Friday, April 25, 2008

Surat Terbuka Untuk SifuPTS

Surat Terbuka Untuk SifuPTS

Assalamulaikum

Puan Ainon yang dikasihi,

Saya mencadangkan agar pihak puan mengadakan satu komuniti yang dikenali Komuniti Bestari PTS. Komuniti ini berfungsi menyatukan masyarakat pencinta buku dan penulis, menghidupkan suasana keilmuan, mewujudkan sikap kesukarelawan di kalangan pencinta buku dan memperkasakan industri buku bumiputera. Di bawah ada beberapa cadangan:

mewujudkan program pakej ziarah ke Indonesia bagi membolehkan komuniti ini berkongsi pengalaman membeli buku, menemui penerbit dan penulis di sana.
mengadakan bengkel penulisan untuk penulis muda
kad ilmu bagi harga diskaun pembelian buku PTS di kedai tertentu
mengadakan kafe PTS. Tempat diskusi buku sambil bersantai.
kempen bergerak ke institusi pendidikan(umpama sekolah) atau pekan-pekan tertentu.
Riadah ilmu di kampus.
mengadakan skim penterjemahan penulis muda terutamanya di kalangan mahasiswa.

Ini adalah cadangan kerdil daripada saya. Saya pasti idea Puan Ainon dan para pemikir PTS lebih bernas. Tulisan hanya luahan rasa hati seorang pencinta buku.

Mohamad Ridhwan Bin Alias
mahasiswamenggugat.blogspot.com
Sandakan, Sabah.

1 comment:

Zamri Mohamad said...

Assalam alaikum Tuan,

Buat masa ini, dari sudut penulis, secara tidak rasmi mempunyai forum seperti disebutkan iaitu http://penulispts.bigforumpro.com/
Ia bersifat terbuka dan akan ditambah mengikut permintaan ramai,
Harap dapat diuar-uarkan.

Terbuka untuk semua.

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...