersyukur setakat melihat dari jauh pergerakan ini tahun 2016-2017 (setakat bulan Mei 2017), ia memenuhi harapan penulis iaitu satu gerakan intelektual mahasiswa yang tidak menolak politik kampus. Alhamdulillah dan ucapan jutaan terima kasih kepada anak muda dan para mahasiswa yang mengerakkan The Thinkers-Neo Siswa UM. Moga konsep dan pendekatan pergerakan berkekalan tanpa rebah dan meluas ke kampus-kampus yang lain.


Kata kuncinya ialah Pandangan Alam Islam berakarkan pengukuhan aqidah yang betul, pembudayaan ilmu, simpatis kepada gerakan Islam dan hanya fokus politik kampus (medan perjuangan dan latihan kepimpinan).

No comments:

Sebab-Akibat

Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...