Sunday, June 11, 2017

Konflik Dalaman PAS 2008 Hingga 2016

[Konflik Dalaman Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tahun 2008-2016]
“Cukuplah al-Quran, as-Sunnah, Ijma’ Ulama dan Qiyas sebagai rujukan dalam pemikiran dan tindakan. Dan dipimpin oleh para ulamak yang ikhlas dan bertaqwa serta matlamat mewujudkan Masyarakat Islam bertunjangkan perundangan Islam. Tiga elemen ini ditambahkan dengan niatmu yang lurus-ikhlas dan akhlaqmu yang terpuji, nescaya politik dan kehidupanmu dekat dengan kebenaran yang diredhai oleh Allah SWT”
Tujuan asal nota ini untuk dijadikan nota peribadi tentang konflik dalaman yang berlaku dalam PAS.  Setelah menyiapkan nota ini, penulis berpandangan agar nota ini boleh dijadikan bacaan pemula bagi sesiapa yang berminat menulis, membaca dan mengkaji sejarah dan perkembangan konflik dalaman PAS tahun 2008 hingga 2016. Penulis berharap nota ini boleh menjadi panduan asas yang bermanfaat kepada sesiapa jua yang berminat dalam dunia akademik.
Banyak pandangan tentang perpecahan yang berlaku dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Ramai memilih tahun 2008, ada yang memilih selepas kemasukan pelbagai ahli dalam PAS lingkungan tahun 1998-1999, ada pula memilih selepas wujudnya Dokumen Negara Islam dan kematian Tuan Guru Dato Mohd Fadzil Mohd Nor, Presiden PAS.
Antara Kepentingan Diri, Otak Genius dan Adab Berjemaah
“Jangan ingat kamu hebat sangat, kerana ada ahli PAS lebih hebat. Jangan kamu fikir, kamu bijak, ada lagi ahli (PAS) lebih bijak. Yang hebat dan bijak itu, hanya Allah SWT saja” – Tuan Guru Fadzil Mohd Nor
Dalam berorganisasi, pelbagai perangai boleh kita ketemui. Antaranya pemimpin atau ahli yang mempunyai agenda peribadi. Mereka berpolitik untuk mengejar sesuatu matlamat atau jawatan. Akhirnya mereka mewujudkan kumpulan dalam kumpulan dan mencari keuntungan politik.
Kemudian kita melihat sebahagian pemimpin berotak genius hanyut dengan khayalan dan keegoan diri mereka sendiri. Idea dan otak genius mereka mengatasi otak Amir Jemaah yang dilantik dan diamanah kuasa oleh perwakilan muktamar.
Menurut Ibrahim Al-Hudhaibi (2009),  “Ancaman terbesar yang sedang mengelilingi Ikhwan bukanlah dari pihak keselamatan (Mesir). Kerana Pihak Keselamatan Mesir tidak akan mampu mempengaruhi pemikiran dan manhajnya (Ikhwan). Akan tetapi ancaman terbesar terhadap Ikhwan ialah yang datang dari dalam, yakni saat anggota jemaah Ikhwan sudah menjadi kesetiaan kepada diri sendiri dan tidak mahu menerima pendapat para Ulama, kecuali yang sesuai dengan agendanya."
“Pada akhirnya, agenda-agenda itu akan menjadi dasar sedangkan para Ulama hanya alat untuk melayani agenda-agenda itu. Saat itulah Ikhwan sebenarnya  seperti yang diungkapkan musuh-musuhnya sebagai memperalat agama untuk melayani politik, bukan sebaliknya. Semoga hal itu tidak terjadi.”
Dalam Ikhwan, Mursyidul Aam Kedua, Hasan al Hudhaibi bersama Dewan Pendiri pernah memecat tokoh tersohor Ikhwan seperti Saleh Asymawi, Hasan al Baquri, Sayyid Sabiq dan Muhammad al Ghazali. Mereka yang dipecat menerima kegagalan merampas kuasa dengan meneruskan dakwah Ikhwan melalui cara tersendiri tanpa menyertai pihak musuh gerakan Islam kecuali Hasan al Baquri berada dalam kerajaan Mesir.
Hasan al Hudhaibi pernah menyatakan tentang perihal pemecatan tokoh Ikhwan tersebut; ‘mereka dipecat bukan kerana kelemahan komitmen kepada agama. Boleh jadi salah seorang daripada mereka lebih baik daripada kita. Tetapi jamaah mempunyai tata tertib yang harus dijaga dan dilaksana. Oleh kerana mereka melanggar tata tertib, mereka diberhenti, agar barisan tetap lurus dan rapi’.
Kegagalan mereka menghadapi ujian ketaatan kepada pemimpin, dikhayalkan dengan kehebatan fikiran sendiri dan terperangkap dengan agenda peribadi menyebabkan mereka biadap dengan ketua dan melawan arahan pemimpin. Mereka mengunakan ruang terbuka untuk mengkritik pemimpin. Disamping itu, mereka merancang dan mengatur kumpulan rahsia untuk menjatuhkan kepimpinan dan mengangkat agenda tertentu. Paling teruk bekerjasama dengan pihak luar untuk menumbang pihak yang menentang gagasan pemikiran mereka.
Jangan hidup bertuhankan nafsu, akal terkunci apabila tiada pedoman [Surah al-Jathiyah: 23].

PAS Terpesona Dengan Khayalan Profesional
Kemasukan pelbagai jenis ahli ke dalam PAS terutamanya profesional yang berasal daripada jemaah Islam yang lain disambut baik oleh PAS. Mereka ditempatkan pada posisi yang strategik dan diberi peluang menerajui kepimpinan PAS dalam pelbagai peringkat. Lihat sahaja jawatan yang disandang oleh Dr. Hassan Ali, Dr. Dzulkefly Ahmad atau Dato Kamaruddin Jaafar.
Kemunculan kelompok profesional ini disenangi oleh pemimpin berpengaruh dalam PAS terutamanya Tuan Guru Fadzil Mohd Nor, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nikmat, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Dato Mustafa Ali. Kita dapat melihat Tuan Guru Abdul Hadi Awang pernah melantik Dato Kamaruddin Jaafar sebagai Setiausaha Agung PAS[1]. Bahkan Abdul Hadi Awang antara pemimpin yang mengalu-alukan kehadiran ‘anak-beranak’ gerakan Islam seperti tanzim Ikhwan Alami untuk aktif dalam PAS.
Kemuncak kejayaan dan kemunculan pengaruh mereka dalam PAS (mereka berada dalam Pusat Penyelidikan PAS Pusat-PPP) apabila gagasan mereka diterima oleh PAS apabila Tuan Guru Dato Fadzil Mohd Nor telah mengemukakan cadangan Memorandum Rakyat ditajukkan “Penghayatan Sebuah Pemerintahan Abad 15H/21Masehi” untuk menyahut cabaran pengisytiharan ‘Negara Islam’ Tun Mahathir.[2] Cadangan ini terbantut apabila Ustaz Fadzil Mohd Nor meninggal dunia pada pertengahan tahun 2002 dan Majlis Syura Ulama telah mengemukakan alternatif Dokumen Negara Islam. Dokumen Negara Islam dan kegagalan mempertahankan Terengganu dalam pilihan raya tahun 2004 inilah menjadi modal sesetengah pihak menghentam kepimpinan Ulama kerana PAS gagal dalam PRU 2004.
Pada tahun 2005, ‘kelompok profesional’ telah mencalonkan Ustaz Nasharudin Mat Isa mencabar Ustaz Hassan Shukri bagi jawatan Timbalan Presiden PAS. Dalam tempoh tahun 2005 sehingga 2008 sebelum keputusan PRU ke 11, Ustaz Nasharuddin dan Dr Hassan Ali[3] dilihat bersama ‘kelompok profesional’.  Keadaan ini berubah selepas bermulanya Perang Saudara dalam PAS pada tahun 2008. Dalam Muktamar Tahunan 2009, Ustaz Nasharudin Mat Isa (46%) telah dicabar oleh Dato Husam Musa (28%) dan Hj Mohammad Sabu (26%).  Dalam pertandingan ini, Ustaz Nasharudin menang. Pemilihan tahun 2009 mengambarkan pengaruh Ustaz Nasharudin Mat Isa semakin berkurangan dimana peratusan undi 46% berbanding 54% undi yang menentang beliau.
Dalam Muktamar 2011, Mohamad Sabu meraih 420 undi bagi mengalahkan dua calon ulama iaitu penyandangnya, Nasharudin Mat Isa (224 Undi) dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (399 Undi). Pemilihan Mohamad mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Pakatan Rakyat dijangka akan membolehkan parti itu lebih diterima di kalangan pengundi bukan Melayu dan memperbaiki peluang PAS pada pilihan raya umum akan datang.[4] Pada pandangan penulis, Mohamad Sabu bernasib baik memenangi muktamar ini kerana undi kelompok pro-ulama berpecah dua. Jika digabungan antara undi Nasharudin Mat Isa dan Tuan Ibrahim Tuan Man, jumlah undi tersebut ialah 623 mengatasi undi Mohamad Sabu.
Dalam Muktamar 2013, Mohamad Sabu (588 undi) berjaya mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PAS dengan mengalahkan pencabar beliau, Mohd Amar Nik Abdullah (490) dengan majoriti sebanyak 98 undi.[5] Walaupun kelompok ulama tewas, undi yang diperolehi masih besar menunjukkan pengaruh kelompok ulama masih ada.
Dalam muktamar 2015, buat pertama Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dicabar. Pemilihan kali dilihat membentuk dua kumpulan yang ‘pro-ulama’ dan pro-PR (Pro-DAP). Perwakilan secara tuntas menolak kumpulan pro PR. Dibawah adalah keputusan penuh;
PRESIDEN
ABDUL HADI AWANG; TUAN GURU - 928
AHMAD AWANG ; USTAZ - 233
TIMBALAN PRESIDEN
TUAN IBRAHIM TUAN MAN ; - 881
MOHAMAD SABU; HAJI - 279
NAIB PRESIDEN
IDRIS AHMAD; YB. USTAZ - 896
MOHD AMAR ABDULLAH ; YB. - 710
ISKANDAR ABDUL SAMAD; YB. - 672
SALAHUDDIN AYUB; HJ - 435
MAHFUZ OMAR ; YB. - 378
HUSAM MUSA; YB. DATO' - 317
AHLI JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT
NASRUDDIN HASSAN TANTAWI; YB. - 782
RIDHUAN MOHD NOOR ; DR - 782
MOHD NASRUDDIN DAUD; YB. - 777
SOLEHIN MUHYI ; YB. - 763
NIK ZAWAWI SALLEH ; USTAZ - 749
MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI; YB. DR - 736
MOHD FADHLI HASAN; YB. DR. - 722
ABDULLAH HUSSIN; YB. - 679
RAZMAN ZAKARIA; HAJI - 674
MOHD ZUHDI MARZUKI; DR. - 670
MOKHTAR SENIK; USTAZ - 658
ZAHARUDDIN MOHAMAD - 611
ALI AKBAR GULASAN; DR - 596
MAZLAN ALIMAN - 593
ROSNI ADAM; DR - 590
MOHD NOOR MOHAMAD - 566
MUHAMAD SANUSI MD NOR - 556
NOR AZLI MUSA - 544
KAMARUZZAMAN MUHAMMAD; HJ - 522
DZULKEFLY AHMAD; DR. - 407
AMIRUDDIN HAMZAH; YB. - 382
MUJAHID YUSOF RAWA; YB. DR. - 379
SITI MARIAH MAHMUD; YB. DR. - 376
MOHD HATTA MD RAMLI; YB. DR. - 368
MUMTAZ MD NAWI; YB. - 354
MISBAHUL MUNIR MASDUKI - 333
KHALID SAMAD; YB. - 332
MOHD HANIPA MAIDIN; YB. - 332
ABANG AHMAD KERDEE ABANG MASAGUS - 331
RAJA AHMAD ISKANDAR RAJA YAAKOB; DR - 324
HALIMAH ALI; YB. DR - 323
MOHD NIZAR JAMALUDDIN; YB. IR. - 306
ABD GHANI SAMSUDIN; USTAZ - 297
AMINOLHUDA HASSAN; YB. - 272
NORMALA SUDIRMAN - 246
AIMAN ATHIRAH ALJUNDI ( RAJ MUNNI SABU ) - 210
MUHAIMIN SULAM; DR. - 209
MOHD ABDUL WAHID ENDUT; YB. - 205
AZMAN SHAFAWI - 192
ZULKIFLI MOHD OMAR - 168
KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL - 167
MOHD TAUFEK ABD GHANI; HAJI - 166
LAHIRUL LATIGU - 147
AZMAN IBRAHIM; DR. - 142
NAJMI AHMAD ; BRIG. GEN (B) - 127
NURIDAH SALLEH - 119
MOHD APANDI MOHAMAD - 106
AHMAD MARZUK SHAARY; YB. - 96
AHMAD FAKRUDIN FAKRURAZI; DR. - 95
ABU BAKAR MOHAMED; DR. - 77
WAN AZHAR WAN AHMAD; USTAZ - 65
ZULKIFLI ISMAIL; USTAZ - 54
MOKHTAR SUHAILI - 49
MOHD ARIFI FIAZOUL - 47
Muktamar 2015 juga dikenali sebagai muktamar pembersihan ke atas elemen pro-DAP.
Pilihan Raya 2008: Muqadimmah ‘Perang Saudara’ Dalam PAS
Selepas Pilihan Raya Umum ke 12 pada 8 Mac 2008, berlaku kekeliruan dan pencanggahan pandangan di Selangor dan Perak. PAS dengan UMNO mengadakan beberapa pertemuan sulit [3 kali][6] yang akhirnya terbongkar dan mencetuskan perbalahan dalam PAS. Mursyidul Aam, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nikmat dengan tegas menolak muzakarah PAS dengan UMNO yang dikatakan perangkap untuk menyelamat UMNO.[7]
Penulis melihat perbezaan pandangan ini lumrah dan ia sekitar perbezaan ijtihad dalam memahami konteks. Cuma ia bagaikan diapi-apikan oleh pihak tertentu yang berada dikeliling Mursyidul Aam dan Presiden PAS.
Pada 9 Mac 2008, Mesyuarat Dewan Harian PAS telah bertemu di Kelantan telah bersetuju bahawa PAS akan hanya minta 3 jawatan exco di Selangor dan PKR akan memegang jawatan MB. Selepas mesyuarat tersebut, Ustaz Nasharudin Mat Isa mendakwa beliau dan Mustafa Ali ditugaskan ke Selangor dan ada ke Perak untuk bertemu beberapa pihak di sana. Pada 10 Mac 2008, berlaku kekecohan di Pejabat Agung Jalan Raja Laut. Rombongan PAS akan bertemu dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Mengikut satu versi, Setiausaha Agung PAS, Dato Kamarudin Jaafar telah memaklumkan kepada Khalid Samad bahawa rombongan PAS akan bertemu dengan wakil UMNO. Khalid Samad (bersama kelompok progresif) bergegas cuba menghalang pertemuan tersebut. Setelah berbincang, mereka bersetuju Mustafa Ali mengantikan Abdul Hadi Awang, Khalid Samad mengantikan Dato Hassan Ali.
PAS dikatakan telah menyatakan sokongan kepada calon Menteri Besar Selangor daripada PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim. UMNO menawarkan jawatan Menteri Besar Selangor kepada PAS jika PAS bekerjasama dengan UMNO. Penglibatan Khalid Samad dalam pertemuan dengan UMNO menyebabkan sukar menghasilkan keputusan yang memberangsangkan.[8]
Pada 24 April 2008, Majlis Syura Ulamak PAS merestui Presiden PAS, Timbalan Presiden PAS dan Setiausaha Agung PAS, ‘keperluan untuk PAS mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak (termasuk  UMNO) dalam usaha mengukuhkan Islam-Melayu’.
Pada 21 Julai 2008, wartawan melaporkan pertemuan UMNO dengan PAS secara senyap dan Presiden PAS berhak mengadakan pertemuan dengan UMNO tanpa merujuk kepada Pakatan Rakyat [Berita Harian, 21 Julai 2008]. Perkara ini telah membangkitkan kemarahan Mursyidul Aam PAS, dengan satu kenyataan balas mengatakan ia adalah perangkap UMNO dan satu pengkhianatan kepada PR.[9]
MSU telah berbincang dan memutuskan istilah Muzakarah ditukarkan kepada Muqabalah (pertemuan) biasa antara PAS dengan UMNO untuk  menyelesaikan masalah umat Islam dan rakyat Malaysia.[10]
Setelah mesyuarat selama 5 jam, mesyuarat bersama MSU dan Jawatankuasa PAS Pusat pada 31 Julai 2008 memutuskan [1] tidak akan ada kerjasama dengan Umno untuk membentuk kerajaan, [2] pertemuan boleh dan akan dilakukan dengan sesiapa sahaja tanpa mengira siapa mereka dan [3] PAS komited dengan Pakatan Rakyat dan akan bergiat aktif dan positif mempertahankannya.
Dalam isu Muzakarah, penulis berpandangan bahawa pertemuan politik adalah perkara biasa. Dalam kes ini, ia mungkin pertemuan peribadi[11] dan utusan Presiden PAS yang mengunakan kebijaksanaan beliau untuk bertemu dengan pihak lawan demi kepentingan Islam dan umat Islam. Permasalahan yang timbul, media massa, kelompok yang tergila-gila mahu jawatan Menteri Besar[12] dan kelompok tertentu telah mempolitikkan perkara ini untuk menjatuhkan kelompok yang lain dalam persaingan politik dalaman PAS. Pertemuan sebegini tidak wajar orang awam dan ahli biasa PAS mengetahuinya kerana menghasilkan fitnah yang  besar.
Kerajaan Perpaduan (UG)
TGHH menyatakan PAS menjadikan syariat Islam sebagai asas penyatuan ummah (Harakah, 14-17 Disember 2015) dan Mursyidul Aam PAS Keempat, Tuan Guru Hashim Jasin menegaskan Islam mesti memimpin. Kerjasama politik mesti dibina berdasarkan Islam, dipimpin oleh Islam dan mesti menerima Islam sebagai pemimpin. Kerjasama politik mestilah berasaskan hablullah (tali Allah) yakni Islam (Harakah, 30 oktober 2016). Ustaz Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS menegaskan UMNO perlu buktikan pelaksanaan pemerintahan atau pentadbiran menurut syarak, barulah ada penyatuan antara PAS dengan UMNO (SH, 15 Disember 2015).
Kerajaan Perpaduan (UG) didakwa hasil idea yang dilontar oleh Dato Kamaruddin Jaafar, SUA PAS ketika itu yang dibincangkan dalam permukiman dalaman pemimpin PAS dan kemudiannya dilontarkan oleh Presiden PAS dikhalayak awam sebagai respon dan alternatif cadangan tidak berakhlak, tidak bermoral dan tidak beretika Dato Seri Anwar Ibrahim yang mencadangkan Rancangan 16 September dimana ahli parlimen akan melompat masuk ke dalam parti pembangkang. Adakah UG satu perangkap kepada Presiden PAS?.
Projek genius Anwar Ibrahim, Projek 16 September adalah sebuah projek yang mendakwa 30 orang ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dari Sabah dan Sarawak melompat menyertai Pakatan Rakyat. Isu 16 September menyebabkan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi juga mengalami tekanan daripada Tan Sri Muhiyidin Yassin dan UMNO Johor.  Formula 16 September ialah 83 + 30 = 113 kerusi PR manakala kerusi BN akan berkurangan, 139-30 = 109. Gimik ini membawa kegemparan kepada BN. Anggota parlimen BN (41 orang) telah dibawa melancong ke luar negara (Taiwan) dan dikejar oleh beberapa ahli parlimen daripada PKR.
Kelompok pro-Dasar PAS atau ulama tidak bersetuju dengan cadangan lompat parti yang dicanang oleh Anwar Ibrahim. Pada 10 September 2008, Mustafa Ali mengatakan bahawa Projek 16 September akan gagal. Kenyataan beliau penuh kontroversi, ‘kita tengok, siapa betul, saya ke yang betul atau Dato Seri Anwar Ibrahim yang betul’. Punca kegagalannya disebabkan faktor politik dan teknikal. Dari segi faktor politik, belum pernah berlaku kejadian seumpama ini. Dari segi faktor teknikal, perubahan berlaku jika ada Perdana Menteri letak jawatan atau mesti ada satu undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri di Parlimen. Formula kegagalan 16 September seperti dinyatakan oleh Mustafa Ali, 140-30= 110 kerusi BN, pembangkang ada 112 kerusi. Jika ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menyertai BN, keputusannya seri ialah 111-111.
Pandangan peribadi Mustafa Ali, Pesuruh Jaya PAS Terengganu dan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat membangkitkan kemarahan Mursyidul Aam PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat walaupun ternyata kenyataan atau pandangan Mustafa Ali itu benar dan betul. Pada 18 September 2008, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ceramahnya di Kota Sarang Semut, Kedah menyatakan PAS akan menyertai perubahan kerajaan dengan syarat kerajaan baru dipandu oleh Islam dan orang Islam. Dengan maknanya, penting majoriti Melayu-Islam dalam sesebuah kerajaan ditubuhkan.
Reaksi Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS ketika itu, ‘selama 30 tahun saya berkempen minta orang sertai PAS, ajak orang berpakat sokong PAS, itu saya tahu. Nak suruh orang lompat parti, sukar untuk orang terima’. ‘..pandangan saya hanyalah rumours[13]
Kerajaan Perpaduan[14] dikatakan mula dipolemikkan setelah akhbar Siasah edisi 1-7 Mac 2009 menyiarkan wawancara Abdul Hadi Awang dengan tajuk ‘Negara Tanpa Pembangkang’.[15] Menurut Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Roslan Shahir, idea UG bermula semasa Abdul Hadi Awang berbahas usul menjunjung kasih ucapan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung di Parlimen diikuti dengan wawancara akhbar Siasah dan laman web Malaysian Insider. Ada yang berpendapat cadangan ini dikemukakan jauh lebih baik didalam ceramah kemenangan Pakatan Rakyat di Stadium Melawati pada bulan April 2008.
Ramai ahli PAS dan pro-Pakatan Rakyat menganggap bahawa UG adalah kerjasama atau bergabung dengan UMNO kesinambungan isu Muzakarah. Kenyataan ini hanya fitnah bagi PAS dan ‘alat’ membunuh karekter pemimpin PAS tertentu termasuklah Abdul Hadi Awang sendiri. UG bukan Kerajaan Campuran atau  bergabung dengan UMNO-BN. Idea UG ialah kerajaan tanpa pembangkang hasil gabungan semua parti di Malaysia terutamanya BN dan PR. Menurut Khalid Samad, UG ialah sebagai maksud DS Presiden ialah kerajaan gabungan di antara BN dan PR. Gabungan ini akan menjadikan semua pihak sebahagian dari kerajaan yang memerintah dan tiada pembangkang buat seketika. Dengan itu persengketaan dapat dielak dan semua boleh tumpu kepada persoalan menghadapi dan mengatasi kegawatan ekonomi yang sedang menimpa.[16] Cadangan ini dikemukakan hasil dari suasana politik yang semakin tegang dan kegawatan ekonomi yang sedang menimpa. DS Presiden khuatir persengketaan politik yang sedang dialami sekarang ini, disebabkan persaingan yang begitu sengit di antara PR dan BN akan menyebabkan ketegangan semakin meruncing sehingga menjerumuskan negara ini ke dalam suatu suasana yang tidak terkawal.
Kes Muzakarah dan UG menyebabkan PAS terbahagi kepada dua kem iaitu kem Pro-Presiden (Erbakan) dengan kem Pro-Mursyidul Aam (Erdogan). Berlaku fitnah ke atas Presiden PAS iaitu ‘ingin bawa PAS bergabung dengan UMNO’.
Dr. Dzulkefly Ahmad menolak gagasan UG kerana
1.       Dalam landskap politik negara nampak kecenderungan amalan ala westminster ke arah sistem dua parti iaitu Barisan vs Pakatan. Mana-mana yang bertentangan dengannya dilihat melawan arus.
2.       Tidak tepat dari segi ilmu fiqh. Mengambil kira kepelbagaian kemaslahatan untuk mengatasi kemelut dan krisis mendepani negara dan bermatlamatkan kepentingan rakyat.
3.       Tajribah (pengalaman) pahit PAS dengan UMNO-BN
Pada 21 April 2009, Presiden PAS telah menarik balik cadangan UG kerana ahli-ahli PAS belum memahaminya. Hasil pertemuan 8 mata, Mursyidul Aam PAS, Haron Din, Anwar Ibrahim dan Abdul Hadi Awang, barulah Mursyidul Aam menerima konsep kerajaan perpaduan. Malangnya, Harakahdaily melaporkan Nik Abdul Aziz menegaskan PAS sama sekali tidak setuju cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan bersama UMNO.[17]
Dalam sidang media pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-55 di Shah Alam pada 5 Jun 2009, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mempertahankan idea UG yang dikemukakan oleh beliau pada Februari 2009 sebagai langkah terbaik untuk menyelesaikan kemelut politik negara walaupun pandangan beliau ditolak oleh Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa yang menganggapnya sebagai tidak menguntungkan PAS.
Pada 6 Jun 2009, Presiden PAS pula mendakwa idea ini telah dikemukakan dan dipersetujui oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR), tetapi pemimpin PKR dan DAP menafikan di luar mesyuarat. Pada 7 Jun 2009, Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak menyatakan keterbukaan Umno terhadap cadangan Presiden PAS itu. Sebenarnya, TGHH telah menegaskan bahawa beliau telah menarik balik cadangan UG dan isu tidak perlu timbul setelah Tun Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Dato Seri Mohd Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO yang baru perlulah bertanya kembali kepada DAP dan PKR sama ada mereka setuju dengan UG atau tidak.
Sejak 9 Jun 2009, Mursyidul Aam, Nik Abdul Aziz Nik Mat menyuruh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa menyertai Umno.
Pada 10 Jun 2009, Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar telah menjelaskan bagi pihak PAS Pusat bahawa tiada sebarang kerjasama antara PAS dan Umno.
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato' Harun Taib pada 18 Jun 2009 pula memperjelaskan UG ialah perpaduan semua parti termasuk PKR dan DAP untuk memerintah, bukannya perpaduan PAS-Umno. Keadaan bertambah hangat apabila 10 Ahli Parlimen PAS[18] pada 10 Jun 2009 bersepakat menolak cadangan UG tersebut.[19]
Pada 19 Jun 2009, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengadakan pertemuan dengan Dato' Dr Haron Din (Timbalan Mursyidul Am PAS), Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin (Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS) dan Ustaz Ahmad Awang (Ahli Majlis Syura Ulamak PAS merangkap Pesuruhjaya PAS Perak) di Rumah Sri Kelantan, Jalan Stonor, Kuala Lumpur kerana membincangkan isu kerajaan perpaduan (UG). Dalam pertemuan ini, Mursyidul Am PAS itu telah mengarahkan supaya isu UG ditamatkan kerana ia telah dimanipulasikan oleh media dalam suasana Pilihan Raya Kecil Manek Urai yang akan berlangsung pada 14 Julai 2009.
Pada 22 Jun 2009, Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah bertemu dengan Jawatankuasa Harian PAS Pusat untuk menetapkan pendirian tersebut. Pada hari yang sama, Majlis Pimpinan PR bertemu di Bangunan Parlimen untuk mengambil pendirian serupa, diikuti oleh keputusan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 28 Oktober 2009 untuk menutup isu UG tersebut.
Anehnya, cadangan serupa dengan Abdul Hadi Awang dari DAP dan Anwar Ibrahim tidak dibantah bahkan disokong dengan hujah bergeliga daripada tokoh-tokoh kelompok progresif dalam PAS. Dr. Dzulkefly Ahmad dan Khalid Samad umpamanya dengan keras menyokong idea-idea tokoh di atas. Pada 26 Januari 2014, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mencadangkan kerajaan Konsensus Nasional melibatkan PR dan BN dan manakala DAP dengan projek Selamatkan Malaysia dan Kerajaan Campuran antara PR dengan BN yang dicadang oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada 23 Mac 2015.
Kemunculan ‘PAS Baru’
Kemunculan buku Menuju PAS Baru[20] karangan AJK PAS Pusat, Dr. Mujahid Yusuf, anak Tuan Guru Yusuf Rawa mengemparkan PAS kerana ia menggagaskan pemikiran dan cadangan yang menyimpang daripada tradisi PAS. Heboh dalam PAS mengatakan Dr Mujahid mahu menubuhkan PAS Baru. Buku Menuju PAS Baru mencetuskan wacana hangat dalam PAS. Antaranya, muncul buku Menerjang Badai tulisan Dr. Mohd Riduan Mohd Nor sebagai menjawab buku Dr Mujahid. Kesinambungan buku pertama, Dr Mujahid menulis buku kedua, Rejuvenasi PAS[21] pada tahun 2012.
Pada tahun 2015, sebuah lagi buku karangan Dr. Mujahid diterbitkan berjudul Islam dan Kepelbagaian. Dalam buku terserlah gagasan pemikiran Dr. Mujahid yang selari dengan gagasan pemikiran IKRAM melalui konsep Model Negara Rahmat, Politik Rahmatan dan Rahmatan Lil Alamin.
Pada pandangan penulis, ketiga-tiga buku itu adalah kerangka asas kepada penubuhan parti baru alternatif kepada PAS. Dr. Mujahid Yusuf dan Dr Dzulkefly Ahmad adalah pemikir kepada parti baru yang  ditubuhkan.
Kes Kota Damansara: Mahu menjadikan PAS sebagai Pengkhianat?
Khalid Samad menjadikan kes Kota Damansara (KD) sebagai isu pengkhianatan besar PAS terhadap PR. ‘PAS mengkhianati perjanjian’[22] kerana meletakkan calon di KD.
Kota Damansara sebelum ini adalah kerusi PAS pada PRU11 Mohd Ariff Mohd Yusof (PAS) bertanding dan pada PRU12 kerusi itu dipinjamkan kepada PKR dan ditandingi oleh Pengerusi PSM, Dr Mohd Nasir Hashim atas tiket PKR. PSM dibantu bertanding atas tiket PKR pada pada pilihan raya umum 2008 itu kerana ketika itu pendaftarannya masih belum diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. Pas juga yang membantu untuk mengerakkan seluruh jentera kempen dan bilik gerakan di kawasan Dun berkenaan bagi menangkan Dr Mohd Nasir. PKR Kota Damansara sendiri menolak pencalonan Dr. Nasir.[23]
N21 SUNGAI ACHEH, PULAU PINANG
2013
2008
1  Badrul Hisham Shaharin (PKR) 6,083
2  Mohd Yusni Mat Piah (PAS)            690
3  Datuk Mahmud Zakaria (BN)          6,891
1 Mahmud Zakaria (BN - UMNO) 5,011
2 Azhar Datuk Ahmad (PKR)  4,761
Penyandang:  Mahmud Zakaria (BN - UMNO)
Undi: 13,881 (89.2%)
Majoriti: 808
Penyandang: Mahmud Zakaria (BN - UMNO)
% keluar mengundi: 9,939 (80.5%)
Majoriti: 250

Penyandang 2004: Mohd Foad Hj Mat Isa (BN)
Jumlah Pengundi: 15,559
Undi rosak: 217
Jumlah Pengundi:12,347
Undi rosak:162

PAS juga dituduh melakukan pengkhianatan di Sungai Acheh. PAS bertegas bertanding di DUN Acheh kerana kerusi itu asalnya milik PAS yang dipinjamkan kepada PKR.[24] Jika dilihat dari segi rekod, Badrul Hisham atau CheguBard sendiri bukanlah pemimpin yang digemari oleh kartel Azmin Ali dan kartel Rafizi dalam PKR sehingga dia dipecat pada tahun 2016.[25]
Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu, isu pertindihan enam kerusi membabitkan PKR-PAS menjadi barah dalam hubungan mereka sewaktu kewujudan Pakatan Rakyat (PR).
Kerusi
Calon
DUN Panti
Mohd Annuar Mohd Salleh (PKR) dan Azlisham Azahar (PAS)
DUN Seberang Takir
Ahmad Nazri Mohd Yusof (PKR) dan Zakaria Dagang (PAS)
DUN Kota Putera
Mohamed Abdul Ghani Ibrahim (PKR) dan Adam Mat Said (PAS)
DUN Bukit Besi
Mohd Shamsul Mat Amin (PKR) dan Roslan Ismail (PAS)
DUN Kota Damansara
Dr Mohd Nasir Hashim (PKR) dan Ridzuan Ismail (PAS)
DUN Sungai Acheh
Badrul Hisham Shaharin (PKR) dan Mohd Yusni Mat Piah (PAS)
Parlimen Labuan
Tan Sri Ibrahim Menudin (PKR) dan  Hadnan Mohamad (PAS)

Presiden PAS mengkritik pendekatan PKR yang memilih calon berdasarkan ‘tangkap muat’. Pemilihan calon berdasarkan tangkap muat inilah telah menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak pada 2008 dimana dua ADUN PKR dan seorang lagi daripada DAP keluar daripada parti masing-masing, menyebabkan Barisan Nasional memperolehi majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Perak.
Bagi mengatasi masalah ini Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah mengumumkan bahawa PAS mencadangkan agar kerusi Parlimen Labuan, DUN Sungai Aceh di Pulau Pinang dan Panti di Johor diserah kepada PKR. PKR pula dicadangkan oleh PAS agar menyerahkan tiga DUN di Terengganu iaitu Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera kepada PAS.
Kes pertindihan kerusi adalah lumrah dalam pilihan raya. Dalam Pilihan Raya Umum ke 11, berlakuknya pertindihan kerusi. Sebanyak 24 kerusi yang diperuntukkan kepada Parti Keadilan Nasional (Keadilan) turut ditandingi oleh Pas dan DAP.  Pas turut bertanding di  di kerusi DUN Taman Medan dan DUN Dengkil di Selangor selain DUN Gadek di Melaka. Jurucakap Pilihan Raya Keadilan, Rustam A. Sani berkata, Keadilan tidak menolak kemungkinan akan mengkaji semula hubungannya dengan Pas.[26]
Dalam PRU ke 11 juga, DAP turut bertanding di enam kerusi Parlimen dan 15 DUN yang ditandingi Keadilan. Sebelum ini, pemimpin DAP berjanji untuk tidak meletakkan calon mereka di kebanyakan kawasan yang ditandingi Keadilan. Di Perak, Kerusi-kerusi Parlimen terbabit ialah Taiping, Sungai Siput dan Teluk Intan. Kerusi-kerusi DUN yang menyaksikan pertembungan antara parti-parti pembangkang ialah di Kuala Sapetang, Aulong, Jalong, Bercham, Jelapang dan Simpang Pulai.
Di Sabah, pertembungan merebut kerusi antara Keadilan dan DAP turut berlaku di kerusi Parlimen Kota Kinabalu serta Penampang manakala DUN melibatkan Tanjong Aru dan Kapayan.
Di Pulau Pinang yang didakwa parti pembangkang bakal memberikan banyak kerusi kepada Keadilan dalam pilihan raya kali ini turut menyaksikan pembangkang berlawan sesama sendiri untuk menentang calon BN. Keadaan itu berlaku di kerusi Parlimen Batu Kawan dan DUN Bagan Dalam, Bukit Tambun dan Sungai Pinang.
Sementara itu di Kedah, calon Keadilan dan DAP turut berlawan sesama mereka untuk menentang BN di dua kerusi DUN iaitu Gurun dan Bukit Selambau.
Dalam PRU ke 13, berlaku pertindihan lain yang jarang dinyatakan oleh Khalid Samad. Di Jelapang, Perak calon DAP, Teh Kock Ke dan calon PSM M Salavarthy menentang calon BN,  S Mokan. Manakala di Semenyih, pertindihan antara PSM dengan PKR.
Pengkhianatan terbesar dilihat berlaku di DUN Damak, Jerantut berdasarkan keputusan  PRU ke 13 di atas. Calon Bebas, Koh Boon Heng, Naib Pengerusi DAP Pahang menyatakan dia yang bertanding atas tiket Bebas kerana komitmen yang jitu dalam parti dan mendapat restu daripada Pakatan Rakyat (PR) Pahang.[27] Dalam DUN Damak juga, penulis tertarik dengan calon bebas bernama Mohd Nor Bin Jaafar yang bertanding sebagai calon bebas. Pada tahun 2008, beliau bertanding sebagai calon PKR. Beliau merupakan adik-beradik mantan YDP PAS Jerantut dan YDP PAN Raub, Dr. Hamzah Jaafar.
Perang Terbuka Dalam PAS
A. Langkah Kajang
Sebagaimana projek 16 September, cadangan pakar strategi PKR yang genius ini bukannya memecah-belahkan PKR tetapi memecah-belahkan PAS. Inilah kehebatan pakar strategi PKR. Strategi kemenangan pilihan raya dan kekuasaan cuba mengatasi persoalan pahala-dosa dan syurga-akhirat sehingga mengetepikan amanah yang ditentukan oleh Allah dan mengorbankan mandat kuasa yang diberi oleh rakyat.
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli telah mengemukakan projek ‘Kajang Move’ atau Langkah Kajang yang bertujuan menjadikan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
Pada 27 Januari 2014, wakil rakyat PKR Lee Chin Cheh meletak jawatan sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kajang bagi memberi laluan kepada Dato Seri Anwar Ibrahim bertanding pada PRK kawasan itu.
Bagaimanapun, hasrat Anwar terbantut setelah gagal menjadi calon kerusi DUN Kajang selepas mahkamah mendapati beliau bersalah atas tuduhan liwat. Sebagai ganti, Presiden PKR yang juga isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dicalonkan untuk kerusi itu.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, mewakili Kerajaan Selangor menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan kerajaan persekutuan pada 26 Februari untuk penstrukturan semula industri air di negeri itu yang tertangguh sejak 2008. Tindakan itu mengecewakan pimpinan PKR yang mendakwa Abdul Khalid tidak membincangkan mengenai perkara tersebut dengan mereka.
Pada 26 Jun 2014, Khalid Ibrahim gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor dalam pemilihan parti apabila tewas kepada bekas anggota Parlimen Kapar, S.Manikavasagam.
Pada 21 Julai 2014, PKR mengumumkan nama Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Khalid Ibrahim. Khalid Ibrahim dalam kenyataan media berkata walaupun menghormati keputusan PKR yang mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai penggantinya, namun segala tatacara pelantikan perlu dibuat mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. Khalid Ibrahim berkata sehingga proses tersebut berlaku dan selesai, beliau akan terus menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar[22 Julai 2014].
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor atas alasan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat [25 Julai 2014].
Pada 1 Ogos 2014, Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyuarakan sokongan penuh parti itu terhadap cadangan meletakkan Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
Dalam usaha menurunkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution mendedahkan nota setebal lebih 91 muka surat[28] mengenai dakwaan salah laku[29] Khalid Ibrahim seperti isu penjualan tanah milik kerajaan negeri Selangor kepada Eco World dan projek pembinaan rumah mampu milik di Sungai Sering, Ukay Perdana [4 Ogos 2014]. Pada 5 Ogos 2014, Lembaga Disiplin PKR hantar surat tunjuk sebab kepada Khalid Ibrahim berhubung keengganannya melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.
Khalid Ibrahim membalas surat tunjuk sebab [6 Ogos 2014]. PKR memecat Abdul Khalid daripada parti berkuatkuasa serta-merta [9 Ogos 2014].[30] Khalid Ibrahim dalam kenyataan media kemudian memberitahu bahawa beliau menerima keputusan PKR untuk memecatnya dari parti walaupun beliau mendakwa tindakan itu salah dan cacat dari segi undang-undang. Khalid Ibrahim memberitahu pemberita bahawa beliau akan meneruskan tugasannya seperti biasa sehingga mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor diadakan pada 11 Ogos 2014.
Pada 8 Ogos 2014, MSU menolak cadangan PKR untuk melantik Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.
Pada 11 Ogos 2014, Khalid Ibrahim menghadap Sultan Selangor bagi memaklumkan pemecatannya daripada PKR selain membincangkan kemelut jawatan Menteri Besar. Dalam sidang media khas kemudiannya Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa beliau telah mendapat perkenan Sultan Selangor untuk terus memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.
Menteri Besar itu turut menyarankan supaya anggota Exco yang tidak menyokong kepimpinan beliau supaya meletak jawatan. Beliau juga berkata akan mengadakan pertemuan dengan barisan exco kerajaan negeri secara individu bagi mengetahui sokongan dan pendirian mereka terhadap kepimpinan beliau.
Empat anggota Exco kerajaan negeri Selangor daripada PAS berkata akan terus berkhidmat di bawah pentadbiran Khalid Ibrahim seperti yang diarahkan pucuk pimpinan parti itu [12 Ogos 2015]. Manakala enam anggota Exco daripada DAP dan PKR dalam kenyataan bersama berkata mereka akan terus menjalankan tugas masing-masing tetapi menegaskan tidak akan berjumpa dengan Khalid Ibrahim kecuali pada mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
Selain itu, keenam-enam exco tersebut dilaporkan berkata dalam urusan melibatkan mereka, kedudukan dan fungsi Abdul Khalid hanyalah dalam kapasiti peralihan sementara menunggu seorang menteri besar daripada Pakatan Rakyat dilantik. Mereka juga berkata Khalid Ibrahim dan MMKN tidak boleh membuat sebarang keputusan tanpa melalui proses undian.
Pada 12 Ogos 2014, Khalid Ibrahim mengumumkan telah menghantar surat kepada Sultan Selangor bagi memohon perkenan untuk memecat enam anggota Exco kerajaan negeri daripada DAP dan PKR yang tidak menyokong pentadbirannya. Keenam-enam Exco terbabit bagaimanapun bertekad untuk datang ke pejabat masing-masing di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam esok kerana menganggap pemecatan itu tidak sah berikutan belum mendapat perkenan Sultan Selangor.
Abdul Khalid mengumumkan pemecatan lima anggota Exco kerajaan negeri Selangor daripada DAP dan PKR dibuat secara sah dan mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkuat kuasa pada 12 Ogos, Abdul Khalid turut menunjukkan surat balasan yang diterima beliau [13 Ogos 2014]. Sementara itu surat pemecatan Exco PKR, Rodziah Ismail masih belum dihantar kerana ADUN Batu Tiga bercuti di luar nrgara. Jumlah korum yang menghadiri mesyuarat MMKN memadai dan sah mengikut Artikel 53 (2)(b) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang menetapkan sekurang-kurangnya mempunyai empat anggota MMKN untuk mentadbir negeri secara sah.
Abdul Khalid menyatakan bahawa tindakan anggota-anggota Exco terbabit mengeluarkan kenyataan untuk tidak bekerjasama adalah bercanggah dengan 10 Akujanji dan Sumpah Kesetiaan yang dilafazkan ketika mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor.
B. Pelantikan Menteri Besar Selangor.
‘saya ucapkan terima kasih kepada semua pemimpin yang berucap menyatakan sedia berdiri teguh di belakang saya tapi apa yang saya bimbang apabila saya pandang ke belakang, tidak ada orang’- Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Kemelut dalaman PKR membawa kepada pemecatan Abdul Khalid daripada parti itu pada 9 Ogos 2014 kerana mengingkari keputusan Majlis Pimpinan Pusat yang mencalonkan Presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar yang baharu.
Abdul Khalid menerima pelbagai tekanan untuk menjelaskan isu berkaitan elaun baharu menteri besar; kenaikan cukai bagi lesen perniagaan; isu pinjaman beliau dengan Bank Islam dan cadangan pembinaan Lebuhraya  Kinrara-Damansara (Kidex). Beliau akur mahu berundur tetapi hasratnya terbantut apabila Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguh untuk menerima peletakan jawatannya sehingga pelantikan baharu ditentukan pada 11 Ogos 2014.
Kehadiran empat EXCO Kerajaan Selangor dalam kalangan wakil PAS dalam Mesyuarat Mingguan EXCO pada 13 Ogos 2014 bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bagi mempertahankan Kerajaan Selangor daripada tumbang. PAS masih menganggap ia Kerajaan Pakatan Rakyat.
Kemelut dalaman PKR ini mencetuskan pengolakkan dalam Pakatan Rakyat  apabila empat anggota Exco kerajaan negeri daripada PAS digelar pengkhianat oleh DAP kerana masih bersama-sama Abdul Khalid dalam menjalankan pentadbiran negeri sedangkan enam lagi anggota Exco kerajaan negeri daripada DAP dan PKR telah meletak jawatan.
Pada 14 Ogos 2014, Datin Seri Wan Azizah telah menyatakan beliau telah mendapat sokongan 30 ADUN dalam DUN Selangor untuk melantik beliau sebagai Menteri Besar Selangor yang baru. Ia turut disokong 2 ADUN PAS iaitu YB Ir. Saari Sungip (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib). Sokongan dua ADUN ini mencetuskan keributan dalam PAS kerana kedua-dua ADUN mengingkari arahan jemaah(Majlis Syura Ulama) yang menyokong kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim. Pada hari yang sama Lujnah Politik PAS bersidang menentu agenda dalam Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos 2014. Nik Abdul Aziz Nik Mat telah membidas kedua-dua ADUN itu, ‘kalau dia nak keluar parti, itu dia punya pasal lah, ertinya dia akan berdepan dengan rakyat. Dulunya dia berkempen PAS, lepas itu parti lain pula, ini orang yang tidak siuman’.[31]
Pihak istana turut menerima tempias kemelut itu sehingga Sultan Sharafuddin menitahkan agar setiap parti dalam pakatan itu menghantar sekurang-kurangnya dua nama calon menteri besar baharu untuk pertimbangan baginda.
PKR dan DAP bagaimanapun tetap berdegil apabila hanya mempersembahkan nama Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal menteri besar baharu.
PAS sebaliknya akur dengan titah baginda dengan menghantar tiga nama calon menteri besar Selangor yang baharu tetapi nama Dr Wan Azizah tidak berada dalam senarai itu.
Kedegilan PKR dan DAP menyebabkan Sultan Selangor amat dukacita dan krisis jawatan menteri besar itu menurut baginda, telah membuka mata dan hati serta pandangan baginda terhadap situasi politik Selangor.[32]
Majlis Syura Ulama (MSU) telah mengumumkan bahawa MSU menyokong kepimpinan Khalid Ibrahim. Ia seakan-akan mengikat keputusan Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos 2014.
Pada 17 Ogos 2014, Jawatankuasa PAS Pusat memutuskan menghantar dua nama Presiden KEADILAN, Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail dan Mohamad Azmin Ali untuk diperkenankan oleh Sultan Selangor sebagai Menteri Besar Selangor.[33]
Abdul Khalid tetap komited menjalankan tugas-tugas terakhirnya sebagai menteri besar dan pada 12 September lepas, kerajaan Persekutuan dan kerajaan Selangor memeterai Perjanjian Utama penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.[34]
Pada 23 September 2014, YB Mohamed Azmin Ali dilantik menjadi Menteri Besar Selangor yang baru.
Menurut Mohamad Abduh, Presiden PAS dituduh khianati PR kerana namakan calon MB daripada PAS.
Mari amati kisah pengkhianatan.[35] Hakikatnya, pengkhianatan lebih awal bermula daripada 2 gerangan yang saling berkerjasama;
1)      2 pengkhianat daripada ADUN PAS yang melompat memberi sokongan kepada PKR. Ia memulakan kerosakan kepada kestabilan dalaman PAS.
2)      Pengkhianatan PKR terhadap setiakawan dengan PAS dalam PR apabila menerima pengkhianatan 2 ADUN PAS dengan mengiktiraf sokongan mereka kepada PKR.
Sebagaimana 2 ADUN itu memutuskan wala' dan kesetiaannya kepada presiden, begitu juga PKR telah memutuskan kesetiakawanannya dengan PAS.
Siapa pun yang menginsafi, dia akan memahami apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh presiden PAS apabila;
1)      Partinya dikhianati dari dalam oleh ahlinya sendiri.
Anda sedang melihat apa yang sedang bergolak di dalam PAS sekarang. Ia sememangnya bermula daripada kisah pengkhianatan 2 ADUN ini.
2)      Partinya dikhianati dari luar oleh rakan sendiri.
Anda juga sedang melihat -akibat pengkhianatan PKR- pergolakan dalam PR akibat PAS kehilangan taruhan kuasanya di dalam menentukan kelangsungan kerajaan TSKI yang Majlis Syura Ulama PAS putuskan untuk mempertahankannya.
Apa pilihan yang harus dilakukan presiden? Ada 2 pilihan;
1)      Terus bertindak drastik dan keras dengan mendorong parti PAS ke arah keluar daripada PR. Pengkhianatan, daripada sudut hukum, semestinya menjadi faktor utama pembatalan Tahaluf Siyasi.
2)      Bersikap dan bertindak lebih budiman dengan memberi peluang dan masa agar mampu memperbaiki keadaan dan memulihkan dalaman PAS dan hubungan dengan PKR dan PR.
Presiden telah memilih pilihan kedua.
Tindakan itu telah menerima pujian awam apabila PAS melalui mesyuarat 17/8/14, memutuskan bersetuju memberikan sokongan sementara kepada TSKI (Ini pastinya dilihat bercanggah dengan keputusan asal MSU dan mengejutkan pihak yang menyokong TSKI) dan mengemukakan 2 nama calon MB baru, termasuk WAWI (yang juga dilihat bercanggah dengan keputusan asal MSU).
Lihat, alangkah berjiwa besarnya presiden. Beliau mampu mempengaruhi MSU agar menerima hakikat PR perlu diselamatkan.
Malang tak berbau!
Keputusan 'emas' itu hanya mampu bertahan 5 jam!
Petangnya, tanpa kehadiran presiden PAS, mesyuarat PR memutuskan hanya satu nama akan dipersembahkan kepada istana iaitu WAWI. Alasan penarikan diri Azmin Ali adalah menarik dan diterima.
Di sinilah bermula PAS dilabel sebagai parti U-Turn oleh BN.
Presiden kini berhadapan 2 kemelut yang tiba-tiba;
1)      Kegagalan wakil PAS ke mesyuarat PR yang diketuai Timbalan Presiden untuk mengembalikan semula keputusan penarikan diri Azmin Ali ke meja mesyuarat PAS. Menghantar hanya satu nama ke istana bukan sama sekali RUH keputusan mesyuarat PAS yang telah menetapkan 2 nama. Ia bermaksud presiden berhadapan situasi kritikan dalaman yang tajam akibat keputusan yang lemah dalam mesyuarat PR.
2)      Ketegangan dengan pihak istana yang memberi isyarat awal penolakan terhadap pencalonan WAWI. Tambahan pula, istana masih memberi sokongan padu kepada TSKI.
Menjaga hubungan dengan pihak istana adalah polisi PAS yang diterima masyarakat awam yang mahukan keharmonian di antara institusi kuasa diwujudkan.
Apa pula yang presiden harus lakukan selepas badai hanya mampu bertenang sekadar 5 jam?
Ya, presiden terus dengan sikap budiman. Beliau menerima hakikat bahawa kelemahan adalah daripada dalam partinya sendiri. Beliau segera ke Kota Bharu, bertemu Mursyidul Am untuk bergagah dengan nilai budimannya itu pada kekuatan suara putus daripada ketua MSU. Mursyidul Am telah memberi sokongan padu.
Keadaan mendung tidak berakhir dengan hari yang kembali cerah, malah kilat dan petir mula bersambaran. Tiba-tiba isu SD timbul.
13 ADUN PAS diasak oleh PKR agar menanda tangani SD menyokong WAWI sebagai Menteri Besar baru. Ia menimbulkan ketegangan dan kekeruhan yang bertambah di dalam dan di luar PAS.
Presiden mesti bertindak dan mestilah segera!
Mesyuarat PAS pada 25/8/14 keluar dengan keputusan baru yang mengejutkan. PAS memutuskan tidak menghantar sebarang nama dan menyerahkan kebijaksanaan memutuskan isu MB kepada pihak Istana.
Mesyuarat itu dilaporkan kemudiannya bahawa presiden menggunakan kata putusnya sendiri dan dilapor tidak menerima pandangan majoriti ahli.
Daripada pelabelan awal oleh BN, rakan PR mula turut menamakan PAS sebagai parti U-Turn!
PAS mula dipermainkan rakan-rakannya sendiri.
Kemudian, apabila istana membuat keputusan meminta setiap parti menghantar lebih 2 nama, PR terus gagal untuk bersatu.
Malah, kemelut dipanaskan dengan isu presiden PAS mengajak Azmin Ali belot terhadap partinya. Walaupun dinafikan, api itu enggan dipadamkan dan sengaja dibiarkan.
Sekarang, mari kita lihat;
1)      Adakah PKR melihat dan memuliakan sikap toleransi yang tinggi itu daripada presiden PAS? Tidak bukan?
2)      Adakah anda melihat sebarang usaha pengenduran daripada PKR di dalam mengurangkan ketegangan dengan PAS? Tidak bukan?
3)      Adakah tindakan budiman presiden PAS berjaya meredakan ketidakpuasan beberapa pemimpin PAS yang terus mengkritik beliau, malah terus memuja pengkhianatan 2 ADUN itu? Tidak bukan?
4)      Adakah dalam tempoh tu, DAP sebagai rakan PR berusaha memberi sedikit nafas kepada kestabilan PR? Tidak bukan?
5)      Adakah situasi ini berjaya memikat pihak istana untuk menerima penyelesaian daripada dalaman PR? Tidak bukan?
Jadi, siapakah yang memulakan pengkhianatan dan siapakah yang meneruskannya?
Kemunculan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA)
Kemunculan PASMA pada tahun 2014 di Perpustakaan Zahra, Kota Bharu. Zuhdi Marsuki berpendapat PASMA hanya mewakili 1/3 daripada kumpulan baharu yang dibentuk [Utusan Malaysia, 30 Mei 2015].
Pada 11 Ogos 2014, PASMA telah ditubuhkan dengan tujuan merapatkan hubungan PAS dengan Pakatan Rakyat.
Dalam FB Nasrudin Hassan bertarikh 14hb September 2014, Ustaz Nasrudin menjelaskan agenda pertemuan PasMA di Pustaka Az Zahra Kota Bharu iaitu
1. Sebuah pertemuan yang sarat dengan perbincangan dan kritikan kepada pucuk pimpinan PAS iaitu Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang. Malah mereka bincang bagaimana untuk menjatuhkan Tuan Guru Presiden.
2. Pertemuan tersebut turut merencana Plan A dan Plan B sehingga menelurkan idea perlaksanaan konsep 1 Jamaah 2 Parti. Satu idea yang membawa maksud menubuhkan sebuah parti baru bagi menggantikan PAS di dalam Pakatan Rakyat.
3. Shaikh Umar Bagharib bin Ali[36] mempersoalkan keupayaan 24 orang AJK PAS Pusat yang pro mereka (dari 36 orang keseluruhannya) kenapa tidak boleh menguasai keputusan PAS pusat.
4. Fokus untuk dijatuhkan ialah Setiausaha Agung Musthafa Ali  yang menjadi tula belakang Presiden PAS.
5. Jatuhkan pemimpin yang tidak mahu turunkan Presiden PAS.
6. Baiah yang dibuat oleh pimpinan PAS Pusat boleh dilanggar kerana ia dianggap batil dan melanggar baiah boleh diselesaikan dengan menyembelih seekor kambing ( sebagai membayar kifarah ).
7. Majlis Syura PAS hanya diperalat oleh Musthafa Ali.
Menariknya, dewan Pustaka Az Zahra Kota Bharu ditempah mengunakan nama sebuah organisasi dikenali  Madrasah Yahya Othman (MAYO) iaitu sebuah organisasi yang menyatukan anak-anak murid dan membawa gagasan pemikiran serta aspirasi Tuan Guru Yahya Othman. 
Struktur organisasi pada peringkat awal kemunculannya cuba mengelirukan masyarakat awam. Seorang penganalisa menyatakan PasMA mengunakan strategi tertentu dalam membentuk struktur organisasinya iaitu:
1. Jawatankuasa Penaja (orang yang kurang dikenali)
2. Jawatankuasa Awam (ini akan didedahkan jika ada musyakah. Pengerusinya adalah Phahrolrazi)
3. Jawatankuasa Sebenar (Hidden) pengerusi dan jawatankuasa ini adalah yang sebenarnya dirahsiakan seumpama IRC.
Maka muncul tiga set struktur organisasi iaitu
Set 1
Mohamad Faiz Mohd. Taib (pengerusi);
Muhamad Hisomudin Bakar (Timbalan Pengerusi);
Mohd. Taib Ahmad (Setiausaha);
Mohd. Iqbal Mohd. Shariff (Penolong Setiausaha);
Mohd. Rosli Abu Bakar (Bendahari)

Ahli jawatankuasa
Mohamed Zainal Hussin,
Sheikh Umar Bagharib
Mohamad Abdul Razak.

Set 2
Mursyid Am Pasma : Ust Hj Ahmad Awang (Perak)
Timb Mursyid Am Pasma : Ust Muhammad Husin (Kel)
Presiden Pasma : Yb Dato’ Husam Musa (Kel)
Timb. Presiden Pasma : Dr Hatta Ramli (Sel)
Naib Presiden Pasma : Dr Dzulkifli Ahmad (Sel)
Naib Presiden Pasma : Dr Mujahid Yusuf Rawa (Png)
Naib Presiden Pasma : Yb Khalid Samad (Sel)
Ketua Pemuda : Sheikh Omar (Joh)
Ketua Muslimat : Aiman Athirah (Sabah)
Ketua Ulamak : Ust Mohamad Nor (Mel)

AJK Pasma :
Nordin Majid (PGS – Phg)
Dato Wan Rahim (Kel)
Ust Taib Ahmad (Ked)
Ust Nasir Zakaria (Ked)
Ust Fuad Othman (N9)
Hanipa Maidin (Sel)
Syed Azman (Trg)
Mohamad Sabu (Png)
Ust Dzulqarnain (Per)
Sayuthi Basirun (Sel)
Abd Fatah Haron (Kel)
AJK Tambahan :
Rahman Talib
Hazmi Hassan
Sayuti Omar
Hisyamudin Ghazali

Set 3
Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi (Presiden)
Muhammad Husin (Timbalan Presiden)
Mohd Taib Ahmad (SUA)
Ismail Abdul Rahman (Bendahari)
Che Nordin Che Hussin (penolong SUA)
Zulhasmi Sharif (Penasihat Undang-undang)

Pengerusi PasMa negeri
Mohamad Husin (Kelantan),
Mohd Taib Ahmad (Kedah),
Abdul Aziz Abas (Terengganu),
Tengku Puji Tengku Abdul Hamid (Pahang),
Mohd Iqbal Sharif (Perlis),
Zulkifli Mat Lazim (Pulau Pinang)
Mohd Hisomudin Bakar (Perak)
Mohd Nazir Zakaria (Wilayah Persekutuan)
Mohd Faizal (Selangor)
Mohd Fuad Othman (Negeri Sembilan)
Sheikh Omar (Johor).

Jika meneliti jawatankuasa PasMa Set 1, 2 dan 3, jelas bahawa gerakan ini mempunyai ‘fikrah’ dan ‘tanzim’ yang tertentu yang boleh dilihat dari segi pemikiran dan pengaulan. Dari segi perancangan, ia sudah lama dirancang dan bermula daripada penguasaan akar umbi atau pengkaderan di peringkat kampus.[37]  Manakala watak penggerak utama ialah Muhammad Hussin, Muhd Taib Ahmad, Hisomuddin Bakar dan Sheikh Omar Bagharib. Muhammad Hussin[38] dan Muhd Taib Ahmad penggerak utama Kumpulan UM yang mengasaskan Jemaah Islam Kampus pro PAS di kampus di Malaysia khususnya Universiti Malaya pada awal tahun 1980an. Antara anggota Kumpulan UM lain ialah Husam Musa, Takiyuddin Hasan, Syed Putra Syed Ahmad, Azmi Ali dan Fuad Zarkhashi. Hisomuddin[39] dan Sheikh Omar antara pengerak-pemikir[40] sebalik tabir gerakan mahasiswa dekad 2000-2010.
Majlis Syura Ulama telah melarang ahli PAS terlibat dalam  NGO PASMA melalui kenyataan media yang dinyatakan oleh Setiausaha MSU, Dato Nik Muhammad Zawawi Saleh pada 13 Oktober 2014. “Majlis Syura memantau dengan penuh prihatin tindak tanduk muktakhir ini yang boleh dilihat memecah-belah ahli-ahli PAS seperti yang dilakukan oleh sebuah NGO yang dinamakan PASMA’. ‘ Maka  MSU memberi nasihat kepada ahli-ahli PAS supaya tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti PASMA’. [SH, 14 Oktober 2014].
Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA), YB.Dato Ir. Phahrolrazi Zawawi menolak pandangan MSU. “Mereka (MSU) hanya berperanan memberi pandangan supaya tidak lari dari perjuangan asal” dan “keputusan MSU tidak boleh diterima pakai kerana sebarang arahan hanya boleh diberikan oleh Jawatankuasa PAS Pusat”.
Kenyataan Phahrolrazi mengambarkan keingkaran perintah ‘arahan’ daripada MSU.
Muktamar 2014: Riak-riak Mula Kelihatan
Peristiwa gambar Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu disembah cat, Mat Sabu diboo dan dipulau sesetengah perwakilan pemuda dan ucapan doa laknat wakil Wilayah sehingga mencetus kekecohan apabila wakil Kuala Kedah merampas mikrofon.
Namun Mat Sabu menafikan kewujudan sesetengah golongan yang mahu jatuhkan Presiden PAS (Harakah: 26-28 September 2017).
Yayasan Darul Hijrah dan Gerakan Impian Kelantan.
Antara usaha yang baik daripada Dato Husam Musa ialah inisiatif penubuhan organisasi kebajikan yang dinamakan Yayasan Darul Hijrah (Yayasan Dato Husam?). YDH berperanan sebagai kuasa ketiga dan menggerakkan projek kebajikan Dato Husam Musa sekaligus mengangkat populariti beliau dalam kalangan rakyat. Menariknya, ramai aktivisnya dalam kalangan mahasiswa PMIUM.
Penubuhan Gabungan Impian Kelantan (GIK) dilihat bertujuan baik terutamannya membantu kebajikan mangsa banjir. Punbegitu iaitu juga dipenuhi agenda tertentu kerana dilihat sebagai projek DAP.  GIK adalah manisfestasi semangat ‘Impian Malaysia’ yang dipelopori oleh DAP untuk berkongsi usaha dan bergerak bersama rakyat melalui pelbagai kegiatan kemasyarakatan sebagaimana program Impian Malaysia bermula sejak 2013 dengan pelancaran Impian Sarawak
Ia merupakan pelancaran Gabungan Impian Kelantan (GIK)[41] sebuah NGO yang ‘tidak direstui’ kerajaan negeri Kelantan pimpinan parti PAS.
Majlis pelancaran GIK diadakan di Dewan Perniagaan Cina, Kota Bharu itu dihadiri oleh pemimpin kanan DAP, Lim Kit Siang, Liew Siew Fook, Theresa Kok, Anthony Loke, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa, bekas Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Wan Rahim Wan Abdullah dan pemimpin NGO seperti Datuk S. Ambiga dan Datuk A. Samad Said.
Muktamar 2015: Kemuncak Pertembungan
Kita tidak bersetuju untuk menjadikan PAS parti sekular, ada kalangan kita hendak buang perkataan Islam, tidak boleh bercakap pasal Islam, itu kita tak boleh terima” Tuan Guru Abdul Hadi Awang [Utusan Malaysia, 20 Mei 2015].
Asas penolakkan DAP terhadap kepimpinan Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ialah [1] kelulusan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) pada 19 Mac 2015 dan [2] pendirian TGHH mahu membawa Usul Persendirian (Private Members Bill) ke Parlimen bagi membolehkan EKJS Kelantan dilaksanakan melalui pindaan RUU 355.
6 Februari 2015 – TGHH menempelak Lim Guan Eng kerana terus meragui kehadiran beliau dalam Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 Februari 2015 [SH, 7 Februari 2015]. TGHH hadir dalam mesyuarat tersebut [Harakah, 13-15 Februari 2015]
Awal bulan Februari 2015, Ketua Pemuda PAS Kuantan, Noorzazilafadli Ibrahim mendedahkan ada usaha menjatuhkan Presiden PAS. Ia dikatakan melibatkan Pasukan Gerak Saraf (PGS) PAS dan Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat. Antara pemimpin yang dikatakan mengerakkan pengulingan Presiden PAS ialah Mohamad Sabu[42] (Timbalan Presiden PAS), Ir Phahrulrazi Zawawi (Presiden PASMA), Dr. Hatta Ramli[43], Husam Musa (Naib Presiden)[44] dan Aiman Athirah al-Jundi. Kenyataan ini dinafikan oleh SUA PAS, Dato Mustafa Ali dan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub [Sinar Harian, 10.2.2015]. Presiden PASMA turut menafikan beliau menjadi dalang [Sinar Harian, 9.2.2015].
15 Mac 2015- Tuan Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS menyifatkan pengolakan dalam PAS adalah masalah kecil berbanding kewujudan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) sehingga PAS dapat 2 kerusi sahaja di Kelantan.
19 Mac 2015 – Dewan Undangan Negeri Kelantan sebulat suara (44 undi) merangkumi 31 undi PAS, 12 BN dan seorang PKR telah menyokong Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (pindaan 2015). Pelaksanaan ini bergantung kepada Rang Persendirian untuk meminda Akta 355 untuk membolehkan pelaksanaan hukuman  tersebut. PKR mengarahkan ADUN Guchil, Roslan Puteh tidak menghadiri  atau tidak berada dalam sesi pembentangan tersebut. YB Husam Musa menyokong bersyarat iaitu mahu RUU355 dibawa oleh kerajaan bukannya Rang Persendirian.
24 Mac 2015- DAP Buang Hadi (Sinar Harian). SUA DAP, Lim Guan Eng menyatakan DAP hilang kepercayaan pada Abdul Hadi sebagai pemimpin PR dan akan menghentikan kerjasama dengan beliau. Keputusan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP itu disebabkan bantahan keras keinginan PAS membawa satu rang undang-undang persendirian berkenaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah ke Parlimen Malaysia.
1 April 2015 – PASMA bersedia menjadi parti politik[45]
18 Mei 2015 – Lim Kit Siang dalam soalan rasmi di Parlimen melakukan provokasi menyifatkan Undang-undang Jenayah Islam Kelantan adalah bertentangan dengan semangat kenegaraan dan boleh memecah-belah perpaduan negara.
3 Jun 2015 – Dewan Ulama PAS Pusat meluluskan usul tergempar supaya PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP. Usul ini dibentangkan oleh Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik ekoran serangan PAS terhadap Presiden PAS. Usul ini disokong oleh 644 perwakilan.
3 Jun 2015 – kumpulan pro-Presiden menang dalam pemilihan Dewan Pemuda PAS Pusat.
4 Jun 2015 – kumpulan pro-Presiden menguasai Dewan Muslimat PAS Pusat.
4 Jun 2015 – Kumpulan pro-Pakatan dan pro-Anwar kalah teruk. Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (928 undi) menewaskan Tuan Guru Ahmad Awang (233 undi) bagi jawatan Presiden PAS. Semua jawatan dimenang oleh kumpulan pro-Presiden kecuali Mazlan Aliman (593 undi). Mazlan Aliman kemudian meletakkan jawatan dan menyertai GHB-Parti Amanah.
A. Usaha Guling Presiden PAS
7 SEPTEMBER 2014: Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua menempelak Abdul Hadi kerana menyebabkan kehilangan dua negeri kepada Barisan Nasional dan kini mempersoalkan pula keupayaan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baru.
Naibnya, Teng Chang Kim pula berkata, fakta rekod kerja Hadi menceritakan keupayaan pentadbiran beliau untuk dinilai orang ramai kerana hilang Terengganu sewaktu menjadi Menteri Besar dan hilang Kedah sewaktu menjadi Presiden PAS.
27 JANUARI 2015: Lim Kit Siang berkata, “Serangan Umno ialah apabila pemimpinnya turut melompat menyokong Hadi bagi kenyataan ‘13 Mei jika kembalikan undi ketiga’, dan dalam masa beberapa hari ini, kenyataan Hadi diberikan keutamaan berbanding Presiden Umno dan Timbalan Presidennya di dalam Utusan Malaysia – pertama kali dalam sejarah lidah rasmi Umno itu!”
28 JANUARI 2015: Pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai berkata, Abdul Hadi mempunyai hasrat untuk memecah-belah Pakatan Rakyat. Pelbagai isyarat yang diberikan Abdul Hadi termasuk keengganan menghadiri mesyuarat tertinggi pakatan, menolak resolusi yang dipersetujui bersama hinggalah membangkit isu pilihan raya kerajaan tempatan.
Abdul Hadi semakin konservatif telah membelakangkan nilai ‘parti untuk semua rakyat’ yang dipegang oleh PR.
“Keadaan ini menyedihkan pengundi bukan Islam khususnya pengundi Cina yang memberi sokongan kepada PAS pada Pilihan Raya 2008 dan 2013. Jangan lupa bahawa tanpa sokongan pengundi bukan Islam khususnya pengundi Cina, PAS akan menerima kekalahan di banyak kawasan.”
6 FEBRUARI 2015: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan PR Ahad ini bagi membolehkan sebarang keputusan berhubung isu-isu berbangkit dibuat secara kolektif.
Pihaknya sedia berbincang perkara-perkara bernas yang melibatkan kepentingan rakyat berdasarkan fakta.
“Di sini saya rasa pendirian DAP amat jelas dan yang paling penting adalah menyelesaikan perkara berbangkit berdasarkan fakta dan bukan fitnah. tanpa kehadiran Presiden Pas, mesyuarat itu tidak dapat diteruskan kerana Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) telah menetapkan bahawa semua keputusan harus dibuat secara kolektif dengan kehadiran semua pemimpin PR. Kami mendapat jaminan Hadi akan datang, jika tidak mesyuarat tidak diteruskan.”
Pada 8 Februari 2015, seramai 300 ahli PAS yang diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Kuantan, Fadhli Ibrahim telah berdemontrasi di hadapan Pejabat Agung PAS agar Dr Hatta Ramli yang didakwa menjadi dalang menjatuhkan Presiden PAS meletakkan jawatan.
Ketua Pegawai Operasi Dewan Penyelidikan PAS Pusat, Dr. Zuhdi Marsuki mendakwa usaha mengulingkan dan mensabotaj PAS sudah wujud sejak tahun 1998 lagi. Beliau juga menjangkakan selepas muktamar 2015, PAS berpecah dan sebuah parti baru akan terbentuk [Sinar Harian, 1 Mac 2015]. Kenyataan Dr Zuhdi disangkal oleh Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali.
Usaha mengulingkan Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS terbongkar dengan penyebaran klip audio percakapan pemimpin kanan PAS (Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS dan terdengar suara seakan-akan Hishamuddin Rais) bersama orang tertentu untuk menjatuhkan Presiden PAS [Berita Harian, 25 Februari 2015. Utusan Malaysia, 21 Februari 2015].
Peserta Multaqa Ulamak SeMalaysia II Dewan Ulamak PAS Pusat telah menghentam Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli yang menjadi dalang usaha mengulingkan Presiden PAS [Utusan Malaysia, 22 Februari 2015]. Dewan Ulama PAS mengambil berat persoalan wala’ kepada kepimpinan PAS yang semakin merosot.
21 MAC 2015: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang terus mengkhianati dan menghina Pakatan Rakyat dengan memungkiri janji yang dinyatakannya sendiri kepada Pakatan Rakyat berhubung isu hudud sebelum ini.
Pengkhianatan bersiri oleh kepimpinan utama PAS ini adalah satu tindakan provokasi yang dilakukan secara sengaja untuk memecahkan Pakatan Rakyat atau demi mengugut DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyerah kepada PAS atau melihat Pakatan Rakyat berpecah. Pendekatan sedemikian oleh Abdul Hadi tidak boleh menjadi sebahagian daripada pendekatan konsensus yang digunakan Pakatan Rakyat demi demokrasi yang sihat dan koalisi yang berfungsi dengan baik. Pimpinan DAP dikhianati oleh PAS Kelantan dan beberapa pimpinannya atas sikap tidak jujur, licik dan khianat mereka membelakangi Pakatan Rakyat.
Presiden PAS berkhayal jika menyangkakan bahawa sokongan kalangan bukan Islam terhadap PAS masih belum hilang selepas mereka dikhianati oleh parti itu. PAS bukan sahaja telah menamatkan Pakatan Rakyat malah prospek parti itu dalam pilihan raya akan datang.
22 MAC 2015: Lim Kit Siang berkata, Abdul Hadi bertindak dengan cara tidak jujur dan tidak bermaruah apabila membuat keputusan sendiri membelakangkan Pakatan Rakyat memohon kebenaran Parlimen membentang rang undang-undang persendirian hudud pada sesi Dewan Rakyat yang sedang berlangsung. Tindakan Abdul Hadi itu mencabuli keputusan Majlis Tertinggi PR kerana sebarang usul persendirian mesti terlebih dahulu dikemukakan kepada mereka sebelum dihantar ke Parlimen.
“Ini mencabuli keputusan Majlis Tertinggi sendiri. ‘Hot honest and not honourable’. Sebab itu kita tidak boleh mempersetujuinya. PKR mengumumkan tidak bersetuju dan DAP pun tidak boleh bersetuju. Tapi PAS melanggarnya. Itulah masalahnya.”
24 MAC 2015: Lim Guan Eng berkata, “Jika Hadi terus nak bentangkan usul tersebut (hudud), lebih baik beliau tinggalkan Pakatan Rakyat, beliau tentu berhak sebagai seorang Ahli Parlimen untuk berbuat demikian. Kita tak persoalkan hak demokrasi Hadi untuk bentang apa-apa usul, beliau memang ada hak sebagai Ahli Parlimen… tapi kalau nak buat usul sedemikian, jangan laksana sebagai ahli Pakatan Rakyat kerana kalau dia buat sedemikian, lebih baik beliau tinggalkan pakatan.”
24 MAC 2015: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, “DAP kesal dengan pengkhianatan Abdul Hadi. Kami telah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap kepimpinan beliau dan akan memutuskan hubungan serta menghentikan sebarang kerjasama dengannya. Ini bukan kali pertama tetapi kali ketiga perkara membelakangkan dasar persefahaman berlaku. Beliau tidak jujur dan bermaruah. Pengundi yang menyokong PAS dalam pilihan raya umum lalu tidak mengundi untuk pelaksanaan hudud tetapi untuk dasar bersama yang dibawa oleh pakatan pembangkang. Yang melanggar dasar ini adalah PAS.”
23 MEI 2015: Lim Guan Eng berkata, Abdul Hadi semakin berkelakuan seperti ‘pemimpin Umno’ dengan memainkan sentimen perkauman dan menyerang DAP. Abdul Hadi semakin lama lebih dilihat sebagai pemimpin Umno, bukan pemimpin PAS.
“Adakah ini kerana beliau nak kerajaan perpaduan? Beliau tetap sokong perdana menteri walaupun Lembaga Tabung Haji ada masalah? Kalau nak gabung, pergilah. Jangan cari alasan macam ni. Jangan hilang akal macam ni. Sekarang dia (Abdul Hadi) main sentimen perkauman untuk serang DAP. DAP tak pernah cakap nak memerintah negara secara sendirian. Jelas hati dia (Abdul Hadi) tak ada bersama Pakatan Rakyat lagi.
24 MEI 2015: Lim Kit Siang berkata, “Kalau bekas Mursyidul Am PAS (Nik Abdul Aziz) masih hidup, pasti beliau tidak akan membenarkan Pakatan Rakyat berhadapan krisis seteruk ini dan menentang rancangan pembentukan kerajaan perpaduan oleh pimpinan PAS sedia ada. Bekas pemimpin PAS pernah mendakwa idea pembentukan kerajaan perpaduan telah mendapat restu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi ia dihalang sendiri Nik Abdul Aziz. Bagaimanapun promoter konsep kerajaan perpaduan telah mengambil kesempatan daripada kematian Nik Abdul Aziz untuk meneruskan konspirasi politik itu.”
26 MEI 2015: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah tawar hati untuk bersama Pakatan Rakyat (PR). Abdul Hadi berkecenderungan terhadap Umno berbanding memberikan sokongan kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh baru-baru ini.
“Beliau bukan saja tidak hadir ke PRK Permatang Pauh lalu, malah turut tidak menyatakan sokongan terbuka kepada Wan Azizah. Hadi membuktikan walaupun tubuh badannya masih bersama PR, hatinya sudah bersama Umno.”
Mohamad Sabu menyindir Abdul Hadi Awang tak sehebat disangka kerana gagal mempertahankan Kerajaan PAS Terengganu pada PRU ke 11. PAS mesti berkerjasama dengan pembangkang yang lain jika mahu menang dalam pilihan raya [Sinar Harian, 31 Mei 2015].
Mohamad Nizar Jamaludin menyatakan. ‘selepas muktamar apa yang saya mahu lihat ialah muka presiden yang baharu. Presiden perlu baharu dan barisan kepimpinan perlu muka baharu’ [Utusan Malaysia, 1 Jun 2015]
B. Tuan Guru Ahmad Awang Mencabar Tuan Guru Abdul Hadi Dalam Jawatan Presiden PAS.
Dato Seri Muhammad Nizar Jamaludin, AJK PAS Pusat dan mantan Menteri Besar Perak mengambarkan keperluan PAS menukar kepimpinan yang lebih berwibawa [Berita Harian, 21 Mac 2015]. YB. Ir. Khalid Samad juga mengesa perwakilan menukar kepimpinan yang lebih baik [Berita Harian, 18 April 2015].
Buat kali pertama dalam masa 13 tahun, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dicabar oleh Tuan Guru Ahmad Awang bagi jawatan Presiden PAS. Seorang lagi calon, YB Dato Husam Musa menarik diri daripada pertandingan jawatan tersebut [Berita Harian, 15 Mei 2015. Utusan Malaysia, 15 Mei 2015]. Ahmad Awang menyatakan 4 sebab kenapa beliau mencabar Abdul Hadi [Sinar Harian, 20 Mei 2015] iaitu
1.       Meraikan perbezaan pendapat dan mengurusnya dengan hikmah
2.       Mengeratkan ukhwah yang bertunjangkan kasih sayang kerana Allah
3.       Memperkukuhkan PAS di arena nasional
4.       Penglibatan aktif PAS dalam isu antarabangsa
Ahmad Awang menafikan dengan bersumpah bahawa beliau tiada kaitan dengan PASMA dan DAP [Berita Harian, 31 Mei 2015]. Jika kalah, Ahmad Awang tidak mahu menubuhkan parti baru. “Jika kalah, tujuan bertanding untuk menyatukan PAS, kalau tubuh parti lain itu keluar dari matlamat saya, saya tidak akan menubuhkan parti baru, yang salah bukan PAS” [Sinar Harian, 1 Jun 2015].


C. Cubaan Membina Persepsi Buruk Terhadap Pemilihan.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi mendakwa kempen kotor dan serangan peribadi semakin teruk dalam pemilihan PAS [Berita Harian, 21 April 2015]. Presiden PAS pernah menafikan dakwaan yang mengatakan taktik kotor pemilihan PAS. Beliau menyatakan, ‘insya Allah tiada yang kotor. Siapa yang buat kotor kita tidak akan pilih’ [Sinar Harian, 19 April 2015]. Dr. Zuhdi Marsuki mendakwa kenyataan Asmuni Awi mempunyai agenda tersirat terutamanya ekoran kekalahan sahabat Asmuni Awi, Mohamad Nizar Jamaludin di Kampar dan Dr Khairudin Abdul Malik di Tambun. Manakala Dr Kamarul Zaman Yusuf menyatakan lazimnya dakwaan kempen kotor dibangkit oleh kelompok yang kalah atau akan kalah dalam pemilihan nanti [Berita Harian, 22 April 2015].
D. Campurtangan DAP dalam Muktamar 2015
Tidak ada pertembungan dua aliran dalam PAS. Yang ada golongan suka ikut nasihat DAP dan mereka yang berpegang kepada dasar PAS. Jadi terpulang kepada ahli PAS, hendak bebaskan diri mereka. Hendak ikut dasar PAS atau ikut DAP’ Tuan Guru Abdul Hadi Awang[46]
DAP telah membuat keputusan yang aneh dan pelik apabila memutuskan hubungan dengan Presiden PAS dan pada masa yang sama masih mengekalkan hubungan rasmi dengan PAS. Pemimpin PAS seperti Mustafa Ali, Mohamad Sabu dan Mahfuz Omar tidak bersetuju dengan cara DAP [Sinar Harian, 25 Mac 2015]. Dr Dzulkefly[47] juga turut membantah serangan DAP terhadap Presiden PAS.
Serangan DAP tidak menjejaskan Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS. Lim Guan Eng menuduh Abdul Hadi Awang condong kepada UMNO [Sinar Harian, 26 Mei 2015].
Abdul Hadi Awang dilihat menganggu kelancaran perancangan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat ekoran ketegasan beliau dalam mesyuarat. Antara isunya ialah ‘Pelantikan Baru Bian Sebagai Ketua Menteri Sarawak’, ‘Rancangan 16 September’, ‘Pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim’, ‘Pelantikan Datin Seri Wan Azizah Sebagai Menteri Besar Selangor’, ‘Langkah Kajang’ dan ‘Pembentukan Kerajaan Konsensus Nasional’.[48]
DAP mempersoalkan Abdul Hadi kerana mungkir janji komitmen bersama Dasar Bersama Pakatan Rakyat dan enggan menyokong Wan Azizah dalam pilihan raya Permatang Pauh.[49] Abdul Hadi menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri agar mengekal jawatan dan menolakkan desakan Tun Mahathir [Berita Harian, 13 Mei 2015]. Kenapa Abdul Hadi menyokong Perdana Menteri?, mahu mewujudkan kerajaan perpaduan dengan UMNO dan mengisytiharan kewajipan umat Islam marah kepada DAP kerana membantah undang-undang hudud [Utusan Malaysia, 28 Mei 2015].
Lim Kit Siang mendakwa dalam masa 2 minggu selepas Muktamar PAS Tahunan 2015, Pakatan Rakyat akan berpecah.[50] Lim Guan Eng mendesak PAS keluar daripada Pakatan Rakyat. Abdul Hadi seolah-olah ‘berjasad pembangkang tapi berhati UMNO’.[51] DAP mencabar Abdul Hadi membawa PAS bergabung dengan UMNO [Utusan Malaysia, 24 Mei 2015].
DAP sering menyebut keperluan PAS menukar kepimpinan [Sinar Harian, 31 Mei 2015].
E. Usul Membatalkan Tahaluf Siyasi DAP
Dewan Ulama PAS Pusat mengusulkan usul tergempar agar PAS membatalkan tahaluf siyasi dengan DAP berbunyi, ‘mencadangkan kepada Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat supaya hubungan kerjasama politik dengan DAP dibatalkan dan PAS terus kekal dalam Pakatan Rakyat’[Harakah, 12-14 Jun 2015]. Walaubagaimanapun, keputusan muktamad terletak kepada keputusan Majlis Syura Ulama PAS [Sinar Harian 11 Jun 2015]. Malangnya yang berlaku ialah DAP telah mengisytiharkan Pakatan Rakyat sudah tiada terkubur [Sinar Harian, 17 Jun 2015] sebelum MSU membuat keputusan. DAP telah keluar daripada Pakatan Rakyat.
Pada 10 Julai 2015, MSU telah bersetuju keputusan membatalkan tahaluf siyasi dengan DAP [Berita Harian, 12 Julai 2015]
F. Parti Baru: Secara Kebetulan atau Dirancang?
Adakah penubuhan sebuah parti baru bernuasa Islam (akhirnya Parti Amanah Negara –PAN) sudah dirancang?
Penulis tertarik dengan kenyataan Wan Saiful Wan Jan yang mengatakan YB Aminolhuda pernah berbincang tentang pola kepimpinan PAS sebelum Muktamar 2015.[52] Sebelum itu, Dr. Zuhdi Marzuki juga menjangka bahawa sebelum parti Islam kedua muncul selepas muktamar. Begitu juga pertemuan rahsia di Bandung (dakwaan Dr. Azman).

Perpecahan Pakatan Rakyat
Pakatan Rakyat diumumkan pada 1 April 2008 selepas Pilihan Raya Umum ke 12 pada 8 Mac 2008.
Kontroversi bermula pada tahun 2009, polemik hukum hudud kembali menjelma. Diikuti dengan isu Langkah Kajang pada bulan Mac 2014. PAS enggan menyokong Datin Seri Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor. Akhirnya, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dilantik Menteri Besar Selangor.
Pada 29 Disember 2014, sidang khas DUN Kelantan bagi mengemukakan pindaan Rang Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 tetapi ditangguhkan kerana banjir besar. Usaha PAS ini ditentang oleh DAP.
Pada 28 Januari 2015, Dato Mustafa Ali mencabar agar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersemuka dalam persoalan Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan. Lim Guan Eng tidak jujur dalam kenyataannya apabila menyatakan Abdul Hadi dan Mustafa Ali telah dihubungi dan berbincang tentang pilihan raya PBT ini sedangkan persoalan ini tidak pernah dibincangkan [Utusan Malaysia, 29 Januari 2015]. Mustafa Ali mengemukakan cabaran debat dengan Lim Guan Eng [Utusan Malaysia, 31 Januari 2015].
Pada 10 Februari 2015, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara terhadap Anwar Ibrahim selama 5 tahun.
Pada 18 Mac 2015, Abdul Hadi Awang memberi notis kepada Parlimen untuk membentangkan Rang Undang-undang Persendirian bagi meminda Akta 355. DAP mendakwa Abdul Hadi tidak merujuk kepada Pakatan Rakyat.
Pada 19 Mac 2015, DUN Kelantan telah meluluskan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (pindaan 2015) untuk membolehkan PAS melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan.
Pada 24 Mac 2015, DAP memutuskan hubungan dengan Presiden PAS tetapi masih mengekalkan hubungan dengan PAS.
Mustafa Ali menbidas Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang kerana bersifat gopoh dengan menyerang Presiden PAS. Bahkan pada masa yang sama mengemukakan formula Selamatkan Malaysia bekerjasama dengan Tun Mahathir tetapi Tun Mahathir menolak pelawaan tersebut.[53]
Pada 3 Jun 2015, Muktamar Dewan Ulama PAS meluluskan usul sebulat suara agar PAS membatalkan tahaluf siyasi dengan DAP.
Pada 6 Jun 2015, Muktamar Tahunan PAS sebulat suara meluluskan usul membatalkan tahaluf siyasi dengan DAP tanpa bahas[54] yang dikemukakan oleh Dewan Ulama PAS Pusat. Usul tergempar Dewan Ulama PAS Pusat itu berbunyi, ‘mencadangkan kepada Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat supaya hubungan kerjasama politik dengan DAP dibatalkan dan PAS terus kekal dalam Pakatan Rakyat’[Harakah, 12-14 Jun 2015].
DAP meminta pemimpin PAS meletak jawatan dalam Kerajaan Pulau Pinang[11 Jun 2015]. Peletakan jawatan ini dimulakan oleh mantan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dalam Muktamar PAS 2015.
Pada 16 Jun 2015, Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP mengisytiharan pakatan pembangkang dibubarkan. Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, “PR sudah tiada. Tidak perlu Ketua Pembangkang (Wan Azizah) untuk mengumumkannya”[Sinar Harian, 17 Jun 2015].
Pada 2 Julai 2015, beliau sekali mengisytiharkan bahawa Kerajaan Pulau Pinang bukan lagi Kerajaan Pakatan Rakyat.
Pada 10 Julai 2015, Majlis Syura Ulama menerima dan meluluskan usul membatal tahaluf siyasi dengan DAP.
Khalid Samad menyenaraikan sebab perpecahan PR.[55] Antara sebabnya ialah
1.      Ketidakselesaan pimpinan utama PAS dengan pilihan membentuk kerajaan bersama PKR dan DAP. PAS bimbang pengaruh bukan Islam dalam kerajaan Selangor.
2.      September 16 dan konsep UG.
3.     Menangani pemimpin dan anggota PAS yang pro-PR.
Penulis pula melihat beberapa sebab
1.      Kegopohan dan kegelojohon Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng membuat keputusan.
2.      Serangan DAP ke atas peribadi Presiden PAS.
3.      Kenyataan DAP yang dilihat mengancam kedudukan Islam dan Orang Melayu seperti Pilihan Raya Kerajaan Tempatan dan ingin mewujudkan Kerajaan Negeri di Kuala Lumpur (Konvesyen Tahunan DAP Wilayah Persekutuan, 2.11.2014)
4.      kegelojohan setengah pihak mahu menubuhkan parti baru.
PAS Haji Hadi, PAS Nik Aziz Atau PAS Khadam DAP?
Boleh berkawan dengan kalangan DAP dan sepertinya, tetapi tidak boleh berwalikan DAP kerana tidak beriman dan budiman’ Tuan Guru Abdul Hadi Awang [Utusan Malaysia, 24 Julai 2015]
Mustafa Ali mengingatkan bekas pemimpin PAS agar tidak terperangkap dengan agenda DAP [Sinar Harian, 23 Julai 2015]. Asas pertikaian antara PAS dengan DAP ialah hudud (perundangan Islam). Adakah sanggup demi undi masyarakat Cina, pemimpin Islam meninggalkan perjuangan menegakkan masyarakat Islam dan perundangan Islam di negara ini?.
G18 sekelompok pemimpin yang merajuk dan kecewa dengan kekalahan dalam muktamar PAS 2015 telah bertindak menubuhkan Gerakan Harapan Baru. GHB disertai oleh PASMA dan dibantu oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli (SH, 16 Julai 2015).
Gerakan Harapan Baru ditubuhkan oleh sekelompok pemimpin yang kalah dalam pemilihan Muktamar 2015. Husam Musa menyatakan GHB selari dengan perjuangan Nik Abdul Aziz Nikmat [Berita Harian, 21 Julai 2015]. GHB sebagai ganti PAS dalam sebuah pakatan yang baru.[56]
Gerakan Harapan Baru memberi tempoh 100 hari untuk PAS membetulkan kepincangan. Jika tidak, GHB akan menubuhkan sebuah parti baru. Begitulah amaran Khalid Samad kepada PAS [Berita Harian, 21 Julai 2015].
PAS memberi amaran agar pemimpin GHB tidak melampau menghina PAS. Pada masa yang sama, DAP bersedia menjalinkan hubungan dengan GHB [Berita Harian, 22 Julai 2015].
Apa Dosa Parti Amanah Negara?
Keluar parti atau penubuhan parti serpihan bukanlah perkara yang baru bagi PAS. Kesukaran PAS menerima Parti Amanah Negara dalam tempoh terdekat perlu difahami. Barangkali pada masa depan, DAP dan Parti Amanah dengan PAS boleh kembali bertaut sebagaimana HAMIM dan BERJASA menyertai Angkatan Perpaduan Ummah dan DAP menyertai Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat.
PAS dituduh memecah-belahkan pembangkang kerana tidak menyertai Pakatan Harapan sedangkan penubuhan Parti Amanah, Langkah Kajang, DAP menolak perundangan Islam dan campurtangan DAP dalam pemilihan PAS itulah menjadi punca sebenar perpecahan pembangkang.
‘Dosa besar’ Parti Amanah ialah mereka lari membawa kerusi PAS dan melanggar baiah. Baiah direstu oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Majlis Syura Ulamak. PAS mendesak mereka meletak jawatan daripada Ahli Parlimen dan ADUN.
Semua calon PAS pada pilihan raya umum telah melafazkan Bai’ah bersumpah, dan mereka akan dilaknati Allah swt jika melanggar Bai’ah itu. Oleh sebab itu, Abdul Hadi Awang mengesa wakil rakyat PAS yang menyertai PAN meletakkan jawatan.
“PAS sebagai parti Islam membuat Bai’ah dengan Anggota Jawatankuasa PAS Pusat, para pemimpinnya dan calon-calon pilihan raya dengan sumpah Wallahi, Wabillahi dan Watallahi.
“Semasa berBai’ah, kita sebut sebagai calon Parti Islam Semalaysia (PAS) dan tidak disebut PKR atau DAP.
“Parti (PAS) mewajibkan dalam Bai’ah jika dipecat keluar parti, mereka kena letak jawatan sebagai Ahli Parlimen atau ADUN. Ini disebut dalam bai’ah itu,”[57]
Antara alasan mereka tidak boleh bertanding semula. Ini bertepatan dengan kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, peruntukan undang-undang adalah jelas di mana mana-mana anggota Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dengan sendiri meletakkan kerusi masing-masing akan hilang kelayakan untuk bertanding semula sepanjang tempoh lima tahun.
"Tindakan meletakkan jawatan (sebagai Ahli Parlimen dan ADUN) ada implikasinya di mana wakil (rakyat) yang meletakkan jawatan tidak boleh bertanding semula," kata Datuk Wan Ahmad sambil merujuk kepada Perkara 48(6) Perlembagaan Persekutuan.[58]
Adalah tidak adil bagi kelompok progresif (GHB kemudian PAN) meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat[59]. Setiausaha GHB Dr Dzulkefly Ahmad menyatakan perundangan dan perlembagaan juga tidak memaksa wakil rakyat mengosongkan kerusi yang dimenangi pada pilihan raya umum .
"Di segi konvension juga perletakan jawatan bukan satu amalan. Terkini adalah kedudukan kes (bekas menteri besar Selangor) Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kedua-dua kerusi yang disandang.
"Mungkin ada kewajaran untuk meneliti dan menimbang kembali perkara ini. Buat masa ini, sistem politik dan pilihan raya adalah tidak adil buat ADUN atau MP yang meletak jawatan kerana mereka tidak dapat bertanding semula selama lima tahun,"[60]
Persoalan yang timbul ialah kegelojohan wakil rakyat PAS pro DAP keluar parti. Sewajarnya mereka bertahan dan bersabar dalam PAS sehingga habis tempoh perkhidmatan mereka sebagaimana dilakukan pemimpin cenderung  PAN (harumanis) seperti Dato Mahfuz Omar (Parlimen Pokok Sena-setakat Jun 2017), Dato Husam Musa (sebelum dipecat, ADUN Salor), YB Ir. Amirudin Hamzah (Anak Bukit-Jun 2017), Muhammad Bahaiqi (Kubang Kerian-Jun 2017), YB Dato Salleh Man(setakat Jun 2017) dan Mohd Nasir Mustafa (Kubang Rotan-Jun 2017).

Konflik Dalaman PAS: Dari Mana Ia bermula dan Ibrahnya.
Menurut Mohamad Sabu, mantan Timbalan Presiden PAS dan Presiden Parti Amanah Negara, antara punca perpecahan PAS ialah
        I.            Masalah label melabel di kalangan anggota dan pimpinan dalam PAS
      II.            Penguasaan segelintir kumpulan khusus sebagai anggota badan eksekutif PAS dalam Majlis Syura Ulama
    III.            Pengaruh dan kemasukan graduan Timur Tengah ke dalam PAS yang membawa balik pemikiran dari Mesir dan negara lain tanpa melihat realiti di Malaysia
Mohamad Sabu juga ditanya, adakah kepimpinan Haji Hadi (punca ke IV perpecahan) juga menjadi punca perpecahan. Mohamad Sabu enggan menjawab dan ketawa sahaja.
Penulis bersetuju dengan pandangan (I) dan (II) Mohamad Sabu. Pandangan (III), pada penulis ia bukan sekadar masalah graduan pengajian Islam dari luar negara malah lebih luas lagi. Ia masalah sikap-akhlak lulusan pengajian agama dan ujian iman para agamawan akhir zaman. Penulis juga bersetuju corak kepimpinan Haji Hadi turut mempengaruhi perpecahan PAS disamping punca lain iaitu (V) campur tangan luar dalam politik dalaman PAS dan (VI) agenda terancang kelompok tertentu dalam PAS. Penulis bersimpati dengan kegagalan dan keupayaan tahap bersabar kelompok progresif yang sepatutnya menyelesaikan permasalahan ini dalam gelanggang pemilihan dalam muktamar bukannya memilih jalan perpisahan yang menjuruskan kepada permusuhan politik.
Orang lama PAS bercerita betapa kecewanya Dato Asri dengan kelompok yang menurunkannya. Dato Asri dengan Tuan Guru Yahya Othman (TGYO) sahabat baik, bila Dato Asri membicarakan kisah ini kepada TGYO, menangis TGYO atas tindakan kelompok tersebut. Adakah TGYO keluar PAS atau mengikut perjuangan Dato Asri?. Adakah hubungan peribadi dan pengaulan rapat mempengaruhi perjuangan dan istiqamah TGYO?
Ustaz Suhaimi Ahmad (adik Ustaz Nakhaie Ahmad, mantan Naib Presiden PAS), kecewa dengan pemimpin PAS. Kata beliau jika tidak kerana orang miskin bersusah payah untuk PAS, sudah lama beliau keluar daripada PAS.
Tuan Guru Azahari Razak (Abang Ustaz Dato Seri Azizan Razak) adalah seorang tuan guru tidak setuju dengan kemasukan PAS dalam BN bertindak tawaquf. Apabila PAS dipecat daripada BN, beliau kembali ke dalam PAS. Bayangkan betapa lama tempoh beliau bertawaquf dan bersabar tanpa melihat keuntungan politik peribadi.
Anggap sahaja mereka yang suka melabel sebagai kemuncup menguji kesabaran dalam perjuangan.
A. Bermula Persaingan Dalaman, Berakhir Dengan Perang Pro-Dasar PAS vs Pro-Pakatan
Pro-Pakatan terbahagi tiga kelompok iaitu kelompok aktivis PAS, kelompok tarbiah Tuan Guru Yahya Othman [juga dikenali kelompok Universiti Malaya] dan kelompok IRC.
Kelompok aktivis PAS melihat kemenangan PAS boleh dicapai melalui kerjasama dengan parti lain. PAS mesti berada dalam pakatan pembangkang. Mereka fokus kepada aktiviti politik dan obses dengan kemenangan dalam pilihan raya. Antara pemimpinnya ialah Haji Mohamad Sabu, Haji Salahudin Ayub dan Dato Mahfuz Omar. Secara peribadi penulis beranggapan titik perubahan kelompok ini berlaku apabila Mahfuz Omar selaku Ketua Penerangan PAS menafikan pertemuan PAS dengan UMNO. Apabila beliau mengetahui ada pertemuan tersebut, beliau telah membuat permohonan maaf secara terbuka. Peristiwa ini dilihat membuka jurang antara kelompok aktivis pro Mahfuz-Mat Sabu-Salahuddin yang dilihat sahabat rapat dengan kepimpinan ulama.
Kelompok tarbiah Tuan Guru Yahya Othman terdiri daripada kelompok tarbiah atau kader yang pernah diasuh oleh TGYO. Seringkali anak-anak usrah beliau membandingkan kononnya fikrah TGYO berbeza dengan ‘fikrah Terengganu’ atau ‘fikrah Tuan Guru Harun Taib atau Tuan Guru Abdul Hadi Awang’. Fikrah TGYO lebih dekat dengan gerakan mahasiswa Islam. Kebanyakan kader mereka lepasan Universiti Malaya terutamanya mendapat pendidikan di Akademi Pengajian Islam Nilam Puri, Universiti Malaya. Kekuatan kelompok ini ialah tenaga muda yang membentuk jaringan profesional dalam pelbagai lapisan masyarakat. Mereka juga mempunyai kekuatan senior-senior daripada kelompok pengasas gerakan mahasiswa Islam di kampus pada awal tahun 1980an. Kumpulan Universiti Malaya atau Republik Islam sangat popular dalam Dewan Pemuda PAS era tahun 1980an dahulu. Antara pemimpin yang menjadi ikon impian kelompok ini adalah Dato Husam Musa.
Pada peringkat universiti, kelompok ini sangat menjaga hubungan baik dengan gerakan mahasiswa Islam [dikenali Grup Islah atau Grup I] terutamanya di Universiti Malaya. Jika pembaca perasan, wala’ kebanyakan para mahasiswa [terutamanya dari universiti utama kecuali UIA] selepas tahun 2000an bercelaru dari segi sokongan kepada PAS. Mereka wala’ kepada tokoh atau aliran  atau kelompok bukannya kepada gerakan Islam, PAS. Disinilah kita melihat kelahiran mantan pemimpin mahasiswa seperti Sheikh Omar yang menyertai DAP dan Nazree Yunus (PKR). Terkini (2016-2017) di Universiti Malaya, PMIUM memutuskan hubungan mereka dengan PAS.
Kelompok IRC bermanhaj Ikhwanul Muslimin bertapak dalam PAS sejak tahun 1970an lagi. Kekuatan dan pengaruh mereka bertambah besar sejak kemasukan para pemimpin mereka ke dalam PAS semasa pasca zaman reformasi tahun 1998. Antara pemimpin tersebut ialah Dr Dzulkefly Ahmad (Amir IRC UK) dan Ir Saari Sungip (Presiden Jemaah Islah Malaysia [JIM]). Ada yang bercerita Muktamar 2015 mengisahkan amaran IKRAM menarik balik sokongan terhadap PAS. ‘Masuk secara jemaah, keluar secara jemaah’. Selepas muktamar 2015 dan tertubuhnya PAN, hampir keseluruhan anggota atau mantan pimpinan IRC-JIM-IKRAM keluar PAS masuk PAN.
Pada masa depan, sesetengah pihak meramalkan [1] PAN akan bergabung dengan DAP, [2] PAN akan bergabung dengan PKR dan [3] PAN akan bergerak sendiri sebagai sayap politik IRC-IKRAM. Budaya ‘jemaah dalam jemaah’ dan ‘sifat menguasai jemaah lain’ merupakan amalan tradisi IRC-JIM-IKRAM banyak menyusahkan gerakan Islam yang ditumpangi oleh mereka dan merugikan umat Islam. Tidak mustahil PAN akan turut terseret ke lembah perpecahan ekoran daripada kelompok IRC-JIM-IKRAM dalam PAN.
Penyatuan ketiga-tiga puak ini ialah kemenangan pilihan raya, fokus politik bukannya tarbiah, politik kekuasaan, pro-Anwar Ibrahim, mahu undi bukan Islam(orang Cina), kesatuan pihak pembangkang dalam satu gabungan dan mengutamakan isu nasional bukannya isu Islam.
Kelompok Pro-Pakatan dikatakan taksub dan wala’ kepada Anwar Ibrahim. Semua pandangan dan tindakan Anwar Ibrahim adalah benar belaka. Lihat sahaja kenyataan dan tulisan Dr. Dzukefly Ahmad. Dr. Dzulkefly Ahmad menyokong Konsensus Nasional [Harakah, 3-6 Februari 2014]. Dr. Dzulkefly Ahmad, AJK PAS Pusat merangkap Pengarah Dewan Penyelidikan PAS Pusat juga menulis beberapa artikel untuk menunjukkan beliau bersungguh-sungguh menyokong Langkah Kajang sedangkan Langkah Kajang adalah projek kospirasi menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim. Antara artikel tersebut ialah ‘Meniti Liku-liku Rencana Kajang’ [Suara Keadilan, edisi 161, 18 Februari 2014] dan ‘Mengapa saya menyokong Rencana Kajang’ [Suara Keadilan, edisi 160, 11 Februari 2014].
B. Perundangan Islam Batu Penghalang
Penulis bersetuju dengan pandangan Dr Dzulkefly Ahmad, setiap individu dan kumpulan mempunyai pandangan atau kefahaman yang berbeza tentang konsep dan kaedah pelaksanaan perundangan Islam. Menurut Dr. Dzulkefly Ahmad, hukum hudud itu wajib, kaedah pelaksanaan  adalah ijtihad manusia. Kekhuatiran tentang aspek teknikal, substantif atau prosedur perundangan yang dikhuatiri berlaku ketidak adilan kerana ia diadili oleh manusia yang tidak maksum dalam menjalankan hukuman Allah. Nanti boleh membawa fitnah kepada Islam.
Khalid Samad pula mempersoalkan pendirian Presiden PAS dalam isu hudud. Abdul Hadi membalas hujah dengan menyatakan bahawa pembentangan Rang Undang-undang Persendirian  berkaitan Hudud tidak perlu dimaklumkan kepada Jawatankuasa PAS Pusat sebagaimana beliau pernah mengemukakan usul tersebut pada tahun 1996 dengan hanya memaklum secara peribadi kepada Ustaz Fadzil Noor, Presiden PAS ketika itu [Berita Harian, 19 April 2015. Sinar Harian, 19 April 2015].
Beberapa sebab ketidak-setujuan Dr. Dzulkefly Ahmad terhadap Perundangan Islam di Kelantan:
1.      Tentang fiqh keutamaan. Keutamaan kepada demokrasi yang subur dimana asasnya ialah berfungsi institusi semak dan imbang dalam pentadbiran awam. Lebih utama pengamalan tatakelola kerajaan yang baik berbanding penerapan perundangan Islam.
2.      Maqasid Syariah. Tujuan undang-undang Islam itu lebih utama dan paling atas mengatasi tujuan yang lain adalah mencapai keadilan dan keharmonian kepada semua.
3.      Persoalan pelaksanaan hukum. Proses taqnin atau legislatif disamping pelbagai aspek undang-undang substantif bukan sahaja tentang tafsiran nas. Mesti diambil dari segi undang-undang keterangan, undang-undang pentadbiran dan undang-undang tatacara. Kelantan belum bersedia dalam pelaksanaan Qanun Jina’iy.
4.      Bersetuju dengan mengambil pendekatan manhaj al-usuliyyah yang melihat bukan sahaja aspek nas (fiqh an nusus) tetapi mesti dipadankan dengan aspek pelaksanaan (fiqh at tadbiq) dengan mengambil kira suasana realiti (fiqh al waqi’). Kesan pelaksanaan mesti dihitung ke atas  umat dan negara. Itu dalam aspek maqasid syariah sebagai ma’alat al af’al (kesan dan risiko tindakan).
Berbalik kepada tajuk. Perundangan Islam menjadi ‘duri dalam daging’ hubungan PAS dengan DAP dalam Pakatan Rakyat. Isu ini menjadi faktor semerta hubungan PAS dengan DAP terputus.
18 Mac 2015 – Pembentangan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1993 (pindaan 2015)
19 Mac 2015 – Mesyuarat Jawatankuasa Negeri DAP Perak memutuskan untuk mengecam tindakan UMNO dan PAS atas pembentangan EKJS 1993.
20 Mac 2015 – Pemuda DAP Perak memutuskan hubungan dengan Dewan Pemuda PAS Perak selaras dengan keputusan Majlis Eksekutif Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) yang memutuskan hubungan dengan Dewan Pemuda PAS Pusat.
20 Mac 2015 – Lim Guan Eng sifatkan PAS pengkhianat. Beliau berkata, “isunya bukan semata-mata mengenai undang-undang hudud tetapi ia mengenai kepercayaan dan kejujuran beberapa pemimpin PAS. Adakah DAP boleh bekerjasama lagi dengan mereka sedangkan mereka kini sudah tiada beza dengan pemimpin UMNO?
20 Mac 2015 – Abdul Hadi Awang menyatakan, “kerjasama kita dalam pakatan pembangkang adalah kerjasama yang tidak membabitkan dasar parti. Tidak membabitkan halal dan haram bagi orang Islam. Sebagaimana kita tidak sentuh dalam perkara agama mereka, itu hak mereka, mereka juga tidak perlu menyentuh hal agama kita sendiri”. Hudud sendiri telah lama diperjuangkan oleh PAS. Pada tahun 1996/1997, PAS pernah membawa usul persendirian berkenaan hukum hudud di Parlimen.[61]
C. Cerita Dongeng PAS Bergabung UMNO [Dari Tahun 2008 hingga 2017 Tak jadi-jadi]
Kisah ‘Pro Umno’ sangat sensitif dalam PAS. UMNO musuh tradisi PAS yang banyak menzalimi PAS. Peristiwa Memali umpamanya memahat memori hitam kepada PAS.
Ketika Ustaz Nakhaie Ahmad meletakkan jawatan daripada jawatan tertinggi PAS, beliau masih dibawa ke hulu ke hilir oleh pendokong PAS terutamanya kalangan mahasiswa Islam. Beliau tak bersetuju dan marah nama beliau dikaitkan dengan UMNO. Tetapi akhirnya beliau menyertai UMNO.
Cerita ‘pro UMNO’ dan mahu bergabung dengan UMNO antara fitnah yang cukup berkesan dalam membunuh karekter seseorang pemimpin PAS. Cerita Pro-UMNO ini bermula pada tahun 2008 dan masih kekal sehingga ke hari ini (Jun 2017).
Kisah pro-UMNO ini bermula apabila berlakunya pertemuan antara pemimpin PAS dengan UMNO selepas pilihan raya tahun 2008.
Pertemuan, perundingan dan perbincangan dengan pihak musuh politik bukanlah suatu kesalahan. Ia berasaskan keperluan semasa.
Kita menghukum dalam perkara yang belum terjadi dan bertaraf persepsi. Akhirnya melahirkan fitnah kepada gerakan Islam dan umat Islam itu sendiri.
D. Label
Kita mati, mereka juga mati. Kebenaran, keikhlasan, niat dan amalan kita, kita serah kepada penghakiman Allah di mahkamah akhirat’
Juhala Umno, ulama kepala lutut, Jebon, peguam neraka dan Munafik Haraki  antara label yang dikenakan kepada sesetengah orang. Ada yang sanggup mengkafir dan menuduh orang mengatakan kafir. Menurut Mohamad Sabu, budaya label melabel antara punca utama perpecahan PAS.[62]
Seorang mukmin mesti bersabar dan jangan berjiwa tisu. Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nikmat digelar dan dilabelkan dengan pelbagai gelaran. Mereka terus bersabar dan jalan terus dan istiqamah dalam perjuangan.
Syeikh Dr. Yusuf al Qaradhawi menulis bukunya bertajuk Dahsyatnya Bersabar untuk memberi pedoman agar para pejuang Islam terus bersabar dan istiqamah dalam perjuangan mereka.
Jangan sesekali tertewas dengan kata-kata dan fitnah manusia jika kita berpandukan al-Quran dan as-Sunnah serta hidup dalam kalangan orang yang saleh.
Dalam persoalan melabel atau mengelarkan orang, ingatlah bahawa kita adalah pendakwah bukannya penghukum. Setiap pandangan kita mesti berlandaskan ilmu dan bertanggungjawab atas setiap pandangan kita di hadapan mahkamah Allah nanti.
Jika kita menyatakan persoalan batas iman dan kufur, pastikan dengan ilmu dan memenuhi syarat-syarat yang sudah ditentukan oleh ulama. Dan paling baik mengelakkan diri daripada mengkafir dan memunafikkan orang. Itu paling baik.
Sesetengah pihak cuba mendakwa PAS mengamalkan budaya takfiri dan PAS adalah kelompok khawarij. Dulu ia dimulakan oleh pihak UMNO terutama kalangan ulama muda UMNO. Kini, PKR dan PAN menyatakan PAS menganuti budaya takfiri.
Setiap ucapan atau penulisan seorang pemimpin atau ahli PAS adalah pandangan dan tanggungjawab sendiri, ia bukanlah pandangan dan pendirian rasmi PAS. PAS tidak bertanggungjawab dengan pandangan dan kelakuan peribadi pemimpin dan anggota PAS. Pemimpin dan anggota PAS perlu berwaspada dan menjaga diri masing-masing agar maruah mereka terjaga dan imej PAS terpelihara.
E. ‘Think Tank’ Pemimpin
Penasihat seseorang pemimpin termasuk penulis ucapan pemimpin merupakan sumber maklumat dan nasihat yang sangat mempengaruhi seseorang pemimpin. Anwar Ibrahim dikatakan dipengaruhi oleh Khalid Jaafar dan IKD. Abdul Hadi Awang oleh para setiausaha, Mustafa Ali dan Harun Taib. Manakala Nik Abdul Aziz Nik Mat dipengaruhi oleh orang disekeliling beliau terutamanya para setiausaha beliau.
Nik Mohamad Abduh menulis: " Kerajaan perpaduan yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu-pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga-lagakan antara TGNA (Tuan Guru Nik Aziz) dan TGHH (Tuan Guru Haji Hadi). Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!". Ahmad Awang mahu Nik Abduh menjelaskan kekeliruan yang dicetuskannya.[63]
Bukanlah kita mahu mencampuri kes ‘pembantu pemimpin yang berpakaian serba tahu’ tetapi kes ini mengambarkan betapa penting para penasihat pemimpin atau badan pemikir bagi sebuah parti dan seseorang pemimpin. Mereka boleh mempengaruhi pemimpin sekaligus mencorak jemaah atau organisasi.
G. Ancaman Aqidah dan Bahaya Orientalis
1. Tajziah Islam
Para orientalis dan musuh Islam kalangan umat Islam melaksanakan tajziah Islam atau memecah-bahagikan Islam atas hujah-hujah untuk memenuhi kehendak-kehendak perubahan yang rasional, sedangkan mereka lupa bahawa hukum-hukum yang tetap dan qat’i bukan sahaja terdapat dalam aqidah dan ibadah tetai mencakupi kekeluargaan, kemasyarakatan, perundangan dan pemerintahan. Trend tajziah ini dihidupkan kembali anak murid orientalis yang dibentuk untuk mengekalkan kesan penjajahan ke atas pemikiran agar terus terpisah daripada kesyumulan Islam.
Sikap menerima sebahagian Islam dan menolak sebahagian yang lain dengan usaha dan cara serta tafsiran-tafsiran yang mengelirukan. Islam adalah Islam bukannya Islam Reaksioner dan Islam Progresif. Yang ada adalah Islam al-Quran Islam dan Sunnah. Islam tidak tertakluk dengan perubahan zaman atau semangat zaman, ia mempunyai prinsip yang tetap dan mutlak, nilai-nilai bersifat universal dan mutlak.
Dalam aspek kenegaraan, Islam menetapkan dasar-dasar yang kulli dan memiliki ciri-ciri murunah atau keanjalan yang boleh dilakukan ijtihad didalamnya daripada mereka yang ada wibawa berdasarkan nas al Quran dan as Sunnah bukannya berdasarkan hawa nafsu dan fikiran yang kosong.
2. Mencipta Keraguan
Orientalis mencipta keraguan dalam beragama bahkan menyakini keraguan dalam menolak kebenaran. Impaknya agama dianggap satu wacana yang boleh diragui dan ditolak dengan mudah.
Islam dianggap setaraf dengan mitos dan dongeng.
Sesetengah mereka amat meminati cerita dongeng atau mitos. Tidak hairan mereka mengambil hujah dari cerita para dewa Yunani dan kitab mahabrata serta sastera Barat. Mereka juga meminat kitab kerohanian pelbagai agama. Dalam kelompok Islam, mereka meminati dan berbincang tentang pemikiran al Rumi dan Ibnu Arabi. Mereka minat tasawuf tanpa syariat.
Sebahagian ulama berjiwa orientalisme banyak menanam keraguan dalam masyarakat Islam dengan mengambil pandangan minoriti ulama sebagai pegangan. Mereka juga mencipta keraguan bagaikan memenuhi kehendak dan selera orientalis Barat. Mereka berselindung disebalik konsep maqasid syariah dan rahmatan lilalamin. Islam dianggap sama dengan agama yang lain.
Antara ciri ulama berjiwa orientalis dan ulama yang menyimpang ialah
a.      Melakukan perkara yang salah untuk mencapai tujuan yang betul [matlamat menghalalkan cara]
b.      Perjuangan berdasarkan tujuan dan maksud yang salah [Niat yang serong dan beragenda].
c.       Sumber ilmu yang tidak jelas dan bercampur-gaul antara kebenaran dengan keraguan.
d.      Kurang pengalaman
3. Islam Amerika
[al-Baqarah: 208]
Islam Amerika dipelopori oleh sarjana-sarjana Islam (akademik) yang berada dalam bilik dingin dan kelompok liberal yang suka berwacana tanpa amal dan noktah. Sebahagian besar mereka ialah tokoh-tokoh senior Ikhwanul Muslimin (Ikhwan Alami) yang berpelarian di negara-negara Barat. Tujuan asal mereka adalah baik iaitu merapatkan hubungan antara tamadun Islam dengan Barat melalui dialog peradaban dan kebersamaan dalam mewujudkan dunia yang lebih baik. Tetapi tindakan mereka banyak merugikan umat Islam dengan buah pemikiran yang menjurus ke arah sekularisme, pluralisme dan liberalisme. Mereka yang menjadi dalang disebalik kewujudan IIIT, WAMY dan pelbagai organisasi Islam di Barat.
Mereka mengemukakan hujah yang hebat dan istilah yang bombastik. Islam mereka tanpa syariat. Pengamalan Islam bersifat peribadi.
Mereka mempunyai teori, maklumat dan ilmu tetapi tidak ada keupayaan untuk beramal dan merealisasikan apa yang mereka dambakan. Mereka tiada jentera, akhir sebahagian mereka menjadi ahli politik dan penasihat-pemikir bagi politikus.
Kemunculan mereka banyak menghasilkan perpecahan dalam gerakan Islam di banyak negara kerana ia dilihat proses pembaratan atau sekularisasi masyarakat Islam.
Islam hanya ditonjolkan dalam batas tertentu sahaja. Islam tidak diberi peluang dan ruang untuk memimpin dan mentadbir.

4. Pentafsiran Baru Terhadap Islam
[al-Baqarah: 204]
Orientalisme mula diserap masuk ke dalam pemikiran sesetengah ulama yang melingkari Sekularisme, Nasionalisme, Pluralisme dan Liberalisme. Ulama ini bekerja keras menarik perhatian umat Islam terhadap pentafsiran baru Islam ini. Antara pentafsiran baru Islam ini ialah [1] melegalisasikan setiap projek atau program yang bercanggah dengan tuntutan syarak dan [2] dasar permisahan di antara politik dan agama. Para ulama ini mendahulukan agenda atau kepentingan kelompok mereka dengan mengemukakan dan mencari pelbagai alasan dan helah untuk mentabrir apa yang mereka lakukan. mereka dengan sengaja memutar-belitkan apa yang digariskan oleh al-Quran dan as Sunnah.
Kelompok ini cenderung kepada penerokaan baru untuk mencari jalan keluar dari sesuatu yang dilarang oleh Islam. Mereka menumpukan kepada sudut yang haram untuk dihalalkan dengan pelbagai alasan.
Mereka tahu sukar mengubah aqidah umat Islam tetapi mereka tahu mudah cara hidup, pemikiran dan sikap-akhlaq umat Islam ke arah tidak Islam dan memesong mereka daripada ajaran Islam.
Mereka menggunakan Islam untuk menentang Islam  dengan mencari ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis serta pandangan ulama yang terpencil untuk menyokong hujah dan tindakan mereka.
Para ulama ini dicipta watak mereka sebagai juara atau selebriti terkenal dalam masyarakat. Pandangan mereka popular dan perlu diikuti walaupun mereka merupakan kelompok minoriti dan pandangan mereka bukanlah pandangan majoriti ulama Islam.
5. Merendah Institusi Ulama dan Para Ulamak
Mereka yang terasuk dengan pemikiran orientalis merendah-rendahkan institusi ulama, peribadi ulama dan hasil karang ulama. Mereka mula mempertikaikan kewibawaan ulama-ulama muktabar dalam mentafsirkan al-Quran. Mereka berteori bahawa orang yang tidak mengerti bahasa Arab pun boleh mentafsir al-Quran. Mereka mengetepikan peranan ulama daripada kepimpinan ummah.
H. Parti Baru: Ibrah Kisah Masjid Dhirar
Jika kita merasakan keanehan pada diri seseorang pemimpin Islam, pejuang Islam atau ulama, lihatlah siapa gurunya, apa yang dia baca dan dengan siapa dia bergaul (termasuk institusi yang disertai)?. Baru kita tahu siapa dirinya yang sebenarnya’
Pelbagai jemaah Islam untuk menghidupkan dan menegakkan Islam dengan pelbagai pendekatan bukanlah suatu yang salah selagi berpegang kepada al-Quran, As-Sunnah, Ijma’ Ulamak dan Qiyas. Cuma perkara yang mesti kita berwaspada ialah penyusupan pihak musuh ke dalam organisasi atau penubuhan organisasi baru atau program yang sengaja diada-adakan untuk menidakkan usaha jemaah Islam menegakkan Islam sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya melalui panduan al-Quran dan as-Sunnah. Ia umpama pembinaan Masjid Dhirar yang cuba mengalihkan pandangan dan sokongan daripada perjuangan Islam.
Tujuan Masjid Dhirar dibina mempunyai niat atau agenda tertentu [Surah at Taubah: 107] iaitu
1.      menimbulkan kemudharatan (pada orang mukmin)
2.      Untuk kekafiran
3.      Untuk memecah-belahkan orang-orang mukmin
4.      Untuk menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu.
Orang munafik menyamar menjadi Sahabat Rasulullah SAW cuba melambat-lambatkan perjalanan tentera Islam dalam Perang Tabuk. Mereka telah membina Masjid Dhirar yang cantik untuk mengoda tentera Islam. Mengikut perancangan ketua orang munafik tersebut, Abu Amir al-Rahib akan menjemput Tentera Rom datang menyerang Madinah dan menghalau orang Islam keluar daripadanya. Sikap jahat Abu Amir al-Rahib mendorong Rasulullah SAW menggelarkannya sebagai Abu Amir al-Fasiq. Rasulullah SAW telah mengarahkan Sahabat baginda membakar masjid tersebut.
Satu lagi perkara yang menarik ialah penglibatan seorang Sahabat muda bernama Majmak bin Harithah RA. Beliau tidak tahu hakikat dan tujuan masjid itu dibina.
Projek Masjid Dhirar berterusan sehingga Hari Kiamat. Perancangan diatur dengan rapi.[64] Mereka menonjolkan kerja, organisasi dan program pada zahirnya Islam tetapi tujuan sebaliknya adalah menentang Islam. Kata Saidina Ali, ‘Kalimah yang benar yang bertujuan kebatilan’.
Penglibatan Majmak Bin Harithah anak muda dan orang saleh menunjukkan betapa mudahnya kita terperangkap dengan agenda pihak musuh.
Berwaspadalah!
I.  Taat Setia Kepada Amir Jemaah, Syura Jemaah atau Pakatan Rakyat?
Apabila perwakilan, ahli atau rakyat memilih seorang ketua, ketua tersebut diberi amanah dalam bentuk kekuasaan untuk menguruskan pemerintahan dengan amanah dan adil. Tujuan pemerintahan ialah [1] memelihara Ad-Din dan [2] mengatur urusan dunia.
Ketaatan ahli kepada pemimpin [Surah al Maidah: 55-56], ...’dan orang-orang yang beriman menjadi walinya’ dan sebuah hadith;
“Sesiapa yang mentaatiku telah mentaati Allah. Sesiapa yang tidak mentaatiku telah tidak mentaati Allah. Sesiapa yang mentaati pemimpin maka dia telah mentaatiku. Sesiapa tidak mentaati pemimpin, tidak mentaatiku” [HR Bukhari dan Muslim]
Jika kita meneliti sejarah Islam, sejak daripada zaman Rasulullah SAW sehingga Daulah Uthmaniyyah, pemimpin mempunyai kuasa tertinggi dan mutlak-veto. Walaubagaimanapun, Rasulullah SAW dan para pemimpin Islam masih mengamalkan budaya Syura dan musyawarah [Surah Ali Imran: 159] dalam bertindak.  Walaupun Amir atau Khalifah mempunyai kuasa mutlak-veto, mereka masih tertakluk dalam budaya Syura dan musyawarah [Surah asy Syura: 38] agar keputusan dihasilkan lebih baik.
Isu yang seringkali timbul ialah sejauh manakah perintah tidak mengikat atau ilzamnya pemimpin terhadap keputusan musyawarah?.[65] Maka timbul dua jenis Syura iaitu Syura Mu’limah dan Syura MulzimahMu’limah bererti seseorang pemimpin tidak terikat atau ilzam terhadap keputusan musyawarah. Mulzimah satu keputusan yang mengikat atau menuntut pemimpin beriltizam sepenuhnya melaksanakan keputusan yang dicapai dalam musyawarah. Jumhur ulama menyatakan bahawa tidak ilzamnya syura bagi seorang khalifah atau Amir dalam suatu perkara yang ia nampak kebenaran dan tidak demikian kepada bagi orang lain.
Kajian Kes 1: Anwar Ibrahim Masuk UMNO. Anwar Ibrahim selaku Amir Jemaah ABIM berijtihad untuk masuk UMNO dengan sokongan Jawatakuasa ABIM Pusat. Ijtihad ini ditolak oleh Majlis Syura ABIM.
Kajian Kes 2: Tan Sri Mohd Asri Muda seringkali mengunakan kuasa veto dalam sesuatu tindakan. Tan Sri Mohd Asri disokong oleh Jawatankuasa PAS Pusat. Muktamar PAS menolak Mohd Asri. Majlis Syura Ulama (MSU) diwujudkan untuk mengimbangi kuasa Presiden dan Jawatankuasa PAS Pusat.
Kajian kes 3: Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta restu atau mandat daripada Majlis Syura Ulama (MSU) dalam sesuatu tindakan apabila Jawatankuasa PAS Pusat dikuasai dan didominasi oleh kelompok Progresif sering ‘menganggu’ tindakan berdasarkan kebijaksanaan Presiden PAS atau Amir Jemaah. MSU terpaksa mencampuri urusan politik dibawah kekuasaan Jawatankuasa PAS Pusat.
Seseorang ketua atau pemimpin yang beriman mempunyai kebijaksanaan atau gagasan mereka pemikiran yang tersendiri. Anggota atau ahli bawahan boleh mengemukakan pandangan tetapi tidak boleh mengatasi keputusan yang ditentukan oleh ketua. Ujian ketaatan kepada ketua berlaku apabila sesetengah pihak yang berotak genius berpandangan idea mereka lebih hebat daripada ketua.
Sesetengah pihak cuba memainkan isu ketaatan seseorang wakil rakyat kepada PAS atau Pakatan Rakyat. Kononnya rakyat memilih mereka atas dasar mereka mewakili Pakatan Rakyat. Persoalan yang timbul, jika PAS tak pilih mereka sebagai calon, adakah mereka akan dicalonkan dalam pilihan raya?. Watikah pencalonan mereka sebagai wakil rakyat ditandatangani oleh siapa?. Mereka adalah wakil PAS dan ketaatan mesti kepada Presiden dan parti PAS bukannya Pakatan Rakyat.
Tindakan YB Ir Saari Sungip (Hulu Klang) dan YB Hasnul (Morib) mengingkari arahan kepimpinan PAS dengan menyokong Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor adalah perbuatan yang biadap dan menderhaka kepada PAS. Pada pandangan penulis, sangat sesuai istilah ‘barua’ dan ‘broker’ dilemparkan oleh Presiden PAS kepada mereka. Saari Sungip adalah mantan Presiden JIM dan pakar tarbiah IRC sudah mengerti apa itu adab berjemaah melakukan kesundalan dalam adab berjemaah apabila melanggari arahan Amir Jemaah.
J. Hukuman Bagi Orang yang Ingin Memusnahkan Jemaah Islam
Perang Tabuk mengambarkan betapa penting disiplin dalam sesebuah organisasi. Disiplin termasuk keakuran terhadap arahan dan taat setia kepada jemaah.
Dalam Perang Tabuk ada tiga Sahabat yang Saleh tanpa sebarang keuzuran tidak menyertai Perang Tabuk iaitu Ka’ab Bin Malik, Hilal Bin Umaiyah dan Murarah Bin Ar-Rabi’. Rasulullah SAW telah mengenakan tindakan disiplin ke atas kesalahan mereka tidak menyertai peperangan tersebut dan ingkar arahan ketua.
Tindakan YB Dato Husam Musa yang bertindak mengkritik PAS secara terbuka suatu tindakan mencabar kepimpinan PAS untuk memecat beliau. Akhirnya, beliau dipecat daripada PAS. Seorang lagi, YB Dato Mahfuz Omar bertindak berada dalam pentas pihak ‘musuh’ dan mengabaikan arahan jemaah mengambarkan beliau juga bersedia untuk dipecat. Mahfuz juga mengeluarkan kenyataan yang merugikan PAS dan bagaikan mencabar kepimpinan PAS memecat beliau.
Orang berjasa pada Jemaah Islam seperti Ustaz Dato Nakhaie Ahmad, YB. Ir Khalid Samad, YB Dato Husam Musa, YB Dato Mahfuz Omar, Tuan Haji Mohamad Sabu, Tuan Haji Salahuddin Ayub dan Tan Sri Mohd Asri Muda tidak boleh dinafikan usaha dan jasa mereka kepada Islam dan Jemaah Islam. Begitu juga dari segi amalan, barangkali mereka lebih baik daripada kita. Persoalan sekarang ialah DISPLIN. Tidak akur kepada arahan jemaah dan melakukan tindakan yang merugikan jemaah.
Kita sayang kepada para pemimpin Islam, tetapi jika tindakan mereka boleh memusnahkan parti/jemaah Islam. Mereka  mesti dikenakan tindakan disiplin.[66]
Sejak penubuhan PAN, kita boleh melihat perangai dan isi hati sebenar mantan pemimpin PAS yang keluar PAS melalui lisan dan tulisan mereka.
K. PAS, Demokrasi dan Taliban
Menurut Abdul Hadi Awang, PAS membawa Enakmen Syariah dalam kerangka demokrasi. PAS memperkenalkan dan membawa agenda untuk melaksanakan perundangan Islam melalui pendekatan demokrasi dan mengambil kira negeri yang kita menangi dengan suara majoriti.[67]
Menuduh PAS mahu mewujudkan Negara Ala Taliban atau Negara Teokrasi adalah fitnah dan berperangai keanak-anakkan serta tidak matang dalam berpolitik. Taliban menolak demokrasi sedangkan PAS menyertai pilihan raya. Taliban mengunakan pendekatan bersenjata sedangkan PAS bergerak secara aman. PAS mengamalkan Muwajahah silmiyah atau persaingan aman secara demokrasi.
PAS menolak konsep negara teokrasi. Konsep Negara Islam atau Negara Berkebajikan bukanlah konsep negara teokrasi. Pada tahun 2003, PAS telah menyahut cabaran Tun Mahathir dengan mengisytiharkan Dokumen Negara Islam yang disertai dan perlu dibaca bersama dengan 10 jaminan PAS Kepada Rakyat Malaysia.
Asas Dokumen Negara Islam versi Majlis Syura Ulama PAS ialah
a)         Negara Undang-undang
b)         Khilaafah
c)         Taqwa
d)         Syura
e)         Keadilan dan Kesamarataan (Al-‘Adaalah wal Musaawaah)
f)          Kebebasan (al Hurriyyah)
g)         Hak Ketuanan Mutlak (As-Siyaadah wal Haakimiyyah)

10 Jaminan PAS Kepada Rakyat Malaysia itu ialah
1.      Pelaksanaan Negara Islam seperti terkandung dalam dokumen menerima pakai Perlembagaan Persekutuan dengan beberapa pindaan mengikut keperluan.
2.      Bahawa hak semua rakyat Malaysia mengamalkan agama dan kepercayaan mereka adalah dijamin
3.      Hak rakyat Malaysia mempraktik, memaju dan memperkembangkan amalan kebudayaan dan ketatasusilan rumpun budaya adalah dijamin
4.      Tidak berlaku pemaksaan penganutan agama Islam ke atas Bukan Islam
5.      Sistem perundangan yang bersifat dualisme akan dikekalkan
6.      Tidak berlaku pendikriminasian mengikut kaum, keturunan dan jantina. Negara Islam utamakan  amalan meritokrasi
7.      Hak demokrasi setiap rakyat adalah terjamin seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan
8.      Semua kaum tanpa mengira bangsa boleh dipilih, dilantik serta melibatkan diri dalam proses politik perundangan dan pentadbiran negara.
9.      Bahawa hak untuk mendapat pendidikan dan mengikuti pelajaran dalam bahasa ibunda terjamin
10.  Keseluruhan hak-hak wanita termasuk hak untuk bekerja dan mencari sara hidup serta hak mempertahankan maruah dan harga diri terjamin.
Kesilapan sesetengah pihak membaca DNI tanpa membaca 10 Jaminan PAS kepada Rakyat Malaysia. Sebenarnya, ‘kelompok progresif’ tidak perlu kecewa kerana DNI dan 10 Jaminan PAS masih bersesuaian dengan idea asal Tuan Guru Fadzil Noor dan Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP) yang dinyatakan dalam Muktamar PAS ke 48 di Kota Bharu pada bulan Mei 2001.
Tujuh asas dikemukakan dalam Memorandum PAS Kepada Rakyat Malaysia: Pemerintahan Islam Abad ke 21 ialah
a)            Masyarakat Madani
b)         Hak Saksama (al musawah)
c)         Kedaulatan Undang-undang berasaskan syariah yang luas makna dan ruang lingkupnya.
d)         Keadilan
e)         Meritokrasi (as solahiyah)
f)          Negara Berkebajikan
g)         Pentadbiran dinamik dan inovatif

L. PAS Tidak Khianati Pakatan Rakyat.
PAS tidak mengkhianati Pakatan Rakyat. [1] Cadangan Kerajaan Perpaduan atau Unity Government (UG) adalah kerajaan tanpa pembangkang. Semua parti berada dalam kerajaan membentuk kabinet gotong-royong. [2] Dalam pertemuan selepas pilihan raya 8 Mac 2008, Pak Lah dan Khir Toyo bercakap tentang perpaduan Melayu dan membuat tawaran kepada PAS jika bekerjasama dengan UMNO-BN dengan tawaran  jawatan Menteri Besar Selangor dan Perak. Kedua-dua tawaran PAS tolak kerana perjuangan Islam yang inklusif.[68]
Menurut Mustafa Ali, diperingkat PAS, UMNO dan BN, isu dah selesai. Cuma media mempermainkan persepsi.
Dalam politik, antara pendekatannya ialah engagement dimana sebuah parti seperti PAS boleh berbincang apa isu pun dengan pihak kerajaan walaupun tidak disertai oleh PKR dan DAP. Dalam isu-isu tertentu, PAS mempunyai isu yang berbeza dengan parti yang lain seperti isu abu mayat Chin Pen.
Pada tahun 2004, PKR berada dalam situasi paling lemah. PAS tidak melarikan diri dan masih setia dengan PKR. Pada tahun 2008, DAP datang dan mahu bekerjasama kembali, PAS menerima DAP walaupun tahu ada benteng besar menghalangi dari segi ideologi dan pendekatan. Dalam PRU 13, PAS tidak menuntut jawatan Menteri Besar Selangor walaupun mempunyai jumlah kerusi lebih besar daripada PKR. Jika tergila-gila sangat ingin menjadi Menteri Besar Selangor, PAS boleh menerima pelawaan bergabung dengan UMNO di Selangor dan Perak. PAS menolaknya.
Dalam kes Pelantikan Menteri Besar Selangor, PAS menjadi Menteri Besar Selangor dengan perkenan Istana Selangor dan sokongan longgar UMNO-BN dan wakil rakyat bebas. Tidak PAS tidak mengambil kesempatan itu.
Rumusan dan Ibrah Konflik Dalaman PAS
1. Fungsi akhlak
Setiap pemimpin, ahli parti, penyokong dan simpatis serta pengundi mesti mempunyai akhlak dalam berpolitik.
Menurut Abdullah Zaik,
Penyakit yang biasa melanda para aktivis adalah ghurur (terpedaya oleh diri sendiri). Penyakit ini berlaku kerana para aktivis merasakan ia telah lama dalam kerja-kerja dakwah, usaha-usahanya sentiasa berjaya, jamaah yang disertainya terkenal dan barisan kepimpinannya masyhur serta disanjung oleh masyarakat. Keadaan seperti inilah yang cepat menjadikan mereka berpuas hati dengan sedikit amal dakwah yang mereka lakukan. Mereka cepat berpuas hati dengan sedikit pengorbanan yang mereka lakukan kerana mereka dapat berlindung di belakang sebuah jamaah yang terkenal. Penyakit lain yang biasa juga melanda para aktivis adalah penyakit cintakan kemasyhuran dan suka menonjolkan kehebatan –kehebatan.
Selepas tahap tersebut dia mula kagum dengan dirinya sendiri dan merasakan kejayaan jamaah adalah disebabkan oleh kemasyhurannya. Akhirnya ia merasakan bahawa ia boleh bergerak dan berperanan dalam dakwah tanpa berintima’ atau menyertai jamaah Islam. Lantas ia meninggalkan jamaah dan bergerak dengan meninggalkan dasar-dasar amal jama’ie.
Di antara masalah yang selalu berlaku ialah tidak patuhnya aktivis-aktivis terhadap keputusan-keputusan jamaah. Ini berlaku apabila seorang aktivis itu melakukan tindakan-tindakan yang mencanggahi peraturan-peraturan jamaah. Perkara ini termasuk juga tindakan seseorang aktivis menyatakan kepada masyarakat umum sesuatu perkara seolah-olah apa yang disampaikannya itu adalah pendirian jamaah.
Fungsi akhlak-adab menentukan sejauhmana kejayaan sesebuah jemaah. Dalam usaha kita meluruskan atau membetulkan jemaah, hati kita juga mesti dibetulkan. Sebagaimana pandangan Arwah Tuan Guru Yahya Othman,
Ya Akhi..bersihkan hati dari syahwatul Khafiyyah ( keinginan yang tersembunyi), jika hak kita, tiada siapa yang dapat merampasnya dan jika sememang hak orang, tidak akan jadi milik kita, walau bagaimana sekalipun kita berusaha untuk memilikinya. Allah bersama dengan orang yang diberi Allah jawatan kepadanya, dan Allah berlepas diri dari orang yang berkehendakkan jawatan untuk dirinya

2. Tanzim Ikhwanul Muslimin Alami
Bagi Ikhwanul Muslimin setiap umat Islam berhak untuk melakukan usaha dan aktiviti amal bagi memartabatkan Islam walaupun mencipta organisasi baru dan manhaj baru yang mereka yakini betul bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Ikhwanul Muslimin tiada masalah dengan pandangan bahawa umat Islam mempunyai berbilang-bilang organisasi.
Menurut Abdul Hadi Awang (Presiden PAS), idea menubuhkan jemaah baru di tempat yang sudah ada jemaah Islam bukanlah fikrah asal Ikhwan. Para senior Ikhwan dan tokoh gerakan Islam antarabangsa yang lain membantah idea ini. Idea ini datang daripada pemimpin muda Ikhwan yang bergerak dalam pelbagai tanzim dan menyelusup masuk dalam organisasi sekular serta pelbagai institusi di Barat. 
Bukan tugas Ikhwan mengIKHWANkan semua orang menjadi Ikhwan. Sebenarnya ramai tokoh Ikhwan yang keluar atau dipecat daripada Ikhwan. Mereka keluar tanzim Ikhwan tetapi masih kekal sebagai ‘Ikhwan’ dari segi fikrah[69]. Antara mereka Dr. Muhammad al-Ghazali, Said Hawwa[70] dan beberapa orang yang lain. Imam Hasan Al-Banna sendiri tidak menubuhkan cawangan Ikhwan di Arab Saudi pada zaman Al-Malik Faisal. Pada peringkat awal al-Banna berjumpa dengan Al-Malik Faisal (masa tu belum jadi raja) menyampaikan cadangan untuk menubuhkan Ikhwan di Arab Saudi, King Faisal menjawab: "alam tardho an akuna wasilataka fis su'udiyyah?" - adakah kamu tidak cukup dengan aku menjadi cawangan kamu di Saudi? Hasan Al-Banna tidak menubuhkan Ikhwan di Saudi, kerana bagi dia cukup kepimpinan King Faisal itu sebagai jamaah.[71]
Pada peringkat antarabangsa sudah cukup dengan satu front bersama dimana setiap wakil jemaah dari seluruh dunia berbincang dan bekerjasama. Front ini berperanan membuat qarar (ketetapan) yang dipersetujui besama. Semua jamaah di negara-negara umat Islam tadi wajib melaksanakan qarar-qarar tersebut semampu mungkin. Namun jika bertembung dgn realiti di negara masing-masing yang mengekang, maka qarar itu boleh untuk tidak dilaksanakan.
Bagaimana sikap kita terhadap kelompok Ikhwan Alami di Malaysia. PAS mengambil pendekatan sebagaimana Khalifah Ali Bin Abi Talib terhadap kelompok Khawarij yang tidak mahu berada dibawah kepimpinannya. Mereka ‘anak-beranak’ kita juga. Sahabat-sahabat bertanya ; kafirkah mereka (khawarij) ini? Saidina Ali (SA) menjawab ; tidak, kerana mereka ini beriman kepada Allah dan hari akhirat. Sahabat bertanya ; munafikkah mereka ini? SA menjawab ; Tak. kerana mereka ini mendirikan solat sedangkan munafik tidak mendirikan solat melainkan dalam keadaan malas. Sahabat bertanya lagi; maka siapa mereka ini? SA menjawab; mereka adalah saudara-saudara kita. Cumanya mereka tidak bersama dengan kita. Perangilah mereka jika mereka bertembung (muqbilin) dengan kita. Dan biarkanlah mereka (dengan kerja mereka) jika mereka tidak mengganggu kita (mudbirin).
Dalam PAS, masalah kutlah (kelompok) muncul berdasarkan negeri, tempat pengajian/alumni mahasiswa, aliran pengajian Islam, dan berdasarkan jemaah lama. Sesetengah kelompok ini menjadi brutus dalam politik. Apabila mereka kuat, mereka akan kembali bersatu sesama mereka dan menikam jemaah yang mereka tumpangi. Mereka akan bergabung dengan [1] orang yang bermasalah dalam jemaah, [2] kelompok terpinggir dan pencen, [3] kelompok merajuk dan [4] kelompok beragenda dalam jemaah.
Mereka tampil untuk merosakkan, mencetuskan krisis, melaga-lagakan para aktivis, menimbulkan keraguan aktivis terhadap qiadah dan aktivis pendakwah lainnya serta memecahbelahkan barisan umat Islam. Menurut Abdullah Zaik, mereka pun meresapi masuk ke dalam jama’ah untuk tujuan-tujuan tadi. Mereka melakukan fitnah penipuan serta pengkhianatan terhadap jama’ah secara halus dengan berselindung di sebalik taqwa dan agama serta meminta prasangka baik mad’u-nya atas kesalahan-kesalahan jelas yang dilakukannya,dengan mengatakan bahawa itu sebahagian dari dakwah,tarbiah dan fikrah Islam.
Dalam kes PAS pasca Muktamar PAS tahun 2015, kelompok-jalur IRC-JIM-IKRAM secara besar-besaran keluar daripada PAS bagaikan satu tanzim keluar daripada jemaah induk. Ini mengambarkan mereka wujud sebagai jemaah dalam jemaah selama ini dalam PAS.
Dalam PAS juga, satu lagi fikrah yang membentuk ‘tanzim’ tersendiri iaitu fikrah dan ‘tanzim’ Tuan Guru Yahya Othman[72]. Jalur fikrah dan tanzim TGYO memegang satu jalur pengkaderan mahasiswa terutamanya dalam konteks Alumni Mahasiswa Universiti Malaya (kini tahun 2017 terdapat Persatuan Alumni PMIUM). Anak-anak murid beliau berada di merata tempat dan posisi dalam PAS.  Melalui pemikiran dan pengaulan, mereka telah cuba meletakkan ikon-ikon pimpinan mereka ke posisi-posisi tertentu dalam PAS. Tanpa peleburan fikrah, ia telah terbukti munculnya perseteruan dalam persaingan kuasa dalaman PAS. Sebahagian besar jalur TGYO telah bersama PAN.
3. Adab Berkhilaf
“Setiap orang boleh menilai fikrah dan manhaj amal organisasi tersebut melalui undang-undang tubuhnya. Sesiapa yang meyakini manhaj tersebut sebagai manhaj yang hampir dengan sunnah rasul s.a.w dan memilih menyertai organisasi tersebut sayugia menghormati peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam organisasi tersebut yang telah ditetapkan oleh pengasasnya” – Abdullah Zaik, Presiden ISMA
Pertengahan tahun 1990an, tiga tanzim Ikhwanul Muslimin di Malaysia cuba disatukan. Kita lihat bagaimana luahan dan pengalaman Ustaz Abdullah Zaik, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) yang dikatakan salah satu tanzim Ikhwan di Malaysia.
Ustaz Abdullah Zaik menulis,
Namun sekiranya berlaku penggabungan antara dua organisasi; perkara utama dalam proses penyatuan saf adalah penyatuan fikrah dan manhaj berfikir dalam melaksanakan perlembagaan organisasi. Penyatuan fikrah memerlukan satu usaha yang amat berat sebab semua manhaj berfikir sebelum ini perlu dibincangkan satu-persatu sehingga wujud kesepakatan dalam perkara-perkara asas dan utama.
Kecualilah satu pihak bersetuju untuk meleburkan fikrahnya, manhaj dan budaya amal sebelum ini dan menyerap secara total ke dalam organisasi barunya dan mencairkan segala idealisma yang dimilikinya sebelum ini.
Namun secara tabie setiap orang akan membawa bersamanya nostalgia organisasi asalnya, fikrahnya dalam memahami sesuatu isu dan keutamaan langkah kerja, malah disiplin dan budaya kerja mereka. Perbezaan ini tetap menghasilkan perasaan ketidakserasian untuk beramal, hilang perasaan manis yang pernah dirasainya sebelum ini.
Jika sampai satu ketika penyatuan fikrah, manhaj berfikir dalam menentukan keutamaan, budaya kerja dan perasaan tidak berjaya disatukan dan masing-masing merasa tidak serasi dengan pihak satu lagi. Atau satu pihak tidak sanggup idea yang diyakininya dan didokong oleh mereka sebelum ini lambat laun ditelan dan cair kepihak satu lagi.
Atau mereka merasakan penggabungan ini lambat laun menuju kegagalan maka mereka patut memilih untuk menamatkan penggabungan ini secara baik bukan dengan memburuk-burukkan mana-mana pihak sebab asalnya mereka adalah dua organisasi yang bergabung. Apabila penggabungan tidak dapat diteruskan dan membawa kepada kegagalan disebabkan perkara yang tidak boleh dielakkan ia hendaklah ditamatkan secara berakhlak.
Sikap memburuk-burukkan seorang individu mungkin ada logiknya jika individu itu ternyata takbur dan gagal akur dengan keputusan mahkamah yang dijatuhkan ke atasnya setelah terbukti wujud dalil bukti kesalahannya dan dia gagal dalam membela dirinya.
Tetapi memburuk-burukkan satu kumpulan manusia, satu organisasi atau satu tanzim yang dahulunya dijemput untuk bergabung secara musyawarah adalah tidak masuk akal sama sekali.
Malah syarak juga menegaskan bahawa sekumpulan orang yang beriman tidak mungkin berpakat di atas perkara kesesatan.
Kecualilah semasa penggabungan itu semua organisasi yang mereka asaskan sebelumnya dibubarkan dan mereka benar-benar mencipta tanzim baru dan bergabung semua sekali, berinteraksi dan bertukar-tukar fikrah dan manhaj tarbiyyah bersama-sama dan melupakan segala perbezaan lama; ketika itu jika ada pihak cuba menghidupkan tanzim lama beliau perlulah disekat dan dimahkamahkan.
Sebaliknya jika penggabungan hanya dilakukan terhadap beberapa orang tertentu sebaliknya majoriti ahli tanzimnya yang dianggotainya tidak tahu dan tanzim tidak dibubarkan, malah dibiarkan bergerak mengikut manhaj amal terdahulu bukan manhaj amal baru yang disepakati maka ia bukan penggabungan yang sebenarnya dan kegagalannya tidak patut dipertanggungjawabkan kepada sebelah pihak sahaja, diburuk-burukkan dan dipersalahkan.
Apatah lagi jika kesalahan itu dicipta, direka, dipaksakan atau disengajakan oleh konspirator dan diada-adakan tanpa bukti yang meyakinkan lalu hukuman dijatuhkan tanpa memberi hak langsung untuk membela diri di mahkamah yang adil.
Sebaliknya jika hati mereka sama-sama ikhlas, saling menghormati tetapi fikrah mereka berbeza maka mereka perlu memilih jalan masing-masing dengan baik dan meraikan adab perselisihan dengan baik, sehingga fikrah mereka dapat disatukan semula setelah melalui pengalaman, bertambah ilmu dan proses-proses perbincangan.
Bagi saya sikap ini lebih manis, lebih adil dan ‘gentlemen’ dan membuka ruang penyatuan di masa-masa hadapan. Mungkin generasi berikutnya boleh bersatu dan mereka akan merasa bangga dengan sejarah kematangan harakah yang mereka lalui daripada warisan yang ditinggalkan oleh ibu bapa mereka. Kalau tidak sejarah hitam itu tetap akan terukir dalam lipatan sejarah.
Seseorang mungkin boleh menipu seorang pada satu-satu masa tetapi mereka tidak mungkin menipu semua orang di setiap masa.”
Pengabungan tanzim Ikhwan di Malaysia antara HALUAN Malaysia, ISMA dan JIM gagal. JIM bersama-sama agensi, organisasi atau institusi dibawah pengaruhnya telah menubuhkan IKRAM. Dikhabarkan hanya IKRAM mendapat sokongan daripada Ikhwanul Muslimin Alami jika dikira diatas kehadiran mereka dalam aktiviti Ikhwan Alami. ISMA dan HALUAN Malaysia masih mempunyai hubungan tertentu dengan pemimpin Ikhwan.
PAS mesti menolak pendekatan tanzim Ikhwan Alami dan anggota perlu berwaspada dengan mereka. Kita boleh mengenali mereka dengan melihat pengaulan mereka.
Jika kita melihat pendekatan perjuangan, IRC-JIM-IKRAM banyak menghasilkan masalah. Mereka pernah mengucar-kacir PAS dan ABIM. Mereka meletakkan para pemimpin dan ahli mereka dipelbagai posisi sehingga menghilangkan ketanzim-IKRAMan mereka. Dalam PKR, PAN, Negaraku dan pelbagai organisasi lain. Pemimpin/ahli IRC-IKRAM aktif  dalam organisasi sekular dan bersekutu dengan pihak/pemimpin yang jelas  menyokongSekularisme, Pluralisme dan Liberalisme bahkan menentang Islam. Mereka menyalahi fikrah Ikhwanul Muslimin iaitu Rukun Bai’ah Kelapan, Rukun Tajarrud (tegas) dan wajibat ke 37 dan ke 25. Adakah mereka Ikhwan yang tulen?.


4. Kunci Kestabilan Politik Malaysia Terletak kepada Melayu-Islam
Politik penyatuan umat Islam-Melayu di Malaysia sangat didambakan kerana ia adalah kunci kepada kestabilan politik dan kesejahteraan ekonomi selama ini.
Jika dilihat kepada ancaman terhadap Islam dan umat Islam, bagaikan ada satu perancangan tersusun pada peringkat antarabangsa. Islam secara rasmi dikaitkan dengan keganasan sejak tahun 2001 dengan pelanggaran pesawat ke atas WTC. Pelbagai keganasan dikaitkan dengan Islam dan umat Islam. Ia menghasilkan Islamfobia dikalangan bukan Islam. Pada peringkatan tempatan, kelompok bukan Islam mula mencabar dan membuat acah-acahan terhadap pelbagai isu tentang Islam. Antaranya menyambut Hari Jubli Jurusalem, pertemuan LGBT dan lain-lain. Bahkan keluarnya istilah ‘Lesbian Beriman’. Tujuannya mengucar-kacir umat Islam dan mengelirukan umat Islam. Malangnya, ia disokong oleh muslim yang sekular, pluralis dan liberalis. Dari segi politik, kelompok SEPILIS aktif dalam PKR dan DAP. Penyokong mereka menyertai PAN.
Selain Islam, mereka juga mengacah kedudukan Raja-raja Melayu dan Hak Keistimewaan Orang Melayu.
Di Malaysia, Orang Melayu-Islam penentu kestabilan politik dan kesejahteraan negara semakin hilang kewibawaan kerana GAGAL menonjolkan pemimpin Melayu-Islam yang BERWIBAWA. Orang Bukan Melayu-Islam tidak mengHORMATI pemimpin Melayu-Islam yang lemah.
5. Fikrah Gerakan Islam
Setiap orang boleh menilai fikrah dan manhaj amal organisasi tersebut melalui Undang-undang Tubuh dan Perlembagaan sebuah jemaah atau organisasi. Sesiapa yang meyakini manhaj tersebut sebagai manhaj yang hampir dengan sunnah Rasulullah s.a.w dan boleh memilih menyertai organisasi-jemaah tersebut. Proses penyatuan saf adalah penyatuan fikrah dan manhaj berfikir dalam melaksanakan perlembagaan organisasi-jemaah dengan meleburkan fikrah-fikrah terdahulu.
Perlembagaan PAS jelas dengan sumber rujukan utama PAS ialah al-Quran, as-Sunnah, Ijma’ Ulama dan Qiyas, dan kewujudan Masyarakat Islam sebagai matlamat utama perjuangannya. Pemimpin boleh bertukar ganti atau boleh diganti, matlamat dan susun atur perjuangan mesti berdasarkan Perlembagaan PAS.
6. Lebih Genius, Lebih Suci.
Perkembangan ilmu dan dunia teknologi maklumat melahirkan ramai sang genius. Dalam konteks Islam, genius yang sebenar ialah orang yang mengingati MATI dan Hari Akhirat. Mengingati MATI dan Hari Akhirat menghasilkan tindakan atas pertimbangan pahala-dosa dan syurga-neraka bukannya kepentingan dunia semata-mata.
Dalam politik, genius bukanlah perkara yang pertama. Yang pertama dalam politik ialah menjadi pemimpin  yang BERPENGARUH. Pengaruh dapat dicari dengan ‘kegeniusan’ sosial melalui keupayaan komunikasi dan kemahiran bersosial ditambah dengan kebolehan berpidato (lebih tepat: kekuatan menyampaikan maklumat). Dalam politik Islam, politik berdasarkan AQIDAH. Politik untuk akhirat, diatas pertimbangan pahala-dosa dan syurga-neraka serta menegakkan Islam sebagai ADDIN di muka bumi dengan panduan al-Quran dan as-Sunnah.
Kelemahan orang genius ialah apabila menghadapi UJIAN KETAATAN. Orang genius sukar untuk TAAT, akibatnya mereka sukar untuk SETIA, sukar untuk KERJA BERPASUKAN dan sukar untuk ISTIQAMAH dalam perjuangan. Hilang DISIPLIN dalam berorganisasi.
Dalam kalangan ulama atau lulusan agama, mereka merasakan diri mereka lebih suci. Mereka memberi pandangan dengan hujah atau dalil agama, justeru pandangan mereka betul dan benar. Pandangan mereka itu suci dan perlu diikuti. Ini melahirkan bahawa mereka perlu dihormati dalam sesbuah organisasi.
Ulama atau lulusan agama yang menganggap mereka orang suci, SEDARlah! Jangan mencontohi perangai IBLIS yang SOMBONG dengan ILMU dan DIRInya. Kekuatan orang berilmu pada ADABnya. Antara adab penting yang WAJIB ada pada orang berilmu adalah TAWADUK-Rendah hati. Buang EGO, turun ke lapangan dan selami hati pengikut yang pelbagai sifat dan kemampuan dalam beramal.
Orang suci menghadapi ujian AMAL. Sejauhmana mereka beramal dengan ilmu dan apa yang diUCAP-TULIS oleh mereka.
7. Menghadapi Krisis Dalaman Dalam PAS
PAS tidak gentar dengan konflik dalaman kerana dasar PAS  sangat kukuh, dasar PAS akan menjadi penapis memilih siapa yang lebih istiqamah dalam perjuangan Islam.  Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan pernah berkata
“Yang paling besar, perlembagaan parti kita sangat kukuh. Al-Quran, Hadis, Ijmak Ulama dan Qiyas, di mana sifat kesabaran kita dan kebijaksanaan kita dipandu oleh petunjuk Islam. Ini yang paling menyelamatkan kita. Dengan sebab itu dalam semua krisis di sepanjang zaman, PAS tetap selamat, mereka yang tidak istiqamah tidak selamat, sama ada dia dipecat dari parti atau pun dia akan terkeluar dengan sendiri, tidak mengira sama ada dia Presiden parti atau pun ahli biasa. Pernah Presiden parti keluar parti, pernah dipecat, bukan sahaja ahli biasa yang dipecat, dalam keadaan PAS terus teguh dan kuat. Yang penting mereka istiqamah dengan perjuangan. Siapa yang istiqamah, dia selamat, yang tak istiqamah walaupun siapapun dia tidak selamat.”
Hayatilah nasihat Tuan Guru Yahya Othman pada saat hadapi krisis:
1.         Jangan pendek nafas dan sesak nafas dalam menghadapi fenomena ini
2.         Mengetahui kewajipan bersama-sama jemaah
3.         Mengetahui adab-adab berjemaah dengan akhlaknya sekali
4.         Mengetahui tanggungjawab kita kepada jemaah
5.         Tidak membenarkan keluar daripada jemaah Islam atas apa alasan sekalipun.

8. Sabar dan Bertoleransi Dalam Perjuangan
Suatu hari seorang pengikut Ikhwan bertanya kepada Ustaz Muhammad Hamed Abdul Nasir, Mursyidul Aam ; ”Berikan aku nasihat ”
Ustaz  Muhammad Hamed Abdul Nasir menjawab, “Bersabarlah dan toleransilah sesama Ikhwanmu
Kemudian pengikut Ikhwan tersebut menyambung pertanyaan, “walaupun jika berlaku kekacauan? ”
Beliau menjawab, ‘ya’. Kemudian menyambung “jikalau aku berbuat sebagaimana yang dibuat oleh sebahagian dari Ikhwan, dan aku tidak bersabar dan bertoleransi , maka aku tidak akan menyelesaikan kekusutan yang berlaku dalam dakwah ini , dan aku tidak mungkin menjadi seorang Mursyidul Aam. Kerana aku selalu mengingati firman Allah s.w.t : dan bersabarlah engkau (Muhammad) bersama orang orang yang menyeru tuhannya pada pagi dan senja hari dengan mengharap keredhaan Nya , dan janganlah memalingkan kedua matamu dari mereka kerana mengharapkan keindahan dunia , al Kahf : 28 . Aku sentiasa meletakkan di hadapan pandanganku : dan demi tuhanmu bersabarlah , al Mudathir : 7 . Sabarlah saudaraku , dan bertolak ansurlah dengan Ikhwanmu ”

8. Ulama Memimpin Umat dan Keistimewaan PAS
Cari sebuah parti yang didalamnya ramai ulama’- Pak Da Eil
Di atas adalah rumusan Pak Da Eil (Ulama besar Melayu di Makkah) tentang parti politik. Dasar Islam dan ramai ulama dalam sesebuah parti bernuasa Islam, insya Allah kita selamat dunia dan akhirat walaupun parti Islam itu mundur, sentiasa kalah dalam pilihan raya dan dianggotai oleh ahlinya yang lemah iman dan akhlak. Ulama dan Dasar Islam dalam parti tersebut adalah penawar yang boleh mengubati penyakit tersebut dengan izin Allah.
Sheikh Ismail Al Fathani atau Pak Da Eil adalah guru muktabar yang mengajar di Makkah Al Mukaramah . Beliau sangat alim . Sheikh Ismail merupakan tokoh guru yang mashur di Makkah.
Keistimewanya PAS paling besar adalah martabat ulama dalam PAS itu sendiri.
Menurut Dr Hammam Said, mantan Muraqib Ikhwanul Muslimin Jordan, kekuatan PAS ialah
Kewujudan para ulama pada peringkat tertinggi adalah jaminan paling besar bagi parti ini. Kerana hubungan umat dengan para ulama adalah satu hubungan yang kuat. Apabila terdapat ulama di situ, maka kepimpinan tersebut berjalan di atas dasar al-Kitab (al-Quran) dan sunnah Rasulullah s.a.w. Ini menjadikan orang ramai berasa tenteram dan selesa dengan kepimpinan tersebut.”
“Jika kepimpinan itu hanya semata-mata bersifat politik, pragmatisme dan urusan politiknya datang dari luar (rujukan) Islam, luar dari al-Kitab dan as-Sunnah… akhirnya orang ramai tidak lagi bersatu di bawah kepimpinan sebegitu.”
Dalam usaha memperkasakan kepimpinan ulama, PAS telah mewujudkan Majlis Syura’ Ulamak yang berperanan menghurai, menjelas dan mentafsirkan dasar PAS dan Perlembagaan PAS. Mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan ketetapan itu dipatuhi dan dilaksanakan. Dan memelihara, menjaga dan mengawal tatatertib PAS.
Kehadiran ramai ulama boleh membendung gejala SEPILIS daripada merebak dalam kumpulan dan masyarakat Islam.

LAMPIRAN
Rukun Bai’ah + Wajibat
Rukun Bai’ah dan Wajibat adalah FIKRAH ASASI Ikhwanul Muslimin disusun melalui firasat, ilham dan pengalaman Asy-Syahid Imam Hassan al-Banna.
10 RUKUN BAI’AH IKHWANUL MUSLIMIN
1. Al-FAHM
Iaitu faham dan seterusnya meyakini bahawa fikrah kita adalah Fikrah Islamiah yang sebenar. Kefahaman adalah kunci kepada keselamatan dan kejayaan dakwah kita kerana tidak mungkin Islam itu diperjuangkan oleh mereka yang tidak memahami Islam itu sendiri. Pepatah Arab pernah menyebut (ﻪﻳﻁﻌﻳﻻ ﺀﻲﺷﻟﺍﺩﻗﺎﻓ) yang bermaksud “orang yang tidak memiliki sesuatu itu tidak mungkin dapat memberinya”.
Kefahaman yang dikendaki di dalam Rukun Bai’ah ini meliputi pecahannya yang dikenali sebagai al-Usool al-Isyreen (Usul 20) oleh al-Imam asy-Syahid Hasan al-Banna. Rumusan 20 usul Rukun Faham ialah
1. Islam adalah agama yang menyeluruh dan lengkap.
2. Al-Quran dan As-Sunnah adalah rujukan asas dalam perundangan Islam.
3. Iman sejati, ibadah yang sah dan perjuangan mempunyai cahaya dan kemanisan di dalam hati. Ilham, lintasan hati, mimpi tidak boleh dijadikan dalil hukum Agama.
4. Tangkal, jampi selain ayat Al-Quran dan Hadis serta mendakwa tahu hal ghaib (yang belum berlaku) adalah munkar yang wajib dibenteras.
5. Keputusan pimpinan dalam organisasi wajib dilaksanakan dalam perkara maslahat, yang tiada nas atau ada nas tetapi mempunyai berbagai tafsiran.
6. Kata-kata seseorang selain Rasulullah saw tidak semestinya betul dan diterima.
7. Seorang yang belum pakar dalam Feqah, ikutlah salah satu dari 4 Mazhab tanpa taksub. Terimalah pandangan mazhab lain jika dalilnya lebih kuat.
8. Perbezaan dalam Feqah jangan membawa kepada perpecahan hati.
9. Jauhi perdebatan Feqah yang tidak membawa kepada tindakan amali.
10. Kita beriman kepada Ayat-ayat Sifat tanpa menafsir atau menolaknya.
11. Semua Bid’ah yang tiada asas Syarak adalah munkar yang wajib dibenteras.
12.Bid’ah Idafiah, Bid’ah Tarkiah, Bid’ah Iltizamiah adalah khilaf ulamak.
13. Keramat boleh berlaku pada Wali-wali Allah, namun mereka tidak boleh memberi menfaat atau mudharat kepada diri mereka, apatah lagi kepada orang lain.
14.Ziarah kubur adalah sunnah Rasulullah saw. Jangan dicampur dengan Bid’ah.
15. Tawassul dalam berdoa adalah khilaf ulamak dan bukan dalam masalah Aqidah.
16.Dalam mengeluarkan hukum, Syarak merujuk kepada intipati sesuatu perkara dan bukan nama yang dipakai orang ramai.
17. Amal hati lebih utama dari amal anggota. Kedua-duanya penting.
18.Islam mengangkat peranan akal manusia.
19.Tiada pertembungan diantara Syarak dan ilmu Sains yang sahih.
20.Kita tidak mengkafirkan orang Islam melainkan dengan syarat-syarat yang ketat.

2. AL-IKHLAS
Keikhlasan di sini bermaksud petugas Amal Islami mestilah meletakkan qasad atau niat pada perkataan dan perbuatannya secara menyeluruh kerana Allah, tanpa mempunyai apa-apa maksud terhadap keinginan harta, kemegahan atau gelaran. Dengan demikian itu jadilah ia Jundi (tentera) Fikrah dan Aqidah, bukannya jundi kemaslahatan.
3. AL-AMAL
Petugas hendaklah bekerja dan melaksanakan kefahamannya serta merealisasikannya sebaik mungkin. Amal di sini meliputi pengelokan diri, pembentukan rumahtangga Muslim, pendidikan masyarakat, pembebasan tanah air, pengislahan pemerintahan dan mengembalikan kedaulatan Islam di peringkat antarabangsa sehingga tiada lagi fitnah dan jadilah agama itu keseluruhannya bagi Allah (al-Anfaal: 39)
4. AL-JIHAD
Iaitu jihad yang kewajipannya berlangsung sehingga ke hari Kiamat. Ia merujuk kepada Hadith (ﺔﻳﻟﻫﺎﺟﺔﺘﻳﻣ ﺖﺎﻣﻭﺯﻐﻠﺍﻮﻧﻳﻡﻟﻭ ﺰﻐﻳ ﻢﻟﻭ ﺖﺎﻣﻥﻣ) yang bermaksud “Barangsiapa mati dan tidak pernah berperang jihad serta tidak pernah berniat untuk berperang jihad, maka matinya adalah mati jahiliah”.
5. AT-TADHIYYAH
Iaitu pengorbanan. Ia meliputi pengorbanan diri, harta, masa, hayat dan segala-galanya di jalan matlamat.
6. AT-THA’AH
Ketaatan yang dimaksudkan di sini adalah ketaatan di dalam mematuhi perintah pimpinan dan melaksanakannya sama ada di dalam keadaan susah atau senang. Ketaatan ini dipagari oleh batas-batas perkara yang duduk di bawah ketaatan kepada Allah dan Rasul.
7. AT-TSABAT
Tsabat yang dikehendaki di sini adalah berkekalannya petugas Amal Islami bekerja dan berjihad ke arah merealisasikan matlamatnya tanpa diganggu gugat oleh panjangnya masa dan berleretan tempoh sehinggalah ia mati bertemu Allah. Dengan demikian itu ia berhasil memperolehi salah satu daripada dua kebaikan iaitu tercapainya kemenangan atau syahid.
8. AT-TAJARRUD
At-Tajarrud bermaksud seorang Petugas Amal Islami itu menyempurnakan fikrahnya tanpa terpengaruh, terganggu atau terbawa-bawa dengan apa-apa campur aduk anasir yang berada di luar fikrahnya sama ada anasir itu berbentuk pengaruh idea, prinsip mahu pun individu. Menjadi kewajipan kepada kita untuk menghayati bahawa fikrah kita adalah fikrah tertinggi, mulia dan sempurna.
9. AL-UKHUWWAH
Apa yang dikehendaki daripada Ukhuwwah di sini adalah ikatan hati dan jiwa sesama petugas Amal Islami dengan ikatan Aqidah. Sesungguhnya ikatan Aqidah adalah sekukuh-kukuh ikatan.
10. ATS-TSIQAH
Kepercayaan yang dimaksudkan di sini adalah tenteramnya hati seorang Jundi itu kepada pemimpinnya, kemampuan dan keikhlasan pemimpin itu. Tenteram hati itu begitu mendalam dan ia tercerna dari kasih sayang, penghargaan, rasa hormat dan taat.
38 Wajibat Al-Akh
Wahai Saudara yang jujur,
Keyakinan anda dengan baiah ini telah mewajibkan anda supaya menunaikan segala tanggungjawab berikut agar anda menjadi seketul bata yang kukuh dalam pembinaan ini:
1. Anda hendaklah mempunyai wirid harian, tidak kurang daripada satu juzuk al-Quran. Berusahalah supaya menghabiskannya tidak melebihi sebulan dan tidak kurang daripada tiga hari.
2. Anda hendaklah memperelokkan bacaan al-Quran anda atau mendengar dan mentadabbur maknanya. Anda hendaklah mempelajari sirah dan sejarah generasi silam mengikut kelapangan masa yang ada pada anda. Sekurang-kurangnya buku yang dibaca ialah, “Humatul Islam”. Anda hendaklah banyak membaca hadis Rasulullah s.a.w. dan hafallah sekurang-kurangnya empat puluh hadis, terutama hadis empat puluh Imam Nawawi. Anda hendaklah mempelajari buku-buku tentang asas akidah dan cabang fikah.
3. Anda hendaklah melakukan pemeriksaan perubatan yang menyeluruh dan berusaha merawat segala penyakit yang ada pada diri anda. Anda hendaklah mengambil berat aspek kekuatan dan penjagaan badan serta jauhkanlah daripada segala punca yang melemahkan tubuh badan.
4. Anda hendaklah menjauhkan tabiat mengambil minuman kopi, teh atau minuman perangsang secara berlebihan. Janganlah anda minum minuman seperti ini kecuali jika perlu dan jauhi sama sekali tabiat merokok.
5. Anda hendaklah mengambil berat soal kebersihan dalam semua keadaan, kediaman, pakaian, makanan, tubuh badan dan tempat kerja. Kebersihan adalah teras agama ini.
6. Anda hendaklah sentiasa bercakap benar dan tidak akan sekali-kali menipu.
7. Anda hendaklah bersikap amanah pada janji dan setiap percakapan. Janganlah anda mungkiri janji walau apa keadaan sekalipun.
8. Anda hendaklah bersikap berani dan bersemangat waja. Sikap berani yang paling baik ialah lantang menyatakan kebenaran, bersedia menyembunyikan rahsia, mengakui kesilapan, jujur dengan diri sendiri dan mengawal diri ketika marah.
9. Anda hendaklah bersikap serius dan sentiasa bersungguh-sungguh. Walau bagaimanapun sikap serius ini tidak bermakna anda mengenepikan senda gurau yang benar dan gelak ketawa.
10. Anda hendaklah bersikap pemalu dan sensitif, amat peka dengan perkara yang baik dan yang tidak baik. Gembira melihat yang baik dan sedih melihat yang tidak baik. Anda juga hendaklah bersikap merendah diri tetapi bukan menghina diri atau mengampu. Jika apa yang anda minta itu lebih rendah daripada kedudukan anda nescaya apa yang anda minta itu pasti akan tercapai.
11. Anda hendaklah bersikap adil dan mampu memberikan keputusan yang betul dalam semua keadaan. Janganlah kerana kemarahan anda melupakan kebaikan dan jangan juga anda melelapkan mata melihat keburukan. Janganlah kerana persengketaan, anda melupakan nilai-nilai murni. Nyatakanlah kebenaran walaupun kepada diri anda sendiri atau kepada orang yang paling hampir dengan anda, walaupun ia pahit.
12. Anda hendaklah bergiat cergas dan terlatih untuk berkhidmat kepada masyarakat. Anda perlu merasa seronok dan gembira jika anda mampu memberikan sesuatu khidmat kepada orang lain. Anda hendaklah melawat orang sakit, membantu mereka yang memerlukan bantuan, orang yang lemah dan orang yang ditimpa malapetaka walaupun sekadar mengucapkan kata-kata yang baik. Sentiasalah berusaha untuk melakukan kebaikan.
13. Anda hendaklah mempunyai hati yang penyayang, pemurah dan pemaaf, sedia memaafkan, melayan dengan baik dan bersabar dengan manusia dan haiwan. Anda hendaklah memberikan layan yang baik kepada semua manusia. Anda hendaklah memelihara adab-adab pergaulan dalam Islam. Dengan ini bermakna anda perlu mengasihi anak-anak kecil, menghormati orang tua, memberikan orang lain ruang untuk duduk dalam majlis. Janganlah anda mengintip, mengumpat dan mengangkat suara. Minta izinlah ketika ingin masuk dan keluar. Begitulah seterusnya.
14. Anda hendaklah berkemampuan untuk membaca dan menulis dengan baik. Perbanyakkanlah membaca tulisan-tulisan, akhbar, majalah atau sebagainya yang ditulis oleh Ikhwan. Anda sendiri hendaklah mempunyai sebuah perpustakaan walaupun kecil. Anda hendaklah meningkatkan penguasaan ilmu dan kemahiran anda jika anda merupakan orang yang berkepakaran. Anda hendaklah menguasai keseluruhan permasalahan Islam secara mendalam sehingga anda mampu memahami dan memberikan jawapan yang tepat sesuai dengan kehendak fikrah anda.
15. Anda hendaklah menjalankan kerja-kerja ekonomi walaupun anda seorang yang kaya. Anda hendaklah berusaha untuk bekerja sendiri walaupun secara kecil-kecilan. Anda hendaklah tumpukan usaha anda dalam kerja tersebut walau setinggi mana sekalipun pencapaian akademik anda.
16. Elaklah jawatan dalam kerajaan dan anda hendaklah menjadikan jawatan dalam kerajaan ini sebagai pintu rezeki yang terakhir. Walau bagaimanapun janganlah anda menolak jika anda diberi peluang dan janganlah anda melepaskan jawatan tersebut kecuali jika jawatan tersebut bertentangan sama sekali dengan kewajipan dakwah anda.
17. Anda hendaklah bersungguh-sungguh menjalankan tugas anda dengan menjaga aspek kualiti, tekun, tidak korup dan hendaklah menepati janji.
18. Anda hendaklah menunaikan segala hak-hak anda dengan baik dan menunaikan segala hak orang lain tanpa perlu diminta dan tidak melewat-lewatkannya sama sekali.
19. Anda hendaklah menjauhi segala bentuk judi walau apa sekalipun tujuan di sebaliknya. Anda hendaklah menjauhi segala sumber rezeki yang haram walaupun ia memberikan keuntungan yang segera.
20. Anda hendaklah menjauhi semua urusan yang membabitkan riba dan bersihkanlah diri anda daripada segala unsur riba.
21. Anda hendaklah menggunakan kekayaan umat Islam dengan cara menggalakkan sektor perusahaan dan prasarana ekonomi Islam. Anda hendaklah memastikan tiada satu senpun wang anda yang jatuh ke tangan bukan Islam dalam apa keadaan sekalipun. Anda hendaklah hanya memakai dan memakan hasil buatan negara Islam.
22. Anda hendaklah memberikan sebahagian harta anda sebagai sumbangan kepada dakwah dan tunaikanlah zakat yang diwajibkan. Jadikanlah sejumlah harta anda sebagai sumbangan kepada orang yang memerlukan walau sekecil mana sekalipun pendapatan anda.
23. Anda hendaklah menyimpan sebahagian pendapatan anda walaupun sedikit untuk masa kecemasan. Janganlah anda terjerumus dalam kemewahan sama sekali.
24. Anda hendaklah berusaha sedaya upaya anda untuk menghidupkan budaya Islam dan menghapuskan budaya asing dalam setiap sudut hidup masyarakat. Budaya tersebut termasuklah cara mengucap salam, bahasa, sejarah, pakaian, perhiasan, waktu bekerja dan berehat, makan dan minum, waktu datang dan balik, waktu sedih dan gembira atau sebagainya. Berusahalah untuk mengamalkan sunnah dalam semua aspek tersebut.
25. Anda hendaklah memulaukan mahkamah tempatan dan semua undang-undang yang tidak Islamik. Anda juga perlu memulaukan semua kelab, akhbar, pertubuhan, sekolah dan badan yang bertentangan dengan fikrah Islam anda.
26. Anda hendaklah sentiasa merasai kehadiran Allah Taala, mengingati akhirat dan bersedia menghadapinya. Anda hendaklah melalui fasa bersuluk menuju keredaan Allah dengan penuh hemah dan azam yang tinggi. Anda hendaklah mendekatkan diri anda dengan Allah Taala dengan cara mendirikan ibadah sunat, antaranya sembahyang malam, puasa tiga hari setiap bulan sekurang-kurangnya, membanyakkan zikir dalam hati dan lidah, membaca doa yang disebutkan pada setiap masa.
27. Bersucilah dengan cara yang baik dan dalam banyak ketika cubalah berada dalam keadaan berwuduk.
28. Lakukanlah sembahyang dengan baik dan cubalah dirikan sembahyang pada waktunya. Berusahalah sedaya upaya untuk mendirikan sembahyang secara berjemaah di masjid.
29. Berpuasalah di bulan Ramadan dan kerjakanlah haji jika anda berkemampuan. Berusahalah jika boleh untuk merealisasikannya.
30. Anda hendaklah sentiasa semaikan niat untuk berjihad, cintakan mati syahid dan bersedia sedaya upaya anda untuk merealisasikannya.
31. Anda hendaklah sentiasa memperbaharui taubat dan memohon keampunan serta berwaspada supaya tidak melakukan dosa-dosa kecil apatah lagi dosa-dosa besar. Anda perlu peruntukkan sejumlah masa sebelum tidur untuk anda menilai apakah amalan baik dan tidak baik yang telah anda lakukan. Berusahalah menjaga masa kerana masa adalah hayat anda. Janganlah gunakan masa anda untuk sesuatu yang tidak berfaedah. Anda hendaklah bersifat warak terhadap perkara yang meragukan supaya anda tidak terjerumus melakukan perkara yang haram.
32. Anda hendaklah melawan diri anda dengan tegas supaya anda mampu memimpinnya. Anda perlu menutup pandangan mata anda, kawal emosi anda dan naluri semulajadi anda. Anda perlu sentiasa membawa diri anda hanya kepada yang dihalalkan. Anda perlu menjauhkan dirinya daripada perkara haram walau apa keadaan sekalipun.
33. Anda hendaklah menjauhi sama sekali semua minuman arak, minuman yang memabukkan dan yang mengkhayalkan walau apa jenisnya sekalipun.
34. Anda hendaklah menjauhi sahabat-handai yang tidak baik serta tempat-tempat yang penuh noda dan dosa.
35. Anda hendaklah menghapuskan tempat-tempat hiburan apatah lagi untuk mendekatinya. Jauhkanlah diri anda daripada segala gaya hidup yang mewah.
36. Anda hendaklah mengenali anggota katibah anda seorang demi seorang secara mendalam. Anda juga hendaklah memperkenalkan diri anda kepada mereka secara mendalam. Anda hendaklah menunaikan hak-hak persaudaraan mereka seperti kasih sayang, hormat, saling bantu-membantu dan sentiasa berikan mereka keutamaan. Anda hendaklah menghadiri perjumpaan bersama mereka dan janganlah anda menguzurkan diri kecuali kerana terpaksa. Anda perlu sentiasa berikan mereka keutamaan dalam setiap urusan anda.
37. Anda hendaklah menghentikan segala hubungan anda dengan mana-mana badan atau pertubuhan yang tidak membawa kepentingan kepada gagasan atau fikrah anda terutama apabila anda diminta untuk berbuat demikian.
38. Anda hendaklah berusaha untuk mengembangkan dakwah anda di mana jua dan memaklumkan kepada pimpinan anda setiap perkembangan anda. Jangan anda lakukan sesuatu yang boleh memberikan kesan yang besar kepada dakwah melainkan setelah anda terlebih dahulu meminta izin. Anda perlu sentiasa menjalin hubungan rohani dan amali dengan pimpinan. Anda hendaklah sentiasa merasakan anda adalah seorang tentera yang sedang berada dalam kem yang sentiasa menunggu arahan.
Wahai Saudara Yang Jujur,
Inilah dakwah anda secara ringkas. Inilah penjelasan ringkas tentang gagasan anda. Anda boleh simpulkan keseluruhan asas ini di dalam lima ayat:
Allah adalah matlamat kami.
Rasul adalah ikutan kami.
Al-Quran adalah panduan kami.
Jihad adalah jalan kami.
Mati syahid adalah cita-cita kami.
Anda juga mungkin boleh gabungkan gagasan ini dalam lima perkataan berikut:
Sederhana, membaca, sembahyang, ketenteraan dan akhlak.
Didiklah semua nilai-nilai ini ke dalam diri anda dengan bersungguh-sungguh. Jika tidak ruang untuk berpeluk tubuh bagi orang yang malas dan tidak berpendirian sentiasa terbuka luas.
Saya yakin jika anda amalkan semua nilai ini dan anda jadikan nilai ini sebagai impian serta matlamat hidup, anda pasti akan beroleh kegemilangan di dunia dan kesenangan serta keredaan di akhirat.


*** Penulis seorang peminat politik tempatan yang suka menyimpan bingkisan akhbar lama. Sebarang kesilapan fakta dan pandangan boleh dikomen. Moga tulisan ini bermanfaat untuk umat.












[1] Menurut satu versi cerita, Ustaz Fadzil Noor telah mengarahkan Ustaz Nasharudin Mat Isa meletakkan jawatan sebagai pensyarah UIA (jika tidak silap) dan dilantik sebagai SUA PAS. Ustaz Nasha menjadi anak didik Ustaz Fadzil Noor dan rapat dengan Dr Yusuf al-Qaradhwawi melalui pertubuhan al-Quds.
[2] Dibelakang memorandum ini ialah Dr. Dzulkefly Ahmad.
[3] Tanda aras kebersamaan Ustaz Nasharudin dan Dr Hassan Ali dalam ‘kelompok profesional’ dapat dilihat hubungan rapat Dr Hassan Ali dengan Ir Khalid Samad. Pada tahun 2003, apabila Dr Hassan dilantik Pesuruhjaya PAS Selangor buat kali pertamanya, Khalid Samad dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor. Hubungan dan kerjasama kita menjadi semakin rapat dan pada tahun 2005, apabila Dr Hassan Ali dilantik kembali sebagai Pesuruhjaya untuk sesi kedua, Khalid Samad diminta untuk mengambil-alih jawatan Bendahari yang dikosongkan oleh Tuan Haji Nasir. Pada tahun 2007, Dr Hassan Ali dilantik sebagai Pesuruhjaya untuk sesi ketiga, Khalid Samad dilantiknya sebagai Timbalan Pesuruhjaya 2.

Pada tahun 2008 hubungan Hassan Ali dengan Khalid Samad mula berubah ekoran isu Menteri Besar Selangor. Perubahan bermula apabila setelah menang Khalid Samad menolak usaha kerjasama dengan UMNO yang dikemukakan oleh Hassan Ali. Sekiranya kerjasama itu menjadi, Hassan Ali akan dilantik sebagai Menteri Besar dan itu adalah apa yang ditawarkan oleh UMNO.

Ketika usaha kerjasama dengan UMNO dijalankan, Hassan Ali pernah bertanya pada Khalid Samad, “siapa patut menjadi MB Selangor?” Khalid Samad menjawab sambil memandang terus ke muka beliau, “Tan Sri Abdul Khalid”. Hassan Ali terdiam, perasaan kecewa jelas kelihatan terbayang di mukanya. Mungkin beliau merasakan saya mengkhianati dirinya. Khalid Samad, ‘Hassan Ali dan Saya’, blog Khalid Samad, 8 Februari 2012.
[4] http://www.malaysiakini.com/news/166000
[5] http://www.sinarharian.com.my/politik/mat-sabu-kekal-timbalan-presiden-pas-1.223754
[6] Berita Harian, 21 Julai 2008.
[7] Harakahdaily, 23 Julai 2008.
[8] “Pasti ada yang masih ingat bagaimana saya telah menggantinya dalam pertemuan dengan Pak Lah dan Khir Toyo. Kami berjaya menggagalkan usaha kerjasama bersama UMNO dan dengan itu cita-cita Hassan Ali untuk menjadi MB hancur berkecai.” Blog Khalid Samad, 22 Februari 2012.
[9] Kenyataan Rasmi Mursyidul Aam PAS, 22 Julai 2008.
[10] Harakahdaily, 23 Julai 2008.
[11] www.husammusa.com, 24 Julai 2008.
[12] “Ketika usaha kerjasama dengan UMNO dijalankan, Hassan Ali pernah bertanya pada saya, “siapa patut menjadi MB Selangor?” Saya jawab sambil memandang terus ke muka beliau, “Tan Sri Abdul Khalid”. Beliau terdiam, perasaan kecewa jelas kelihatan terbayang di mukanya. Mungkin beliau merasakan saya mengkhianati dirinya. Mungkin beliau inginkan saya, sebagai orang kanannya memperjuangkan ‘haknya’ untuk menjadi MB. Mungkin bagi dirinya, itulah peranan seorang kanan. Saya tidak tahu, mungkin itulah yang difikirkannya. Beliau diam dan terus berpaling.” Sumber: Blog Khalid Samad, 22 Februari 2012.
[13] Harakah, 12-14 September 2008.
[14] Ada satu versi menyatakan idea UG berasalkan daripada idea Dato Kamarudin Jaafar semasa pemukiman (retreat) PAS di Langkawi pada 7 hingga 9 November 2008.
[15] Dr. Mujahid Yusuf menulis beberapa artikel tentang reconciliation seperti ‘Mampukah pendekatan baru membina semula keutuhan perpaduan nasional?’ dan ‘Ke arah politik pendamaian semula’. Mohd Sayuti Omar turut menyokong dalam artikel ‘mematangkan politik bangsa dan negara’.
[16] ‘Kerajaan Perpaduan’ blog Khalid Samad.
[17] Harakahdaily, 13 Mei 2009.
[18] Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Khalid Samad (Shah Alam),  Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor),  Datuk Kamaruddin Jaffar (Tumpat),  Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang),  Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja),  Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa),  Dr Mohd Hayati Othman (Pendang),  Taib Azamuddin Md Taib (Baling) dan  Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar). Dato Seri Mohamad Nizar (Bukit Gantang) ada urusan.
[19] Harakahdaily, 19 Jun 2016
[20] diterbitkan oleh The Malaysian Insider, tahun 2010.
[21] diterbit oleh Ilhambooks
[22] Khalid Samad, Dari PAS ke Amanah, PJ: Ilhambooks, 2016, ms 45.
[23] Sinar Harian, 4 Mei 2013.
[24] http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130411/px_51/PRU-13-Kemelut-rebut-kerusi-DUN-Sungai-Acheh-antara-Pas-dan-PKR
[25] http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/chegubard-sah-dipecat-pkr-kerana-jejas-imej-parti/
[26] Utusan Malaysia, 15 Mac 2004
[27] Sinar Harian, 22 APRIL 2013
[28]  Dalam kes ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam merekodkan Penghakiman Persetujuan di mana Datuk Saifuddin selaku defendan pertama dan PKR defendan kedua telah menyatakan rasa kesal mereka dan memohon maaf kerana mengeluarkan dan mengedarkan satu laporan 91 mukasurat yang mengandungi pelbagai tuduhan fitnah terhadap saya(Tan Sri Khalid Ibrahim). [Harakah, 16 Ogos 2015]. Saifuddin Nasution telah berbohong dan melakukan kospirasi terhadap Khalid Ibrahim.
[29] Berikut adalah kenyataan 'beraninya': Kenyataan Paling Berani Dari ADUN PAS kawasan Morib, Tuan Haji Hasnul Baharuddin Tindakan PAS sengaja melambat2 kan usaha melantik Menteri Besar adalah satu kesilapan yang besar dan pendapat ini dikongsi bersama kebanyakan AJK PAS Pusat. Itulah sebabnya Presiden tidak memanggil mesyuarat AJK PAS Pusat yang mempunyai kuasa eksekutif. 10/8 di tunda ke 13/8 ke 17/8. Alasan untuk bargain dan tidak bersetuju dgn Dr Wan Azizah adalah tidak munasabah. Kita pakatan rakyat boleh duduk berbincang sehingga rentung dan hantar satu nama. Kalau sultan tolak kita hantar nama lain dan seterusnya. Tapi kita terus amik sikap sambil lewa. Sehingga imej kita rosak di mata pengundi2 Pakatan Rakyat terutama bangsa Cina. Pesuruhjaya Selangor tidak memanggil mesyuarat dan ambil tindakan proaktif dan serahkan 100 peratus ke pusat. Kita yang duduk di Selangor tentu lebih faham dan seharusnya bertanggungjawab. Saya yang menyokong pakatan rakyat akan di hadap ke tindakan disiplin. Macam mana exco yg bersekongkol dengan mb bebas dan memecat semua exco pakatan rakyat yang lain. Kalau tidak kerana tindakan saya hari ini, semua ahli majlis PKR dan DAP pun akan di pecat oleh Khalid Ibrahim dan disokong oleh EXCO2 PAS yang wala' dengan pimpinan kononnya. Siapa yang khianat sebenarnya. Pejabat MB sudah telefon bekas2 ahli majlis yang sudi untuk setia dengan Khalid Ibrahim. Exco2 pakatan rakyat dipecat dan dihalau keluar bersama dengan 30 staf2 dan ada yang tunggu masa hendak bersalin. TSKI juga seorang yang suka meninggalkan solat. Majlis syura ulamak tahu tak maklumat ini? EXCO yang duduk berjam2 dengan TSKI boleh mengesahkan perkara ini. Kenapa nak pertahankan tski sampai setengah mati? Saya mengambil tindakan ini untuk menyelamatkan pas dari terus hanyut dengan tindakan2 yang merugikan. Kita kata masih bersama PR tapi perbuatan kita menghancurkan PR. Saya sudah bersedia untuk terima apa juga akibatnya dari tindakan saya. -Hasnul b Baharuddin ADUN Morib
[30] BERIKUT MERUPAKAN KENYATAAN RASMI PARTI KEADILAN RAKYAT BERHUBUNG PEMECATAN TAN SRI KHALID IBRAHIM SEBAGAI AHLI PARTI

Lembaga Disiplin KEADILAN telah meneliti dan mengadakan siasatan berkenaan kes disiplin dan tatatertib TAN SRI KHALID IBRAHIM (Cabang Kuala Selangor). Kes ini telahpun dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN bertarikh 9 Ogos 2014.

Berikut adalah keputusan yang dicadangkan Lembaga Disiplin, yang turut mempertimbangkan surat-surat balasan oleh TAN SRI KHALID IBRAHIM bertarikh 6 Ogos 2014 dan 8 Ogos 2014, dan dipersetujui Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.

Beliau telah didapati mengingkari keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat yang bermesyuarat pada 21 Julai 2014 yang sebulat suara memilih Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.

Beliau telah membuat kenyataan media pada 22 Julai 2014 yang menyatakan keengganan beliau meletak jawatan Menteri Besar dan sehingga hari ini beliau terus enggan melepaskan jawatan tersebut.

Atas alasan ini sahaja pun, Lembaga Disiplin berpendapat beliau wajar dipecat.

Majlis Pimpinan Pusat turut mengambil maklum bahawa:

• Beliau ingkar terhadap keputusan yang telah dicapai oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang turut dihadiri Dato’ Seri Tn Guru Hj Abdul Hadi Awang, sdr Lim Kit Siang, dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengenai:

o menangguhkan proses dan perbincangan mengenai projek Langat 2;
o menangguhkan kenaikan elaun Speaker, Menteri Besar, EXCO dan ADUN negeri Selangor;

• Beliau turut gagal mematuhi keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang dipersetujui sendiri oleh beliau untuk melibatkan Jawatankuasa Penstrukturan Air Selangor dalam isu penstrukturan aset air Selangor;

• Beliau turut berkeras untuk meneruskan projek Lebuhraya KIDEX walaupun parti sudah mengarahkan beliau untuk mengkaji semula projek tersebut kerana ia bertentangan dengan matlamat dan manifesto Pakatan Rakyat yang dibentangkan sebelum Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu;

• Beliau turut gagal memberikan penjelasan sepenuhnya kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat mengenai isu pelupusan hutang beliau dengan Bank Islam bernilai hampir RM70 juta.

Oleh yang demikian, adalah diumumkan bahawa TAN SRI KHALID IBRAHIM dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat, berkuatkuasa serta-merta.

DATO’ DR TAN KEE KWONG
PENGERUSI LEMBAGA DISIPLIN
PARTI KEADILAN RAKYAT
9 OGOS 2014
[31] Bernama,  13 Oktober 2014.
[32] http://www.mstar.com.my/lain-lain/rencana/2014/12/19/2014-krisis-selangor/#oG0vMXeBjb4Gudtd.99
[33]  “Pada masa yang sama ungkit pula konon mereka yang naikkan MB Selangor hari ini. Fakta yang ramai tidak tahu ialah semasa krisis tukar MB dulu antara keputusan PAS Selangor ialah jika TS Khalid tidak kekal maka MB baru mesti dari PAS. Keputusan mesyuarat Pimpinan PAS Pusat menamakan 1) Dr Wan Azizah dan 2) Azmin Ali sebagai calon MB, tetapi tiga nama yang dihantar kepada istana semuanya calon PAS “[FB Amin Ahmad, 25.3.2017]
[34] Read more at http://www.mstar.com.my/lain-lain/rencana/2014/12/19/2014-krisis-selangor/#oG0vMXeBjb4Gudtd.99
[35] Merujuk kenyataan Nik Mohamad Abdul. 9.9.2014
[36] Aktivis PMIUM dan SMM. Beliau dilihat perancang utama gerakan mahasiswa pada zamannya. Dikatakan watak yang genius. Aktif dalam Pemuda PAS Johor kemudian menyertai DAP Johor.
[37] Sekitar tahun 2000 hingga 2010, kampus mengalami fenomena Grup I. Grup I berkiblat fikrah Tuan Guru Yahya Othman dimentori oleh anak-anak murid senior beliau. Ikon pemimpin mereka ialah YB Dato  Husam Musa.
[38] Terkenal pemimpin yang rapat dengan YB Dato Husam Musa dan Dato Wan Abdul  Rahim. Beliau juga penggerak utama aspirasi TGYO. Hisomuddin Bakar antara pembantu utama beliau  suatu ketika.
[39] Mengetuai Ilham Center, badan pemikir dalam pengkajian strategi politik. Antara pengasas Ilhambooks, sebuah penerbit dan pejual buku-buku pemikiran dan politik.
[40] Ada pandangan mengatakan Dr Zuhdi Marsuki sendiri antara pemikir utama gerakan ini sebelum kembali menyokong kumpulan ‘pro-ulama’. Beliau dekat dengan gerakan mahasiswa di UM dan alumni mahasiswa UM melalui Usrah Kebajikan Mahasiswa (UKP), penaung KOSIST semasa Ustaz Dzulkhairi menjadi ketua dan antara orang awal terlibat dengan Ilham Centre.
[41] Antara NGO yang dikatakan bergabung dengan GIK ialah:
1. Yayasan Darul Hijrah (YDH)
2. R (Royalti)
3. Cakna UT (CUT)
4. PERSADA
5. KOSIS
6. DHPP
7. Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMa)
8. Cakna Palestin
9. Husainiah Al Muntazar Ctr
10. Anak Muda Kelantan
11. Cakna Komuniti Pasir Putih
12. KB Care
13. Ismailiyah
14. Pondok Pasir Tumboh
15. Pondok Sg Durian
16. KTRS
17. PAPISMA
18. Misi Banjir Mahasiswa
19. Rantau Panjang Care
20. Gabungan NGO Kel/ Bantuan Banjir NGO (BBNGO)
21. HALUAN Kelantan
22. Krai Care
23. MAYO
24. Yayasan Amal Malaysia (Kelantan)
25. Kelab Balkis/Jurugambar perihatin
26. Persatuan 4x4
27. Yayasan Ummah Sejahtera
28. Himpunan Kasih
29. Angkatan Prihatin Kelantan
30. Kelab Balqis
31. Jurugambar Prihatin
32. Kelab 4x4 Tanah Merah
33. Kebajikan Kelantan
34. Kelab Ekspedisi Kelantan (KEK)
35. Gabungan Cakna Mahasiswa (GCM)
36. Aktivis Kelantan (AK03)
37. Persatuan Pengamal Keselamatan & Kesihatan Pekerja (MSOSH)
38. Persatuan Mahasiswa Islam UM
39. Pertubuhan Penyelamat & Komunikasi Kelantan (RESK)
[42] Terdapat bukti rakaman audio yang dikatakan Mohamad Sabu. https://www.youtube.com/watch?v=k6Cjkh1xGJI..Mohamad Sabu pernah menafikan usaha mengulingkan Presiden. Lihat https://www.youtube.com/watch?v=3wuVD_eYxYU.
[43] Dalang pembocoran maklumat daripada mesyuarat-mesyuarat PAS.
[44] Dikatakan dalang penubuhan PasMa
[45] Sinar Harian, 10 Jun 2015
[46] Sinar Harian, 30 Mei 2015.
[47] Sinar Harian, 30 Mei 2015.
[48] Sinar Harian, 28 Mei 2015.
[49] Berita Harian, 28 Mei 2015.
[50] Sinar Harian 26, Mei 2015.
[51] Utusan Malaysia, 26 Mei 2015.
[52] “Pagi ini bersembang dengan Haji Ashaari Sidon, YDP PAS Sri Gading. Rumah di kanan tu ialah tempat pertemuan yang dianjurkan okeh YB Hj Aminolhuda Hassan sebelum muktamar 2015 untuk membincangkan pola pemilihan kepimpinan PAS pada muktamar itu. Hj Ashaari menyertai perbincangan, tetapi memilih untuk istiqamah dengan PAS.” FB Wan Saiful Wan Jan, 11 Mei 2017, 1.00 PM.
[53] Sinar Harian, 2 Jun 2015. Utusan Malaysia, 2 Jun 2015
[54] Usul tanpa bahas adalah arahan daripada Abdul Hadi Awang. Beritahu Pengerusi Jawatankuasa Usul Muktamar 2015, Dato Mahfuz Omar. Mesyuarat itu juga disertai oleh Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, Haji Mohamad Sabu, Dato Mustafa Ali dan Tuan Guru Dato Dr. Haron Din, Mursyidul Aam PAS. Cadangan awalnya, usul ini dibahaskan tetapi pada hari kedua mesyuarat itu memutuskan usul itu diterima tanpa bahas [Sinar Harian, 11 Jun 2015]
[55] Khalid Samad, Dari PAS ke Amanah, PJ: Ilhambooks, 2016.
[56] Utusan Malaysia, 23 Julai 2015. Sinar Harian, 23 Julai 2015.
[57] Bernama, 19.9.15. Ucapan Presiden PAS semasa program Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.2 di Pulau Serai, Dungun, Terengganu.
[58] http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2009/02/02/wakil-rakyat-letak-jawatan-tidak-boleh-tanding-semula/
[59]  Wakil rakyat PAS masuk PAN adalah Datuk Dr Mujahid Yusof (Parlimen Parit Buntar), Dr Siti Mariah Mahmud( Parlimen Kota Raja), Dr Hatta Ramli (Parlimen Kuala Krai), Khalid Samad ( Parlimen Shah Alam), Hanipa Maidin ( Parlimen Sepang), Raja Kamarul Bahrin (Kuala Terengganu) dan Kamaruddin Jaafar (Tumpat). Lima lagi adalah ADUN termasuk Datuk Seri Dr Nizar Jamaluddin (Changkat Jering), Aminolhuda Hassan (Parit Yaani), Datuk Phahrolrazi Zawawi (Pengkalan Kundor), Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharudin (Morib).
[61] Berita Harian, 21 Mac 2015.
[62] http://www.malaysiakini.com/news/312807
[63] Malaysiakini, 27 April 2004.
[64] Abdul Hadi Awang, Fiqh al-Harakah Siri 3, KL: Harakah, 2006.
[65] Saari Sungip, Rahsia-rahsia Besar disebalik Sirah Rasulullah,SB:KP, 2013.
[66] Boleh rujuk, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Kemuncup Dalam Perjuangan, PJ: AB, 2008.
[67] Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Harakah, 22-24 Mei 2015
[68] Mustafa Ali, Harakah, 22-25 Mei 2009.
[69] Fikrah Ikhwanul Muslimin berdasarkan 10 Rukun Baiah + 38 wajibat  yang disusun oleh Imam Hassan al Banna
[70] Antara sebab pengunduran Said Hawwa daripada Ikhwan Syria ialah

1. krisis dengan syaikh Marwan Hadid, salah seorang pemimpin IM Syria dalam isu faham Sayyid Qutb, di mana Sa`id Hawa tidak mahu fikrah syadid SQ dikembangkan ke Syria.
2. Isu tareqat. Said hawa tidak senang dgn IM Syria yang agak keras terhadap tareqat, terutama dari Mursyidnya, Isam al-Attar.
3. Said Hawa adalah wanted oleh regim Baath Assad, maka dia mendapat suaka politik di KSA. Ketika di KSA, dia terpaksa mengurangkan keikhwanannya
[71] FB Ustaz Hazmi Dibok, Ketua Pemuda PAS Pahang.
[72] TGYO telah aktif dalam WAMY dan rapat dengan tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin Antarabangsa. Beliau juga pernah mengaktifkan ABIM dan rapat dengan Anwar Ibrahim. Adakah pengalaman ini mempengaruhi pemikiran beliau?.

No comments:

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...