1. Ulama tempatan terlebih dahulu alim di tempat asal sebelum sambung belajar ke Timur Tengah. Ulama pondok kita yang belajar di Timur Tengah sudah belajar bertahun tahun di Alam Melayu. Setelah alim dan penuh ilmu didada, baru mereka sambung belajar di Timur Tengah dan India.
2. Tuan Guru Ismail Sepanjang dikatakan 6-7 bulan sahaja belajar di Mekah.
3. Kematangan fikiran, kefahaman konteks dan ilmu sangat penting bagi seorang ulama.
4. Ada sarjana dan ulamak hanya belajar di tempat asalnya. Ilmu, amal dan kealiman mereka hebat. Mereka faham Bahasa Arab dan menulis BA walaupun kurang fasih BA. Ramai ulamak besar India lebih alim daripada ulama Arab sendiri. Bab ini ambe kagum dengan keluasan ilmu Dr Siddiq Fadzil hanya lulusan universiti tempatan. Begitu juga ustaz idrus romli.
5. Belajar di tempat asal tanpa keluar negara memerlukan guru yang hebat. Itu asas. Diikuti dengan silibus dan prasarana ilmu di tempat belajar.
6. Kearifan tempatan merangkumi budaya tempatan mesti difahami oleh para ulama. Punbegitu tidak mereka menjadi Islam Jawa yang bercampur dengan adat kejawaan yang bertentangan dengan Islam.
7. Islam Nusantara sendiri perlu kefahaman ilmu dan konteks budaya masyarakat tempatan. Ia tidak boleh melibatkan perkara aqidah.
No comments:
Post a Comment