MASA DEPAN ADALAH MILIK PIMPINAN GMI
Oleh mamat.com™
tokawang_sufi@yahoo.com
“kisah orang memperolokkan agama dan ditipu oleh dunia”[1]
Ada orang kepanasan dengan tulisan penulis tentang saudara Nazree Yunus, mantan Presiden PMIUM. Penulis senyum je. Penulis tidak membenci beliau dan tak nak bermusuh dengan sesiapa pun. Penulis merasakan beliau sendiri seperti pimpinan GMI yang lain juga adalah seorang berjiwa besar dan dapat menerima pelbagai kritikan. Adalah hak saudara Nazree nak memilih masa depannya. Mungkin faktor kerja, keluarga, wang atau perubahan ideologi perjuangan yang boleh menyuluh kebenaran yang kita tanggapi. Jika terasa benar, teruslah berjuang di atas rasa itu. Semoga ALLAH bersama kita.
Orang taat ibadat seperti Qarun boleh berubah kerana kekayaan. Orang sekarisma dan hebat seperti Anwar Ibrahim pun masuk UMNO. Orang selantang dan kuat demonstrasi, Ahmad Shabery Cheek(antara pengasas PASTI di Terengganu) pun masuk UMNO, pengubal ideologi, naib presiden dan penulis ilmiah PAS, Ustaz Nakhaie pun masuk UMNO(mungkin terlalu sayang isteri yang bekerja dengan kerajaan). Pakar strategik GMI yang bijaksana duduk sebaris dengan kebijaksanaan takiyudin hasan dan Husam Musa, Dr Fuad Zakarshi pun masuk UMNO. Orang yang nak saman kerajaan UMNO kerana bela Lufti, Johan Che Pa pun masuk UMNO. Ini modal masyhur penulis dalam memerhati sejarah orang berubah setelah menyatakan mereka berjuang. Oleh sebab itu, adalah hak mana-mana pemimpin GMI nak pilih masa depannya. UMNO, JIM, PAS, ABIM, PKR(parti Khayalan-Rapuh), MPF, Tabligh, PERKID, MIC(?), KIMMA(?) atau apa-apa nama lah.
Ada pula pimpinan GMI memilih untuk selesa dengan kerusi empuk pentadbiran seperti Zulwaqar(termenung di Sabah), Hanif Baderun atau Ustaz Izwan Yusof. Ada juga pimpinan GMI lantang bersuara dalam parti pembangkang seperti Abdullah Karim dan Fadly Ramli(berapa lama mereka boleh bertahan?). Ada pimpinan GMI, senyap atau mentadbir dalam parti pembangkang seperti Hafiz Samad, Shahrulzaman dan khairul anuar mat zuki. Ada ramai yang seronok bekerja di sektor awam atau swasta dan berniaga seperti Najibah, Hairin Herlina(biasa dengar dalam corong radio) atau Tuan Kamarul(kalau tak silap di SAPURA, kalau silap siapa peduli). Ada pimpinan GMI duduk bermotivasi seperti Amin Idris. Ada pimpinan GMI hanyut dengan kehandalan ilmu seperti Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman dan Ustaz Zulkifli Yusof. Ada juga pimpinan GMI cergas dalam NGO seperti Ustaz Mohd Ramadhan Fitri(GMISA). Ada juga pimpinan GMI gah sebagai profesional seperti Muhtar Suhaili. Ada ramai pimpinan GMI hanya berselesa gaji sebagai guru, ustaz J QAF dan pensyarah sepert Ustaz Huzairi Husein(cikgu kepada cikgu), Ustaz Borhan Che Daud(sedang menghidu udara sejuk bersama isteri dan adik ipar), Badie(mantan SU kerja PMIUM) dan Jalalilah(J) dan ada juga yang memilih untuk tiada apa-apa, jadi isteri atau suami saja sepenuh masa membuai anak dan membela ayam-ayam di kampung.
Jangan ingat penulis kata mereka semua tidak berjuang untuk Islam atau lari daripada perjuangan walaupun ada yang sikit-sikit cuba lari. Penulis nak tunjuk kepelbagaian pilihan untuk para pimpinan GMI dalam menentukan masa depannya. Pilihlah sebaik-baiknya. Orang yang aktif di kampus insya Allah mudah dapat pekerjaan. Aktif dan belajar, bukan aktif dan malas belajar.
Cuma penulis bimbang, cubaan pimpinan GMI tertentu cuba bermain-main politik atau untuk berseronok-seronok dalam GMI di kampus dengan memperlekehkan tarbiyah. Ada virus yang cuba merosakkan tarbiyah setelah peninggalan ustaz Muhd. Ramadhan Fitri(kes di UM). Promosi diri dan ada niat tertentu sehingga menyebabkan kepincangan tarbiyah GMI di kampus. Di manakah keikhlasan kita dalam perjuangan?
Konklusinya ialah pilihan bagi masa depan seseorang pimpinan GMI adalah hak masing-masing. Atas kebijaksanaan masing-masing untuk memilih perjuangan atau habuan masa depan mereka. Ada nak jadi profesional, guru, pensyarah atau ahli politik. Bergantung kepada niat masing-masing. Jika saudara Nazree Yunus nak masuk UMNO ke, itu adalah hak beliau. Itu adalah kebijaksanaan beliau. Tiada siapa yang larang walaupun ramai yang tak suka. Saudara Dzulkhairi(GAMIS-PMIUM) dan Sheikh Umar(SMM) nak masuk dalam koleksi nama pimpinan GMI dalam UMNO pun boleh. Tiada masalah. Zaman sekarang orang dah tak hairan, Cuma terkejut apabila bunga menjadi tahi..
‘syurga dan neraka itu dicari bukannya mencari, fikirlah bagi orang yang berakal’
2/1/2008
.
™ Penulis tidak mewakili mana-mana pihak kecuali diri sendiri. Bukan pro pembangkang walaupun macam pro pembangkang, bukan pro umno walaupun sememang bukan pro umno. Penulis pro mana-mana kumpulan yang meninggikan kod 165 di muka bumi.
[1] Lebih lanjut dalam surah Jaatsiyah:35.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sebab-Akibat
Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...
-
Parti Islah Yaman ditubuhkan pada tahun 1990 setahun selepas penyatuan Yaman Utara dengan Yaman Selatan. Kongres Rakyat Umum (GPC) dari U...
-
BAB 2: ROH PERJUANGAN GMI ‘Islam bukan agama teori dan ritual sahaja tetapi Islam adalah agama praktikal yang perlu diterjemah sebagai satu ...
-
Tak sangka, Jemaah Tabligh (JT) yang suci itu juga mengalami krisis. Itulah qada’ dan qadar yang ditentukan oleh Allah SWT yang mempunyai...
No comments:
Post a Comment