Friday, June 30, 2017

Masyarakat Bukan Islam: Mengenali Musuh Islam dan Sahabat


Islam mengakui dan mengiktiraf Hak Asasi Manusia dan Hak Masyarakat Bukan Islam dalam sesebuah Negara Umat Islam berdasarkan konsep karamah insaniah (Kemuliaan Insan), kepelbagaian (ta’addudiyyah) dan prinsip hidup bersama secara aman yang termaktub dalam Al-Quran dan As-Sunnah.

Perkara ini dijelaskan dalam firman Allah SWT dalam ayat-ayat dibawah:

Allah SWT menjadikan manusia dalam kepelbagaian; berbagai bangsa, kaum, warna kulit, agama, bahasa dan budaya.  Dengan kehendak-Nya, tidak dijadikan satu umat yang seragam, walaupun Allah Yang Maha Berkuasa berupaya berbuat demikian (Rujuk Surah Yunus: 99. Surah Hud: 118).
Dengan kehendak-Nya juga tidak dijadikan semua manusia beriman, lalu dibiar-Nya sebahagian manusia beriman dan sebahagian yang lain tidak beriman (Rujuk al-Taghaabun 64:2. Surah al-Kahfi 18:29)
Di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah penciptaan langit dan bumi dan perbezaan bahasa dan warna kulit-mu. Sungguh pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang yang mengetahui (Rujuk Surah Al-Rum 30:22).
Kami menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak agar kamu saling mengenali (Rujuk Surah al-Hujurat 49:13)
Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangi kamu dalam urusan agama dan tidak mengusir kamu dari kampong halamanmu. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil (Rujuk Surah al-Mumtahanah 60:8).
Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi bantuan kepada kerabat, dan Dia melarang (melakukan) perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil peringatan (Rujuk Surah Al-Nahl 16:90).
Wahai manusia! Sungguh telah Kami ciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti (Rujuk Surah al-Hujurat 49:13).
Tidak ada paksaan dalam (menganut) agama (Islam). Sesungguhnya telah jelas perbedaan antara petunjuk (yang benar) dari kesesatan (Rujuk Surah al-Baqarah 2:256).
Dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu melakukan ketidakadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan (Rujuk Surah al-Maidah 5:8)
Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak cucu Adam dan Kami angkut mereka di daratan dan di lautan dan Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka di atas banyak makhluk yang Kami ciptakan dengan kelebihan yang sempurna  (Rujuk Surah al-Isra’ 17:30).
Allah telah memuliakan manusia dan mengangkat darjat manusia dengan menciptanya dalam rupa bentuk yang terbaik (Rujuk Surah al-Tin 95:4)
Kita mesti jelas pengiktirafan Islam terhadap Hak Asasi Manusia dan Hak Masyarakat Bukan Islam terbatas kepada mereka yang tidak menentang Islam secara terbuka. Masyarakat Islam boleh melakukan hubungan atau interaksi dalam bidang sosial dan ekonomi. Namun dalam bidang politik, hendaklah ada sempadan agar Masyarakat Islam tidak dikuasai oleh kesyirikan dan kemaksiatan yang dilakukan oleh kelompok politik Masyarakat Bukan Islam yang menentang Islam secara terbuka.
Usaha PAS bertahaluf siyasi dengan kelompok bukan Islam dan kelompok Sekular-Pluralisme-Liberalis-Nasionalis melalui syarat permuafakatan yang sudah disepakati menjadi sempadan kepada perhubungan, perjanjian atau persetiaan. Jika syarat permuafakatan dilanggari, persetiaan boleh dibubar atau diputuskan.

Allah SWT sendiri berfirman tentang amaran dan kewaspadaan dalam hubungan antara Masyarakat Islam dengan Masyarakat Bukan Islam seperti ayat-ayat dibawah:
Jangan ambil musuh Allah sebagai teman rapat kerana mereka Kafir ingkar terhadap kebenaran Islam. Mereka menghina dan menolak Rasulullah SAW (Rujuk Surah al Mumtahinah: 1. Surah al-Maidah: 80-81. Surah An-Nisa: 144. Surah al-Maidah: 51-52).
Jangan dampingi orang-orang yang memilih kufur dan meninggalkan iman (Rujuk Surah At-Taubah: 23)
Orang kafir sering membelanjakan harta mereka[1] untuk menghalangi manusia dari jalan Allah (Rujuk Surah al-Anfal: 36)
Orang kafir tidak menghormati perhubungan kerabat dan perjanjian (Surah At-Taubah: 8)
Orang Kafir mempunyai sifat DENGKI. Mereka suka mengembalikan Umat Islam menjadi kafir (Surah al Baqarah: 109)
Jangan mengambil orang-orang yang menjadikan agama Islam sebagai bahan ejekan dan permainan sebagai teman rapat dan penolong (Rujuk Surah al-Maidah: 57)
Sesetengah orang kafir adalah penyokong dan pembela sesetengah yang lain. Mereka saling bantu membantu menghancurkan Islam dan menimbulkan fitnah (Rujuk Surah An-Anfal:73)
Kemenangan, kejayaan, harapan dan kecemerlangan itu bukan milik makhluk apatah lagi orang bukan Islam. Ingatlah segala pertolongan, kejayaan, kemenangan, harapan dan kecemerlangan itu milik Allah SWT.  Bertawakal kepada Allah SWT (Rujuk Surah Ali Imran: 160)
Orang kafir tidak sesekali bersetuju atau suka Nabi Muhammad, Islam dan Umat Islam (Rujuk Surah al-Baqarah: 120)
Jangan taat kepada orang kafir kerana mereka boleh mengembalikan kita kepada kekufuran (Rujuk Surah Ali Imran: 149-150)
Jangan mengambil orang bukan Islam atau kafir sebagai orang kepercayaan. Mereka akan berusaha memusnahkan Islam dan umat Islam. Mereka gembira bencana menimpa kepada Islam dan Umat Islam (Surah Ali Imran: 118)
Islam mengiktiraf kemuliaan manusia dan kepelbagaian dalam melahirkan kehidupan manusia yang aman, sejahtera dan makmur selagi manusia tidak menentang Allah SWT secara terbuka. Islam tidak menganjurkan permusuhan. Islam tidak menyerang sebelum diserang. Islam tidak memusuhi mana-mana kelompok dalam konteks fizikal atau peperangan, cuma memusuhi dalam konteks aqidah, dakwah dan ilmu. Islam itu sendiri dalam erti damai dan sejahtera.
Dalam pengiktirafan terhadap Hak Asasi Manusia dan Hak Masyarakat Bukan Islam, Islam mengariskan amaran dan kewaspadaan sebagai sempadan agar umat Islam tidak terjerumus ke dalam kesyirikan, kemaksiatan, khayalan dan tipu muslihat musuh-musuh Islam.
Di Malaysia, kelompok yang menentang dan memusuhi Islam terbahagi kepada beberapa kelompok iaitu [1] kelompok kafir harbi (yang jelas menentang Islam secara terbuka), [2] kelompok munafik, murtad dan fasiq yang menentang dan mencabar Islam secara terbuka, [3] kelompok Islam yang bersengkokol dengan kelompok kafir harbi demi kepentingan atau agenda tertentu dan [4] Kewujudan kelompok pelampau (ekstremis) dalam pelbagai aliran/kelompok Islam yang mencetuskan fitnah kepada Islam dan umat Islam. Mereka inilah perlu kita banteras dan awasi.
Fenomena Mencabar Islam Secara Terbuka:
1. Orang kafir mencabar Islam dan umat Islam secara terbuka seperti dalam isu RUU 355.
2. Orang munafik, jahil, fasiq dan murtad mencabar Islam secara terbuka seperti cuba menghapuskan JAKIM, mengikraf LGBT, ‘Lesbian Beriman’, mengisytiharkan murtad secara terbuka. Ia bagaikan mencabar pihak kerajaan mengunakan perundangan ke atas mereka dan cuba membangkit kemarahan umat Islam.
3. Kehadiran kelompok evangelis dalam politik kepartian terutamanya dalam DAP dan PKR. Ia proses Kristianisasi secara halus melalui politik.



[1] Lihat bagaimana orang Kafir mendanai organisasi-organisasi yang menentang gerakan Islam dan campurtangan dalam hal ehwal negara umat Islam.

PAS, Campurtangan Asing Dalam Politik dan Kleptokrasi


Oleh Khalil Jibril

Pilih pemimpin kafir tapi baik berbanding pemimpin Islam tetapi diktator’. Begitulah pandangan sesetengah pihak. Ia satu pandangan yang aneh disaluti dengan sekularisme dan dualisme. Mana mungkin seorang pemimpin Islam dalam konteks al-Quran dan as-Sunnah melakukan kezaliman atau bertindak sebagai diktator kerana zalim dan diktator itu bukanlah sikap atau akhlak Islam yang dipandu oleh tauladan kita, Nabi Muhammad SAW. Justeru, pandangan sebegini kita WAJIB menolaknya.

Dua kemungkinan terjadi perkara di atas iaitu [1] pemimpin yang mengaku Islam itu jahil dan tidak mengamalkan Islam dengan baik dan [2] seseorang penilai mempunyai agenda tersembunyi dan menilai tanpa memahami isu-isu dalam kacamata kaedah ilmu Islam secara lumat.

Pada hari ini, kita dihidangkan suatu fenomena politik yang aneh iaitu mana-mana pihak yang tidak mengikut agenda Pakatan Harapan (PH) adalah ‘penyelamat’ UMNO yang dianggap kleptoktrat.

PAS memilih jalan tengah iaitu pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera dimana menolak UMNO-BN yang  mengamalkan kleptokrasi disamping boleh bersama UMNO dalam isu-isu kepentingan umat Islam, negara dan rakyat seperti Rang Undang-Undang 355 dan penolakkan campurtangan asing dalam isu-isu politik dalaman Malaysia. PAS bersedia bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menentang UMNO-BN dalam isu 1MDB, GST dan lain-lain. Dan PAS menolak ‘sementara’ waktu untuk bekerjasama dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Amanah Negara (PAN) kerana isu-isu sensitif yang sukar dimaafkan buat masa ini seperti campurtangan dalam urusan pemilihan PAS, isu baiah, khianati perjuangan PAS dan cuba menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan.

PAS istiqamah menentang UMNO-BN dalam pelbagai isu negara yang merugikan rakyat, Islam dan negara seperti isu GST, isu DLP dan isu 1MDB. Penentangan ini dalam lingkungan syarak bukannya matlamat menghalalkan cara.

Dalam isu 1MDB, menurut Nasrudin Hassan, Ketua Penerangan PAS Pusat menyatakan, ‘PAS tegas menolak kaedah pengurusan kewangan 1MDB yang bercanggah dengan Syarak seperti mendapatkan modal dengan cara pinjaman RIBA dan sebagainya.’[1] Perkara ini boleh juga dirujuk kepada Laporan PAC yang menyatakan kelemahan-kelemahan 1MDB.[2]

Manakala dalam bab pembuktian dan pendakwaan terhadap individu-individu yang didakwa, ia memerlukan kehadiran SAKSI dan BUKTI serta diselesaikan dalam kamar MAHKAMAH bukannya dakwaan yang meragukan dan berbentuk persepsi. Kita mengambil kes pendakwaan sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat  (DOJ)[3] yang meragukan. Antaranya ialah tidak menamakan siapa sebenarnya MO1 dengan jelas. Ini bukan cara Islam.

Kita menentang kleptokrasi berdasarkan nas al-Quran, berdasarkan pembuktian yang sahih dan fakta yang benar bukannya ‘matlamat menghalalkan cara’, persepsi, andaian, saksi, fakta dan pendekatan yang meragukan.

PAS dan sebahagian para ulama Malaysia menganggap bahawa wujudnya campurtangan asing dalam isu-isu dalaman negara Malaysia seperti dalam isu 1MDB. DOJ kelihatan mahu menyelesaikan masalah 1MDB dan pada masa yang sama cuba campurtangan dalam isu dalaman negara ini. PAS dan sebahagian para ulama Malaysia bersama pemerintah menolak campurtangan asing dan pada waktu yang sama mahu pemerintah disiasat dan diadili oleh agensi dan mahkamah Malaysia sekaligus membuka mata rakyat Malaysia agar pemerintah UMNO-BN perlu ditukar dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Campurtangan asing di Malaysia boleh berlaku dalam beberapa bentuk iaitu [1] dari segi dana, [2] sokongan moral dan [3] desakan antarabangsa. Kita boleh mengesan 3 bentuk ini melalui orang perseorangan, parti-parti politik, media massa dan NGO di Malaysia.

PAS tidaklah terlalu bodoh sehingga tidak memahami isu 1MDB dan menyokong kleptokrasi. PAS menentang korupsi, kronisme dan nepotisme dengan pendekatannya sendiri bukannya mengikut telunjuk PH, UMNO-BN atau orang asing.

Hormatilah cara PAS.

Lampiran 1

BAYAN LINNAS

BAYAN LINNAS SIRI KE- 98: CAMPUR TANGAN ASING DALAM KEMELUT 1MDB
Ditulis oleh Admin PMWP
Diterbitkan: 24 Jun 2017

Kami diminta oleh sebahagian wartawan untuk mengulas berkenaan dengan isu campur tangan asing dalam kemelut 1MDB. Hari ini kita sudah sedia maklum dengan kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak. Kami selamanya akan kekal objektif dalam pendirian ini, tidak akan cenderung kepada mana-mana pihak yang berkepentingan serta teguh atas paksi kebenaran. Dalam menangani pertembungan pendapat ini, kami yakin wujud titik persamaan antara pihak yang bersetuju dan tidak bersetuju. Dua noktah utama kami dalam isu ini adalah:
Isu seperti ini sewajibnya diselesaikan diperingkat dalaman atau dalam negara itu sendiri.
Tuduhan umum tanpa fakta yang jelas adalah bercanggah dengan kaedah Islam yang menyebut (البينة على المدعي واليمين على من أنكر )
"Bagi yang mendakwa wajib membawa bukti, sedangkan yang mengingkari adalah bersumpah (menafikannya)”.
Tuduhan seperti ini melambangkan betapa muflisnya akhlak dan dangkalnya etika yang luhur.
Bacalah sejarah kerana ia sebaik-baik sumber rujukan dan pedoman. Sejarah yang panjang bermula dengan kejatuhan kerajaan Abbasiyah di Kota Baghdad ketika mana ia dengan mudah diserah kalah kepada bangsa Tartar Mongol. Angkara pengkhianat dan campur tangan melalui tipu daya dan helah telah menjadikan Kota Baghdad pada tahun 658 Hijrah bermandikan darah sebagaimana catatan sejarah yang dibuat oleh Ibnu Kathir dalam al-Bidayah wa al-Nihayah. Disebutkan sebanyak sejuta atau lebih umat Islam terkorban dengan pelbagai cara termasuk disembelih. Perkara yang sama telah dinyatakan oleh pakar sejarah Ibnu ‘Athir dalam al-Kamil Fi al-Tarikh dan ramai tokoh-tokoh sejarah yang lain. Sejarah senantiasa akan terus berulang, walaupun watak dan situasinya mungkin sedikit berbeza.
Oleh itu melihat kepada implikasi serta kesan yang amat mendalam amat wajar dan mesti urusan sesebuah negara diselesaikan oleh negara itu sendiri. Baik atau buruk sesebuah pentadbiran negara, ia tetap adalah negara kita. Malaysia adalah milik kita dan selamanya hak kita bersama. InsyaAllah di hari yang baik dan bulan yang baik ini, kami menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya umat Islam untuk bersatu hati. Kita sama-sama berganding bahu dan berada dalam satu saf untuk mempertahankan negara kerana sifat kasihkan negara adalah lambang keimanan seseorang. Bahkan ia sebagai tanda kesyukuran atas kurniaan nikmat Allah dengan keamanan dan keharmonian negara yang kita huni ini. Semoga Allah limpah ruahkan nikmat dan barakah buat negara Malaysia. Selamat hari Raya Aidilfitri.
Akhukum fillah,
S.S. Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
24 Jun 2017 bersamaan 29 Ramadhan 1438H

Lampiran 2
SURAT TERBUKA KEPADA PARTI POLITIK MALAYSIA
JANGAN MENGUNDANG CAMPUR TANGAN ASING
Al-Quran yang menjadi petunjuk mempamerkan ayat-ayat yang banyak melarang umat Islam memberi kepercayaan kepada pihak lain dalam menyelesaikan masalah dalaman mereka.
Sebarang permasalahan dalaman umat atau negara diselesaikan sendiri, sama ada betul atau salah atau adanya kelemahan dalaman walaupun zalim, maka dipikul sendiri dengan penuh kesabaran. Akhirnya selesai dengan selamat, kerana bencana menerima campur tangan asing lebih besar akibat dan buruknya pula berpanjangan. Sebijak-sebijak akal tanpa petunjuk wahyu akhirnya tersesat juga.
Dalam lipatan sejarah Tamadun Islam, kejatuhan Kerajaan Islam di Sepanyol tertangguh beberapa abad apabila salah seorang pemimpinnya, Ibnu Abbad yang menentang cadangan menjemput campur tangan asing, dengan tegas beliau menyatakan:
Bahawa saya lebih rela menjadi gembala unta kepada yang zalim kalangan kita daripada menjadi gembala babi kepada pihak bukan kita”
Namun, Islam yang bertapak di Sepanyol selama lapan abad akhirnya kecundang apabila ada kalangan rajanya menjemput pihak asing supaya membantu memenangkannya dalam krisis dalaman. Akhirnya cahaya Islam dipadamkan di Sepanyol sehingga kini.
Dalam sejarah Alam Melayu pula, ada kalangan sejarawan kita melaporkan bahawa kejayaan penjajah menjatuhkan Kerajaan Melayu Islam Melaka apabila adanya sekelompok tertentu yang menjemput penjajah supaya menjatuhkan kerajaan atas sebab kemungkinan adanya kesalahan atau kezaliman, tetapi akibatnya selepas itu seluruh Rantau Nusantara dijajah dan dibahagikan buminya oleh penjajah selepas hilangnya kedaulatan Islam.
Begitulah juga, jangan kita mengulangi sejarah dengan menjemput pihak asing untuk menyelesaikan masalah dalaman kita seperti BMF, PERWAJA, Tabung Haji, KWSP, dan terkini isu 1MDB yang bersorak gembira supaya diberi ruang penyelesaiannya oleh mahkamah di negara asing.
Apa pun keputusan isu dalaman kita, biar mahkamah kita sendiri menyelesaikan atau mahkamah rakyat kita menyelesaikannya. Sebodoh-bodoh dan sezalim-zalim dalaman kita, biar kita yang tanggung sendiri dan akhirnya berkat kesabaran, pasti sedar dan insaf.
Adapun pihak lain atau kuasa asing selama-lamanya mencari peluang dan menjaga kepentingan mereka walaupun mengorbankan kita. Cukuplah kita dijajah sehingga beberapa abad dengan kesannya masih belum sembuh. Tiba-tiba mahu menjemput sekali lagi bekas penjajah itu atau membuka pintu supaya datang menyelesaikan masalah kita.
Firman Allah SWT:
أَلَمۡ تَرَ إِلَى ٱلَّذِينَ يَزۡعُمُونَ أَنَّهُمۡ ءَامَنُواْ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ وَمَآ أُنزِلَ مِن قَبۡلِكَ يُرِيدُونَ أَن يَتَحَاكَمُوٓاْ إِلَى ٱلطَّٰغُوتِ وَقَدۡ أُمِرُوٓاْ أَن يَكۡفُرُواْ بِهِۦۖ وَيُرِيدُ ٱلشَّيۡطَٰنُ أَن يُضِلَّهُمۡ ضَلَٰلَۢا بَعِيدٗا ٦٠ وَإِذَا قِيلَ لَهُمۡ تَعَالَوۡاْ إِلَىٰ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ وَإِلَى ٱلرَّسُولِ رَأَيۡتَ ٱلۡمُنَٰفِقِينَ يَصُدُّونَ عَنكَ صُدُودٗا ٦١ فَكَيۡفَ إِذَآ أَصَٰبَتۡهُم مُّصِيبَةُۢ بِمَا قَدَّمَتۡ أَيۡدِيهِمۡ ثُمَّ جَآءُوكَ يَحۡلِفُونَ بِٱللَّهِ إِنۡ أَرَدۡنَآ إِلَّآ إِحۡسَٰنٗا وَتَوۡفِيقًا ٦٢ أُوْلَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ يَعۡلَمُ ٱللَّهُ مَا فِي قُلُوبِهِمۡ فَأَعۡرِضۡ عَنۡهُمۡ وَعِظۡهُمۡ وَقُل لَّهُمۡ فِيٓ أَنفُسِهِمۡ قَوۡلَۢا بَلِيغٗا ٦٣ النساء .
Tidakkah Engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad S.A.W.) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut (diluar daripada Madinah), padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh. (60) Dan apabila dikatakan kepada mereka: Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah, nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu. (61) Maka bagaimana halnya apabila mereka ditimpa sesuatu kemalangan disebabkan (kesalahan) yang telah dibuat oleh tangan mereka sendiri, kemudian mereka datang kepadamu sambil bersumpah: Demi Allah, kami tidak sekali-kali menghendaki melainkan kebaikan dan perdamaian (bagi kedua pihak yang berbalah). (62) Mereka itulah orang-orang yang diketahui oleh Allah akan apa yang ada dalam hati mereka, oleh itu berpalinglah engkau daripada mereka dan nasihatilah mereka, serta katakanlah kepada mereka kata-kata yang boleh memberi kesan pada hati mereka). (63) (Surah An-Nisa’: 60-63)
Sebab turunnya ayat ini kerana seorang yang mengaku Islam dikalangan Ansar bertelingkah dengan seorang Yahudi (bukan Islam) dan tidak berpuas hati dengan keputusan yang tidak memberi kemenangan kepadanya, lalu dia mengajak si Yahudi itu membawa perkara tersebut kepada pihak luar daripada Madinah.
Kesilapan kita kerana tidak menyelesaikan masalah dengan cara petunjuk Allah iaitu Islam. Bukan caranya menjemput pihak asing yang pasti tidak beriman dan budiman.
Saya yakin bahawa mereka yang mengundang pihak asing supaya mencampuri urusan negara semata-mata untuk menang pilihanraya, di mana moral mereka paling tidak beriman dan budiman, apabila kemenangannya nanti juga tanpa iman dan budiman.
Firman Allah:
إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ثُمَّ كَفَرُواْ ثُمَّ ءَامَنُواْ ثُمَّ كَفَرُواْ ثُمَّ ٱزۡدَادُواْ كُفۡرٗا لَّمۡ يَكُنِ ٱللَّهُ لِيَغۡفِرَ لَهُمۡ وَلَا لِيَهۡدِيَهُمۡ سَبِيلَۢا ١٣٧ بَشِّرِ ٱلۡمُنَٰفِقِينَ بِأَنَّ لَهُمۡ عَذَابًا أَلِيمًا ١٣٨ ٱلَّذِينَ يَتَّخِذُونَ ٱلۡكَٰفِرِينَ أَوۡلِيَآءَ مِن دُونِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَۚ أَيَبۡتَغُونَ عِندَهُمُ ٱلۡعِزَّةَ فَإِنَّ ٱلۡعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعٗا ١٣٩ النساء
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, kemudian mereka kufur, kemudian mereka beriman semula, kemudian mereka kufur sekali lagi, kemudian mereka bertambah-tambah lagi dengan kekufuran, Allah tidak sekali-kali akan memberi ampun kepada mereka, dan tidak akan memberi petunjuk hidayah kepada mereka ke jalan yang benar. (137) Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: Bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya; (138) (Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya). (139) (Surah An-Nisa’: 137-139)
Kita adalah pendakwah mengajak manusia kepada Islam dan menyelamatkan seseorang Islam yang ada di dalam dirinya sifat munafiq dalam kawasan dan sempadan kita.
Rasulullah S.A.W. pernah bersabda kepada seorang sahabatnya yang kuat beriman, tiba-tiba melakukan kesalahan yang besar kerana menghina rakannya:
يَا أَبَا ذَرٍّ إِنَّكَ امْرُؤٌ فِيكَ جَاهِلِيَّةٌ
سنن أبي داود للسجستاني (4 / 504)
Wahai Abu Zar! Kamu ini seorang yang masih ada pada dirimu sifat jahiliyah”. Namun Abu Zar R.A. tetap dikira kalangan para sahabat yang terbilang.
Allah pernah menurunkan firman-Nya kepada seorang sahabat, Hatib bin Abi Baltaah R.A. yang bertaraf ahli Badar yang mulia kerana memberi maklumat kepada musuh dengan firman-Nya:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَتَّخِذُواْ عَدُوِّي وَعَدُوَّكُمۡ أَوۡلِيَآءَ تُلۡقُونَ إِلَيۡهِم بِٱلۡمَوَدَّةِ وَقَدۡ كَفَرُواْ بِمَا جَآءَكُم مِّنَ ٱلۡحَقِّ يُخۡرِجُونَ ٱلرَّسُولَ وَإِيَّاكُمۡ أَن تُؤۡمِنُواْ بِٱللَّهِ رَبِّكُمۡ إِن كُنتُمۡ خَرَجۡتُمۡ جِهَٰدٗا فِي سَبِيلِي وَٱبۡتِغَآءَ مَرۡضَاتِيۚ تُسِرُّونَ إِلَيۡهِم بِٱلۡمَوَدَّةِ وَأَنَا۠ أَعۡلَمُ بِمَآ أَخۡفَيۡتُمۡ وَمَآ أَعۡلَنتُمۡۚ وَمَن يَفۡعَلۡهُ مِنكُمۡ فَقَدۡ ضَلَّ سَوَآءَ ٱلسَّبِيلِ ١ الممتحنة
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (S.A.W.) dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Mekah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalan-Ku dan untuk mencari keredaan-Ku. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah dia dari jalan yang betul” (Surah Al-Mumtahanah: 1)
Umat Islam juga perlu memahami situasi hubungan antarabangsa terkini supaya dapat menilai sikap mereka terhadap mana-mana negara yang paling suka campur tangan dalam urusan negara lain dan negara yang paling dominan melebarkan Islamofobia. Selain itu juga, wajib memahami batas-batas sempadan hubungan dengan semua pihak dalam masyarakat majmuk disemua peringkat tanpa menghakiskan maruah umat dan menjatuhkan kedaulatan negara.
Sabda Rasulullah S.A.W. supaya mencegah kemungkaran secara bijaksana:
مَثَلُ القَائِمِ في حُدُودِ اللهِ وَالوَاقعِ فِيهَا ، كَمَثَلِ قَومٍ اسْتَهَمُوا عَلَى سَفِينَةٍ فَصَارَ بَعْضُهُمْ أعْلاها وَبَعْضُهُمْ أَسْفَلَهَا ، وَكَانَ الَّذِينَ في أَسْفَلِهَا إِذَا اسْتَقَوا مِنَ المَاءِ مَرُّوا عَلَى مَنْ فَوْقهُمْ ، فَقَالُوا : لَوْ أنَّا خَرَقْنَا في نَصِيبِنَا خَرْقاً وَلَمْ نُؤذِ مَنْ فَوقَنَا ، فَإِنْ تَرَكُوهُمْ وَمَا أرَادُوا هَلَكُوا جَميعاً ، وَإنْ أخَذُوا عَلَى أيدِيهِمْ نَجَوا وَنَجَوْا جَميعاً . رواه البخاري.
Bandingan orang yang menjaga sempadan Allah (mencegah kemungkaran) dan mereka yang jatuh ke dalamnya (melakukan kemungkaran) laksana satu kaum yang berada di atas bahtera. Maka sebahagian daripada mereka berada ditingkat atas dan sebahagian lagi berada dipetak bawah. Mereka yang berada dipetak bawah apabila mahukan air terpaksa melalui mereka yang berada di atasnya. Lalu mereka berkata: “Kalau kita tebukkan kapal ini untuk mendapatkan air tanpa mengacau mereka yang berada di atas”. Maka kalau dibiarkan kapal itu ditebuk mengikut kemahuannya nescaya semuanya mati tenggelam, kalau dihalang tindakan itu nescaya semuanya selamat”.
Kalaulah yang berlaku itu kerana satu kemungkaran yang nyata, beginilah akibatnya. Kalau yang berlaku itu adalah fitnah, maka celakanya lebih parah.
PAS terus bersabar walaupun sudah berlalu zaman setengah abad dan seterusnya, menukar pemimpin yang telah meninggal dunia dengan beristiqamah dan mereka yang tidak beristiqamah meninggalkan PAS juga tidak sampai ke matlamat dunia pun. Kerana wawasan kita mencapai keredaan Allah sehingga ke liang lahad dan hari kebangkitan semula bertemakan firman Allah:
وَقُلِ ٱعۡمَلُواْ فَسَيَرَى ٱللَّهُ عَمَلَكُمۡ وَرَسُولُهُۥ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَۖ وَسَتُرَدُّونَ إِلَىٰ عَٰلِمِ ٱلۡغَيۡبِ وَٱلشَّهَٰدَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ ١٠٥ التوبة.
Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan” (Surah At-Taubah: 105)
Kita tidak ditanya mengapa belum menang, tetapi kita ditanya adakah sudah beramal dan berjuang atau tidak untuk meraih janji-janji kemenangan bersyarat yang mampu mengisi erti kemenangan sebenar bukannya kemenangan kosong, atau kita berjuang untuk menggantikan kemungkaran dengan menegakkan kemungkaran juga?
Tugas kita adalah mengajak manusia sebanyak-banyaknya kepada Islam, bukan sekadar menjatuhkan pemimpin dan berebut jawatan. Bahkan mengajak kepada islah pemimpin dengan melahirkan pemimpin yang tegak bersama hidayah, bukannya bergantung kepada jibayah.
Sabda Rasulullah S.A.W. kepada menantunya Ali bin Abi Talib K.W.H:
فَوَاللهِ لأَنْ يَهْدِيَ اللهُ بِكَ رَجُلاً وَاحِداً خَيْرٌ لَكَ مِنْ أنْ يَكُونَ لَكَ حُمْرُ النَّعَمِ. متفقٌ عَلَيْهِ
Demi sesengguhnya kejayaanmu menjadikan seseorang itu mendapat hidayah Allah lebih baik daripada mendapat kenderaan paling mahal harganya”.
Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 29 Ramadan 1438H / 24 Jun 2017M

Lampiran 3
Menurut Dr Syed Farid Alatas,[4] ‘Istilah kleptokrasi adalah sangat penting untuk memahami perbezaan antara negara yang hanya dipengaruhi oleh rasuah, daripada negara yang dikuasai oleh rasuah.’
‘Istilah negara kleptokratis merujuk kepada negara yang dikuasai oleh maling atau pencuri harta rakyat.’
‘Sebuah kleptokrasi merupakan pemerintahan oleh pencuri yang menyamar sebagai pegawai negara yang jujur. Ciri utama kleptokrasi adalah ia sejenis jenayah negara.’
‘Rasuah ditakrif sebagai pencurian melalui penipuan terhadap badan pemerintah, syarikat swasta ataupun orang awam dan terdiri daripada tiga komponen, iaitu, penyuapan, pemerasan dan nepotisme.’
‘Penghubung bagi tiga jenis rasuah ini, adalah, penempatan kepentingan masyarakat umum bawah kepentingan peribadi serta pengkhianatan kepercayaan.’
Menurut Tan Sri Kadir Jasin, secara mudahnya istilah Kleptokrasi adalah gabungan perkataan ‘kleptes’ (pencuri) dan ‘kratos’ (kuasa). Maka jadilah ia pemerintahan pencuri atau pemerintahan oleh pencuri.[5]

Lampiran 4
Tun Mahathir Mohamad, Bekas Perdana Menteri  dalam satu wawancara bersama akhbar Australia, The Weekend Australian berkata, hanya tinggal sedikit harapan Najib akan berundur tanpa tekanan luar.[6]
“Kebiasaannya saya tidak suka campur tangan asing dalam urusan Malaysia tetapi saluran untuk kami membetulkan keadaan telah ditutup sepenuhnya.
“Jadi sekarang kita kena beri laluan kepada campur tangan ­asing dalam urusan domestik kita. Jika ia sah, ya. Jika mereka ada maklumat, mereka mesti memberikan maklumat dan jika ada penggubahan wang haram, jika kerana membabitkan Najib, itu tidak bermakna mereka mesti menangguhkan undang-undang itu,”



[1] https://www.pas.org.my/arkib/ketua-penerangan/12275-sikap-pas-terhadap-kemelut-1mdb
[2] http://www.parlimen.gov.my/pac/review/docs-122-146.pdf
[3] file:///C:/Users/SAMSUNG/Desktop/ridhwan/Kahlil%20Jibril%202017/E%20BOOK%202016/Memahami-Saman-DOJ.pdf
[4] http://www.malaysiakini.com/columns/350102
[5]http://www.sinarharian.com.my/karya/pendapat/kleptokrasi-pemerintah-yang-curi-1.544567
[6] Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/dr-mahathir-minta-campur-tangan-asing-1.231207#ixzz4lPJF3YMA. Namun Tun M menafikan bahawa beliau menyatakan demikian. Lihat http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tun-mahathir-nafi-gesa-campur-tangan-asing-101961

Sebab-Akibat

Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...