Hasil Sebuah Perjuangan: Kisah Tuan Guru Fadzil Noor Untuk Cerminan Pimpinan GMI(kulagukan untuk Saudara Dzulkhairi dan Saudari Syuhada)
Oleh mamat.com
tokawang_sufi@yahoo.com
Masa Dzulkhairi dan Noor Syuhada anak Musthapa berhingus dahulu, negara kita dikejutkan dengan laungan REFORMASI. Pimpinan TG Fadzil dengan bijaksana menyertai GERAK. Masa Dzulkhairi dan Noor Syuhada meningkat remaja, tubuh semakin sasa dan gebu, seronok mata memandang, TG Fadzil Noor telah meninggal dunia. Satu kehilangan besar permata perjuangan Islam. Masa itu aku berada di Wisma Koperasi Polis di Briefield, asrama paling sardin yang dimiliki oleh UM. Sana tempat ramai perwira kampus. Sedih dan terharu melihat ribuan manusia mengangkat keranda tuan guru dalam muka depan Harakah.
Dzulkhairi yang hafiz lagi alim dan Syuhada adik senegeriku Terengganu(abang berasal dari Bukit Payong, bukan dekat Besut kampung awak tapi dekat Rusila, sekampung dengan Azizah) yang menyejuk mata dan hati memandang, moga kalian dicerahkan hati dan dikekalkan hidayah. Perjuangan ini mungkin tiada hasil pada zaman kalian sebagaimana TG Fadzil Noor tapi kalian sewajarnya berbangga kerana kalian seperti TG Fadzil mengukuh dan menguatkan perjuangan agar ia dapat diteruskan oleh generasi masa depan dengan jayanya.
Dzulkhairi yang bijak umpamanya Umar, berani pun perlu seperti Umar, Syuhada yang Berani, berani dalam bunga kecantikan(jangan lupa banyak tersenyum, orang Terengganu kena banyak senyum). Satu sahaja yang kalian tidak mampu ikuti TG Fadzil Noor yang dirahmatiNya. Kalian masih hidup, beliau telah mati. Kalian mesti hidup untuk berjuang, dan mati seperti beliau yang berjasa pada agama dan membenihkan perjuangan dan mati dalam perjuangan walaupun hasil tiada nampak lagi.
Wahai dzulkhairi dan Syuhada, meningkat dewasa kelak. Bila semuanya nampak besar-besar. Moga mendapat pasangan yang soleh dan solehah. Masa kematian TG Fadzil, Tuan Guru Haji Hadi(ayah chik) pernah mengatakan (lebih kurang yeah) Ustaz Fadzil beruntung kerana mati dalam keadaan berjuang, dan kita belum tentu lagi mati dalam keadaan berjuang. Jadi Dzulkhairi yang handsome dan Syuhada yang menawan, kita masih hidup lagi, teruskan perjuangan mengikut jalan Allah. Jangan kalian mati dalam keadaan lari daripada perjuangan Islam atau tercinta dengan kepalsuan slogan Islam.
Dzulkhairi dan Syuhada, jangan mabuk ilmu, pangkat dan harta. Jangan ingin hasil perjuangan yang sebegitu cepat. Orang berjuang seperti Ustaz Nakhaie, Prof Madya Mat Noor Deris dan Ustaz Ghazali(orang negeri kita, adikku Syuhada, lelulur tuan guru Syafie, pemilik Pondok Losong ) pun beralih perjuangan dan belum tentu mati dalam perjuangan gerakan Islam. Sebab itu Tuan Guru Haji Hadi takut. Takut kerana bimbang beliau mati bukan dalam perjuangan Islam.
Dzulkhairi dan Syuhada, mawaddah ini kuikatkan demi ukhwah Islam. Walaupun tulisan saya nampak kasar penuh kegeraman, kehangatan dan kejijikan. Tapi hati saya baik.(senyum) Ambil yang jernih, buang yang keruh. Salam perjuangan..
23/1/08
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sebab-Akibat
Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...
-
Parti Islah Yaman ditubuhkan pada tahun 1990 setahun selepas penyatuan Yaman Utara dengan Yaman Selatan. Kongres Rakyat Umum (GPC) dari U...
-
BAB 2: ROH PERJUANGAN GMI ‘Islam bukan agama teori dan ritual sahaja tetapi Islam adalah agama praktikal yang perlu diterjemah sebagai satu ...
-
Tak sangka, Jemaah Tabligh (JT) yang suci itu juga mengalami krisis. Itulah qada’ dan qadar yang ditentukan oleh Allah SWT yang mempunyai...
No comments:
Post a Comment