Friday, April 20, 2018

Politik Merentasi Kepartian


Walaupun nampak cenderung kepada 'cahaya bulan', ambe bukan orang bulan.
Ambe orang bumi yang suka kehijauan dan ketenangan sungai serta bayu laut.
Ambe juga manusia yang kaya dosa.
Ambe seorang yang menyukai ilmu sejarah politik dan seorang rakyat yang memerhati politik dan mencatat kisah politik sama ada ketika berada di kampus dan masyarakat sekitar.
Politik kepartaian dan terikat dengan organisasi tak berapa sesuai dengan jiwa. Berapa ramai yang hero di kampus bercakap tentang asolah, intima', menuding orang tidak jelas fikrah dan bagai pada zaman kampus menelan kembali ludahan mereka.
Dan yang suka berbalah sesama sendiri ini adalah yang makan setalam semasa tamrin dan men(t)ampan dulu, pernah baiah, mengusrah dan membaitul muslim semasa di kampus dulu. Dan ambe berada di luar lingkungan itu dan memerhati ke dalam itu dengan mengenyik sebelah mata.
Pada ambe, politik Islam itu bukan sekadar menjadi orang bulan, ambe meletak perkara di bawah menjadi asas sokongan yang merentasi politik kepartian:
1. Islam. Dari segi fahamnya, kedudukannya dan usaha pelaksanaannya.
2. Kestabilan politik untuk umat Islam, rakyat dan negara.
3. Kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
Benda/perkara lain hanyalah kepalsuan dan khayalan yang diulit oleh para politikus, elitis dan para taikun.
Berada dalam kelompok Islam sendiri pun, sifat waspada perlu ada kerana adanya kelompok beragenda, kelompok opurtunis, kelompok pengejar ghanimah dan penipu. Kita boleh ambil iktibar daripada kisah orang munafik ketika zaman Rasulullah SAW dan kelompok khawarij yang berada dalam kumpulan Sayyidina Ali.
Ingat pahala-dosa, syurga-neraka, alam kubur dan hari Akhirat, kita akan selamat dalam urusan dunia-akhirat kita. Inilah pertimbangan asas dalam fikiran dan tindakan kita terutamanya dalam politik.
Waspada kata-kata pemimpin kita. Yang betul hanyalah kata-kata Rasulullah SAW.
Akhirnya sekali, baca sehingga lumat Rukun Bai'ah Imam Hassan al Banna (terutamanya usul 20 dan 30 lebih sifat anggota IM) dan baca hingga lumat hadith 40 Imam an Nawawi, insya Allah kita berfikiran sederhana dan akhlak mulia dalam mendepani masalah.
Moga Allah mengampuni dosa ambe yang suka menulis ini dan mengampuni dosa kita semua.

4 comments:

Taziah said...

Respect. Asalkan sokong Islam. Agak2 saudara, bolehkah pas diterima ramai orang seperti slogan pas for all? Dari segi tarbiahnya? Apakah kurangnya tarbiah pas?

hamba said...

Pada ambe, PAS berjuang pada konteks (realiti semasa) dan keutamaan semasa yang selari dengan nas.

Sepanjang sejarah PAS, PAS ditinggalkan oleh teman bukannya PAS meninggalkan teman kecuali kes terakhir PAS memilih memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR yang ketika itu telah ura-ura menubuhkan pakatan baru.

Untuk memerintah Malaysia ada dua jalan iaitu PAS perlu Ganti UMNO secara tuntas atau PAS kena bergabung dengan parti-parti lain termasuk UMNO dan parti-parti bukan Islam (disebut dengan pelbagai konsep-istilah UG, GS, APU, ta'awun dan tahaluf siyasi).

Adapun tarbiah dan pengkaderan, PAS antara yang terbaik. Cuma yang perlu dibaiki adalah [1] penyatuan kem-kem politik dalam PAS yang berdasarkan alumni-alumni atau 'pengaulan' tertentu dan [2] penyatuan aliran-aliran pemikiran Islam dalam PAS (dalam kes salafi-wahabi vs tradisionalis-bermazhab)

Taziah said...

Kalau macam tu tuan, mengapa mereka mengatakan yg pas ini berjuang tidak sama dgn realiti semasa? Seolah2 pas Ni fokus kepada agama sahaja, tuan dengar sendiri hujjah2 Syed saddiq, org2 ph, yg pelik ramai percaya.

hamba said...

PAS kalah dengan perang persepsi.

Apabila kita pilih Islam sebagai jalan penyelesaian, Islam menyelesaikan semua masalah manusia. Rasuah, 1 MDB, FELDA dan sebagainya.

Dalam kes 1 MDB, PAS menyarankan RCI. Memang tidak segarang PH tetapi itu kaedah lebih dekat dengan Islam kerana ia tiada bukti yang nyata ketika itu bukan sebagaimana sudah dilakukan oleh PH pada hari ini yang membuka balik fail 1MDB secara terbuka.

Sebab-Akibat

Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...