Sunday, November 17, 2019

PAS dan Muafakat Nasional



Lazimnya, sebuah gerakan Islam bersifat lurus bendul dalam politik. Mereka mengutamakan keredhaan Allah, ikhlas, tawakal yang tinggi dan selalu bersangka baik sehingga menjerumuskan diri mereka ke dalam lubang penipuan. Sukar sebuah gerakan Islam mendepani kelompok pragmatis dan kelompok ‘matlamat menghalalkan cara’ dalam realiti politk demokrasi ini. Gerakan Islam biasanya gagal memilih dengan tepat untung-rugi dalam politik.
                Muafakat Nasional cuba mendamaikan persengketaan politik puluhan tahun antara PAS dengan UMNO. Persengketaan ini bukannya ‘kaleng-kaleng’. Kampung berantakan, fenomena takfir, keluarga bercerai, ayah tak mengaku anak dan bagai. Bukan mudah untuk mendamaikan kedua-dua pihak pada peringkat pertengahan dan bawahan. PAS bersepakat atas dasar kepentingan Islam, Melayu, Negara dan Rakyat.
                Dilema PAS-UMNO yang pertama, sejauhmanakah anggota bawahan dan pemimpin pertengahan PAS dan UMNO dapat menghulurkan salam pendamaian. Dilema kedua, bagaimana hujah dan dalil PAS yang lama ke atas UMNO suatu ketika dulu dan sebaliknya. Dilema ketiga,  isu-isu kezaliman UMNO suatu ketika dulu dan apakah persepsi rakyat setelah UMNO berbaik-baik dengan PAS? UMNO dan pemimpinnya banyak dipalit dengan korupsi, rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Dilema keempat, kelihatan pemimpin dan anggota PAS lebih bersungguh-sungguh dalam aktiviti MN berbanding pemimpin pertengahan dan anggota bawahan UMNO. Dilema kelima, PAS kelihatan mengikut telunjuk UMNO. Dalam kes pengguguran istilah ‘ummah’ diganti dengan ‘nasional’ merupakan ketundukan PAS kepada UMNO.
                PRK Tanjung Piai membuktikan bahawa PAS sanggup menerima risiko dengan menyokong calon BN daripada MCA yang keras pendirian mereka terhadap Islam. Fenomena anti ektremis Cina dan BMF menjadi arus kebangkitan semula politik Melayu-Islam sebagai teras politik Malaysia melalui dominasi kaum majoriti yakni Melayu dan Islam dalam politik pentadbiran negara kita. Fenomena anti ekstremis Cina dan BMF mewujudkan gerakan massa secara maya atau massa tanpa parti (MASPARTI) sebagai kuasa ketiga. BERJASA cuba memenuhi ‘vakum’ ini. Saat getir ini, PAS sebagai gerakan Islam bagaikan mengadaikan prinsip memberi sokongan kepada BN. PAS sanggup hilang populariti dalam kalangan MASPARTI.
                Pemimpin pertengahan, anggota bawahan dan simpatis PAS risau dengan tipu-daya UMNO. Pemimpin pertengahan dan anggota bawahan PAS terus wala’ kepada arahan jemaah walaupun secara peribadi kurang bersetuju. Simpatis PAS dalam dilema. Pengalaman banyak memberi pengajaran dalam hubungan PAS dengan UMNO. Kebanyakannya tidak menguntungkan Islam, Melayu dan PAS. Dan akhirnya, PAS dikembiri oleh UMNO.
UMNO-BN berbaik-baik dengan PAS apabila mereka lemah. Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail tidak akan mempelawa PAS menyertai Kerajaan Campuran dan Parti Barisan Nasional jika UMNO-Perikatan tidak menghadapi masalah politik pada tahun 1969 di Selangor, Perak dan Pulau Pinang. Setelah menyertai BN, PAS berjaya dijinakkan dalam kandang BN. Pemimpin disibukkan dengan tugas dan mula menjauhi rakyat. BN berjaya melemahkan BN daripada dalam. PAS hanyut dibuai keindahan palsu. Pemimpin PAS semakin lunak mempertahankan  UMNO dan BN.
Pada tahun 2002, kuasa Tun M semakin merosot.  Mahathir terlalu lama berkuasa. Populariti semakin mengucup. Rakyat mula bosan. Pada tahun itu juga (21 Jun 2002), Tun M mengumumkan beliau letak jawatan sebagai PM dalam Perhimpunan Agong UMNO. Untuk memperkuatkan BN, Tun M telah menjemput semua parti pembangkang menyertai BN atas nama perpaduan.  Tun M menjemput PAS, PKR dan PRM menyertai BN. Perbuatan ini sama dengan dengan perbuatan Tun Abdul Razak. Alasan Tun M ialah ‘… sama-sama membangunkan negara dan bersatu menghadapi musuh luar’ manakala Tun Razak menyatakan, ‘demi untuk pembangunan dan perpaduan umat’.
Realiti PRU ke 15, PAS dan UMNO memerlukan MN atas dasar persepakatan blok pembangkang yang kuat. Kedua, menerima mudarat lebih kecil berbanding menerima mudarat lebih besar. PH adalah mudarat yang lebih besar daripada BN. Ketiga, kedudukan Islam, Melayu dan Bumiputera kelihatan diancam dan diacah daripada pelbagai segi. Keempat, prestasi pemimpin kerajaan yang lemah dan tiada kesepakatan dalam urus tadbir. Kelima, tidak menunaikan janji manifesto dan beban ekonomi semakin tinggi.

1 comment:

Adam Lee said...

The ongoing technological revolution in the vending industry is expected to have a positive impact on industrial vending machine market growth. Furthermore, these technologies provide electronic records of the inventory status and analysis tools to offer insights to the customer for effective inventory management.

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...