Friday, January 25, 2008

Virus Dalam Pimpinan GMI

‘Virus” Dalam Kepimpinan Gerakan Mahasiswa Islam(GMI)
Oleh mamat.com

Untuk sekian kalinya, saya terpaksa menulis tentang mahasiswa. Terpaksa membuka kotak memori untuk mengingati kembali kisah-kisah mahasiswa. Semoga semua penulisan penulis menjadi satu pengkongsian pengalaman dan ilmu bagi orang yang celik akal.

Dahulu, penulis terpaksa memerah akal kenapa Syuro PMIUM tidak memilih Tuan Kamarul sebagai Presiden. Terkejut bukan kepalang apabila yang terpilih sebagai Presiden PMIUM ialah saudara Khairul Anuar Mat Zuki atau Ustaz Mat Sabu, sebelum itu bercakap seketika dengan penulis sewaktu belum bermulanya Muktamar Senawi di Dewan Utama API(aku pun baiah hang, baiah dibaca oleh Ustaz Mahizan[maaf jika silap nama] timbalan presiden PMIUM zaman Ustaz Izwan,kini bertugas di Pitas, Sabah. Terima kasih ustaz Mahizan kerana belanja kawe dan isteri masa di Kota Kinabalu). Penulis menyifatkan Mat sabu adalah ‘ustaz rakyat’. Selalu solat subuh berjemaah di kolej 10, kediaman penulis, ustaz Hasdi al Hafiz(tok imam sebuah masjid di Pahang) dan Dr. Razali Agus.

Tuan Kamarul adalah Speaker MPPUM, petah berbicara, licik siasah, celik akal dan banyak idea tidak dipilih sebagai Presiden. Kepetahan dan kebijaksanaan akal Tuan Kamarul sangat diminati oleh Dato Nordin Kardi sampai dijemput ke dalam rancangan Bicarasiswa melebihi Tuan Presiden MPPUM yang garang ketika itu. Bahkan Tuan Kamarul boleh berbicara sebaris dengan Pak Ungku Aziz dan Prof. Zainal Abidin Borhan semasa satu forum di Auditorium Fakulti Sastera(belakang Fakulti Pendidikan) tanpa kaku. Pada malam itu, soalan Presiden PMIUM, Ustaz Izwan Yusof dijawab dengan bijaksana.

Mungkin ada sebab tertentu tuan kamarul tidak terpilih. Kita tanyalah pada beliau dan orang menyukai atau menolak beliau. Pada pandangan penulis, Kemerosotan pimpinan GMI disebabkan oleh cerminan budaya dan pemikiran yang dimiliki oleh tuan kamarul. Bukan nak menyalahkan Tuan kamarul tetapi nak meminjam budaya dan pemikiran sebegitu yang merosakkan kualiti pimpinan GMI. Bila cerminan Tuan kamarul seperti Hanif Baderun dan Nazree yunus berkuasa, pimpinan PMIUM nampak pincang walaupun nampak gagah luarannya. Pimpinan seperti mereka memang bersemangat, mulut manis, petah bicara, tinggi akal, berani dan penampilan tampak hebat tapi roh perjuangan mereka rapuh sampai boleh mengadai kehormatan sebuah perjuangan. Dan Pengikut hanya mengikut arahan pimpinan tanpa menyedari pimpinan ada muslihat tertentu.

Virus ini bersembunyi di sebalik istilah lebih liberal, diplomasi, pendekatan sederhana dan teruknya ialah siasah melebihi tarbiyah. Pimpinan mahasiswa takut dicop radikal oleh media massa. Zaman mahasiswa mesti radikal tetapi bertempat dan dilingkaran kemampuan mahasiswa. Sehikmahnya Rasulullah pun, orientalis Barat mengatakan Rasulullah seorang radikal. Jadi anda mesti terus radikal seperti demonstrasi tetapi usrah, solat jemaah, majlis ilmu dan perpustakaan jangan dilupai dan diperkasakan walaupun tidak disanjung oleh media. Dan paling lucu, selepas berjawatan besar Hanef Baderun yang terkenal diplomasi pun mengatakan demonstrasi adalah satu seni yang halus.

Janganlah ada perjuangan pimpinan GMI berteras peribadi mempromosi diri dan tiada kekuatan tarbiyah mengakar dalam hati mereka. Mereka licik dalam siasah, menonjol bakat pimpinan dan juga memilih bahawa perjuangan ini adalah untuk berseronok-seronok berdemonstrasi. Keseronokan ini terlihat apabila mahasiswa berdemonstrasi dengan buta ilmu dan ditunjuk arah oleh pimpinan mahasiswa yang bermuslihat.

Pimpinan GMI janganlah terlalu bercita-cita tinggi dan ingin berjaya terlalu cepat. Mungkin ekoran budaya mengejar kecemerlangan terpupuk dalam keluarga atau di sekolah umpama KISAS, SMKA Labu, Maktab Mahmud, Muhammadi dan al Mashyur. Pimpinan GMI ingin berjuang di luar kemampuan gerakan mahasiswa, ini antara sebab kemerosotan. Usrah pimpinan dan ahli cukup rapuh. Inilah yang perlu diistiqamahkan supaya arus perjuangan terus memekar selepas luar kampus. Utamakan TARBIYAH wahai pimpinan mahasiswa.

Akhir sekali penulis minta maaf pada Tuan Kamarul kerana terpaksa menggunakan cerminan sifat dan pemikirannya dalam tulisan. Begitu nama-nama lain. Ia untuk memudahkan kefahaman pembaca. Harap dimaafi.

23/1/08

No comments:

Sebab-Akibat

Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...