Soalan cepu emas yang diajukan kepada saya semasa di berkunjung ke Melaka minggu lepas ialah: “Benarkan akidah Imam al-Bayhaqi adalah akidah ahli hadith? Bukankah akidah beliau sebenarnya adalah akidah Ash’ari?”
Soalan ini berkaitan dengan tajuk buku terjemahan saya “Akidah Ahli Hadith” yang diterbitkan awal tahun ini. Tajuk asal buku ini ialah al-I’tiqad wa al-Hidayah ila Sabil al-Rashad karya Abu Bakar Ahmad bin Husayn al-Bayhaqi.

1. Perlu saya sebutkan bahawa soalan seperti ini sangat saya sukai. Kesamaran hanya boleh dijelaskan dengan perbincangan. Cakap belakang tidak membawa apa-apa selain dosa mengumpat. Dengan soalan ini, saya boleh tahu apa yang menjadi keperihatinan pembaca, sekaligus membuka peluang bagi saya untuk menjelaskan hujah dan sudut pandang saya.
Siapa yang membaca buku tersebut akan mengetahui bahawa saya telah menghuraikan analisis dan sudut pandang saya di mukadimah buku. Bagaimanapun, selepas itu saya terus melakukan kajian (learn), mengkritik pandangan saya sendiri (unlearn), dan mengkajinya semula (relearn). Saya yakin, pendekatan lama hanya akan melahirkan kesimpulan yang sama. Justeru, selain meluaskan bacaan, saya turut mempraktikkan pelbagai pendekatan baharu yang boleh diaplikasi untuk mengkaji permasalahan ini.

2. Rumusan penjelasan saya adalah seperti berikut:
Ia bermula apabila Khalifah al-Ma’mun (m. 218 H) melaksanakan mihnah Khalq al-Quran. Dengan sokongan Mu’tazilah, beliau menghukum setiap ahli hadith yang menolak ketetapan bahawa al-Quran adalah makhluk. Selama 15 tahun, ulama ahli hadith menjadi mangsa keganasan polisi ini antara yang dibunuh, dipenjara, disekat daripada mengajar, dan lain-lain. Keadaan berubah selepas Khalifah al-Mutawakkil membatalkan mihnah pada tahun 233 H. Kali ini, kalangan ahli hadith menduduki posisi tertinggi di mata kerajaan dan rakyat. Mereka menjadi rujukan terpenting dalam menentukan Sunnah/bidaah sesuatu pemikiran. Oleh kerana kedudukan Imam Ahmad yang teguh bertahan dalam mihna, salah satu produk pasca mihnah ialah kemunculan mazhab Hanbali sebagai satu-satunya mazhab fiqh dan akidah sekaligus. Mazhab ini berpusat di Baghdad, namun pengaruhnya menyebar ke seluruh dunia Islam.
Pengalaman ditindas di bawah mihnah yang berlangsung selama 18 tahun membuat ahli hadith seolah trauma terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan rasionaliti. Mereka mengembangkan konsepsi akidah yang mudah difahami tanpa teori-teori akademik yang rumit. Menurut mereka, pegangan akidah yang terbaik adalah akidah perempuan-perempuan tua (din al-‘aja’iz). Justeru, mereka bukan hanya membenci ilmu kalam, bahkan turut berpandangan negatif kepada semua bentuk rasionaliti termasuk qiyas fiqh dan analisis linguistik (nahwu). Al-Khatib al-Baghdadi (m. 463/1071) menceritakan bahawa para pelajar hadith di zaman beliau “enggan menghadirkan diri di majelis fuqaha, dan mencela ulama yang menggunakan qiyas kerana tidak dapat membezakan antara pemikiran (ra’y) yang terpuji dan yang tercela.” (al-Faqih wa al-Mutafaqqih)
Meski lemah dalam ilmu-ilmu yang berkaitan dengan rasionaliti, ahli hadith tetap menjadi rujukan akidah dan hukum. Kaedah mereka dalam berdepan dengan kalangan yang berlainan pandangan adalah menutup peluang diskusi dan beralih kepada penggunaan kekuatan. Kalangan tersebut dilebel dengan gelaran ahli bidaah lalu dipulaukan. Kes pemulauan Ibn Jarir al-Tabari (m. 311 H) di Baghdad dan pengusiran Ibn Hibban (m. 354 H) dari Sijistan adalah salah satu contoh aplikasinya.
Kalaupun kalangan ahli hadith berhujah, hujah mereka tidak meyakinkan kerana tidak menguasai kaedah-kaedah rasionaliti. Abu Muhammad al-Ramahurmuzi (m. 360 H) pernah mengkritik fenomena ini dengan katanya: “seorang perawi hadith sahaja (al-rāwī al-mujarrad) sepatutnya tidak berbincang tentang disiplin ilmu yang bukan penguasaannya.”
Beliau lalu mengulas tentang kes Ḥarb bin Ismā‘īl al-Sirjānī/al-Kirmani (m. 280 H), yang dinilai banyak menulis hadith namun kurang memahami kandungannya. Al-Sirjani berbincang tentang ilmu kalam tanpa penguasaan yang memadai dalam bukunya al-Sunnah wa al-Jamā‘ah. Perbuatan ini lalu mengundang bantahan daripada seorang pakar ilmu kalam dari Khurasan. Tokoh kalam ini bukan hanya meruntuh hujah2 al-Sirjānī, malah turut mencela secara pukal semua ahli hadith sebagai kalangan yang tidak berilmu dan jumud.
Al-Rāmahurmuzī lalu berkata: “Sekiranya Ḥarb melengkapi periwayatan hadith dengan kefahaman, beliau tentu akan menahan diri dan menjaga lidahnya.” (al-Muhaddith al-Fasil h. 311)

3. Pada abad 4/10, keadaan politik dunia Islam mengalami perubahan. Khalifah Abbasiyah semakin hari semakin kehilangan kuasa. Sebaliknya, kuasa politik Syiah semakin hari semakin bertambah besar. Sila rujuk gambar yang saya sediakan di bawah. Ia menggambarkan bahawa kuasa politik Syiah mendominasi hampir semua dunia Islam pada abad 4/10. Setengah pengkaji bahkan menamakan masa itu sebagai "The Shia Century".
Pada masa itu, teologi Syiah adalah sama dengan teologi Mu’tazilah. Di bawah dominasi politik Syiah, teologi spekulatif Mu’tazilah bangkit semula. Salah satu produk zaman itu ialah kemunculan tokoh rujukan terbesar Muktazilah, al-Qadi 'Abd al-Jabbar (m. 415 H) yang prolifik dan ramai pengikut. Pengaruh mereka tersebar ke pelbagai negeri termasuk Baghdad yang menjadi benteng kuat Ahli Sunnah. Mereka kembali membangkitkan persoalan-persoalan teologis yang menuntut jawapan rasional yang meyakinkan.
Persoalannya, bagaimana kalangan ahli hadith menghadapi cabaran ini? Kebanyakan mereka, terutama kalangan Hanabilah di Baghdad, kekal dengan pendirian anti rasionaliti. Mereka mengharamkam kalam dan perdebatan akidah, dan lebih selesa dengan tindakan sekat dan halau. Bagi ahli kalam, kalangan ini bukan termasuk ulama. Mereka seterusnya menuduh kalangan ini dengan pelbagai label seperti hashwiyya, nabitah, dan muqallidah.
Dalam konteks keilmuan seperti ini, sesetengah ulama hadith mencadangkan pembaharuan. Mereka melihat pendekatan anti rasionaliti yang diamalkan ahli hadith tidak lagi relevan dalam konteks dan cabaran semasa. Pendekatan label-sekat-pulaukan tidak lagi efektif mengekang pergerakan ahli bidaah yang pada saat ini tengah berkuasa dan berleluasa mempengaruhi minda masyarakat. Justeru, tiada cara lain, sunnah mesti dipertahankankan menerusi perdebatan dengan hujah-hujah rasional. Mereka mencadangkan ahli hadith untuk mempelajari kaedah-kaedah nazar (analisis kritis matan hadith) yang membolehkan mereka mempertahankan sunnah dalam konteks ghazwul fikri abad 4 dan 5/10 dan 11. Penguasaan dalam aspek riwayah sahaja tidak mencukupi. Mereka mesti turut menguasai kepakaran dalam bidang dirayah. Pendekatan ini diamalkan oleh ramai ahli hadith termasuk Abu Sulayman al-Khattabi (m. 388 H), Ibn Furak (m. 406 H), Abu Mansur Muhammad bin al-Hasan bin Abi Ayub, menantu dan pewaris ilmu Ibn Furak, dan Abu al-Hasan ‘Ali bin Muhammad bin Mahdi.
Bermula pada masa ini, ahli hadith terbahagi kepada dua kumpulan. Kumpulan Hanabilah yang mempertahankan tradisi lama dan kumpulan reformis yang mencadangkan pembaharuan. Menurut saya, kedua-dua kumpulan mempertahankan akidah yang sama namun mengaplikasi metodologi dan pendekatan yang berbeza. Kumpulan reformis mencadangkan sebuah pendekatan yang lebih sesuai dengan konteks dan cabaran semasa. Dari sini, Ibn Furak dalam Mushkil al-Hadith membahaqi ahli hadith kepada dua kumpulan ahl al-naql dan ahl al-nazar. Kedua-duanya, menurut Ibn Furak, ibarat bendahari dan pengawal yang bekerjasama mempertahankan harta raja daripada diceroboh musuh. Sebelum beliau, al-Ramahurmuzi (m. 360 H) dalam al-Muhaddith al-Faasil bayna al-rawi wa al-wa’I membahagi ahli hadith kepada kumpulan rawi (sekadar perawi hadith) dan wa’i (pengkaji). Beliau selanjutnya menggalakan kumpulan rawi untuk tidak berpada dengan periwayatan sahaja, namun mesti meningkatkan ilmu dalam dirayah juga.
Abu Bakr al-Bayhaqi (m. 458 H) tidak dinafikan adalah bersama kalangan pembaharu. Dalam membincangkan isu-isu akidah, beliau meninggalkan tradisi anti-kalam dan beralih kepada pendekatan baharu yang lebih sesuai dengan tuntutan semasa. Dengan menggabungkan kepakaran dalam ilmu hadith dan kemahiran dalam nazar, beliau berusaha mengedepankan sebuah kesarjanaan yang mampu menghadapi cabaran teologi dalam konteks kebangkitan ilmu kalam abad 5/11. Daripada madrasah beliau, lahir tokoh-tokoh kalam Sunni hebat seperti Imam al-Haramayn. Daripada Imam al-Haramayn, muncul Abu Hamid al-Ghazali.
Kembali kepada soalan di muka, saya menegaskan bahawa akidah al-Bayhaqi adalah akidah Ash’ari. Dan akidah al-Ash’ari adalah akidah ahli Hadith dengan pendekatan pembaharu. Ya, ia sedikit berbeza dengan pendekatan Hanabilah yang setia berpegang dengan tradisi lama.

4. Setiap pembaharuan akan selalu mendapat penentangan daripada kalangan tradisional. Pembaharuan ahli hadith yang dicadangkan kumpulan reformis mendapat tentangan hebat daripada kalangan ahli hadith-Hanabilah yang berpusat di Baghdad. Mereka menuduh gerakan ini sebagai penyimpangan daripada jalan Salaf al-Saleh bahkan “musuh dalam selimut”. Dalam surat beliau kepada ahli Zabīd, Abū Naṣr al-Sijzī (m. 444 H) mengatakan bahawa al-Ash‘arī berpura-pura menentang Muktazilah padahal beliau mengikuti pandangan mereka bahkan lebih teruk daripada mereka. Sentiment negatif kepada Asha’irah turut ditunjukkan oleh Abū Ya‘lā al-Farrā’ (m. 458 H) dalam Ibtal a-Ta’wilat.
Menurut saya, semua komen negatif yang ditujukan kepada Ash’ariyyah pada abad 4 dan 5/10 dan 11 mesti diletakkan dalam bingkai sosio-religius yang saya sebutkan di atas. Ia adalah sentimen yang tercipta daripada perseteruan antara pembela tradisi dan penyokong reformasi. Dalam bahasa kita hari ini, antara kaum tua dan kaum muda. Pembaharuan agama memang selalu mencetuskan sensitiviti yang melampau, terutamanya apabila berkaitan dengan wacana akidah. Justeru, para pengkaji pada hari ini perlu meletakkan setiap ucapan pada konteksnya.
Saya turut mencadangkan untuk melihat perpecahan ini sebagai realiti sejarah yang perlu diambil pengajaran. Kita dapat melihat bahawa unsur kontekstual memainkan peranan penting dalam perubahan pendekatan dalam wacana akidah. Tidak dinafikan, konteks kita pada hari ini (abad 15/21) telah sangat jauh berubah. Terutamanya di tengah perdebatan tentang cabaran yang akan kita hadapi dalam revolusi industri 4.0. Keadaan ini, saya yakin, memerlukan flexibility dalam setiap perbincangan kita tentang akidah dan hukum Islam, bahkan memerlukan sebuah pendekatan baharu yang lebih sesuai dengan logik semasa. Wallahu a’lam.

1 comment:
Assalamualaikum Tuan Penulis yg di rahmati Allah,pandangan saya, saya mengharapkan pandangan2 Tuan dalam tulisan diats dinyatakan rujukan, maksud saya setiap pandangan2 tersebut perlu dinyakan rujukan2nya, supaya pembaca tahu sumber yg menjadi asas dasar huraian Tuan,
Post a Comment