Sunday, January 20, 2008

Sebuah karya Gila2: SUARA

SUARA....
oleh mamat_com
tokawang_sufi@yahoo.com



Pengenalan Cerita
Mat Jek berasal dari sebuah kampung di pendalaman Terengganu dan datang ke Kuala Lumpur untuk belajar di Universiti Malaya. Selaku mahasiswa ia terlibat dalam medan pertembungan ilmiah dan politik kampus. Mahasiswa tahun satu ini terkeliru dalam menempuhi dunia politik kampus. Ia berkeputusan mencari arah bermahasiswa di beberapa medium yang unik dan istimewa...biarkan pena ini bersuara menceritakan kisah catatan Mat Jek dan Fenomena Bersuara di beberapa daerah di dunia ini. Bermulanya pencarian bagi sebuah suara.......

Bandar Gaza, 2004
Halema Yassin, tersedu menahan tangisan. Mengalir air mata jernih dipipinya, bukan sebuah kesedihan tetapi keredhaan. ’Apa yang didoakan oleh abang Ahmad tercapai jua’ kata Halema kepada wartawan. ’suara perjuangan yang abang Ahmad lakukan akan diteruskan oleh pemuda-pemuda Palestin, mereka waris kepada agama dan bangsa ini’ tegas Halema. Pada 22 Mac 2004 Sheikh Ahmad Yassin, 66 tahun terkorban ekoran tembakan helikopter Israel semasa pulang dari solat suboh di masjid al Mujama al Islami. Halema adalah balu kepada al syahid.


Jalan Telawi, Bangsar Baru 2004
’aku hairan kenapa seorang cacat ditakuti oleh regim Yahudi yang mempunyai senjata paling hebat di dunia? Tanya Mat Jek kepada Isham sambil tergaru-garu kepalanya. ‘suara’ mudah jawab Isham. Telah menjadi rutin Mat Jek dan Isham berkumpul di jalan Telawi, Bangsar Baru untuk menghirup teh tarik. Mereka adalah sebahagian daripada perkumpulan yang dinamakan jemaah pemikir jalan Telawi. ‘suara’ tergaman Mat Jek sewaktu memberi respon kepada jawapan Isham kerana jawapan Isham terlalu ringkas sedangkan beliau terkenal sebagai seorang pemikir yang hebat ekoran berpengalaman merantau di beberapa buah negara dan terpengaruh idealis sosialis semasa zaman mahasiswa.’ya’ tegas Isham.
Sheikh Ahmad Yassin dilahirkan pada 1938, di Joura Tebing Gaza. Pada usia 12 tahun beliau lumpuh separuh badan selepas terbabit dalam satu kemalangan semasa bermain bola sepak di kem pelarian Gaza Shati. Beliau pernah ke Kaherah untuk belajar di Universiti Ein Sham. Disinilah beliau telah mendapat tarbiyah daripada Ikhwanul Muslimin pimpinan al Syahid Iman Hasan al Banna. Akibat kelantangan suara beliau mengecam Yahudi, beliau telah dipenjara tetapi suara jihad yang diserukan oleh beliau telah berjaya membangkitkan semangat melawan yang dikenali intifada di kalangan rakyat Palestin, beliau pernah dipenjara selama 13 tahun pada tahun 1983.
‘apa yang kau nak hairankan sangat, pada tahun 1998 Pak Sheikh dipenjara dek suara yang mengalunkan re-for-ma-si. Suara keramat ini telah mengejutkan rakyat yang tidur dan membakar semangat rakyat yang telah lama malap’ jelas Isham. ‘aku dulu pun berjuang melaungkan suara mahasiswa, suara rakyat..... lihat saja dalam demonstrasi, pemimpin pelajar menggunakan kelebihan berpidato bagi menghangatkan suasana romantis tu’ tersekat percakapan Isham semacam tertikir sesuatu. ’Tapi yang paling bodoh dan jahat adalah intelektual kangkung yang telah mengharamkan sudut pidato. Selepas itu suara keramat mahasiswa semakin pudar setelah mahasiswa dikasi oleh AUKU. Intelektual tu bukan hebat sangat, hanya menulis sebuah buku nipis iaitu Jejak2 Di Pantai Waktu dan selain itu, hanya pandai bercakap di dewan seminar dan terpapan muka dalam tv’ emosional penjelasan Isham.
Sudut pidato di Universiti Malaya ditubuhkan pada 27 Mei 1966 merupakan satu medan perdebatan terbuka untuk mahasiswa. Disinilah demonstrasi bermula dan tempat ini dianggap regalia bagi pelajar dalam proses politicization. Suara keramat pelajar di sudut pidato telah membakar semangat pelajar ketika itu untuk mengegarkan rejim Tunku dan mencelikkan rejim Tun Razak agar mengambil tindakan drastik bagi kepentingan rakyat marhaen yang sekian lama diselimuti kemiskinan dan penindasan secara perundangan. Ungku Aziz telah mengharamkan sudut pidato dan merobohkan tangga keramat itu pada tahun 1975 selepas demonstrasi Baling. Pada 1 Mac 1989, Syed Hussein al Alatas cuba mengadakan kembali sudut pidato supaya budaya kelesuan politik pelajar dihangatkan kembali. Kelantangan suara mahasiswa menyebabkan sekali lagi sudut pidato menemui ajal. Suara mahasiswa telah menjadi fobia di kalangan penguasa universiti dan kerajaan.

Banggol Peradunging Kuala Terengganu, 1983
“Saudara-saudara sekalian! Percaya! Kita menentang Parti Luput bukan kerana nama dia Parti Luput. Kita menentang parti Dacing bukan kerana nama dia parti Dacing. Kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah. Oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana kita berjuang dengan puak2 ini, kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam. Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak masuk Kristian, kita tidak payah masuk Hindu, kita tidak payah masuk Buddha. Tetapi kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku.” Bersemangat Tuan Guru Abdul Latif mengutarakan hujahnya yang dikenali Amanat Haji Latif oleh Parti Luput. Hujah bersemangat ini menyemarak pejuang-pejuang Islam bagi meneruskan usaha mereka memenangkan Islam melalui jihad politik.
Suara keramat ini dilontarkan dalam satu ceramah selepas tuan guru dan para sahabat dibebaskan daripada penjara, dalam era 1980an juga parti Islah telah ditekan sehingga pengikut Parti Islah terkorban di bunuh oleh orang parti Luput di kampung Tok Dirng, Terengganu, Memaling dan Lubuk Merbaung di Kedah. Suara keramat ini amat ditakuti oleh pemerintah kerana ia dapat mengancam kerajaan. Semakin banyak mehnah yang dihadapi semakin kental semangat pejuang Islam yang tulen..

Jalan Telawi Bangsar Baru, 2004
‘ooooo begitu hebat peranan suara’ respon Mat Jek setelah Isham menceritakan kehebatan semasa bergelar pelajar dahulu. ‘kau tu seorang mahasiswa, bila lagi nak bersuara, jangan jadi pondan’ sindir Zaman yang tiba-tiba mencelah. ‘zaman kau lain Man, tak ade AUKU tetapi zaman aku ada AUKU’ jawab Mat Jek.....’zaman aku juga ada AUKU, tapi kami berani bertindak, kami tak macam pemimpin mahasiswa sekarang... terleka dan terbelenggu dek kemanchoan mereka berbaju kot dan berbaju batik....cantik tapi dayus dan kurang membaca....kalau ada idea pun ciplak yang orang punya....cakap dalam Bicara Siswa terketar-ketar dan cara cakap pun mengambarkan kedangkalan ilmu...pakcik kedai kopi pun tahu mereka tak cukup berilmu” keras sindiran Zaman.
Mat Jek, seorang pelajar akademik pengajian Islam Universiti Malaya tetapi mengimani fahaman sosialis ala Che Guevara,,,seorang pemikir, penulis dan kaki seni(suka bersajak, teater) yang meminati sastera dan falsafah....dia merupakan peserta junior kumpulan pemikir jalan Telawi yang dimonopoli oleh warga sosialis. Selain berforum di bilik-bilik rahsia di Jalan Kemuja (takut SB ke???), mereka juga berdiskusi santai di kedai mamak di jalan Telawi sambil menikmati teh tarik dan roti canai.

Bandar Gaza, 1987
‘kita semua haruslah bersatu di bawah panji Islam yang murni, kita tidak berupaya lagi mengharapkan PLO yang nasionalis tu, mereka bersengkongkol dengan Yahudi dengan alasan berdamai...mereka berjuang untuk kepentingan bangsa Arab(Islam dan Kristian) tapi perjuangan kita menegakkan daulah Islamiyyah di bumi ini sama ada di tanah yang kita duduki dan tanah yang dirampas oleh Israel, jihad kita akan dijanjikan syurga’ ujar Ahmad Yassin semasa penubuhan Islamic Resistance Movement (HAMAS) pada tahun 1987. Ahmad Yassin cuba membersihkan perjuangan rakyat Palestin daripada idealis nasionalis-sekular dengan Islam yang murni. Ramai pemuda-pemudi Palestin diasuh dengan tarbiyah ala Ikhwan. Mereka menjadi tenaga penting dalam jihad. Pemuda-pemudi ini sanggup mengorbankan status teruna, dara, masa berhibur dan kehidupannya demi mati syahid. Pada tahun 1989, sekali lagi Ahmad Yassin ditahan dan dipenjara seumur hidup. Di sebalik kekebalan tembok itu, suara Ahmad Yassin masih didengari oleh pejuang Hamas yang berbaiah untuk mati dengan Islam...betullah kata Mahatma Gandhi, idea dapat memecahkan tembok-tembok penjara.

Jalan Telawi
‘Orang kita mudah lupa...betul kata Dr.M. Suara keramat dari penjara semakin dilupai, tidak mahu kita dengari lagi...yang penting pembanguneee (loghat Kelantan)’ ujar Isham menyindir....’macam mana mahasiswa nak bercakap jika diugut dengan ketiadaan kerja yang jelas menyebabkan mahasiswa tidak berupaya hidup dalam dunia yang pentingkan pembangunan, apa pemerintah buat diangguk kepala oleh mahasiswa, membisu seribu bahasa” tambah Isham seakan-akan membela Mat Jek yang baru hendak berasimilasi dengan kumpulan pemikir ini. Zaman adalah bekas pimpinan PMUM yang berjiwa nasionalis. Semasa zaman pelajar, beliau banyak memperjuangkan isu bahasa dan kemiskinan masyarakat bandar. Jiwa protes Zaman termuncul kerana beberapa kali ditahan ISA semasa zaman mahasiswanya.

Universiti Malaya, 2004
Prof. Dato Dr Jalil merupakan pemerintah UM Bahagian Musnah Mahasiswa (BMB) telah meletakkan calon BMB dalam pertandingan pilihanraya kampus. ‘BMB semakin radikal terhadap kita, usrah tak bleh buat, risalah disekat, program dilambat-lambatkan’ keluh Melur kepada Presiden PMUM, Jagat. ‘Dengar cerita BMB ingin calonkan tokoh pelajar agama dari Nilam Puri untuk menentang calon kita’ ujar Melur lagi yang merupakan Setiausaha Agung PMUM. ‘sukarlah untuk Angkatan Mahasiswa Dakwah (AMD) hendak menang’ celah Langsat...’kalaulah mereka menang, suara PMUM akan dibisukan oleh BMB....habislah suara keramat pelajar memprotes ketidakadilan yang dilakukan oleh penguasa varsiti, yang hidup hanyalah sebagai pengampu kerajaan” ujar Jagat setelah lama termenung........

Jalan Telawi
‘........mahasiswa dikasi oleh BMB....mereka menggunakan lunas perundangan bagi mengekang suara pelajar agar tidak didengari’ sindir Zaman sambil mengorek telinga.........’Man, kami berjuang menggunakan kaedah sederhana” jelas Mat Jek....”sederhana...” terkejut Zaman....”sederhana apa, idealis pun ambil daripada pembangkang...takan kau tak nampak orang-orang dakwah di kampus....AMD, PMIUM, PKPIM dan Karisma itu adalah alat bagi orang luar.......pemimpin dakwah ini hanya pandai bersuara lunak tapi kerja kosong...hangat-hangat tahi ayam” emosi kata-kata Zaman...’apasal ini Man....tak puas hati dengan pemimpin pelajar sekarang ke? Isham mencelah....”ya” tegas Zaman...”pemimpin pelajar sekarang bagai anjing taat kepada tuannya....anjing kerajaan, anjing BMB, anjing PAS, JIM, PUM dan ABIM.....mereka bukan budak tadika...mereka perlu ada jalur perjuangan sendiri....” kasar suara Zaman.
Telah lama dinasti AMD menguasai kampus.....kelantangan suara mereka bergantung kepada pimpinan, sekarang zaman kemalapan buat gerakan Islam di kampus.....sesi ini atau 2 sesi akan datang adalah era kejatuhan gerakan Islam....perkara ini relevan dengan keadaan semasa rakyat lebih menyukai Islam hadhari daripada Islam ala negara Islam yang ekstreme dan radikal kononnya....’kenapa AMD jatuh??’ tanya Melur kepada Jagat...”suara....’ perlahan jawaban Jagat..”suara kita semakin terhimpit dek pelbagai sekatan....sekatan ini menyukarkan tugas penjelasan terhadap tohmahan yang dilemparkan kepada kita dan memalapkan lagi kerja dakwah kita’ jelas Jagat kepada Melur. ‘tak ada alternatif ke?’ tanya Melur. ‘ada, demo’ ringkas Jagat. Terlopong Melur mendengar jawaban Jagat yang terkenal sebagai pemimpin sederhana, berbudi bahasa dan baik hati nuraninya. Jika pemimpin yang budiman seperti Jagat agak marah dan bertindak radikal kerana mungkin kehilangan hak bersuara....tak tahulah bagaimana reaksi jika pemimpin yang radikal dan bersuara lantang seperti Hishamuddin Rais dan Anwar Ibrahim pada masa 1970an dulu kalau mereka kehilangan hak bersuara (sememangnya telah kehilangan suara).

Gaza, 1985
‘rejim jahat ini menggunakan jentera kerajaan untuk memalapkan suara kita..mereka menggunakan media massa...gunalah apa jua.....suara kita akan tetap berkumandang” berapi-api pidato Ahmad Yassin dalam perhimpunan tahunan Briged Izzuddin al Qassam di kem Sabra. “internet....kaset, cd, cebisan risalah akan diseludup bagi memperluaskan kelantangan suara kita....mereka tidak akan berjaya membisukan suara kita” ujar Ahmad Yassin

Kota Bharu, Kelantan, 2004
“kita tidak akan menghalang percakapan mereka tetapi kita akan menjawab percakapan mereka dengan hujah al Quran, kita tak dok harta, kita tak dok duit atau kuasa..kita ada hanyalah air liur, guna ia untuk kemenangan kita, kemenangan kita adalah untuk Islam......jika mereka tidak mahu menerima hujah al Quran sesungguhnya mereka adalah golongan yang sesat” jelas Tuan Guru Zakaria dalam kuliah Jumaat bagi menangkis suara yang ingin menentang Islam....’suara adalah medium untuk berdakwah dan berjihad sama ada dalam politik dan sosioekonomi. Yang penting suara haruslah lantang menyuarakan kebenaran dan keadilan’ takzirah Tuan Guru Zakaria.



Tuan Guru Abdul Latif merupakan produk Ikhwanul al Muslimin Syria setelah mendapat tarbiyah daripada Said Hawwa dalam usrah di Universiti Madinah. Beliau mendapat pendidikan dalam bidang siasah dan syariah di Universiti Madinah dan mendapatkan sarjana di Universiti al Azhar, Mesir. Manakala Tuan Guru Zakaria mendapat pendidikan di Madrasah Darul Ulum, Deobadi, India, selepas itu ke Pakistan dan berakhir di Mesir. Di al Azhar, beliau mendapat ijazah dalam bidang bahasa Arab dan sastera serta siasah-syariah....beliau pakar dalam mantik dan berfikiran sastera sehingga kenyataan mudah diputar belit.......hujah al Quran dapat menghancurkan kebatilan dan menegakkan keadilan dan kebenaran....suara dari al Quran amat ditakuti oleh pemerintah Islam klon.....Islam hadhari yang menyuarakan Islam hanya sebahagian elemen daripada tamadun bagaikan sebuah kosmetik. Kosmetik ini tidak berguna jika wajah empunya kuasa berjerawat sekular dan nasionalisme yang tegar..

Bandar Gaza 2004
‘kita mahu menubuhkan negara Islam di Palestin dan Israel, kita sanggup mati demi menegakkan daulah Islamiyyah......wahai pemuda-pemuda, bangkitlah....bangunlah....dengan nama Allah...niat kerana Allah bagi menentang Yahudi laknaktullah” takzirah Ahmad Yassin..kata-kata Ahmad Yassin disambut dengan laungan takbir.....”takbir!!! takbir adalah seruan....seruan jihad..seruan tertegaknya negara Islam. Takbir akan menyemarak semangat perjuangan yang malap dan meredakan hati yang terluka....” Ahmad Yassin meneruskan sikap bersuaranya. ‘Hidup Islam, hidup Islam, hancur sekular, hancur nasionalis, hancur Yahudi, hidup Islam, Allahuakbar!!!” sambut pengikut-pengikut Hamas yang memenuhi jalan raya.

Jalan Kemuja, Bangsar Utama
‘hak bersuara...jika dikekang akan melahirkan revolusi.....manusia yang dikekang akan berusaha agar suara mereka didengari.....mereka akan bergerak di atas tanah atau di bawah tanah, mereka sanggup mati untuk bersuara’ jelas Isham dalam forum mingguan tentang Revolusi Perancis di Markas Jemaah Pemikir Jalan Telawi....’aku setuju, luahan Isham tu. Suara ini akan membariskan idea supaya masyarakat berfikir tentang apa yang dilontarkan oleh pemimpin’ sokong Helmi Ranggi......tersenyum Kelsum melihat gelagat Helmi Ranggi yang bersemangat tetapi lucu itu. ‘aku tak setuju, Isham........aku rasa tulisan lebih penting daripada suara...tulisan lebih kekal daripada suara. Sedangkan suara bersifat sementara dan manusia terutamanya si Melayu mudah lupa apa yang mereka dengar” bangkang Mat Jek dalam forum yang semakin tegang............

Universiti Malaya, 2004
Dato Jalil telah melakukan grand design bagi mengalahkan calon AMD dalam pilihanraya kampus.... Sebagai ketua BMB, beliau berperanan besar membersih anasir-anasir parti oposisi di kampus yang disayanginya ini.......”kumpulkan calon calon kita daripada ulama-ulama dan kita sekat AMD yang barua itu” bentak Dato Jalil dalam mesyuarat dengan wakil pelajar pro BMB. “kita mahukan hiburan dipergiatkan. Panggil KRU, OAG dan Too Phat bagi melalaikan pelajar dan diteruskan program pesta-pesta. Dan ia akan menarik sokongan pelajar kepada kita.........kita gunakan program Rakan Muda dan pembantu mahasiswa untuk membasuh minda pelajar baru supaya menyokong kita” cadang Risan Layor, pelajar Law yang merangkap agen parti Luput .....”bijak...bijak teruskan Risan Layor” puji Dato Jalil........”jika pelajar AMD bersuara melawan konsert yang dianjurkan, kita akan belasah mereka dengan undang-undang, AMD pasti terkencing” ujar Aham sambil ketawa.......lawak bangang Aham disambut ketawa besar oleh pemuka-pemuka BMB.

Terengganu, 2004
‘Pilihanraya ini adalah cubaan parti Luput mematikan demokrasi...setelah mereka mengISAkan suara kita melalui pengharaman ceramah......mereka main tipu dalam pilihanraya.....pengundi hantu, rasuah wang, ugutan, peraturan SPR, serta nombor siri kertas undi merupakan senjata melalui perundangan mereka untuk mengalahkan kita......mereka mengamal taktik yang bijak tetapi paling jahat dan zalim.” Jelas Tuan Guru Abdul Latif dalam ceramah penjelasan kekalahan parti Islah di Terengganu dan Malaysia secara amnya.....
Dato Jalil dilahirkan di dalam sebuah keluarga polis yang berdisiplin. Mendapat pendidikan di Maktab Cinta Kelebihan dan Kekuasaan (MCKK). Di maktab inilah beliau diasuh dengan sifat elitis yang mementingkan kuasa, imej terbaik dan harta..kemasyhuran nama lebih penting daripada beragama...’agama itu hanyalah ibadat” katanya dalam satu majlis. Dato Jalil memang gilakan kuasa, gila nama, gila harta, gila hiburan, gila rokok. Selepas itu, semuanya akan gila kerana dikuasai oleh orang gila...yang paling dibencinya adalah Islam perjuangan, Islam dinamik, Islam bernegara, Islam cita-cita....kerana beliau anggap Islam hanyalah sebuah sejarah, ibadat dan bersifat statik.

Universiti Malaya, 2004
Pilihanraya kampus bakal menjelma. Calon BMB telah dilatih berpidato dan dipromosikan melalui TV kerjasama dengan parti Luput (macam parti Likud). ’Fendi.... budak kolej tujuh tu?’ soal Nuree kepada Melur....’budak tu pandai cakap je, kerja kosong...habuk tak ada, aku tinggal sekolej dengan dia... aku tahu la’ sambung Nuree dengan telor ala mamak...’kolej ketujuh’ tergaman Melur...’ketika mereka membisukan suara Presiden PMUM, suara bakal calon BMB mula berkumandang.....satu perlawanan yang tidak adil....ni dinamakan cah keting’ percakapan Melur seakan-akan merintih...

Universiti Malaya, Pertengahan Bulan Ogos 2004
‘mereka ganggu lagi, mana keistimewaan PMUM yang dipilih oleh suara pelajar’ keluh Melor...’segala masalah diletakkan dikepala PMUM, tapi melakukam rancangan mereka tanpa perbincangan, untung mereka ambil’ keluhan Mamat yang bengang dengan tindakan BMB yang mencampuri pengurusan Pesta Konvo 2004.....tindakan pengurusan menyebabkan pimpinan PMUM semakin geram dan terseksa....

Universiti Malaya , pertengahan September 2004
Pilihan raya kampus datang lagi’ adu Mat Jek pada Isham....’boleh kita jadi pemantau pilihan raya, takut juga suara mahasiswa dikesampingkan’ jawab Isham sambil tersenyum....’pelajar adalah pelapis....pelajar adalah pewaris bangsa......dengan nama Allah.....berjuanglah dengan maha perkasa........jangan gundah,,,teruskan perjuangan......hancur nasionalis dan sekular....laungkan suara mu tanpa rasa takut’ bersemangat Tuan Guru Abdul Latif berceramah di hadapan Masjid al Rahman setelah dihalang memasuki kampus.
‘mereka ingat kematian Syeikh Ahmad Yassin dan Abdul Aziz al Rantisi boleh menghancurkan suara perjuangan kita, demi Allah tidak sesekali kita bisu membicarakan penegakkan kalimah syahadah di bumi anbiya ini, suara kita akan terus lantang sehingga badan ini hancur luluh’ luah Khalid Marshal dalam perhimpunan di Universiti Gaza sempena memperingati syahidnya Ahmad Yassin dan al Rantisi.
‘bermacam usaha telah kita lakukan....kita telah bayar calon kita dengan wang dan memberi handphone, kita tawar tiket perlancongan dan baucar hadiah kepada senior, kita telah basuh minda pelajar tahun satu di Sepang, ugut puak dan buang pelajar AMD daripada kolej, program raksasa bagi menewaskan AMD, ‘UM Boleh’ tetapi kita masih gagal, saya malu pada ketua parti Luput, dah banyak belanja dikeluarkan, kali ni kita akan menang dengan apacara sekalipun’ bergema ucapan Dato Jalil di DP 2 KPS. ‘Ya Dato Jalil...kali ini kita menang punya....budak senior yang totok AMD dah keluar.....budak baru kita sudah basuh....banyak boleh menang.....saya yakin dato’....ucap Aham dengan telor Indianya.....Aham adalah pegawai khas BMB yang pernah bercakap lucah dengan pelajar perempuan di kolej ke 101. Biarpun dibuang kolej tetapi disayangi oleh ketua BMB kerana kerapkali mencium punggung Dato Jalil sehingga geli-geliman dan hendak terkencing Dato Jalil....itulah bisanya sebuah kisah suara ampu-ampuan...

Kempen pilihanraya kampus 2004
‘mereka itu pemecah belah mahasiswa, mereka pro pembangkang, mereka peralatkan agama untuk kemenangan AMD......jangan sokong mereka’ lantang suara Fendi dalam rapat umum.
‘kita bersama rakan-rakan non muslim memperjuangan aspirasi mahasiswa berasaskan keadilan dan kebenaran yang tidak menlanggari lunas Islam, kita tidak mahu mahasiswa menjadi alat pihak tertentu.....kita akan mendepani masalah dengan usaha kebersamaan muslim dengan non muslim” begitulah ucapan suara aspirasi mahasiswa, si Jagat semasa malam rapat umum di DTC. ‘kita mahu hiburan terkawal di kampus ini, peranan wanita mesti diaktifkan’ sebahagian suara yang terpacul daripada Salina, Ketua Helwi AMD.
Sesudah kempen pada malam tersebut Mat Jek ketemui Jagat....’salam aspirasi’ gurau Mat Jek...’salam aspirasi’ jawab Jagat sambil tersenyum..’selamat berjuang dan ambo doakan mung menang’ ucap Mat Jek secara ringkas. ‘terima kasih, depa turun mengundi noo....’ jawab Jagat dengan loghat Pulau Pinang sambil terpaksa melayani rakan-rakan yang mengerumuninya....

Hari Pengundian
‘Sharul, pakcik drebar bas universiti kempen pada pelajar’ telefon si Loloq....’mereka guna van khas, drebarnya budak kolej Lapan... angkut pengundi dari kolej’....’jelitawati dari puteri parti Luput masuk kampus, mereka pakai purdah tetapi berseluar dalam biru dan bercoli merah jambu, merayau-rayau di peti undi fakulti Pendidikan’...’mereka pasang banner menggugut pelajar baru dan memburukkan AMD, di fakulti Sastera dan Sains Sosial’(sms dari ahli AMD) ‘AMD keparat, barua parti oposisi’(SMS dari BMB, Izal Pusat Kebudayaan)....begitulah antara SMS yang diterima Sharul, selaku pengarah pilihanraya kampus AMD......’ini permainan kotor, memang mengotorkan’ marah Sharul.....
Malam keputusan pilihanraya kampus....keadaan sungguh tegang di antara BMB dan AMD saling boo memboo. Naib Canselor, Datuk Paduka Misha M@Kerapu turut hadir dengan pakaian santai ala Hawaii sambil berdiri menayang punggung bersama pemuka-pemuka varsiti yang lain. Dato Jalil datang lewat kerana terberak cair dalam seluar dek majlis makan malam meraikan calon BMB bersama Menteri Pengangkutan, Menteri Besar negeri ‘A’ dan Menteri Wanita pada malam sebelum itu. Beberapa pensyarah India kelihatan sibuk bagai anjing kehausan air kencing, ‘pi mai-pi mai’ daripada meja pengiraan undi kepada si Aham, si ampu. Pengiraan keputusan berlarutan sehingga jam 2.00 pagi.


Esok.....
1. Harian Meloya: ‘Golongan Pro Pembangkang Kalah Teruk’
2. Berita Tipuan: ‘ Golongan Sederhana Kuasai Kampus’

Begitulah antaranya tajuk utama akhbar perdana dalam mengulas kekalahan teruk AMD di UM. Mat Jek terpingga-pingga dalam kekeliruan......Isham tersenyum masam.....Zaman ketawa.....Melur, Salina dan Nuree menangis sedih.....Risan Layor dan Aham, bersorak.....Dato Jalil dan Dato Paduka Misha M@Kerapu, tersenyum puas dan bangga,.....Jagat tunduk sedih dan berdoa agar usaha Islam bangkit kembali.....Fendi bangga dengan jawatan Presiden PMUM yang baru, boneka BMB.

Akhiran Cerita....
‘kejam sungguh dunia politik kampus, setelah mereka membuat tohmahan yang memburuk-burukan imej AMD dan pimpinannya di kalangan pelajar, mereka taburkan pula rasuah material kepada pelajar......kotor, memang mengotorkan.....AMD perlu pendekatan baru bagi menangkis serangan dajal BMB ini’ nuqil Mat Jek pada akhiran tulisannya setelah terpingga-pingga memikirkan fenomena bersuara yang dialaminya.

Mamat.com
Telah disudahi cerita ini pada tarikh 30 Mei 2004 dan jam 12.40 tengah malam. Kuala Terengganu.




Nota.
Cerita mitos ini tidak ada kaitan dengan mana-mana manusia yang belum bernafas, sedang bernafas, tidak bernafas atau tercekik semasa bernafas...jika ingin terkentut dek kesamaan cerita mitos ini dengan kehidupan seseorang manusia yang bernafas, ia adalah satu kebetulan...maaflah....dan simpan kentut anda dalam perut dan keluarkan angin kentut itu melalui saluran hidung....sebarang ayat dalam cerita ini mengambarkan ketepatan kejijikan sesuatu perangai manusia...harap pembaca memahaminya......

No comments:

Sebab-Akibat

Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...