PR kecil adalah ujian besar bagi Pakatan setelah isu 16/9. Bagi orang Melayu-Islam di Terengganu, PKR bukanlah satu digemari. Ia dianggap Semangat 46 baru. Oleh kerana taat kepada kepimpinan parti, mereka terima seadanya.
Setelah Anwar 'mengencing'(baca:membohongi) rakyat berkaitan isu 16/9, saya menjangka Pakatan akan tewas pada kali ini. Jika PAS mencalon Dato Mustafa Ali, bersedialah PAS untuk tewas. Khabarnya massa telah pudar sokongan terhadap beliau.
Dan kekalahan disini akan memarakkan lagi serangan puak anti PAS Terengganu dalam parti terutamanya pemilihan parti tak lama lagi.
PR ini akan dimenangi oleh pihak yang mengemukakan calon terbaiknya. Disini faktor parti no 2, calon diutamakan.
Saya mendoakan agar PAS menang. Selesai konflik dalaman dengan baik dan dengan prosedur yang sah. kurang berpolituk, tambahkan tarbiyyah.
Orang Batu Burok
ini adalah telaah peribadi..
Sunday, December 21, 2008
Tuesday, November 18, 2008
JAWAB TAMPAN 4
HIKAYAT PASCA PENETASAN: BERTATIH KE ARAH KEDEWASAAN PERJUANGAN
Pra Hikayat
‘maka menulis si terlebih sufaha tentang kedurjanaan kasta dalam himpunan anak muda Islam. Himpunan Anak Muda Islam semua gelap(baca; salah), si terlebih sufaha sahaja yang betul. Nun jauh di Timur, ada mantan penguasa yang melaungkan ulul albab. Dialah seorang ulul albab. Ambil sekolah agama kerajaan negeri dibuat seperti isteri dia punya sekolah. Ulul albab kah orang berasuah dan mencari kekayaan untuk diri sendiri?. Begitu juga pandangan ‘jahat’ ulama di selatan tanah air, semua orang salah, semua orang syirik, hanya dia dan ulama saudi dia sahaja yang benar. Ini penyakit si terlebih sufaha, tertipu dengan kelebihan ilmu. Ilmu itu penyuluh jalan amalan. jangan jadi macam orientalis, tinggi ilmu tanpa amalan. Hujah ritual si terlebih sufaha tidak sik aku hairan bila melihat orientalis pun menghafaz al Quran.’
Hikayat
Seingat saya, pada tahun 2001 ada beberapa orang bekas mahasiswa PMIUM telah menyertai HEP UM. Riuhlah berkokok reban PMIUM. Seperti biasa, penulis tidak hairan. Seumpama, Prof Madya Mohd Noor Deris yang lantang berkokok bagi pihak PAS akhirnya terkulai layu ke pangkuan UMNO. Inilah mungkin yang terjadi pada sumber atau penulis yang suka menulis tentang minah Bina’ atau Islah atau mat tampan.
Penulis tidak pasti kenapa saudara penulis itu terlalu bencikan PMIUM dan PAS. Mungkin ada dosa besar PAS dan PMIUM terhadap saudara penulis itu. Mungkin pernah putus cinta dengan minah bina atau islah atau mungkin pernah tertumbuk oleh mat tampan atau mungkin merajuk dengan PMIUM atau mungkin kerjaya atau tugas saudara sebegitu. seribu kemungkinan. dan penulis harap kemungkinan di atas tidak tepat.
Mungkin UMNO sekarang terlalu berjasa pada saudara penulis itu, sebab itu saudara benci PAS dan PMIUM. Satu lagi mungkin. UMNO memang berjasa tetapi dengan jasanya jangan sampai boleh mengetuk kepala rakyat. barang UMNO ini, satu dasarnya sekular dan nasionalisime, duanya ambil kesempatan atas nama anak emas British, ketiga,kepincangan dasar-dasar UMNO. UMNO memang berjasa, penulis mengakui tapi waktu itu UMNO masih berteraskan rakyat . Kini pusaka Melayu(agama, tanah[nasib tanah rizab Melayu?], bahasa Melayu[tulisan jawi, siapa mansuh?] dan budaya Melayu) digadai oleh UMNO. Saudara penulis itu tak benci pun pada UMNO yang sudah tidak boleh diharapkan itu.
Penulis mengharapkan saudara penulis itu jangan terlalu emosi dan penuh dendam dalam ulasan atau kritikan. Kritiklah dengan membina. Saudara dilihat sebagai ‘ustaz atau ulama’ yang cukup pandai berhujah dan bermain dengan dalil. Penulis nak menitis air mata atas kebijaksanaan saudara.
Pemimpin mahasiswa yang berkaliber pun tidak membongkar cerita kePMIUMnya(baca; kisah dalaman) secara terbuka. Anwar Ibrahim, Dr. Mohd Khir Toyo dan lain-lain tidak mendedahkan kisah mereka. Cuma pembenci yang melampau sahaja yang menceritakan sebegitu. Benci boleh, tetapi jangan melampaui batas.
Penulis yang faqir ilmu ini pernah membaca dan mendengar kuliah spritual. seingat penulis, dunia ini ada 2 jalan. Jalan ini mesti dilalui dan dipilih oleh anak ayam yang dah menetas itu. Jalan pertama berjuang ke arah kebenaran dengan niat keredhaan Allah dan janjiNya(baca; syurga). Jalan kedua, berjuang ke arah kemungkaran dengan niat keduniaan(baca:gila harta, pangkat dan populariti).
Anak ayam itu pilih sendiri la...
Kepada diri penulis(bekas mahasiswa ahli PBMUM dan ABIM PJ), saudara penulis itu dan mahasiswa yang lain. Pemusnah agama ini ada dua jenis;
a. Orang(terutama pemimpin) yang jahil dan sesat.
b. Orang mengerti agama dan alim tetapi menjual agama dengan harga yang murah(nak pangkat, harta dan populariti). Mereka ini seperti ulama yahudi yang menyembunyi khabar tentang kedatangan Nabi Muhammad yang terdapat dalam kitab mereka.
‘tunjukkan kami jalan yang betul’(al fatihah;6)
Semoga kita tergolong dalam golongan betul. Hilangkan api pemusuhan, kembalikan kedamaian jiwa. Cari titik pertemuan, sepakat demi kepentingan bersama. Biar budaya politik dendam dan benci yang begitu diskiminatif itu dikikis.
mamat.com
4/10/08

Tuesday, October 28, 2008
SENJATA AMPUH: TAATI PRESIDEN DAN MAJLIS SYURA
Menurut Ustaz Nik Abduh, jika berlaku perpecahan dalam jemaah Islam, kita mesti kembali kepada dua perkara.
Pertama, ketaatan kepada Presiden. Biar keputusan yang dibuat tidak dipersetujui dan pedih. Kedua, taati keputusan Majlis Syura. Presiden pun mesti terikat dengan Majlis Syura. Mursyidul Aam berada dalam Majlis Syura.
Dalam struktur jemaah, Mursyidul Aam adalah penasihat yang berada dalam Majlis Syura Ulama. Kuasa Mursyidul Aam tidak boleh mencampuri kuasa eksekutif presiden tanpa kelulusan MSU. Sekarang nasib baik Presiden masih membuntuti Mursyidul Aam tanpa melawan. Jika tidak, kucar kacir jemaah Islam.
Jika tidak bersetuju dengan Presiden, PAS dah ada pengalaman dengan mengadakan usul tidak percaya atau ada calon akan melawan Presiden dalam muktamar. Ini pilihan akar umbi jika tidak menyukai presiden.
Apapun nasihat nik abduh adalah tepat.
sumber: wasilah

MANSUHKAN APIUM?
Mungkin ramai yang marah apabila pihak pengurusan APIUM ingin mengurangkan pelajarnya. YB Nasir Zakaria bangkit dalam dewan rakyat mempersoalkannya. motifnya politik. apapun saya tidak mengetahui tujuan sebenarnya mereka.
Secara peribadi saya amat menyukai dan menyokong pengurangan jumlah kemasukkan mahasiswa ke APIUM. Bahkan saya amat menyokong jika kampus APIUM Nilam Puri ditutup atau menjadi kolej matrikulasi [aliran sains, perakaunan dan undang-undang] bagi pelajar aliran agama.
Sebenarnya APIUM Nilam Puri menempatkan pelajar pintar yang berminat dalam bidang agama. Kebanyakkan mereka berasal daripada sekolah berkualiti seperti KISAS, SMKA Labu, SMA Kajang, SMKA al Masyhur, Maktab Mahmud, SM Muhammadi dan lain2. Potensi yang mereka ada sepatutnya dialirkan kepada bidang profesional seperti perubatan atau kejuruteraan. Sebagai tambahan, wajib mereka mengambil minor di APIUM yang bertaraf sijil atau diploma(cth diploma usuluddin).
Saya berpendapat sedemikian kerana pada zaman ini, ramai sangat ‘pekerja agama’ yang digelar ustaz ini. Jika diteruskan APIUM ini, kita telah menambah lambakkan pekerja agama yang berkelulusan luar negara, tahfiz atau madrasah setempat. Sebahagian mereka ini bukan mahu jadi ulama rabani, mereka mahu jadi pekerja agama. Ini tidak ditambah dengan kewujudan USIM, KUIS, KITAB, Darul Hikmah, KUDQI, INSANIAH dan lain-lain.
Saya percaya pentarbiyahan pelajar sekolah agama berkualiti seperti KISAS itu dapat melahirkan profesional Islam yang kental dan mantap. Ini juga bakal melahirkan PROTAZ yang bakal mendepani permasalahan semasa.
Maaflah. Mungkin kalian marah kepada saya. Itulah pendapat saya secara peribadi. Marahlah kerana itu hak saudara.
24/10/08
Sandakan, Sabah

JAWAB TAMPAN 3
HASIL PADA TELURNYA(III)
Oleh mamat.com
Sebagai tambahan, kekuatan PMI/JIK bukan bergantung kepada AU sahaja. Ahli biasa yang bukan AU sendiri ada yang lebih syadid daripada AU yang berbulu itik itu. Dan adalah lebih memalukan jika ahli bukan AU lebih kuat berjemaah daripada ahli AU selepas alam kampus.
Hero AU berbulu itik hanya megah berjuang dalam medan kampus tetapi sepi dalam jawatan selepas kampus. Kita tidak salahkan hero AU berbulu itik ini kerana kita berjuang ikut kemampuan dan lingkungan. Ada berjuang secara terbuka atau tertutup.
Menghidupkan agama tidak semestinya menyertai parti Islam. Imarahkan masjid di kawasan masing-masing dengan roh keagamaan sudah dikira terbaik bagi zaman ini. Berapa ramai ahli jemaah Islam yang sibuk berpolitik tetapi masjid kawasan sendiri kurang disantuni. Saya berkeinginan AU mengerakkan peringkat cawangan atau masjid kawasan masing-masing agar usaha dakwah mengakari hati rakyat marhaen. Laksanakanlah daurah,usrah atau segalanya.
Kita tak nak melahirkan telur pimpinan atau AU seperti saudara maharaja zhou(jika saudara maharaja zhou bau-bacang dengan makhluk AU lah) atau lain-lain yang tersesat masuk reban lain dimana anak ayam bersekawan dengan anak gagak.
Allah mengurniakan hambaNya yang tidak terduga untuk memenangkan agamaNya. Ahmad Deedat hanya pekerja di sebuah kedai, Thalut hanya petani miskin dan Salahuddin al Ayubi berasal daripada bangsa Kurdis yang tidak ternama. Manakala berapa ramai pimpinan yang memilih haluan yang berbeda.Dato Asri, Presiden PAS, Ustaz Nakhaie, ideolog PAS dan Panglima Jihad memilih jalan keluar dan bersekular mereka.
Bahkan lihat telur seperti Ahmad Shabery, Mohd Fuad Zakarsyi, Ruslan Kasim, Johan Che Pa. Tanya mereka, daripada buntut ayam mana mereka keluar?. Apa yang mereka tidak lakukan masa di alam kampus. Bila menetas, bersekawan dengan anak gagak.
Jadi apa yang mahu dihairankan.
Akhir kalam, ingatlah saudara maharaja zhou dan rakan-rakan, perjuangan bukan dilihat pada permulaan tetapi pada pengakhiran(Husnul Khatimah).
23/10/08
2.54 am
Sandakan
Sila lawati
masjidfajar.blogspot (tempat aku lepak)
hannanfarhana.blogspot.com (belajar sirah nabi)

JAWAB TAMPAN 2
HASIL PADA TELURNYA(II)
Oleh mamat.com
1. Sekadar info, tulisan saudara maharaja zhou bagus untuk mengetahui sistem pertarbiyyahan JIK di kampus.
2. Menghukum JIK dengan dalil-dalil sebegitu juga baik dalam pendekatan intelektual.
3. Perjuangan Islam ini banyak pendekatan sama ada oleh individu, keluarga, masyarakat atau negara. Berjuanglah untuk Islam dalam kadar kemampuan kita.
4. Bagi saya secara peribadi, dalil mengharamkan pengkaderan bukanlah perkara yang terbaik. Kita akui, pengkaderan tersebut bukanlah yang terbaik atau sempurna tapi ia perlu ada.
5. Jika anasir freemason boleh mentarbiyyah graduan kita terutama di luar negara, tiada sebab pengkaderan Islam kita nak tumbangkan.
6. Alangkah baik jika saudara maharaja zhou menggunakan dalil ritual tersebut bagi mengharamkan aktiviti ‘gegar u’ atau hiburan di kampus.
7. Teringat kisah Rasulullah SAW berdoa dalam perang Badar, Abu Jahal pun berdoa. Baginda bina masjid, puak satu lagi bina masjid. Jika kita ingin mengatakan kita lebih Islam, sampai bila pun tidak selesai. Jalan penyelesaian ialah al Quran dan berserah kepada Allah SWT.
8. Tentang kes norhayati dan sedaerah dengannya, kegagalan mereka adalah kes terpencil. Saya masih ingat, jika pimpinan mahasiswa merosot dalam akademik, ia dinasihatkan menumpu perhatian pada akademik dahulu tapi masih ada juga yang berdegil. Sifat manusia apabila gagal menyalahkan orang lain. Maknanya mereka menghalalkan diri mereka menjadi telur busuk.
9. Telur baik atau busuk bukannya dilihat pada ibu ayamnya. Tapi lihat pada hari penetasannya.
10. Akhirnya, maaflah saya, saudara maharaja zhou. Sesekali mengusik saudara dek lama tak menulis tentang gerakan mahasiswa.
11. mahasiswa ini ada zamannya. Zaman ini zaman mereka(baca;mahasiswa). Biar mereka dengan cara mereka walaupun sesekali kita menasihat dan mencoret pendapat. Tindakan adalah hak mereka.
12. saya rasa dah tua untuk mencampuri perjuangan mereka, saudara maharaja zhou tak terasa setua saya ke?..
13. Mengemis hidayah dan teruskan menulis saudara maharaja zhou. Salam maaf dari mamat.com.
Sedetik masa mengurangkan usia.
16/10/08
Taman Fajar Sandakan

JAWAB TAMPAN 1
HASIL PADA TELURNYA(1)
Oleh mamat.com
Penulis tertarik dengan tulisan bersiri tentang sistem pengkaderan Jemaah Islam Kampus(JIK) yang dikemuka oleh saudara maharaja zhou. Penulis ucapkan terima kasih dan taniah kerana memberi info yang luar biasa sumbernya. Bagi saya, rahsia sebegini hanya orang jemaah dan SB sahaja yang tahu tentang TAMPAN itupun ia benar. Benar atau tidak, pemimpin dan mantan pimpinan perlu nafi jika berani.
Bagi saya, wahana seumpama TAMPAN(jika ia wujud) adalah sistem pengkaderan itu asalnya bagi melahirkan pemimpin mahasiswa yang militan(baca;bersemangat) perjuangan bagi mengerakkan gerakan Islam di kampus. Sebenarnya, sistem pengkaderan ini menyumbang pada 50 peratus sahaja pembentukan kualiti perjuangan pimpinan mahasiswa. Banyak unsur lain yang dapat mempengaruhi jiwa-raga pimpinan mahasiswa.
Bagi saudara maharaja zhou yang berada dalam mangkuk kampus perlu ingat bahawa kampus itu medan sementara. Kampus tempat ‘menanak’ nasi. Kayu mesti kering untuk menghasilkan bara yang sesuai supaya nasi itu masak. Jika tidak, nasi tak menjadi. Hasil perjuangan adalah di luar kampus. Bergempita perangnya dalam kampus, keluar varsiti masuk UMNO. ‘barua’ namanya.
Buka minda saudara maharaja zhou, biarkan tampan dan tampin(awek pmi yang cantik dan alim) berjuang dalam lingkungannya. Biarkan mereka merasai kenikmatan klimak perjuangan. Biar mereka membuang idealisme yang penuh dalam kepala mereka itu di medan perjuangan. Jika saudara asyik mengugut dan menyemai budaya caci tersebut, sampai kiamat mentaliti ‘politik jakun’ versi Malaysia tidak akan berakhir.
Setelah berakhir zaman mahasiswa dan bergelumang dengan masyarakat, penulis masih mengidamkan pimpinan mahasiswa sehebat Anwar Ibrahim muncul kembali tetapi penulis sukar memberi harapan dan kepercayaan total kepada pemimpin mahasiswa sehebatnya.
Pimpinan mahasiswa ini seumpama dengan telur, kita ada sistem penternakan ayam yang baik (sistem tarbiyah yang baik seumpama tampan, jika ikut tulisan maharaja zhou), baka ayam yang baik(naqib, masaul) tapi telurnya belum tentu menjadi. Ada yang berkualiti dan ada yang busuk(orang Terengganu panggil:telur melang). Kualiti atau tidak, atau berhasil atau tidak sistem tarbiyah bukan dilihat di kampus tetapi dalam alam perjuangan selepas kampus. Adakah saudara Hilman menjadi Fuad Zakarshi atau Husam Musa, adakah saudara Hasbi menjadi ahmad shabery cheek atau takiyudin hasan?. Telur ini bukan berhasil di kampus tetapi selepas kampus.
Jadi saudara maharaja zhou nampak tak hasilnya.
15/10/08
5.32 pM
Sandakan
Sila lawati
Masjidfajar.blogspot (tempat aku lepak)

Wednesday, October 15, 2008
TAMPAN 3
Tamrin Panjang:Satu Dokumentasi di Luar Jamaah 111
Membicarakan Tamrin Panjang (TAMPAN) tidak akan lengkap tanpa membicarakannya dari sudut hukum-hakam dan nas tentang apa yang dipercayai oleh Ahli-ahli Unit (AU). Penulis menyimpulkan jikalau TAMPAN dianggap sebagai perkakasan (hardware) maka bai'ah (janji setia atau angkat sumpah) dan hukum-hakam yang terkandung di dalamnya adalah umpama perisian (software) [penulis ingin memanjangkan lagi bahawa semasa upacara ta'aruf yakni brainwash di dalam TAMPAN adalah seumpama proses "delete and format"].
Tetapi, penulis merasakan adalah perlu bagi pembaca terlebih dahulu (dalam dokumentasi 1 dan 11) memahami proses TAMPAN secara mekanikal dan juga kesannya terhadap mahasiswa dan persekitarannya kerana ia lebih tampak dan mudah difahami. Aspek "perisiannya" secara umumnya seolah-olah tidak lagi rahsia apatah lagi wujud blog-blog, laman malahan di dalam Harakah versi bercetak yang menceritakan tentang wala', bai'ah dan tarbiyyah. Namun, jikalau dirangkumkan kesemua aspek yang disebutkan tadi, barulah boleh difahami betapa dalamnya kesan(dibaca: bahaya) TAMPAN dan bai'ah kepada mahasiswa (samada telah berbai'ah mahupun tidak) dan masyarakat di luar terhadap JIK/PMI/PAS.
Kita perlu memahami bahawa PAS hanya menjadi "jamaah" apabila kepimpinan Dato' Asri sebagai Presiden ditumbangkan. Ia adalah entiti politik yang tulen samalah seperti UMNO, DAP, PKR, Semangat 46 dan lain-lain. Sejak 24 November 1951 yakni 30 tahun, PAS tidak mempunyai manhaj gerakan Islam dan tidak mengenali usrah, tamrin dan perkaderan. Namun, semenjak pulangnya golongan muda yang mendapat tarbiyyah Ikhwan seperti Datuk Seri Abdul Hadi, ditambah pula dengan kemasukan Anwar ke dalam UMNO, transformasi PAS sebagai parti siasah kepada sebuah jamaah haraki berjalan dengan pantas.
Namun, PAS masih lagi parti politik dan masih tetap mendahulukan siasah dari dakwah dan juga tarbiyyah. Maka, adaptasi tarbiyyah Ikhwan mempunyai matlamat pengakhirannya iaitu ke arah untuk mendapatkan kuasa politik bagi PAS. Oleh itu, setiap agenda tarbiyyah PAS perlu disaluti dengan unsur-unsur agama dan dalil yang menghalalkan perlaksanaan tarbiyyah tersebut di atas nama agama, Nabi dan Allah Taala.
TAMPAN tidak terkecuali dari perkara yang disebutkan tadi. TAMPAN pada hakikatnya adalah suatu "tarbiyyah" yang jikalau difikirkan adalah tidak masuk akal. Machiavellisme dimulakan pada hari diisytiharkan layak anak usrah itu memasuki TAMPAN. Tipu daya dan pujuk rayu dihalalkan walaupun di sepanjang TAMPAN pesertanya diingatkan tentang matlamat tidak menghalalkan cara dan machiavellisme (merujuk kepada tindakan Anwar Ibrahim menyertai UMNO yang dikiaskan sebagai membersihkan tong najis dari dalam).
Oleh itu, apakah dalil kepada perlaksanaan TAMPAN ini? Dari manakah sumber hukum yang digunakan oleh pewaris-pewaris Muhammad Hussin (sekarang Ahli Parlimen Pasir Putih, Presiden PMIUM yang mengasaskan TAMPAN pada 1983)? Penulis difahamkan bahawa program TAMPAN diasaskan kononnya berdasarkan hukuman Rasulullah terhadap tiga orang sahabatnya iaitu Ka'ab Bin Malik, Murarah bin Rabi'ah Al-Amiri dan Hilal bin Umayah Al-Waqifi yang tidak menyertai Rasulullah semasa Perang Tabuk tanpa sebarang keuzuran. Tiga sahabat ini telah diboikot oleh umat Islam ketika itu sehingga 50 hari dan isteri-isteri mereka juga turut diarahkan memboikot mereka (kecuali isteri Hilal bin Umayah Al-Waqifi kerana, beliau sudah tua). Pemboikotan ini tamat apabila turunnya ayat 118 surah At Taubah yang menyatakan penerimaan taubat mereka oleh ALlah.
Ini adalah kes di mana terdapat unsur hukuman Rasulullah terhadap para sahabat tetapi aparat JIK/PMI ingin mengqiaskan hukum ini terhadap peserta TAMPAN. Peserta TAMPAN terutamanya dari kalangan API dicabar oleh urusetia-urusetia TAMPAN untuk menyatakan ketidak syari'ean TAMPAN (sudah tentu tidak munasabah kerana mereka sekarang berada di TAMPAN seperti hamba tawanan). Dan mereka menggunakan kisah Perang Tabuk tadi sebagai alasan untuk mendera mental dan fizikal TAMPAN seolah-olah mereka melakukan kesalahan terhadap JIK/PMI. Namun, mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan, dan mereka hanyalah peserta yang tidak tahu apa-apa.
Usaha mengqiaskan TAMPAN dengan kisah Perang Tabuk adalah mungkar. Ini kerana Perang Tabuk menukilkan kesalahan tiga orang sahabat yang tidak menyertai kempen Rasulullah ke Tabuk. Penulis boleh menerima jikalau hukuman ini dikenakan kepada ahli JIK/PMI yang tidak menyertai demonstrasi, piket ataupun penyerahan memorandum tetapi jikalau hendak diqiaskan hukum kepada TAMPAN dan pesertanya adalah tidak tepat dan membawa fitnah kepada Islam dan Rasulullah. Ini sesuai dengan hadith Nabi yang berbunyi:
Dari Abi Hurairah, ia berkata. Telah bersabda Rasulullah SAW "Barang siapa yang berdusta atasku (yakni atas namaku) dengan sengaja, maka hendaklah ia mengambil tempat duduknya (yakni tempat tinggalnya) di neraka". Hadits shahih dikeluarkan oleh Imam Bukhari (1/36) dan Muslim (1/8)
Kita boleh melihat bahawa Rasulullah tidak pernah menggunakan paksaan terhadap orang lain untuk memeluk Islam. Malahan, TAMPAN sepatutnya melihat bagaimana perlakuan dan tindakan Rasulullah terhadap golongan Ansar yang datang ke Makkah sewaktu peristiwa Bai'ah Aqabah Pertama dan Kedua. Rasulullah tidak menAMPANkan sahabat-sahabat tersebut walaupun tentu sahaja ramai sahabat yang mampu menjadi Urusetia Disiplin seperti Saidina Umar RA dan Saidina Hamzah RA ataupun Urusetia Kebajikan seperti Saidina Uthman RA. Oleh itu, perbuatan mengqiaskan TAMPAN dengan mana-mana peristiwa dalam sirah Rasulullah adalah perbuatan bid'ah, mungkar dan tidak bertanggungjawab.
Jikalau TAMPAN adalah metodologi dakwah, siasah ataupun strategi terbaik membina sahabat, sudah tentu Rasulullah telah menggunakan aplikasi TAMPAN terhadap sahabat-sahabatnya, tetapi Rasulullah dalam banyak hal amat lembut terhadap mad'u (sasaran dakwah) dan juga sahabat-sahabatnya, tidak seperti yang didakwa ( dan dilakukan terhadap mad'u) oleh aparat PAS melalui TAMPAN.
Namun, perkara ini didiamkan kerana TAMPAN dianggap sebagai upacara keramat dan suci yang disahihkan oleh orang-orang yang dianggap sah tidak akan mati jahiliyyah jika dibandingkan dengan mufti-mufti, ulama'-ulama' dan orang-orang 'alim yang tidak pernah berbai'ah yang berkemungkinan akan mati jahiliyyah kerana tidak berbai'ah kepada pimpinan Islam terutamanya pimpinan JIK/PMI/PAS. Oleh itu, TAMPAN dan upacaranya tidak terusik walaupun jika ada hujah dari orang luar yang lebih faqih dalam ugama berkenaan isu bai'ah.
Bai'ah di dalam TAMPAN hanyalah ditujukan kepada pimpinan JIK/PMI/PAS. Namun, tumpuan wala' lebih bersifat setempat yakni kepada pimpinan PMI Universiti. Dengan alasan PAS adalah "jamaah Islam yang pertama di Malaysia" maka, tempat ketaatan dan wala' AU hanyalah kepada Amir JIK, Murabbi Kampus dan pimpinan PAS serta wakil-wakil mereka.
Bai'ah penting dalam menentukan arah politik dan juga hidup sesuatu ahli jamaah (AU). Maka, kepentingan bai'ah dititikberatkan dalam pengisian-pengisian TAMPAN. Hadith-hadith yang digunakan untuk mengabsahkan bai'ah AU terhadap JIK/PMI/PAS adalah:
"Tiga golongan jangan engkau bertanya tentang mereka (kerana mereka termasuk dalam orang-orang yang bakal musnah) iaitu :
1. Orang yang berpisah dengan jamaah dan menderhakai imamnya serta mati dalam maksiat,
2. Hamba perempuan atau lelaki yang lari dari tuannya lalu menemui kematian,
3. Seorang perempuan yang suaminya keluar bermusafir dan telah dicukupinya biaya keduniaannya lalu ia bertabarruj sesudahnya (untuk menarik perhatian lelaki lain).
(Riwayat Imam at-Thabrani, al-Hakim dan al-Baihaqi dari Fadhalah bin 'Abid r.a.)
"Sesiapa yang merungkai ketaatannya (dari pemimpin yang adil), ia akan bertemu Allah di hari kiamat dengan tanpa hujjah baginya. Sesiapa yang mati dalam keadaan tiada bai'ah di tengkuknya, ia mati sebagai mati jahiliah".
Riwayat Imam Muslim dari Ibnu 'Umar r.a.
Maka, dengan menggunakan hadith-hadith ini, bai'ah adalah faktor yang kedua terpenting selepas dua kalimah shahadah untuk AU bagi mendapatkan keredhaan ALlah. Namun, penulis sengaja menggariskan "dari pemimpin yang adil" kerana ia bukanlah sebahagian daripada hadith tersebut tetapi tambahan dari golongan Ikhwanul Muslimin dan anti pemerintah sepanjang zaman semata-mata.
Dengan berdalilkan dua hadith ini (yang tentunya dengan penambahan syarah tersebut di dalam hadith), maka PAS dinobatkan sebagai satu-satunya jamaah yang wajib menerima bai'ah daripada rakyat Malaysia yang beragama Islam. Adalah haram ujar aparat-aparat JIK/PMI/PAS ini untuk berbai'ah selain daripada pimpinan PAS dan wakil-wakilnya kerana mereka adalah "golongan yang memperjuangkan Islam dan hukum-hakamnya" dan selainnya adalah pemanggil-pemanggil kepada seruan jahiliyyah.
Maka, apabila dilihat daripada brainwash daripada program TAMPAN, seolah-olah kesemuanya benar-benar berpandukan kepada syarak dan usaha melawan dan merungkainya adalah perbuatan dosa, mungkar dan fasiq. Oleh itu,apabila bai'ah sudah dilafazkan kepada PAS maka ia adalah janji yang tidak boleh dirungkai atau dilupus. Sebarang pelupusan balasannya adalah neraka jahanam dan kekal mereka di dalamnya.
Tetapi, harus diingat bahawa apakah benar jamaah yang disangkakan benar itu adalah PAS? Harus diingat bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
1) Dari Hudzaifah bin Yaman bahwa Rasulullah saw bersabda:
"Akan ada sepeninggalku para pemimpin yang tidak mengambil petunjuk dari petunjukku dan tidak mengambil sunnah dengan sunnahku. Akan muncul ditengah-tengah kalian pemimpin yang berhati syaitan dalam wujud manusia" Aku (Hudzaifah) bertanya: "Apa yang aku harus perbuat jika aku mendapatinya?" Hendaklah kalian mendengar dan taat kepada pemimpinmu meskipun ia memukul punggungmu dan merampas hartamu." (HR. Muslim no. 1847 (52)).
2) Dari Anas bin Malik, bahwa ia berkata: "Para pembesar melarang kami untuk menyelisihi Ulil Amri, mereka berkata: bahwa Rasulullah saw bersabda:
"Janganlah kalian mencela pemimpin-pemimpin kalian, janganlah kalian dengki kepada mereka dan janganlah membenci mereka, (tetapi) bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah, sesungguhnya perkara ini sudah dekat." (HR. Ibnu Abi 'Asyim, Hadits shahih)
Dan Imam Tahawi, salah seorang Imam besar dari Mazhab Hanafi juga menukilkan dalam Kitabnya Aqidah Tahawiyyah:
"Kita tidak boleh keluar dari para penguasa yang bertanggung jawab atas urusan kita, sekali pun mereka telah berbuat zhalim. Tidak boleh mendo'akan kejelekan bagi mereka dan tidak boleh melepas tangan dari ketaatan kepada mereka. Kita menganggap bahwa taat kepada penguasa muslim berarti taat kepada Allah yang wajib atas kita, kecuali mereka memerintahkan kemaksiatan kepada Allah. Kita juga mendo'akan mereka kebaikan dan kesejahteraan."
Oleh itu, sebenarnya adalah mungkar untuk memasukkan tanggapan kita di dalam hadith Rasulullah seperti contoh pemimpin yang adil tersebut di dalam dalil-dalil yang selalu diambil PMI. Maka, Rasulullah SAW berpesan bahawa ketaatan kepada pemimpin adalah wajib walaupun:
1) Tidak mengambil petunjuk sunnah dan mengikut sunnah
2) Berhati syaitan
3) Zalim yakni memukul dan merampas harta
Maka, jikalau kerajaan tersebut masih diperintah oleh seorang yang Islam tetapi tidak mengambil sunnah dan melakukan kezaliman, maka kewajipan untuk taat kepada mereka masih bersifat wajib melainkan terdapat kekufuran yang nyata yakni keluar mereka daripada Islam. Ini bersesuaian dengan hadith dari Riwayat Bukhari:
"Nabi SAW mengundang kami, lalu kami mengucapkan baiat kepada beliau dalam segala sesuatu yang diwajibkan kepada kami bahwa kami berbaiat kepada beliau untu selalu mendengarkan dan taat (kepada Allah dan Rasul-Nya), baik dalam kesenangan dan kebencian kami, kesulitan dan kemudahan kami dan beliau juga menandaskan kepada kami untuk tidak mencabut suatu urusan dari ahlinya kecuali jika kalian (kita) melihat kekufuran secara nyata (dan) memiliki
bukti yang kuat dari Allah." [HR. Bukhari].
Adakah bai'ah kepada JIK/PMI/PAS itu syari'e jikalau Rasulullah menyatakan bahawa jamaah itu adalah satu kepimpinan Islam setempat walaupun pemimpinnya itu zalim dan berhati syaitan selagi mana pemimpin itu adalah Muslim? Oleh itu, secara syaraknya, kepimpinan negara ini adalah wajib dipatuhi walaupun tidak melaksanakan hukum Islam sepenuhnya dan mereka masih lagi bersolat. Maka, jika ada usaha-usaha untuk menjalankan gerakan sirr/bawah tanah laksana gerakan Syiah terhadap Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyyah terhadap kerajaan Malaysia yang sekarang masih diketuai oleh seorang Muslim maka hukumnya adalah haram.
Oleh itu, adaklah bai'ah AU tadi sah?
"Tidak boleh menepati nadzar dalam maksiat kepada Allah." (HR. Ahmad dari sahabat Jabir radhiyallahu 'anhu, lihat Shahihul Jami' no. 7574)
Setiap janji yang dilakukan untuk melakukan perkara yang Haram adalah tidak sah. Ini kerana menentang Imam atau kepimpinan umat sesuai dengan hadith-hadith tadi menyebabkan terungkainya ikatan bai'ah pada tengkuknya. Jikalau nadzar yang terus dengan ALlah tetapi bersandarkan kepada sesuatu maksiat dihukumkan sebagai tidak sah dan haram, maka apakah pula jikalau kita berbai'ah dengan perkumpulan yang mengajak kita untuk melawan satu hukum ALlah iaitu ketaatan kepada pimpinan umat Islam yang disetujui selama 51 tahun kemerdekaan negara kita? Ini tidak lebih dari janji setia seorang perompak dengan sekumpulan penyamun.
Maka, bai'ah yang dibuat oleh AU-AU semasa TAMPAN sebenarnya tidak sah dan haram hukumnya untuk ditaati dan diikuti oleh ahli jamaah. Jikalau bai'ah dilakukan adalah untuk menjalankan dakwah mengIslamkan orang yang bukan Islam, tidak khianat dalam menjalankan projek kemasyarakatan dan universiti serta jujur dalam meningkatkan ekonomi persatuan maka sebenarnya hukumnya adalah harus.
Oleh itu, penulis menyeru kepada AU-AU yang sudah mengetahui agar memuhasabah diri akan pegangan kalian semua buat selama ini. Apabila sudah mengetahui akan kebenaran, maka tinggallah dengan segera perkara yang batil iaitu TAMPAN dan bai'ah batilnya kerana ini melibatkan soal aqidah yang nyata.
Posted at 12:08 pm by maharaja_zhou

Monday, October 13, 2008
TAMPAN 2
Tamrin Panjang:Satu Dokumentasi di Luar Jamaah 11
Tamrin Panjang(TAMPAN) merupakan rahsia besar dan sulit yang paling besar bagi Jamaah Islam Kampus(JIK) dengan nama rasminya Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) di seluruh kampus di Malaysia. TAMPAN mempunyai nama lain mengikut kampus masing-masing. Di UTM seperti pendedahan Wan Norhayati Alias, TAMPAN dikenali sebagai Tamrin Jelas Fikrah(TJF).
Pendedahan Wan Norhayati Alias merupakan satu lagi bentuk dokumentasi TAMPAN. Namun, penulis berpendapat TJF mengikut cerita lisan Wan Norhayati bercampur-baur dengan tamrin setaraf QTC(Qiyadi Training Camp, khusus untuk pimpinan JIK di Universiti Malaya) yang mungkin turut beliau sertai di UTM sebagai pimpinan.
Namun, bagi mereka yang hendak mengetahui TAMPAN dan bai'ah selain dari penulisan penulis, pengkaji ataupun sesiapa yang berminat bolehlah merujuk kepada mukasurat depan akhbar Utusan Malaysia bertarikh, 2 September 2001 yang bertajuk, "Gerakan Bawah Tanah di IPTA-Bekas Pelajar UTM Dedah Aktiviti Berselindung Di Sebalik Usrah dan Tamrin".
Hakikatnya, kebocoran TAMPAN, Bai'ah, dan Tanzim (Organisasi) JIK sudah lama berlaku di universiti terutamanya di Universiti Malaya. Ia berlaku di kalangan bukan ahli Jamaah (selepas ini dirujuk sebagai Ahli Unit atau singkatannya AU) tetapi rapat dengan ahli jamaah ataupun surau. Mereka selalunya terdiri daripada ahli surau Kolej yang terlepas daripada mengikuti program TAMPAN tetapi berjaya untuk tinggal di Kolej tanpa menggunakan tiket Balai Islam ataupun satu ketika dulu JKP Kerohanian selepas Tahun Pertama.
Kebocoran juga berlaku jika terdapat bukan AU yang sering bersama dengan kelompok AU. Namun, kebocoran ini "tidak serius" dan tidak membawa masalah kepada Jamaah, tetapi, amaran dan peringatan sering diberikan dalam perjumpaan 2 kali sebulan kesemua AU iaitu Kuliah Ilmu (KI) supaya menjaga kerahsiaan ini dan hadzar(berhati-hati) dalam membicarakan perkara dalaman Jamaah terutamanya jika suasana melibatkan bukan AU.
Selain dari itu, kebocoran maklumat tentang Jamaah (seperti mana yang dipercayai oleh AU) mungkin melalui suluh ataupun risikan Polis. Boleh dikatakan selain dari pendedahan Wan Norhayati Wan Alias, tiada pendedahan serius yang pernah berlaku terutamanya kepada masyarakat di luar yakni ibu bapa, ahli politik bukan PAS dan pegawai-pegawai Universiti samada ahli akademik mahupun bukan akademik.
Perkara ini melegakan JIK/PMI kerana pendedahan ini dianggap sebagai pembohongan apatah lagi jikalau berita tersebut adalah mengenai parti pembangkang di media arus utama. Sepatutnya Persatuan Akademik dan Bukan Akademik perlu menyiasat perkara ini kerana ia melibatkan mahasiswa serta mereka adalah badan yang berkecuali dan tidak tunduk kepada mana-mana pihak. Namun, disebabkan kehangatan suasana politik yang tidak menyebelahi mana-mana unsur pro-establishment mahupun benar, perkara ini dibiarkan tanpa kajian dan usul periksa daripada mana-mana pihak melainkan politikus mahasiswa.
Pada tahun 2004, tiga tahun selepas pendedahan Wan Norhayati Wan Alias dipandang sepi, isu Bai'ah, Tamrin dan gerakan sirr(underground) PAS di kampus dibangkitkan semula untuk menawan kampus Perdana (UM) selepas beberapa kampus ditawan oleh pihak Anti JIK/PMI. JIK telah lama memegang kuasa dan generasi AU yang terbina sebelum ini tidaklah sekuat di zaman Zanul Azizi Zakaria. Kehebatan Ramadhan Fitri Ilyas sebagai Presiden MPPUM dan PMIUM (Amir Jamaah Islam Kampus) tidak dapat menongkah arus yang dimulakan oleh Wan Norhayati Alias ini.
Kemunculan Laman mahasiswa Anti JIK/PMI seperti Idealis Mahasiswa memangkinkan berita tentang kes Wan Norhayati. Isu ini dijadikan modal untuk pilihanraya kampus (PRK) tahun 2004 yang menjadi salah satu faktor jentera PRK JIK Universiti Malaya mengundurkan diri. Dengan ini, isu TAMPAN merupakan isu penting yang menjadi titik nadi kepada JIK.
Sebenarnya, peri pentingnya TAMPAN, Bai'ah dan Tanzim JIK ini tidak difahami oleh mereka yang berminat dengan politik mahasiswa yang bukan berlatarbelakangkan JIK atau secara luasnya termasuk ahli Jamaah Tanzim JIM/IRC, ABIM Perlis (pimpinan Ustaz Dahlan) dan serpihan-serpihan Ikhwanul Muslimin. Perkara ini juga gagal difahami oleh pegawai Hal Ehwal Pelajar Universiti, Penyelia-penyelia Kolej, Pengetua-Pengetua Kolej, Timbalan-Timbalan Naib Canselor (HEPA), Naib-naib Canselor dan pemegang taruh Universiti di Kementerian Pengajian Tinggi.
Kebanyakan dari mereka menganggap kemenangan pihak Anti JIK/PMI dalam PRK, pembuangan aparat-aparat JIK dari kolej-kolej kediaman dan kesusahan dalam urusan melaksanakan aktiviti PMI(dan aparatnya di Kolej-kolej Kediaman) sudah memadai untuk menghancurkan PMI. Tetapi, hakikatnya, PMI hanya boleh dihancurkan dengan satu mekanisme iaitu menghalang perlaksanaan TAMPAN dan bai'ah dari berlaku samada melalui serbuan oleh pihak Keselamatan ataupun Polis semasa TAMPAN dilaksanakan ataupun halangan sewaktu peserta TAMPAN akan dihantar ke lokasi TAMPAN. Namun, perkara ini tidak pernah diambil tindakan oleh pihak HEP dan pihak Keselamatan Universiti. Pihak Polis hanya boleh bertindak jika ada laporan rasmi ataupun aduan yang meminta agar TAMPAN oleh pihak Universiti ataupun Presiden MPP/MPM dan wakil-wakilnya. Jika pihak Polis Bukit Aman mempunyai maklumat TAMPAN setinggi Bukit Aman pun, tanpa laporan dan aduan, tindakan tidak boleh diambil.
TAMPAN adalah kebanggan dan wajah hitam bagi PMI. Kebanggaan kerana ia menghasilkan tenaga kerja yang patuh, taat dan efisien kepada Jamaah. Keefisienan ahli Jamaah membolehkan orang Melayu-Islam duduk setaraf dengan persatuan-persatuan yang didominasi oleh orang Bukan Melayu di Universiti. PMI adalah antara yang boleh duduk dan berdiri dengan megah sama dengan persatuan-perstauan kaya tersebut (Persatuan Sains Universiti Malaya, Persatuan Kejuruteraan Universiti Malaya dan banyak lagi) tanpa bantuan HEP dan Universiti untuk menjalankan aktiviti. Ini berpunca daripada bai'ah yang mengingatkan AU terhadap perlunya taat dan patuh kepada suruhan Jamaah walaupun terpaksa mengorbankan diri.
Ia juga merupakan wajah hitam kerana ia adalah wajah paksaan dan juga pemisahan kepada ahli-ahlinya setelah mengikatkan diri dengan bai'ah kepada JIK. Ia merupakan paksaan kerana tiada titik untuk pulang sebaik sahaja bai'ah dilafazkan. Apatah lagi ia berlaku kepada individu-individu yang tiada asas agama dari fakulti bukan agama yang tentu sekali tiada fakta ataupun hujah untuk melepaskan diri daripada bai'ah.
Malah, ada dari mereka yang cuba menjadi lebih dari Akademi Islam untuk mencapai taraf thiqah (dipercayai) di dalam jamaah. Oleh itu, biasanya mereka yang bukan API lebih keras percayanya kepada jamaah dan lebih kuat bekerja sebagai jentera dan aparat jamaah samada di kampus ataupun di luar.
Pasca bai'ah mewujudkan pemisahan antara mereka yang berbai'ah dengan tidak berbai'ah. Maka, wujud bukan sahaja isu ras/etnik/suku kaum, agama ataupun warganegara tetapi juga AU dan Bukan AU. Orang yang tidak berbai'ah kepada JIK/PMI/PAS dianggap sebagai mereka yang mendokong panji-panji jahiliyyah. Maka, orang yang mati di luar jamaah dianggap mati di dalam jahiliyyah walaupun ibu bapa mereka sendiri (hatta ibu bapa mereka yang berfikrah PAS tetapi tidak mengikuti tanzim dan tarbiyyah PAS seperti mereka).
Oleh itu, selain dari dua kalimah shahadah, bai'ah dan tarbiyyah JIK juga penentu kepada sejauhmanakah keIslaman mereka. Tidak hairan, kerahsiaan jamaah juga meliputi ibu bapa mereka walaupun ibu bapa mereka itu ahli PAS yang berjawatan di cawangan ataupun bahagian. Pemisahan ini juga jika difahami dengan tajam, meliputi isu mencari pasangan. Maka, ahli yang memahami konsep mati jahiliyyah tadi sudah tentu hanya mencari pasangan yang "halal" dari kalangan jamaah mereka sahaja dan ingin memastikan zuriatnya juga kekal dalam kalangan orang yang tidak mati jahiliyyah.
Oleh itu, segregasi ini mewujudkan juga orang Islam bukan AU (BAU) yang neutral yakni simpati kepada jamaah tetapi bukan ahli jamaah, dan juga BAU yang harbi yakni mengikuti jamaah-jamaah pesaing seperti Jamaat Tabligh, JIM/IRC, Hizbut Tahrir, Ittiba'Us Sunnah dan lain-lain. Jamaah-jamaah lain dianggap sebagai pemanggil-pemanggil kepada seruan jahiliyyah. Ini kerana mereka tidak akan berbai'ah kepada JIK/PMI/PAS dan pimpinannya dan tumpah setia mereka kepada jamaah lain.
Sewaktu perang Jamaah iaitu selepas kemasukan Anwar ke dalam UMNO sehinggalah Tahaluf Siyasi (kerjasama politik) pada tahun 1998, musuh utama jamaah adalah yang bertanzim Ikhwan seperti PKPIM/ABIM dan seterusnya JIM/IRC. Tabligh tidak digemari tetapi kurang diperangi secara serius kerana mereka banyak mencuri anak usrah JIK dari bertamrin untuk mengikuti aktiviti keluar di hujung minggu dan tidak mahu berpolitik.
Mereka yang mengikuti TAMPAN sepatutnya jelas fikrahnya dan mengenali jamaah-jamaah yang berlainan ini dan tidak terjebak dengannya. TAMPAN juga bertanggungjawab menceritakan pengkhianatan Anwar Ibrahim terhadap Jamaah Islam Kampus dan PAS serta salah lakunya terhadap PAS dan kebobrokan pentadbirannya di dalam kerajaan termasuklah tangan-tangannya di HEP setiap Universiti.
Namun, selepas Tahaluf, peperangan terhadap Anwar dikendurkan. pengaruh tabligh berjaya dikurangkan di surau-surau Kolej. Sasarannya difokuskan kepada pimpinan negara yang dianggap sekular berbanding dahulu kepada Anwar dan rakan-rakannya yang berfikrah "Islamik".
TAMPAN melahirkan ahli yang uniform dan monotonous sebagaimana suatu perekrutan untuk menghasilkan tentera. Kerencaman yang keterlaluan, tidak diraikan. Siswa yang berperawakan sekular yakni tidak berbaju melayu, berjanggut ataupun berkopiah dan seumpamanya dianggap kurang tarbiyyah walaupun dari kalangan orang lama. Namun, setelah berlaku kekalahan dan juga pendedahan program perkaderan PAS di kampus, pimpinan JIK mengurangkan penampilan tradisi mereka untuk membolehkan survival mereka samada untuk merekrut ataupun meneruskan agenda politik mereka di kampus.
JIK yang lama amat meraikan imej-imej PMI lama seperti wujud dalam diri Faisal Mustaffa. Namun, setelah berhadapan dengan pelbagai mehnah dan tribulasi semasa, Ahli Unit yang terhasil dari TAMPAN agak rencam penampilannya dan tidak tertakluk dengan satu imej dan identiti semasa. Wujud watak-watak seperti Zainulfaqar yang lantang dan pelbagai personaliti (penulis percaya dia juga lantang mengkritik jamaah dan polisinya tetapi atas dasar kefahaman, ia tidak diutarakan secara terbuka), Hasbi Muda yang biasa sahaja penampilannya dan tidak menampakkan dirinya seperti pimpinan tradisional JIK/PMI dari segi luarannya. Ataupun seperti Hilman Nordin yang cuba mendekati dunia luar lebih dalam bahasa Inggeris sesuai dengan dirinya sebagai bakal professional.
TAMPAN dan hasilannya mungkin secara tidak sengaja pernah menjadi isi kepada thesis Gerakan Islam di peringkat Sarjana Muda tetapi ia lebih kepada harapan dan fakta tanpa melihat secara langsung kepada hidup mahasiswa yang sudah diTAMPANkan dan interaksi mereka dengan persekitaran mereka. Namun, secara akademik jika tidak kerana faktor hadzar dan sirr, ia boleh menjadi topik menarik untuk kajian sosiologi dan psikologi terutamanya untuk memahami warna-warni yang dibina oleh upacara TAMPAN terhadap hidup mahasiswa yang sepatutnya tidak hanya sekadar berlegar di sebalik AUKU, Demonstrasi dan PRK semata-mata.
Posted at 02:56 pm by maharaja_zhou

TAMPAN 1
Tamrin Panjang: Satu Dokumentasi Di Luar Jamaah 1
cinabeng writes "Dokumentasi Tamrin Panjang(nama di Universiti Malaya ataupun Tamrin Jelas Fikrah di UTM dan sebagainya) tidak pernah dilakukan di luar lingkungan jamaah. Namun, jika ia wujud, ia pasti berada di bawah simpanan pihak keselamatan negara samada Polis ataupun Bahagian Keselamatan Negara. Di Peringkat Universiti, kemungkinan pihak Keselamatan mempunyai pengetahuan dan rekod tetapi tidak didedahkan di peringkat umum dan tidak dikongsi bersama dengan Hal Ehwal pelajar Universiti.
Tamrin Panjang ataupun selepas ini disebut sebagai TAMPAN adalah manifestasi langsung daripada penyertaan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO yang meninggalkan vakum di dalam proses perkaderan mahasiswa kepada PAS dan pro-Islam. Lantas, PAS melalui Ketua Pemudanya di waktu itu Mustapha Ali mengisytiharkan perkaderan langsung mahasiswa di bawah sayap Pemuda.
Pada tahun 1983, di bawah Muhammad Hussin, Presiden PMI ketika itu, suatu mekanisme pentarbiyyahan khusus membentu kader PAS telah dirangka. TAMPAN diasaskan berdasarkan tamrin yang pernah dilaksanakan di sebuah sekolah ugama di Kelantan dan dijadikan model untuk penghasilan rekrut baru PAS.
Muhammad Hussin juga mengambil model tarbiyyah JIM/IRC yang diambil langsung dari pentarbiyyahan Ikhwan. Muhammad Hussin sebenarnya ketika itu dilatih dan ditarbiyyah oleh dua naqib dari IRC/JIM/Ikhwan iaitu Ustaz Alias Osman dan juga Ustaz Nik Ahmad Kamil.Oleh itu, TAMPAN dan tarbiyyah PMI juga berteraskan manhaj dan silibus Ikhwan tetapi dibina lebih untuk tujuan membina kader politik dan bukannya dai'e (perkara ini kemudiannya menimbukan polemik orang tarbiyyah dan siyasah dalam PMI kemudiannya).
TAMPAN tidak dilakukan secara "direct". Oleh itu, bakal-bakal kader PAS ini perlu dibina persiapan terlebih dahulu sebelum dihantar mengikuti TAMPAN. Oleh itu, takwim Jamaah Islam Kampus(JIK) [nama sirr ataupun underground PMI) dimulakan dengan OGG ataupun Operasi Gerak Gempur untuk menyambut mahasiswa baru.
OGG dimulakan sebelum dari bermulanya sesi pengajian. Sasarannya ialah untuk memastikan bahawa terdapat wakil untuk Pembantu Pelajar/Pembantu Mahasiswa dari kalangan ahli JIK yang sudah mengikuti TAMPAN. Mereka yang mempunyai posisi dan pengaruh di peringkat Kolej ini diarahkan untuk memohon sebagai Pembantu Pelajar/Mahasiswa.(PP/M) Biasanya, mereka yang memohon ini adalah ahli kepada Balai Islam ataupun dahulunya JKP yang menjaga hal ehwal agama/surau Kolej.
Ahli Kolej yang tidak berjaya ataupun tidak memohon sebagai PM/P akan bertugas sebagai samada penyambut di stesen-stesen Bas ataupun sebagai runner di rumah jamaah untuk mengumpul maklumat tentang perjalanan Minggu Haluansiswa/Orientasi. Mesyuarat dijalankan untuk mengenalpasti ancaman, peluang, kelemahan dan kekuatan (SWOT) setiap PM/P, Penyelia dan pengetua serta Kolej keseluruhannya bermula sebelum haluansiswa sehinggalah tamatnya haluansiswa.
Dari situ, PM/P JIK bertindak untuk menjaga ahli Jamaah (selepas ini akan disebut sebagai AU yakni singkatan untuk ahli Unit) dari Nilam Puri yang sudahpun dibai'ahkan serta mencari muka-muka baru dari kalangan Asasi, Matrikulasi ataupun STP yang berpotensi untuk direkrut sebagai AU.
Selepas tamat sahaja haluansiswa, usrah akan dijalankan. Majlis pelancaran usrah dilancarkan dan mereka yang turun ke surau menjadi sasaran utama kepada usrah ini. Usrah membawa maksud keluarga diketuai oleh Naqib. Naqib ini mestilah seorang yang sudah mengikuti TAMPAN.
Mereka yang berjaya diumpan mengikuti usrah akan dibahagi- bahagikan mengikut kumpulan mengikut kolej masing- masing.Malahan, di Universiti Malaya, kolej-kolej dibahagikan mengikut zon-zon, seperti kolej 3,4,7 diletakkan di bawah satu zon yang sama untuk memudahkan perjumpaan sebelum tamrin pertama dijalankan.
Silibus untuk usrah sebelum tamrin pertama dijalankan adalah ringan melibatkan perkara-perkara asas dalam Islam. Ini untuk mengelakkan syak wasangka di samping menyediakan asas kepada anak -anak usrah yang rendah asas agamanya kepada Islam.
Tamrin yang pertama bersifat relaks dan rekreasi. Tiada unsur politik diserapkan supaya anak usrah yang baru ini tidak takut kepada usrah dan tamrin. Kebanyakan pengisiannya adalah perkara asas agama. Tamrin ini biasanya diberi nama Kem Kefahaman Islam ataupun nama-nama lain untuk mengaburi pihak pentadbiran Universiti dan juga Kolej. Malahan, ada di antara tamrin-tamrin ini mendapat peruntukan Universiti kerana tidak disedari pihak pentadbir bahawa ia sebenarnya adalah proses perkaderan JIK/PMI. Lain ditulis di kertas kerja, lain pula implementasinya.
Terdapat beberapa tamrin yang dilaksanakan sebelum TAMPAN dijalankan. Usrah-usrah dan tamrin yang akhir sebelum TAMPAN barulah dimasukkan unsur-unsur politik terutamanya dalam kejelasan fikrah anak surah. Sebelum tamrin pra TAMPAN ini pun, anak-anak usrah diminta memilih jamaah yang benar dan tidak mengikuti jamaah-jamaah yang lain yang dianggap sebagai panggilan syaitan yang menyesatkan. Ketika ini, anak-anak usrah susah mengetahui bahawa mereka tidak sepatutnya keluar bersama Jamaah Tabligh di hujung minggu ataupun menyertai perkumpulan usrah JIM ataupun ABIM.
Di tamrin pra TAMPAN ini, anak-anak usrah akan mula dinilai samada mereka sesuai untuk dibawa ke TAMPAN ataupun tidak. Penilaian ini akan dibawa di peringkat Kolej dan Mas'ul Kolej(Wakil Amir/Presiden PMI) akan membawa senarai nama-nama untuk diputuskan samada sesuai untuk dibawa ke TAMPAN ataupun tidak oleh mesyuarat yang dikendalikan oleh Lajnah Tarbiyyah.
Kebiasannya, calon-calon akan dibawa melainkan terdapat syak yang besar seperti calon adalah perisik/SB ataupun tidak langsung ditarbiyyah ataupun tidak pernah langsung mengikuti usrah ataupun tamrin. Merit yang tinggi akan diberikan kepada anak usrah yang terang menyokong PAS dan mengikuti usrah serta tamrin dengan lengkap.
TAMPAN berbeza dengan tamrin yang disebut sebelum ini kerana ia melibatkan:
1) Masa yang "panjang" iaitu lebih kurang seminggu
2) Bai'ah, tamrin biasa tidak mempunyai bai'ah dan anak usrah tiada ikatan dengan PMI
3) Sesi Ta'ruf ataupun sesi viva/soal jawab dengan bekas-bekas JIK yang diketahui "hebat" seperti pernah memegang jawatan dalam PMI/JIK
4)Unsur paksaan dan tekanan psikologi kepada ahli
Biasanya TAMPAN akan diadakan pada cuti panjang semester yakni di semester 1 dan 2 ataupun antara sesi. Anak usrah yang "berjaya" ke TAMPAN diminta menghadiri kem semasa cuti. Mereka juga tidak diberitahu destinasi kem ataupun tamrin tersebut dan diminta menipu ibu bapa mereka tentang perjalanan mereka. Anak-anak usrah ini akan dikumpulkan dan dihantar ke destinasi menaiki bas ataupun dihantar sendiri oleh Naqib mereka ke destinasi TAMPAN.
TAMPAN pernah diadakan di markaz PAS seperti di Taman Melewar. Anak-anak usrah yang malang ini tidak dibenarkan untuk memberitahu pengisian, lokasi dan suasana di dalam TAMPAN kepada ibu bapa mereka jikalau mereka dibenarkan berkomunikasi melalui telefon awam. Telefon bimbit dirampas sehinggalah program tamat untuk keselamatan program TAMPAN.
Kehadzaran ataupun sifat awasan/berhati-hati adalah perkara yang dititikberatkan oleh urusetia TAMPAN untuk memastikan program ini tidak dikesan oleh pihak Universiti terutamanya Keselamatan, HEP dan juga Polis. Urusetia juga dipastikan tidak membocorkan rahsia terutamanya orang luar yang mungkin disangkakan sebagai SB dan sebagainya.
TAMPAN mendapat sumber kewangannya dari Pemuda PAS, alumni-alumni PMI serta kewangan Jemaah sendiri. Kewangan ini penting untuk pengangkutan seperti bas dan kereta sewa, serta makanan peserta. Makanan peserta disediakan secara talam dan peserta dibiasakan dengan perkara ini sejak tamrin pertama lagi.
Namun, makanannya adalah sangat asas iaitu kadangkala hanya melibatkan air teh, nasi dan ikan kering untuk makan tengah hari dan makan malam. Biskut kering dan air teh diberikan sebelum tidur. Makanan ini lebih teruk dari makanan di dalam penjara. Peserta juga diberikan tidur yang minima kerana pengisian dan sesi ta'ruf sehingga 12 malam dan dikehendaki bangun untuk qiamullail dan perkara ini berterusan sehinggalah bai'ah dilakukan.
Sebelum TAMPAN dimulakan, peserta dikehendaki mengisi borang soal jawab yang bertanyakan soalan peribadi dari asal negeri sehinggalah pemimpin kegemaran. Borang soal jawab ini dinamakan borang ta'ruf dan ia akan digunakan untuk sesi ta'ruf.
Sesi ta'ruf merupakan manifestasi kedua terpenting selain dari bai'ah. Di dalam sesi ini, urusetia TAMPAN akan menjemput seorang ataupun dua orang samada bekas ahli JIK yang dipercayai(thiqah) samada bekas pimpinan ataupun kepimpinan JIK yang masih ada di dalam kampus.
Tugas pena'ruf ini adalah untuk membersihkan fikrah peserta TAMPAN supaya menyokong PAS dan beriltizam dengan jamaah. Sesi ini adalah sesi brainwash dan juga peserta akan ditanya oleh pena'ruf tadi seperti polis menyoalsiasat penjenayah di hadapan peserta lainnya. Ia merupakan sesi yang paling digeruni peserta dan peserta yang tidak dapat memberikan jawapan mengikut "skema" akan dimalukan dan "dibetulkan" fikrahnya oleh pena'ruf tadi. Pena'ruf-pena'ruf yang popular biasanya adalah bekas-bekas Presiden PMI ataupun bekas-bekas pemegang jawatan dalam PMI/PMU.
Antara unsur menakut-nakutkan peserta adalah dengan urusetia Disiplin yang menjaga disiplin peserta dengan watak ganas dan tegas. Selain itu, peserta ditakutkan dengan gimik seperti SB dan polis untuk menambahkan unsur ketakutan kepada mereka.
Selain dari itu, di dalam TAMPAN ini juga pemimpin-pemimpin PAS akan dijemput untuk memberi ceramah. Pimpinan PAS dari peringkat Pemuda sehinggalah Presiden PAS akan dijemput atas alasan bertemu mahasiswa. Biasanya, kunjungan ataupun ceramah ini diberikan bersesuaian dengan jadual oleh pimpinan PAS ini ke markaz yang dilawati. Oleh itu, pengetahuan mereka tentang TAMPAN tidak dinafikan, anya, mekasnisme perlaksanaannya mungkin agak kabur bagi pimpinan yang bukan dari Dewan Pemuda.
TAMPAN berakhir dengan bai'ah. Kebiasaannya, kesemua peserta setuju untuk dibai'ahkan. Jika terdapat peserta yang masih kurang jelas fikrah, dia akan diasingkan dan dibrainwashkan oleh Pengarah TAMPAN ataupun Urusetia Disiplin sehinggalah dia bersedia diTAMPANKAN. Terdapat juga kes-kes peserta yang dihantar pulang tetapi terlalu sedikit.
Majlis Bai'ah adalah majlis yang besar dan menjemput ahli jamaah yang berkesempatan terutamanya Naqib-naqib yang tidak menyertai urusetia TAMPAN dan juga pimpinan di setiap peringkat Jamaah Kampus. Bai'ah dilakukan oleh peserta-peserta TAMPAN dengan dihadiri oleh Murabbi Kampus(dari ex-PMI, kebiasannya pensyarah Universiti contohnya, Prof. Zulkifli Yusof ataupun Prof, Madya Ishak SUlaiman), ahli mesyuarat kampus dari mas'ul-mas'ul kampus, amir dan amir serta ahli majlis tertinggi jamaah dan exo-exconya berhadapan dengan peserta.
Di dalam majlis ini, peserta berbai'ah untuk bersama dengan Jamaah dengan disaksikan oleh ALlah SWT dan juga makhluk-makhluknya. Dan mereka diminta untuk dilaknat jikalau mereka melanggar bai'ah demikian. Oleh itu, satu bai'ah telah dimetrai oleh peserta TAMPAN dengan jamaah. Ini merupakan kemuncak kepada pentarbiyyahan JIK /PMI terhadap anak usrah mereka.
Kemudiannya, mereka akan dibahagikan kepada unit masing-masing. Jika siswa, diberikan unit TAMPAN, dan siswi pula dibahagikan kepada Bina' iaitu siswi Akademi Pengajian Islam serta Islah iaitu yang non-API. Sebelum pengenalan unit TAMPAN, unit ini dikenali sebagai Syabab ataupun Pemuda.
Selepas majlis bai'ah, mereka yang mengikuti majlis ini akan dihidangkan dengan makanan yang istimewa oleh urusetia dan masing-masing terutamanya peserta dan pengarah serta urusetia disiplin akan memohon maaf dan minta halal-menghalalkan di antara satu sama lain. Peserta-peserta yang sudah diTAMPANkan ini dibenarkan pulang dan diminta untuk merahsiakan program ini dari pengetahuan ibu bapa ataupun saudara mereka setelah pulang di kampung halaman masing-masing.
Maharaja Zhou
sumber;kampus negara

Sunday, October 12, 2008
Tasawuf Tanpa Tareqat?
Mohamad Ridhwan Bin Alias
tokawang_sufi@yahoo.com
Prawacana
Tasawuf bukannya pada zikir, bukannya pada salasilah, bukannya pada ibadah yang banyak, bukannya suluk, bukannya mujahadah, tetapi hakikat tasauf ialah hidupnya jarum hati memandang hakikat KeTuhanan dalam setiap masa. Pandanglah segala dari Allah, dengan Allah dan kepada Allah, berpegang teguh dengan syariat dan hakikat serta memelihara diri dari yang haram, syubhat dan makruh.
Orang selalu membicarakan kehidupan ahli tasawuf atau sufi mestilah bertareqat kerana khalifah tareqat akan memimpin mereka ke arah kebenaran. Kita tidak menolak tasawuf tetapi kita mesti berhati-hati kerana ramai pemimpin tareqat sekarang menyalahi syariat dan etika tasawuf. Jalan paling selamat ialah tasawuf tanpa tareqat.
Tasawuf tanpa tareqat membolehkan diri kita menjadi manusia tasawuf yang neutral daripada pengaruh kumpulan-kumpulan tareqat. Dan ini bermakna kita menghilangkan taksub terhadap kepada kumpulan tareqat tertentu. Jangan sesekali menjadikan syeikh sebagai objek ketaksuban atau berhala hidup sehingga menolak cara hidup Rasulullah SAW. Siapakah lebih utama Rasulullah SAW atau pemimpin tareqat anda?. Kita mestilah memilih yang terbaik menepati syariat dan menjauhi bidaah.
Imam Hasan al Banna telah menyediakan aurad yang bagus untuk semua pengamal tasawuf. Amalan ini boleh diamalkan secara individu dan berkumpulan tanpa berkiblatkan kepada kumpulan tareqat dan khalifah sesebuah tareqat.
Perhatikan bicara seorang Tuan Guru berpasak tasawuf tanpa tareqat. Tasawuf bukannya pada zikir, bukannya pada salasilah, bukannya pada ibadah yang banyak, bukannya suluk, bukannya mujahadah, tetapi hakikat tasauf ialah hidupnya jarum hati memandang hakikat KeTuhanan dalam setiap masa. Pandanglah segala dari Allah, dengan Allah dan kepada Allah, berpegang teguh dengan syariat dan hakikat serta memelihara diri dari yang haram, syubhat dan makruh.
Amalan tasawuf akan berkesan apabila akhlak kita mempunyai sifat mahmudah yang istiqamah dan membersihi hati daripada sifat mazmumah. Begitu penjagaan lidah dan kelakuan serta hati perlu dibentengi akhlak tasawuf.
Tasawuf bukan dilihat daripada kuantiti amalan tetapi pengaruh amalan dalam kehidupan pengamal, setiap saat dalam berbicara, kelakuan dan bisikan hati.
Setiap kejadian yang berlaku mestilah berlandaskan dari Allah, dengan Allah dan kepada Allah. Permasalahannya sekarang, lazimnya disebabkan oleh bencana alam, ataupun penggunaan perkataan ‘kalau’. Kalau macam ini pasti tidak berlaku. Ini adalah satu penafian terhadap takdir Allah.
Setiap pengamal tasawuf wajib menjadi pengamal syariat yang taat. Pengamalan Islam secara syumul baik dari segi politik, social dan ekonomi. Pemisahan antara dunia dan akhirat adalah sesuatu yang janggal dan jahil. Setiap kelakuan dan tutur bicara dunia mesti seiring dan sejalan dengan pemikiran akhirat.
Para pejuang mujahidin di Afghanistan dan Chechenya mengunakan amalan tasawuf sebagai azimat dalam melawan musuh. Amalan tasawuf dijadikan penampan utuh dalam menghadapi penjajah bersenjata canggih dan terkini. Berkat doa dan amalan tasawuf, pihak mujahidin boleh mendepani musuh dengan baik.
Pengamal tasawuf harus menjauhi amalan keramat dan magis. Ada orang mengamal amalan tasawuf kerana inginkan keramat. Niat sebegini adalah salah dan sesat. Jika keramat itu diberikan oleh Allah SWT, itulah bonus tetapi jangan sesekali kita ingankan perkara yang mendekati syirik tersebut.
Keramat seseorang pemimpin tasawuf janganlah dipercayai atau diagungkan sangat. Jika pemimpin tasawuf ini mempunyai kekeramatan tetapi amalannya bertentangan dengan syariat, contoh mereka boleh berjalan di atas air tetapi tidak solat subuh atau membenarkan zina. Maka jauhilah mereka kerana mereka sesat lagi menyesatkan. Itu bantuan jin atau syaitan. Cari pemimpin tasawuf yang benar syariatnya dan amalannya tidak bertentangan dengan al quran dan hadith.
DASAR PENGAMAL TASAWUF
Mengikut seorang ulama tasawuf, Al Salh ibn Abdullah al Tustari, terdapat 7 dasar asas.
1. Berpegang pada al Quran
2. Mengikut sunnah Rasulullah SAW
3. Makan makanan yang halal
4. meninggalkan kezaliman
5. menjauhi maksiat
6. melazimi taubat
7. menunaikan segala hak kewajipan
Dasar di atas menjadi panduan bagi kita dalam mencari guru atau pemimpin tasawuf yang tulen dan benar.
Selain itu, niat mengamalkan tasawuf dan bertareqat juga penting. Jangan berniat untuk mendapat keramat atau ilmu perbomohan. Niatlah untuk mendapat keredhaan Allah SWT melalui amalan-amalan yang boleh mendekatkan diri hamba dengan Tuhannya.
KEPENTINGAN ILMU DALAM BERTAREQAT DAN TASAWUF
Asas kepada pencerahan pengamal tasawuf dan pengikut tareqat ialah kefahaman terhadap agama dan kemantapan ilmunya. Kita harus mempunyai ilmu yang benar dan sohih daripada al Quran dan sunnah sebelum mengamalkan tasawuf atau bertareqat supaya kita tidak tersesat.
Syeikh Muhammad Fuad al Maliki mengingatkan, pengamal tasawuf dan pengikut tareqat tidak boleh memandang mudah terhadap urusan syariat dan tanggungjawab keluarga. Tiada berguna seseorang pengamal tasawuf dan tareqat jika meninggalkan tanggungjawab wajib tersebut.
Setiap pengamal tasawuf dan pengikut tareqat harus menjalani tahap keilmuan dan kefahaman yang sohih. Jika kita terleka, kita akan tertipu dengan godaan dan helah syaitan. Perjalanan tareqat dan tasawuf perlu dengan santapan ilmu dengan menghadiri majlis ilmu.
Kepelbagaian majlis ilmu juga harus digalakkan selain daripada pembimbing tareqat. Ini penting bagi menambah ilmu daripada pelbagai sumber.
Seorang pengamal tasawuf dan tareqat juga harus membaiki ilmu al Quran mereka bagi memantapkan bacaan.
Ilmu penting agar pengamal tasawuf dan tareqat tidak tersesat dalam mencari keredhaan Allah SWT. Jika tiada ilmu, kita hanya mengikut tareqat dan tasawuf dalam keadaan jahil dan sesat.
TASAWUF MENDEPANI ZAMAN KINI
Tasawuf tetap sesuai sepanjang zaman. Zaman moden penuh pancaroba dunia ini sangat relevan jika hati dibentengi oleh amalan tasawuf.
Pengamal tasawuf bukanlah seorang yang membuang kelazatan dunia, meninggalkan keluarga, berbaju buruk, memakan ikan goreng, berkurung dalam rumah dan menolak muamalat dengan masyarakat.
Pengamal tasawuf harus meneruskan kehidupan biasa dengan penuh kesabaran dalam melaksanakan syariat Allah dan mengharapkan serta yakin kepada hidayah Allah. Badannya mengauli masyarakat tetapi hatinya beruzlah kepada Allah SWT.
Dalam merawat penyakit mazmumah semasa mengauli masyarakat, tasawuf boleh dilakukan melalui amalan dan aurad. Aurad membentengi hati manakala amalan tasawuf mencerminkan kejernihan jiwa dan akhlak.
Pengamal tasawuf harus mencintai solat berjemaah dan mengawali waktu solat. Dalam bergaul pula, pengamal tasawuf harus menjaga percakapan, kelakuan dan hati mereka.
Percakapan harus terkawal dengan bercakap perkara yang bermanfaat atau lebih baik kita diam. Perkataan haruslah sopan dan bergurau tidak melampaui batas.
Dalam pengaulan, batas lelaki dengan perempuan harus dijaga. Segala kelakuan harus ke arah makruf dan menjauhi perbuatan mungkar.
Hatinya juga selalui dibisik dengan kalimah Allah dan sifat mahmudah seperti berbaik sangka dan sabar. Jika terlintas perkara yang negatif, terus kita beristigfar dan memohon keampunan daripada Allah.
Bagi amalan aurad pula, wujudkan satu waktu yang tenang dan khusus untuk kita mengamalkan aurad tertentu. Biarkan aurad ini sebati dengan diri kita. Paling kurang sehari dalam seminggu kita mengamalkan aurad yang dipilih. Penulis syorkan aurad yang disusun oleh Imam Hasan al Banna, Manzil keluarga Maulana Ilyas pengasas Jemaah Tabligh atau Ratib al Haddad dari Hadramaut, Yaman. Paling baik jika aurad ini diambil sanadnya daripada guru yang mempelajari daripada guru yang sebelumnya.
ANTI TAREQAT
Penulis tidak antitareqat. Tareqat dan tasawuf sangat rapat hubungannya. Tareqat adalah salah satu jalan tasawuf. Seumpama sebuah kereta ‘tasawuf’ memerlukan jalan ‘tareqat’ untuk mencapai destinasinya iaitu keredhaan Allah SWT. Kereta tanpa adanya jalan tidak akan ke mana juga.
Walaubagaimanapun, pencarian tareqat yang benar pada zaman ini sangat sukar. Puncanya adalah kesesatan sesebuah tareqat. Kesesatan ini kita boleh lihat;
1. Guru pembimbing tareqat
2. Amalan tareqat yang sesat menyalahi syariat
3. Aqidah yang sesat ekoran kepercayaan syirik dalam tareqat
Perkara inilah yang merosakkan kebolehpercayaan terhadap sesebuah tareqat.
Menurut Syeikh Muhammad Fuad al maliki, prinsip tareqat dan tasawuf perlu diikat kemas dengan tali al Quran dan sunnah. Tambah beliau, perjalanan tareqat meliputi setiap perkara dari amal ibadah, muamalah, pekerjaan, mencari nafkah dan sebagainya.
Pilihlah tareqat yang benar dan sohih agar kita tidak tersalah langkah. Jika guru tareqat mengamalkan amalan yang bertentangan dengan al Quran dan sunnah, sila beredar dari tareqat tersebut. Jangan terlalu fanatik terhadap pembimbing tareqat kerana kefanatikkan itu boleh menyelubungi pelita kebenaran.
Kesimpulannya
Saya lebih menyantuni amalan tasawuf tanpa tareqat jika sukarnya mendapat tareqat yang benar dan sohih. Walau bagaimanapun, tasawuf memerlukan guru yang mursyid dan menepati ajaran al Quran dan sunnah dalam mendidik diri kita. Jika tidak, amalan tasawuf adalah kosong dan sekadar amalan biasa tanpa inti rahsia amalan tersebut.
Sumber;
Syeikh Muhammad Fuad al Maliki
Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat
Tuan Guru Ibrahim Pulau Manis Terengganu
Sayyid Abdullah ibn Muhammad al Ghumari
11/10/08
8.38 PM
Sandakan, Sabah.
Sila lawati blog
FIQH SIRAH hannanfarhana.blogspot.com
MALFUZAT cheguridhwan.blogspot.com

Thursday, October 09, 2008
Pilihan raya kampus: Aspirasi tukar kepada GPMS?
Intan Abdullah Thu Oct 09, 08 3:46:12 pm MYT
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Hrkh) - Menjelang pilihan raya kampus 2008/2009, Harakahdaily mendapat maklumat bahawa kumpulan mahasiswa pro-Aspirasi yang dikatakan pro kerajaan Umno-BN tidak akan bertanding pada kali ini dengan menggunakan nama Asprasi
Menurut sumber, mereka akan tampil dengan menggunakan platform Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung atau GPMS.
Hal ini adalah disebabkan oleh pengumuman kerajaan untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti(Auku) yang membenarkan pemimpin parti politik memasuki Institusi pengajian Tinggi.
Sebagai badan bukan kerajaan atau NGO, gerakan GPMS adalah dipercayai lebih memudahkan mereka untuk meraih sokongan mahasiswa selain saingan rapat mereka Pro Mahasiswa yang menggunakan platform Persatuan Mahasiswa Islam.
Setakat ini,ianya telahpun ditubuhkan di Universiti Islam Antarabangsa dan Universiti Teknologi Mara selain Universiti Malaya yang baru proses promosi pada Minggu Pengenalan Persatuan sempena kemasukan mahasiswa sesi baru.
Terkini, GPMS sedang berusaha menyusup masuk ke kolej-kolej kediaman di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pada Pilihan raya Kampus lalu, kumpulan Pro Mahasiswa bertembung dengan kumpulan Pro Aspirasi yang dilabelkan sebagai penyokong kerajaan dan pentadbiran universiti. - mks._
harakah

ANTARA SAADET VS AKP: BERAKHIRNYA PAS ?
Buat kali kedua Anwar berjaya memecahkan gerakan Islam. Pertama, ABIM dan kedua PAS. Hebat sosok tubuh bernama Anwar Ibrahim. Seingat penulis, antara nama dicadangkan oleh Nakhaie Ahmad, Angkatan Dakwah Islamiyyah Malaysia(ADIM) tetapi kepimpinan PKPIM lebih memilih ABIM. Pada waktu itu ada di kalangan mereka awal PKPIM mahukan ABIM menjadi parti politik Islam yang berteras belia dan profesional Islam sebagai alternatif PAS yang berada dalam BN. Cadangan ini tidak berjaya.
Kepulangan Khalid Samad, pemimpin Suara Islam ingin menubuhkan Parti Negara Islam juga gagal manakala puak JIM pula mampu menongkah arus sosial walaupun selerak ahlinya berada dalam pelbagai parti politik. Terbaru Hizbut Tahrir cuba menapak dalam politik Islam di Malaysia.
Perpecahan dan perbedaan pendapat adalah suatu yang berbeda. Kita tidak takut akan perbedaan. Masalah jika perbedaan melibatkan ketidakfahaman ahli dan kecelaruan pemimpin tertinggi serta cubaan pemimpin tertinggi mengingkari arahan tertinggi parti boleh membawa perpecahan. Perkara ini pernah dilakukan oleh Dewan Pemuda PAS yang bersidang berasingan dengan Muktamar Agung PAS dalam usaha melawan kepimpinan perdana PAS. Akhirnya, Puak Presiden PAS tumbang. Sebab itu, TG Nik Aziz cuba berbangga dengan kata-kata Presiden PAS pernah keluar PAS, begitu juga panglima jihad. Cuma Muryidul Aam tidak pecah rekod lagi.
Walaupun pengaruh TG Nik Aziz mendasar dalam parti PAS. Pengaruh Presiden PAS juga jangan dipandang enteng. Dari Struktur hierarki Parti PAS, kebanyakan didominasi oleh orang Presiden. PAS Terengganu, Pulau Pinang, Johor, Kedah dilihat bersama Presiden. Begitu juga struktur Dewan Pemuda dan Dewan Ulama serta sebahagian ahli MSU bersama presiden. Puak pro pakatan yang kuat apabila usia TG Nik Aziz, bila pasca TG Nik Aziz mereka akan bersendirian bersama Anwar.
Apa yang ditakutkan mereka mengambil keputusan berani menubuh parti yang lebih segar. Ini yang berlaku kepada parti Refah di Turki dimana puak Pemuda menubuhkan AKP (Abdullah Gul dan erdogan) dan yang lain kekal bersama Saadet naungan Erbakan. Perpecahan ini membawa dua aliran pendekatan berbeda dalam mendaulatkan Islam. Sekali penulis tegaskan, kita bukan bimbang kepada ahli PAS golongan profesional tetapi nafas yang mempengaruhi mereka yang perlu kita cermati.
Akhir, saya harap pimpinan PAS lebih bijaksana dalam menangani masalah ini. Sebagai cadangan, jawatan dalam MSU dipertandingkan berdasar kuota Muktamar agung dan Dewan Ulama bukannya pelantikan. Kerana seorang yang di luar lingkaran PAS, PAS berpecahkah?. Tolol sangat pimpinan PAS?.
30/9/08

SEBELUM NIK AZIZ PERGI
‘perkahwinan dengan pakatan rakyat sangat baik untuk berkuasa dan memerintah negara tapi apakah jaminan Islam boleh tegakkan, lihat sekeliling Anwar. Siapakah mereka untuk menjamin Islam memerintah?’-mamat.com
Saya cuba tidak menulis pada bulan ramadhan. Tetapi apabila surat TGNA terpapar. Jiwa saya resah, tangan saya tergetar-getar dan minda saya nak memecah. Cuba melayaninya dengan menukil apa yang patutnya.
Saya antara orang kecewa dengan kenyataan TG NIK AZIZ terhadap Cikgu Pa. Bukan saya menyokong cikgu PA tetapi kenyataan sebegitu tidak wajar dikeluarkan oleh seorang tuan guru terhadap pimpinan tertinggi yang begitu berjasa melonjakkan kebangkitan puak ulama semasa era pertarungan dengan puak nasionalis pada tahun 1980an. Lainlah jika tulisan itu ditulis oleh si romantis Anbakri.
Aku bukan kecewa kerana TG Nik Aziz pro pakatan. Bagi aku, kedua-dua pihak betul cuma lain pendekatan. Aku boleh terima kedua-dua pendekatan. Aku percaya cikgu Pa tidak akan membawa partinya bergabung dengan UMNO atau keluar pakatan rakyat. Orang secerdik cikgu Pa tidak akan melakukan sedemikian. Aku kagum cikgu pa sanggup mengadai nyawa politiknya dengan mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana bawaan idea mungkin daripada Presiden PAS. Jadi, kutukan TG NIK AZIZ juga terpalit pada TG Haji Hadi.
Sewajarnya, TG Nik Aziz memanggil Cikgu Pa dan menasihatinya bukannya kutukan secara umum yang boleh mengeruhkan keadaan. Langkah TG Nik Aziz semacam bukan langkah TG Nik Aziz. Aku kecewa cara kutukan TG Nik Aziz yang tidak sesuai. Sokongan Tg Nik Aziz terhadap tokoh liberal seperti Anwar turut juga mengecewa. Anwar itu umpama Gus Dur Malaysia yang akan memusnahkan gerakan Islam.
Kejahatan Umno Tg Nik Aziz ingat. Kejahatan Anwar sepanjang bersama UMNo jangan pula TG Nik Aziz lupa. Jangan masuk lubang sebanyak dua kali. UMNO dan PKR memang tidak suka Islam memerintah. Percayalah. Jika berkuasa, mereka akan tendang PAS.
Kita jangan lupa, tanpa Dewan Pemuda PAS pimpinan Cikgu PA, belum tentu Dewan Ulama PAS pimpinan Ustaz Nik Aziz (ketika itu) berjaya. Jika Cikgu Pa itu UMNO, ia boleh mengingkari perintah pimpinan Dato Asri untuk kekal dalam kabinet. Mungkin beliau sudah bergelar Tun sekarang. Nasib malang ini juga dipilih oleh Pak Subki Latif. Jika harta dan pangkat, mereka boleh memilih memihak kepada golongan sekular.
Saya menyayangi,mengkagumi dan menghormati TG NIK AZIZ tetapi ada satu kelainan sifat saya berbanding pengikut PAS, saya tidak fanatik kepada pimpinan termasuk TGNA DAN TGAH. Kita perlu fanatik pada Al Quran dan hadis sahaja. Dalam suasana demokrasi kita mengalukan perbedaan pendapat, tetapi dalam kes ini TGNA melebihkan orang lain berbanding pimpinan parti sendiri.
Saya jamin, kita semua sepakat akan mengatakan bengong atau bebal kepada PAS jika keluar daripada Pakatan Rakyat kecuali PR secara terangan menidakkan Islam. Begitu juga mana-mana pimpinan PAS yang ingin bergabung dengan UMNO. Saya yakin puak yang dikatakan ekstrem dulunya seperti TGAH dan Tuan Guru Haji Haron Taib tidak akan mengahwini UMNO. Mereka ini totok PAS dan paling radikal dalam dunia!.
Dalam PAS, ada puak pro Anwar yang menggunakan usia senja TGNA untuk merampas kuasa, gila kuasa politik-jawatan dan memuncakkan pengaruh Anwar. Melalui Saifuddin Nasution, mereka ini berkomunikasi. Saifuddin bekas pengerusi Tabung Tuk Kenali di bawa ke Kelantan oleh Husam Musa ekoran merajuk dengan pimpinan PKR. Ia dikatakan masuk PAS. Selepas Anwar bebas, Saifuddin dilantik sebagai Pengarah Strategik antara orang paling berpengaruh sampai menenggelami Naib Presiden PKR Mustapha Kamil Ayub.
Saya percaya rancangan mereka ingin menguasai pucuk pimpinan PAS sementara TGNA masih ada. Mereka akan memperalatkan tuan guru habis-habisan.
Kita harus mengenali Anwar Ibrahim dengan lebih lanjut. Siapa dikelilingi Anwar
Khalid Jaafar – pengarah IKD. Totok Liberal
Sivarasa – pejuang IFC
Irene – Tenaganita- memperjuangkan hak asasi versi Barat
Syed Husin – Sosialis, adik kepada komunis
Helmi Hanafi, Amirudin, Jonah- beragama aliran ‘hishamuddin rais’
Anwar cukup licik. Beliau boleh memainkan tujuh kad daun terup pada masa yang sama. Ceramah orang Melayu, Islam, NGO, Cina, India dan pelbagai kaum, beliau boleh menggula-gulakan sesuatu yang mengkhayalkan. itu Karismatiknya.
Saya juga pengkagum Anwar. Idealisme, aktivisme dan karekternya memang saya kagumi. Tetapi corak perjuangan beliau melunturkan sokongan politik saya kepadanya. Anwar sudah jauh daripada perjuangan asal yang Islami dulu. Anwar bagai dirasuk semangat liberal terlampau. Islam pun diliberal.
Jika puak pro anwar cuba merampas kuasa, mengingkari MSU dan memperlekehkan Presiden, pertarungan tidak dapat dielak lagi.Jika berlaku pertarungan dan MSU tidak dapat selesai masalah. Revolusi dalaman kedua dalam PAS akan berlaku. Sanggup puak yang kalah sama ada pro Anwar dan Puak Idealis Pas mengaku kalah. Atau tertubuh serpihan parti. Semua kerana seorang tokoh iaitu Anwar Ibrahim yang tersenyum riang.(Satu-satu tokoh yang menggugat sepanjang zaman hidupnya. 1970an demonstrasi mahasiswa, 1980an masuk UMNO-jatuhkan puak tengku razaleigh, 1980an-jatuh Tun Ghafar, menjatuh kerajaan PBS Sabah, Reformasi- 2000an, meresah kerajaan Pak lah dan memecah belah PAS). Taniah Dato Seri.
*Puak pro Anwar merupakan puak pemikir baru dalam PAS. Dulu pemikir lama PAS ialah Musthafa Ali, Wan Abdul Rahim, Abdul Halim, Daeng Sanusi, Hasan Shukri. Cubaan pemikir baru menggugat idealisme PAS dengan adanya ‘virus’ Anwar.
17/9/08

HIERARKI PAS 2009: Barisan Pimpinan Pasca Nik Aziz
Mursyidul Am: Tuan Guru Dr. Haron Din atau TG Haji Hadi
Timbalan Mursyidul: TG Haron Taib(jika TG Haron Din jadi Mursyidul Am) atau kekal TG Haron Din.
Presiden : TG Haji Hadi atau Ustaz Nasharuddin(jika TG Hadi menjadi MursyidulAm) atau HUSAM MUSA
Timbalan Presiden: Ustaz Nasharuddin atau Ustaz Ahmad Awang(jika ustaz nasha presiden) atau HUSAM MUSA
Naib Presiden: Husam, Tuan Ibrahim Tuan Man, Abdul Ghani Shamsudin
Pasukan profesional yang dinaikkan Naib Presiden(paling kurang AJK Pusat): Syed Azman, Ir mohd Nizar Jamaluddin, dr hatta dan Dr Mariah
Pasukan ulama: Abdul Ghani shamsudin, Idris ahmad
Setiausaha Agung: Idris Ahmad
Timbalan SUA: Salahuddin Ayub
Ketua Pemuda: Nasharudin Tantawi
Timb ketua: Azman Sapawi
Naib: Nik Abduh

GAMIS Bersediakan Dengan Pindaan AUKU?
Saya difahamkan kerajaan akan membenarkan kehadiran organisasi luar dalam kampus setelah pindaan AUKU. Gerakan mahasiswa terutamanya GAMIS harus bersedia dengan pindaan AUKU ini. Jika ABIM bersedia dengan Sayap PKPIM dan JIM dengan KARISMA, UMNO dengan GPMS. GAMIS pula bersedia dengan apa?. Kita tahu KARISMA, GPMS dan PKPIM adalah badan NGO yang sah manakala GAMIS masih berstatus ‘bawah tanah’. Bagaimanakah nasib cawangan GAMIS?.
Kepimpinan semasa GAMIS harus berbincang dengan bakal pimpinan, bagaimana persediaan GAMIS menghadapi situasi ini.
- tambahan (Diedit pada 17/9/08-) kehadiran GPMS akan menggugat GAMIS.GPMS mempunyai dana yang banyak kerana mereka anggota Majlis Belia Malaysia.Saya cadangkan agar GAMIS menubuhkan pusat aktiviti di Taman Malewar bagi mengkoodinasikan aktiviti.

Tentang Al-Attas
Entri kali ini saya tulis untuk jawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh mamat.com
Saya akan bicara perihal Prof. al-Attas atas tiket pandangan peribadi.
Pertama kali saya dengar nama Prof.Syed Muhammad Naquib al-Attas sewaktu belajar mata pelajaran Sejarah KBSM Tingkatan 4. Saya tidak boleh lupa berkenaan teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara yang dimuatkan ke dalam buku teks sejarah tersebut. Sudah tentu pada waktu itu, saya bukan begini. Hanya seoarang pelajar sekolah biasa. Maka tiada kesan yang abnormal berlaku ke atas diri ini apabila membaca buku teks tersebut.
Karya pertama al-Attas yang saya miliki adalah “Islam and Secularism”. Saya membelinya pada Disember 2007 dari kedai buku Kinokuniya KLCC.
Pertama kali berkunjung ke bangunan ISTAC lama pada awal Januari untuk menghadiri persidangan berkenaan Sains Islam. Bacaan lanjut boleh rujuk catatan saya disini.
Sepanjang persidangan tersebut saya masih tidak tahu yang al-Attas sudah ditendang keluar dari ISTAC. Malah saya tak faham apa-apa yang diperkatakan oleh para penceramah persidangan tersebut. Yang saya tahu, saya kagum dengan seni reka bangunan ISTAC. Itu sahaja.
Saya tidak pernah berjumpa dengan Prof. al-Attas mahupun berkomunikasi dengan beliau melalui sebarang medium perhubungan. Saya hanya banyak berjumpa dengan anak murid ulung beliau iaitu Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud.
Setakat ini saya sudah miliki beberapa buah karya al-Attas. Antaranya:
1) Islam and Secularism
2) Prolegomena to the Metaphysics of Islam
3) Risalah untuk Kaum Muslimin
4) The Correct date of the Terengganu Inscription
5) Comments on the Re-examination of Al-Raniri’s Hujjatul-Siddiq: A Refutation
6) Some aspects of Sufism as understood and pracised among the Malays
7) The Concept of Education in Islam.
8) The ICLIF Leadership Competency Model: An Islamic Alternative
9) The Origin of the Malay Shair
10) Concluding postscript to the origin of the Malay Shair
11) Ma’na Kebahagiaan dan Pengalamannya dalam Islam
12) Proceeding of the Inaugural symposium on Islam and the Challenge of Modernity.
Saya juga memiliki beberapa buah jurnal ISTAC sewaktu dibawah kelolaan Prof. al-Attas (selepas ini akan dirujuk sebagai ISTAC lama) :
1) 6 edisi jurnal Al-Shajarah (Inggeris)
2) 8 edisi jurnal Al-Hikmah (Bahasa Melayu)
Saya turut sama memiliki beberapa buah karya terbitan ISTAC lama yang ditulis oleh Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud, Prof. Alparslan Acikgenc, Yasin Ceylan etc.
Setakat ini saya dah pernah jumpa atau membaca atau mendengar bicara ilmu daripada beberapa orang anak murid beliau. Antaranya adalah:
1) Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud (rujukan utama saya)
2) Prof. Alparslan Acikgenc
3) Prof. Cemil Akdogan
4) Dr. Zainiy Uthman
5) Dr. Zaidi Ismail
6) Dr. Sani Badron
7) Dr. Adi Setia
8) Dr. Syamsuddin Ariff
9) Dr. Farid Shahran
10) Dr. Hamid Fahmy Zarkasyi
11) Dr. Ugi Suharto
12) Dr. Khalif Muammar
13) Dato’ Dr. Syed Tawfiq Ali al-Attas.
14) Ustaz Asham
15) Ustaz Adian Husaini
Sebelum itu mari kita renungi kata-kata hikmah daripada Saidina Ali r.a:
“Janganlah engkau menilai kebenaran itu dari orangnya,tetapi kenalilah kebenaran itu, maka engkau akan mengenal orang yang menyampaikannnya.”
Cerita bagaimana saya boleh ‘tersangkut’ dengan idea-idea Prof. al-Attas ini sangat panjang dan kompleks.
Saya mengkaji Prof. al-Attas melalui senarai buku-buku, jurnal, kertas kerja yang saya miliki.
Saya juga mengkaji Prof. al-Attas melalui ceramah-ceramah, buku dan penulisan yang disampaikan, ditulis oleh anak-anak muridnya terutamanya daripada Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud (saya miliki hampir kesemua karya mainstream beliau).
Pendek kata basis penilaian saya terhadap Prof. al-Attas adalah berteraskan isi (substances) dan produk akhir yang dihasilkan oleh Prof. al-Attas yakni anak-anak muridnya sendiri.
Saya juga melakukan timbang tara (compare and contrast) idea-idea al-Attas dengan ilmuan Islam yang lain seperti S. H Nasr, al-Faruqi, Al-Qaradawi etc. terutamanya berkenaan projek Islamisasi ilmu kontemporari ( Islamization of contemporary knowledge).
Sebelum itu harus diingat bahawa saya merupakan seorang aktivis. Bukan seorang pemikir apatah lagi seorang pelajar jurusan agama.
Seperti yang tertera pada blog lama saya Jiwa Muda:
“Seorang aktivis muda yang memperjuangkan keadilan sosial.Menyokong gerakan pemulihan sosial dan percaya kepada rakyat sebagai pemangkin tamadun. Sedang mengkaji titik persamaan Marxisme dan Islam sebagai alat kebangkitan umat berlandaskan pemikiran Dr. Ali Syariati. Gemar mengkaji permasalahan globalisasi ekonomi, budaya dan ketidak adilan sistem di dunia. Bidang khas aktivisme bersangkut paut dengan konsumeris me dan perdagangan.”
Itu diri saya sekitar tahun 2007.
Berdasarkan profil yang tertera pada laman Jiwa Muda tersebut jelas sekali saya tiada sedikit pun pengaruh berkenaan al-Attas pada waktu itu. Boleh dikatakan saya baru sahaja mengenali beliau circa awal 2008. Tak samapi setahun pun lagi.
Ini penting kerana saya ingin menggambarkan perjalanan dan pengalaman saya dalam memahami idea al-Attas.
Circa 2007, disamping tarbiyah harakah Islamiyah daripada Gamis, saya sangat dipengaruhi oleh idea-idea intelektual Dunia Ketiga dan Eropah terutamanya dari kumpulan World Social Forum.
Saya sangat aktif dalam kegiatan anti-kapitalisme terutamanya yang melibatkan isu-isu globalisasi dan perdangangan antarabangsa. Secara khususnya isu Free Trade Agreement.
Ali Shariati merupakan ideolgoue saya yang utama dalam membina idealisme perjuangan mahasiswa. Itu pasti.
Sepanjang saya bergelumang dengan idea para pemikir Dunia Ketiga dan Eropah yang radikal ini, saya sangat tidak nampak satu penyelesaiaan yang betul-betul solid terutamanya dalam menjelaskan dan menyelesaikan masalah akar manusia moden pada hari ini.
Para pemikir Dunia Ketiga, dan Eropah ini sangat hebat dalam melakukan analisis sosial. Pelbagai teori dan framework yang diperkenalkan tetapi penyelesaiaan kurang memuaskan.
Pada masa yang sama saya berasa was-was untuk menerima idea dan pemikiran mereka bulat-bulat sebabnya kadang kala idea para pemikir Dunia Ketiga dan Eropah ini tidak selari dengan prinsip Islam terutamanya apabila dilihat dari sudut falsafah idea mereka.
Wacana masalah moden tersangatlah kurang dalam lingkungan ulama’ Islam. Saya sangat susah hendak menemui penjelasan yang baik lagi komprehensif dari ulama’ Islam yang ada pada hari ini berkenaan isu-isu yang berat. Kecuali seorang dua seperti Muhammad Assad. Rata-rata ulama’ di Malaysia kini lebih suka memilih menyelesaikan masalah ummah melalui jalur siasah.
Isu alam sekitar, konsumerisme, sains moden, globalisasi. Semua tema tersebut boleh dikatakan hampir tidak wujud dalam tradisi keilmuan Islam kontemporari.
Maka saya harus bergantung kepada idea dan pemikiran para intelektual Dunia Ketiga dan Eropah yang kita sendiri tahu banyak dipengaruhi oleh idea Zaman Pencerahan Renaissance.
Kenapa saya menggelabah sebegini?
Saya lihat pejuang Islam masa kini, secara tepatnya para reformis yang banyak dipengaruhi Imam Hassan Al-Banna, Syed Qutb ini lebih banyak berslogan daripada menjustifikasikan selengkap-lengkapnya butiran penyelesaiaan yang dicanang hebat melalaui tema seperti “Islam as the solution”
Itu semua berubah setelah saya mengenali idea-idea al-Attas.
Saya menjadi bertambah yakin dengan Islam malah saya jatuh cinta dengan tradisi keilmuan islam tradisional.
Idea-idea prof. al-Attas menjawab banyak persoalan-persoalan penting yang dialami oleh umat manusia pada abad ini. Saya menemui banyak jawapan dan penyelesaiaan berkenaan masalah-masalah tersebut dengan menelaah karya-karya Prof. al-Attas serta karya-karya anak muridnya.
Kenapa boleh jadi begitu sekali?
Ini kerana Prof. al-Attas menjawab persoalan dan masalah kita dari konteks akar permasalahannya. Bila mana kita boleh nampak, dan faham masalah yang ada pada sudut akarnya kita boleh cantas hampir ke semua masalah yang berlegar-legar ini dengan mudah kerana akarnya sudah dicantas.
Disinilah kekuatan Prof. al-Attas. Membuat analisa, renungan yang tajam, mengikat idea-idea penting serta merumuskan penyelesaiaan kepada hampir semua permasalahan tersebut. Dan ini banyak diterjemahkan dalam projek penting beliau iaitu Islamisasi ilmu kontemporari.
Pertama kali saya baca buku Islam and Secularism, saya terus jadi menyampah setelah membaca beberapa helai muka surat buku tersebut. Kenapa jadi begitu? Sebab saya tak faham langsung apa yang ditulis oleh beliau.
Setelah saya berjumpa dengan Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud, berbincang dengan beliau berkali-kali barulah saya dapat menjiwai idea-idea Prof. al-Attas. Baru saya nampak dimana sebenarnya kehebatan Prof. al-Attas.
Beliau merupakan seorang ilmuan Islam yang cukup mendalam lagi kritikal.
Saya melihat sumbangan Prof. al-Attas sebagai cerminan kepada sumbangan Hujjatul Islam Imam al-Ghazali pada zamannya.
Masalah yang berbeza tetapi penyelesaiaannya dari sudut yang sama iaitu Ilmu.
Harus diingat bahawa kelemahan dan kemunduran umat Islam ini tidak bertitik tolak daripada kejatuhan Khilafah Turki Uthmaniyah semata-mata.
Setiap tamadun akan melalui zaman kemundurannya kemudian sama ada hancur ( tamadun Yunani, Romawi) atau berkubur sementara waktu (tamadun Islam).
Maka disini untuk semata-mata fokus kepada masalah politik umat Islam TANPA memahami dengan lebih mendalam realiti dan kebenaran yang wujud selepas umat Islam melalui zaman penjajahan dan kebangkitan Barat ( Renaissance, Revolusi Industri) hanya akan menjadikan kita lebih keliru.
Ini yang sedang berlaku ke atas umat Islam pada hari ini.
Kehilangan adab-->Berlakunya kekeliruan ilmu-->Lahirnya pemimpin yang salah
Maka berlakulah satu pusaran ganas (vicious cycle) antara ketiga-tiga juzuk masalah tersebut.
Adab yang dimaksudkan Prof. al-Attas bukanlah sesimplistik apa yang kita fahami pada hari ini tetapi seperti mana yang difahami pada zaman awal Islam
Ini memerlukan perbincangan semantik, metagrammatical dan metafizik Islam yang sudah tentu sangat sukar saya kupas disini kerana saya sendiri masih menelaah idea-idea tersebut.
Geniusnya Prof. Al-Attas ini bukanlah dengan idea yang entah dari mana datang tetapi merupakan satu rumusan, ikatan idea-idea yang wujud dalam tradisi keilmuan Islam yang disesuaikan dengan konteks dan permasalahan semasa.
Jikalau zaman al-Ghazali ada cabaran falsafah pada zaman ini sekularisme merupakan akar masalah seperti yang digariskan oleh Prof. al-Attas.
Menjawab beberapa kesamaran kefahaman berkenaan Prof. al-Attas
1) Ketidak’praktikal’an idea Prof. al-Attas
Ini merupakan antara kekeliruan pertama saya hadapi ketika berinteraksi dengan idea al-Attas. Sebenarnya sedar ataupun tidak hampir semua daripada kita umat Islam terkena wabak dualisme pemikiran. Yang paling ketara adalah berkenaan pemisahan antara teori dan praktikal. Rata-rata pejuang Islam mutakhir ini memandang enteng kepada disiplin ilmu pemikiran Islam kerana kekeliruan ini.
Dualisme yang paling-paling ketara adalah pemisahan antara fardhu ain dan fardhu kifayah.
Kita iktiraf kedua-duanya. Kita hantar anak-anak kecil ke sekolah agama rakyat untuk melengkapi ilmu fardhu ain tetapi hanya setakat itu. Setelah masuk ke sekolah menengah dan universiti, kita melupakan terus peranan ilmu fardhu ain dalam pembelajaran kita.
Lupa disini bukan bermaksud tak solat, tak baca Quran tapi ketidak mampuan melakukan integrasi dan kesepaduan antara ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah.
Hakikat yang sebenar adalah TIADA pemisahan antara aspek teori dan praktikal. Kedua-duanya perlu berjalan seiring.
TIADA pemisahan antara ilmu dan amal.
Selalu Prof. al-Attas dan anak muridnya dipandang remeh oleh ahli gerakan Islam (baik dalam PAS, ABIM, GAMIS, PKPIM) kerana selalu dicemuh sebagai sekadar berteori.
Itu sangatlah salah. Saya juga tidak beranggapan begitu.
Apa yang mereka buat adalah kerja praktikal juga. Adakah mengubah minda, pemikiran dan kefahaman manusia satu kerja tidak praktikal?
Terdapat satu kata kerja yang melambangkan ke’praktikal’an disitu iaitu mengubah.
Buku-buku yang dikarang mereka bukan sekadar teori tetapi sebagai satu AGEN PERUBAHAN.
Mengubah minda dan pandangan alam manusia bukan boleh saji dengan ceramah politik semata-mata.
Perlu ILMU yang membawa kepada AL-HAQQ (truth and reality).
2) Idea Prof. al-attas tidak mendapat tempat dalam masyarakat.
Terpulang bagaimana anda menilai perjuangan Islam itu. Bagi Prof. al-Attas, apa yang hendak dibangunkan bukan sekadar sebuah Negara Islam, Khilafah Islam tetapi sebuah Tamadun Islam!
Boleh rujuk dalam Islam and Secularism bagiamana beliau mengupas perkataan din dalam hubung kaitnya dengan ketamadunan.
Usaha untuk membina tamadun ini bukan seperti bina rumah. Tamadun seharusnya menggambarkan satu bangunan yang cukup besar, gagah dan tinggi.
Untuk itu, kita perlukan satu foundation yang cukup kuat dan dalam. Foundation inilah yang dipanggil Ilmu. Dengan ilmu baru dapat beramal. Dan ia akan senantiasa berjalan seiring selagi mana sesebuah tamadun itu bernyawa.
Ini yang berlaku dalam Tamadun Islam dari zaman Nabi Muhammad S.A.W dengan sirah Baginda di Madinah hinggalah wujudnya kerajaan Islam Turki Uthmaniyah yang berumur ratusan tahun.
Tidak menjadi masalah untuk idea Prof. al-Attas tidak mendapat tempat dalam masyarakat kita pada waktu ini.
Perkara ini berlaku pada zaman Imam al-Ghazali juga.
Baghdad lumat dicincang Mongol.
Palestin bermandi darah pancungan tentera Salib.
Apa yang Imam al-Ghazali buat?
Tulis Ihya Ulumuddin ( The Revival of Religious Science).
Tak ada sedikit pun perkara dalam Ihya yang membincangkan masalah serangan Mongol serta tentera Salib.
Ihya sarat dengan persoalan mendasar dan asasi yang sangat signifikan.
Idea Imam al-Ghazali terbang keawang-awangan selama berpuluh-puluh tahun.
Selepas itu baru lahir Salahuddin Ayubi.
Bilamana Salahuddin Ayubi memanggil untuk berjihad, umat Islam di ceruk mana pada waktu itu akan bersatu dengan mudah sekali.
Inilah hasil sumbangan Imam al-Ghazali. Mencabut akar permasalah dan melahirkan pandangan alam Islam kembali.
Boleh rujuk buku Dr. Majid Irsan Kilani kalau hendak tahu sejarah kebangkitan umat Islam pada waktu Salahuddin dan perkaitannya dengan Imam al-Ghazali.
Mungkin nampak abstrak dan tidak ‘praktikal’ tetapi itulah hakikatnya.
Imam al-Ghazali pun dikecam dengan hebat oleh pelbagai ulama’.
What next for Prof. al-Attas?
Saya rasa persoalan ini harus ditujukan kepada kita.
Diri saya ini sangat terkesan dengan idea Rausyanfikir yang ditonjolkan oleh Ali Shariati. Maka saya nekad untuk berada dalam jalan ini kelak selepas melangkah keluar dari menara gading.
Prof. al-Attas sudah lakukan kerja-kerjanya. Orientalis, liberalis, plagariat, modenis, reformis Muslim semuanya telah diberi garis panduan untuk mencari dan memperbaiki kesalahan berfikir.
Karya-karyanya sudah menjadi basis untuk kita pelajari dan fahami agar dapat zahirkan menjadi penyelesaiaan konkrit.
Bukan mudah untuk analisa masalah dan rumuskan penyelesaiaan.
Kefahaman idea Prof. al-Attas ini akan bertambah kemas jikalau kita kenal siapa seteru sebenar kita yakni Tamadun Barat.
Kalau kita tidak biasa agak kekok sebab tak nampak kerelevenannya.
Ini kerana ancaman Tamadun Barat datang sebagai satu program falsafah yang menyelinap masuk dalam medium keilmuan.
Saya akui terdapat kelemahan dan kekurangan yang wujud dalam lingkungan manusia yang membawa pemikiran al-Attas.
Saya harap anak-anak murid Prof. al-Attas menjadi lebih aktif dalam membantu menyelesaikan masalah umat. INSIST sudah menampakkan hasilnya.
Kita berharap anak-anak muridnya di Malaysia ini menurut jejak langkah yang sama dengan INSIST.
Wallahualam.
sumber. sosialis kanan

Tuesday, October 07, 2008
Wa’la Kepimpinan Yang Tumpul
Zaman internet ini, manusia ada kehebatannya tersendiri dan beridea baru. Kepandaian ini akan membawa kepada satu sifat bahawa kita sahaja yang betul dan hebat. Macam Dr. Asri pula. Kepelbagaian maklumat dan ‘lagak’ pandai kita asas kehilangan wa’la. Ini bermulanya kehakisan wa’la terhadap kepimpinan.
Jemaah Islam seumpama PAS dan PMIUM bukanlah jemaah sufi seperti al Arqam. Wa’la dibina dalam jemaah politik islam seharusnya bersifat wa’la kolektif dimana wa’la kita bukan kepada keputusan peribadi Presiden atau Mursyidul Am tetapi kepada Majlis Syura Ulama. Jalur fanatik tokoh ini sangat berbahaya jika diberi peluang memegang tampuk organisasi.
Pengaruh terlampau Tuan Guru Nik Aziz telah menghancurkan struktur institusional parti PAS. Bicara manis TGNA lebih muktamad daripada keputusan MSU ekoran kefanatikan terlampau pengikut. Sepatutnya Keputusan ramai ulama lebih berkuasa daripada seorang ulama. Pelik.
Apabila Mursyidul Aam dilantik MB atau Pesuruhanjaya PAS Negeri, kuasa SUA serta merta akan tumpul. Sebenarnya, pesuruhanjaya negeri perlu akur kepada SUA. Nak akurkah TGNA kepada SUA PAS. Selain itu, Badan Perhubungan Negeri terlalu berkuasa, sepatutnya Bahagian perlu diperkasa daripada Badan Perhubungan. Jika struktur ini tidak diselesaikan, PAS akan merana ekoran kecelaruan aliran kuasa dan tugas.
Kehadiran golongan profesional yang pintar dalam PAS membawa gagasan dan idea baru. Mereka ini datang daripada pelbagai tarbiah seperti ABIM, JIM atau Suara Islam. Kita tidak meragui mereka, bahkan kehadiran mereka menjadikan nilai tambah bagi PAS. Masalahnya sekarang, ia membentuk puak baru dalam jemaah yang mempunyai wa’la atau nafas yang lain daripada nafas kepimpinan ulama.
Mereka mengejar tampuk kerajaan, sentiasa mahu berada dalam pihak yang menang dan kagum kepada peribadi Anwar. Ini kesilapan mereka. Mereka guna PAS dan tuan guru dalam PAS untuk menarik ahli PAS, kemudian mereka cuba mengherotkan pandangan umum terhadap PAS. Mereka mempunyai wa’la yang tumpul.
PAS, marilah kita menjadi pihak yang tewas, jika Islam masih tidak dilaksanakan. Kepada TGNA, memang beliau menggunakan kebijaksanaan berpolitik tetapi harus juga berhati-hati terhadap manusia bernama Anwar.

Jiwa Resah Mat Sabu
Apabila membaca tulisan abang mat atau wawancara bersama beliau, kelihatan keresahan jiwa beliau. Abang Mat kelihatan resah apabila memikirkan Kelantan pasca TG Nik Aziz. Abang mat juga selalu resah akan kelembikkan puak ulama PAS. Abang Mat juga seakan-akan resah kehilangan sifat hormat sesetengah ahli terhadap Presiden. Bahkan abang mat pernah menyatakan kesanggupan kehilangan jawatan Naib Presiden jika ada puak nak reformasi PAS ala tahun 1980an dulu.
Kelantan pasca TG NIK AZIZ cukup mengerikan kerana tiada petunjuk yang jelas siapakah pengganti TG. Tokoh populis ialah HUSAM MUSA yang mendapat liputan media dan disokong rakyat terbanyak. Tetapi bagi pemimpin ‘klasik’ PAS, pendekatan Husam Musa tidak secocok dengan mereka.
Kelantan merupakan tempat PAS paling berkuasa. Lamanya berkuasa menyebabkan ada pimpinan lupa diri dan mengejar kepentingan tertentu. Akibatnya, penyakit korup, nepotisme dan kroni mula membiak. Saya mencadangkan jawatan MB dihadkan kepada 2 PENGGAL sahaja. Sebagai manusia yang lemah, sifat nak untung diri dan kroni akan membiak.
PAS Kelantan kelihatan lebih berkuasa darpada PAS Pusat. Keputusan Dewan Ulama dan Dr. Haron Din menghalang konsert Mawi tidak dihirau oleh PAS Kelantan. PAS Kelantan berpengaruh dan boleh melawan PAS Pusat kerana adanya tokoh paling ‘maksum’ dalam PAS, TG NIK AZIZ. Jika HUSAM MUSA berkuasa nanti, beranikah beliau melawan PAS Pusat.
Abang Mat juga perasan akan perubahan sikap generasi tarbiah 1990an dan golongan profesional dalam PAS. Sebab itu abang mat sanggup bersedia dijatuhkan seperti puak Dato Asri jika ada puak yang ingin menumbangkan puak ulama. Adakah saat itu akan datang?. Kita tunggu dan lihat.
Tahun 2009, nasib abang masih di awangan. Jawatan Naib Presiden semakin panas. Semoga berjaya abang mat.

CERPEN MARYAMNOUR
Sekali lagi penulis tertarik ilustrasi Paley dalam ruangan cerpen akhbar Wasilah. Nurul Izzah. Kebetulan hati tertarik nak beli akhbar politik yang menjemukan. Saya merindui tulisan manusia yang hebat dalam akhbar seperti Dr Siddiq Fadil, Khoo Kay Kim, Subky Latif atau allahyarham Rustam Sani. Apapun tulisan saudara Ramli Abdul Halim dan SM Zakir menjadi pengubat rindu.
Cerpen ditulis oleh saudari maryamnor atau Siti Mariam Hasni. Cerpen yang menarik.
Apabila direnung dan dihadami secara ringkas, cerpen ini mengisahkan manusia dalam hidup berpersatuan. Memang benar apa yang tersurat seperti yang dinyatakan oleh saudari penulis. Tetapi perjuangan selepas kampus cukup berlainan. Tanggungjawab seorang ibu dan isteri lebih utama bagi pimpinan wanita sewaktu di kampus dahulu. Ketaatan kepada suami penting dalam meniti perjuangan. Jika tanpa keredhaan suami dan rumahtangga kucar-kacir, tiada guna berjuang wahai pimpinan wanita!.
Bagi wanita yang menyambung pelajaran master dan belum berkerja serta belum bersuami, Kita boleh gah dengan pena atau bicara. Apabila terkena pada diri sendiri, kita pun tersenyum dan terkebil sama.
Apapun saya berikan cerpen ini gred B+. Terus berkarya saudari.
20.8.08
Selepas tonton Debat Sukon vs Guan Eng

Siapakah Timbalan Perdana Menteri Kerajaan Baru?
Jika 16 September 2008 kerajaan baru dinobatkan. Anwar Ibrahim menjadi PM baru Malaysia. Persoalan yang timbul, siapakah TPM?. Kemungkinan besar ada 3 TPM. Pertama, daripada sabah, kedua, DAP; ketiga daripada PAS. Dari sabah, mungkin Jefrey Katingan dan DAP; Lim Kit siang atau anaknya. Siapakah calon PAS?
Calon pertama PAS mestilah Presidennya. Tetapi jika Husam Musa tidak menjadi MB Kelantan, Anwar mungkin akan menariknya sebagai TPM. Husam semakin merapati Anwar dengan manja. Disitu ada Anwar, ada Husam mengekorinya.
Orang mengatakan Haji Hadi tiada bakat dalam pimpinan. Tiada gagasan dan idea yang baru.tidak semestinya, cuba dahulu baru menilai. Sistem Islam pada zaman moden dikatakan tidak sesuai. Cuba tegakkannya dahulu, baru kita bercoloteh. Anwar dulu apa kurangnya, budak sastera-pengajian Melayu.itupun dapat atau tak dapat sijil ijazah.(nilai pada prestasi bukannya pada sijilnya).
Jika Anwar menyisih TG Haji Hadi, pertarungan PAS dengan pro Anwar mungkin berlaku. PAS bakal membersihkan dirinya daripada daki-daki PAS Klon pro anwar dalam pertarungan dalamannya.Jika tidak, PAS akan berpecah dua puak. Puak pro Anwar dan puak pro kepimpinan ulama.
PAS kembali kemandiriannya, dan bakal menjadi Hizbullah Malaysia dengan baik. PAS wajar menjadi puak pengimbang kuasa seperti Hizbullah. Menyokong PR atau BN atas keperluan agama dan negara sahaja. Jika puak Liberal-ilhad-sekular dalam PR membuat dasar yang menyalahi agama, PAS perlu menolaknya. Tiada guna berada dalam kerajaan BN atau PR yang jelek. BN jelek dengan penyalahgunaan kuasa dan politik perkauman terlampau. PR pula jelek dengan penentangan terhadap dasar Islam dan bertuankan tokoh berIslam ala ‘Gus Dur’itu. Jadi, PAS wajar di luar kerajaan tersebut. Jika PAS tergila-gila ingin berkuasa bersama PR atau BN sampai ‘dasar Islam’ tergadai, kita akan lihat kehancuran jemaah PAS seperti UMNO. PAS dan UMNO menjadi sama.
Apapun PAS mesti berhati-hati dengan musuh dalaman bertopeng PAS. Husam memang hebat jika berpasangan Anwar sebagai PM-TPM. Licik, rakus kuasa dan bijak.
13/8/08

Subscribe to:
Posts (Atom)
Sebab-Akibat
Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...
-
Parti Islah Yaman ditubuhkan pada tahun 1990 setahun selepas penyatuan Yaman Utara dengan Yaman Selatan. Kongres Rakyat Umum (GPC) dari U...
-
BAB 2: ROH PERJUANGAN GMI ‘Islam bukan agama teori dan ritual sahaja tetapi Islam adalah agama praktikal yang perlu diterjemah sebagai satu ...
-
Tak sangka, Jemaah Tabligh (JT) yang suci itu juga mengalami krisis. Itulah qada’ dan qadar yang ditentukan oleh Allah SWT yang mempunyai...