PARTI MAHASISWA NEGARA(PMN): ANTARA HANGAT-HANGAT TAHI AYAM DAN GIMIK KOSONG
Oleh mamat.com
tokawang_sufi@yahoo.com
Ku cari keberhasilan sebuah perjuangan
Ku cari kemenangan semasa di kampus
Ku cari erti perjuangan Islam dalam gerakan
Ku temui kekecewaan dan sebuah perjuangan yang khayali.
Sejauh mana parti mahasiswa boleh bertahan dan adakah parti mahasiswa berkesan? Sehebat Anwar Ibrahim yang menaungi PKR tidak berupaya menghalang kerapuhan PKR. Mahasiswa menubuh parti, nak ke mana? Persoalan ini menghantu-jerakongkan benak fikiran mamat.com, seorang pemerhati yang menyukai keromantisan jiwa dalam meniti hari-hari akhir dalam kehidupan.
Khabarnya gerakan mahasiswa seumpama GAMIS dan SMM cuba menubuhkan PMN sebuah parti mahasiswa. Bagi penulis, cadangan ini adalah baik jika layak tetapi suasana semasa Gerakan Mahasiswa sekarang dirasakan terlalu utopia dan tidak relevan untuk GM menjadi sebuah parti. Perjuangan mahasiswa adalah satu persediaan ke arah perjuangan yang lebih besar pada masa depan. Kampus adalah tapak semaian pohon perjuangan agar akar tarbiyahnya kuat untuk menghadapi perjuangan selepas kampus. Di kampus, binalah tarbiyah dan berjuang mengikut cara di kampus.
Para mahasiswa Islam selalu bercakap tentang fiqh al waqi’, adakah penubuhan parti menjadi fiqh al waqi yang terbaik dengan realiti mahasiswa hari ini?. GAMIS dan SMM adalah cukup rapuh dari segi organisasi dan kaderisasi jika dinilai. Inikan lagi nak mewujudkan parti sendiri. Baik mahasiswa ukur batang hidung sendiri.
ABIM semasa di bawah Anwar cukup menggugat pun tidak sanggup menjadi partai politik semasa PAS dalam BN. Untuk menjadi parti, gerakan mahasiswa mesti mempunyai kekuatan intelektual dan mental, pengaruh, hubungan antarabangsa dan prasarana segagah ABIM zaman Anwar.[1] Jadi, jika anda terkulai dengan jawatan dalam kerajaan selepas keluar kampus, besar tahi dari jubur lah jawapannya. Sanggupkah pimpinan mahasiswa meninggalkan pengikut yang dirasakan diperbodoh atau diperalatkan?.
Benar, semangat gerakan mahasiswa sungguh tinggi dalam mengejar perjuangan ‘khayali’. Mitos bebas dan tidak berpihak sentiasa dicanang. Ya, saya bersetuju. Tapi kita juga perlu ingat, profesional dalam perjuangan. Sebagaimana mengurusi isu berkaitan SMM atau GAMIS. Isu perjuangan berbeda tetapi teras anda ialah perjuangan Islam. Jadi jika anda sedikit sebanyak berpihak, itu adalah biasa dalam meniti perjuangan kampus. Kerana mahasiswa perlu ditunjuk jalan, bukan penunjuk jalan.
Mungkin ada pimpinan mahasiswa membicara pihak luar cuba memperalatkan mahasiswa. Ini bukan masalah memperalatkan tapi kebersamaan dalam perjuangan Islam ekoran sealiran. Dalam kebersamaan, tidak salah mahasiswa menolong atau mengikuti yang berpengalaman dalam gerakan dakwah. Anda sebagai mahasiswa janganlah terlalu bercita-cita tinggi nak jadi pimpinan perjuangan. Anda bukan sehebat Hasan al Banna atau Anwar Ibrahim yang begitu berkarisma ketika usia belia dalam meniti perjuangan. Nak jadi sekarisma ustaz Zaharudin abdul Rahman dan pimpinan yang telah teruji umpama mohd Fuad Ikhwan pun generasi mahasiswa 2007/08 tak mampu. Jadi, binalah kesanggupan menjadi pengikut dahulu wahai mahasiswa. Jangan segan jadi pengikut.[2] Barulah anda rasa tidak diperalatkan wahai pimpinan mahasiswa bersifat anak-anakan.
Pandanglah sejarah semasa membicara. Sekumpulan anak muda yang berjiwa Islam dan radikal cuba menubuh parti yang berbeda dengan PAS yang dianggap nasionalisme Islam.Anak muda berkelulusan luar negara ini diketuai Khalid Samad(adik Sharir Samad, YB Johor Baru dan kini YDP PAS Shah Alam) adalah pemimpin Suara Islam bernekad menubuhkan Parti Negara Islam bagi melawan PAS yang berada dalam BN. Tetapi akhirnya, beliau bergabung dengan juak ulama dan dewan pemuda PAS dalam menumbangkan nasionalis Islam dalam PAS. Beliau pasti tahu kesan banyak parti yang memperjuangkan Islam. Semaqamkah, pimpinan mahasiswa sekarang seperti Dzukhairi atau Sheikh Umar dengan Khalid Samad? Ukur lubang hidung sendiri la.
Shamsudin Moner, orang yang berjaya mengalahkan PMIUM pada awal 1990an dan pro parti Semangat 46 telah membuktikan semangat hangat-hangat tahi ayam GM apabila menyatakan hendak menyertai pilihan raya umum. Akhirnya lubang hidung sendiri tak nampak dalam pilihan raya tersebut. GM tiada upaya nak menyertai pilihan raya. Janganlah anda bergimik wahai pimpinan mahasiswa. Pendesak yang baik tidak mesti menyertai pilihan raya, banyak lagi cara dalam perjuangan. Janganlah asyik mengejar hasil perjuangan dan kecewa ekoran tiada hasil yang diperolehi. Adat berjuang, ada tewas dan ada kemenangan.
Jadi anda sebagai mahasiswa Islam, pulanglah ke lubuk gerakan Islam. Pilihlah PAS, JIM, ABIM, ISMA, HALUAN, MPF, PERKIM atau KIMMA sekalipun. Perhatikan dasar perjuangan gerakan dakwah dengan cahaya iman. Baru kita jumpa jalan keluar. Ini tidak, bina sesuatu yang merumit suasana dengan penubuhan parti atau pertubuhan sendiri(contoh Y4C) atau masuk ke lubang tahi sekular yang bernama ***O. Kan jelek, perwira Islam kampus bergelumang dalam tahi sekular.
PMN tidak lebih daripada gimik kosong yang digendangkan oleh golongan kecewa dengan perjuangan, takut nasib masa depan(biasa dialami pelajar tahun 3 di varsiti) dan ingin kegemilangan jawatan selepas keluar kampus nanti atau virus-virus yang menjalar sewaktu era ustaz mohd Ramadhan Fitri atau Hanif Baderun (kes di UM) dan kaum kerabat sealiran dengannya. Penubuhan parti mahasiswa memang cadangan bagus tetapi fikirlah suasana sekarang tidak selayak adanya sebuah parti mahasiswa. Ia umpama objek yang memancar silau keindahan di tika kejauhan tetapi hanya setompok tahi bila kedekatan. Saya harap cadangan ini jadi ‘tahi’.
14/1/08
[1]Pimpinan ABIM dan PKPIM bekerja sendiri dengan gaji kecil di Yayasan Anda, institute SOFAR, Institut Ummah. Anwar sendiri menjadi pengetua Yayasan Anda.
[2] Memang mafia daripada al masyhur, muhammadi, maktab mahmud, smka Labu dan KISAS ini susah sikit nak jadi pengikut. Segan jadi pengikut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sebab-Akibat
Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...
-
Parti Islah Yaman ditubuhkan pada tahun 1990 setahun selepas penyatuan Yaman Utara dengan Yaman Selatan. Kongres Rakyat Umum (GPC) dari U...
-
BAB 2: ROH PERJUANGAN GMI ‘Islam bukan agama teori dan ritual sahaja tetapi Islam adalah agama praktikal yang perlu diterjemah sebagai satu ...
-
Tak sangka, Jemaah Tabligh (JT) yang suci itu juga mengalami krisis. Itulah qada’ dan qadar yang ditentukan oleh Allah SWT yang mempunyai...
No comments:
Post a Comment