Friday, November 15, 2019

DR. ALI JUMUAH : GURU YANG KUKENALI


Oleh : Ustaz Dr WM Yusof Wan Chik
Sheikh Ali Jumuah : Seorang ulamak besar yang punyai peminat dan juga pembenci. Apapun saya ingin ceritakan serba sedikit pengalaman saya belajar denga beliau di Fakulti Pengajian Islam dan bahasa Arab, Kaherah dan Maahad Dirasat Islamiyyah Zamalek. Untuk makluman awal saya hanya belajar dengan beliau dalam konteks sistem pengkuliahan bukan talaqqi. Jadi tasawwur tentang beliau mungkin agak berbeza dari sistem talaqqi yang dilimpahi tradisi menghomati guru.
Saya mula belajar dengan beliau pada tahun empat (1993), Subjek Usul Fiqh. Buku yang digunakan adalah buku guru beliau Dr Shaaban Muhammad Ismail. Topiknya Qiyas dan Ijmak. Apa yang menarik semua pelajar akan diberikan buku percuma. Bawwab (jaga) akan pikul buku tak silap saya tak kurang dari 500 buah. Jadi boleh bayangkan kepemurahan beliau. Begitu juga semasa kami belajar master, untuk subjek beliau kami tak perlu beli sebarang buku. Pergi ambil sahaja di kedai yang disuruh.
Dalam sesi kuliah beliau agak menarik kerana tampil dengan pelbagai kategori pakaian. Ada hari dia akan pakai lengkap berkod bertail dan rambut bersikat kemas, pakaian kasual kadangnya seluar jeans dan kadangnya pakaian sempurna ulamak Azhar. Dalam kelas beliau akan mengajar direct kepada tajuk, suka bergurau dan amat terbuka untuk bersoal jawab. Jadi kelas beliau memang penuh dan meriah. Kalau nak kira kalah pun mungkin hanya dgn dengan kelas Dr Sahlul.
Antara peristiwa penting yang saya ingat apabila seorang pelajar salafi menguji dan mempertikaikan tentang “isu kedudukan dalam iktidal” . Dia jawab agar detail siap suruh rujuk kitab majmuk, jilid berapa dan muka surat dari sekian kesekian. Yang ajaib bila kami rujuk memang tepat. Peristiwa ini seperti bukan sekali berlaku. Bayangkan ingatan dan kefahaman beliau.
Untuk peringkat master (tamhidi) di al Azhar, kami sempat belajar dengan beliau selama dua tahun. Sekali subjek Usul Fiqh dan satu lagi subjek Kajian Tokoh Mujtahid. Kalau peringkat degree, mungkin sebagai anak mentah kita tak tahu menilai antara kaca dan permata..Begitupun di peringkat master, saya mula perasan ilmunya bukan sekadar sebiji mentol tetapi secerah matahari. Saya pernah tulis perkara ni sebelum ini saya ringkaskan. Pertama : bayangkan dari matan Baidhawiy Usul Fiqh, dia syarahkan dari sudut bahasa, sastera, Usul Fiqh, kewangan, tasawwuf dan gerakan Islam. Pelik juga kalau orang kata dia tidak memahami tentang Ikhwan dan gerakan Islam kerana dalam kuliah-kuliah kami beliau menjelaskan banyak isu dengan agak menarik dan positif, sehingga saya dan kawan2 tersangka dia ni ada bias-bias ikhwan. Antara keistimewaan beliau juga, beliau amat memahami kondisi pelajarnya dari sudut duit, jurang generasi, kenaifan ilmu dan sebagainya. Saya dengar sembunyi-sembunyi beliau memberikan bantuan makanan kepada pelajar melalui kesatuan pelajar fakulti.( sedangkan masa tu kami tidak tahu)
Kedua : Dalam kelas yang diadakan di bilk pensyarah, sepanjang pengajaran beliau kami perhatikan semua pensyarah2 tua-tua akan fokus, seolah mereka juga belajar. Suasana yang cukup syahdu. Bayangkan berada dalam suatu bilik orkstra ilmu dengan Pengrah yang hebat. Dalam kelas pensyarah lain hal ini tak berlaku Saya sendiri bila belajar dalam kelas beliau rasa macam debu di lambung ombak lautan.
Dalam kuliah-kuliah beliau dan dr Muhammad Hashim di Maahad Zamalek (macam oum) memang meriah dan gamat dengan pertanyaan dari pelajar dan orang awam dari pelbagai bidang berbanding kuliah pensyarah lain.
Di samping itu, seingat saya beliau ketika itu aktif juga dengan Wamy dan IIIT. Saya dengan arwan guru saya Ustaz Hamdan Muda kerap menghadiri daurah dan pembentangan beliau, banyak berkitar isu pemikiran. Justeru beliau juga ada latarbelakang yang kuat tentang pemikiran. Masa tu saya agak hairan .. bagaimana seorang sheikh besar boleh duduk sebaris dengan pemikiran apa yang saya sebut sebagai Islamiyyah Amirikiyyah. Begitupun saya dapat maklumat dari seorang saya yang belajar di mesir beberapa tahun kemudian beliau menolak dan untuk terlibat dengan aktiviti seperti itu. (Isu ini amat perlukan saya ingat satu-persatu). Alhamdulillah.
Menjelang isu reformasi di Mesir dengan fitnah-fitnah yang berlaku dan rakaman suara. Saya kata saya tawaqquf. Masa tu ada yang kata itu suara orang lain, saya condong tidak kerana suara dan gaya memang sebijik macam sheikh. Semasa tu ada rakan FB yang mengutuk saya ni wala’ buta kepada beliau. Saya jawab saya kenal guru saya dan hati budinya. Alhamdulillah masa sudah menzahirkan kebenaran dan pandangan jauh beliau dalam isu yang berlaku. Fitnah tetapi fitnah walaupun dia sudah meruntuhkan kekuatan ummah di pelbagai negara umat Islam. Ya bagi saya dunia akhir zaman adalah dunia untuk memilih antara dua mudarat bukan antara dua maslahah.
Untuk isu spritual dan adab tentulah mereka yang pernah berguru dengan beliau lebih memahami, tetapi sebagai seorang yang belajar dalam acuan sistem moden, saya tidak boleh untuk tidak menyatakan kealiman beliau adalah dalam pelbagi bidang dari turath, pemikiran mahupun isu semasa. Beliau juga seorang yang sentiasa mengikuti isu-isu semasa. Mungkin kepada muridin beliau, mereka akan fokus kepada kealiman beliau dalam bidang turath, tetapi untuk saya, saya lebih melihat ketajaman minda dan jiwa beliau dalam aspek memahami uruf dan mengaplikasi konsep sadd al-dhara’ik.
Ringkasnya : Saya ingin nyatakan sepanjang belajar -selama 3 tahun dari 4 tahun saya berada di Mesir- saya simpulkan bahawa beliau adalah tokoh yang ada keunikan yang tersendiri, tak perlu disanjung tapi berhati-hati kalau mahu merendahkannya, Beliau yang saya kenali adalah manusia yang boleh disebut “ لا يخافون لومة لائم “ dan “ لا خوف عليهم ولا هم يحزنون” . Pesanan saya untuk adik adik di Mesir, belajarlah dari beliau. Beliau manusia biasa ada kelebihan dan kekurangan. Tetapi ini tidak boleh jadi sebab untuk kita menghormati dan belajar dari beliau. Jangan jadi macam saya yang tak sempat untuk merasai keteduhan dan keberkatan bertalaqqi dengan beliau. Moga Allah merahmati beliau.

No comments:

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...