Monday, April 21, 2008

Hang Terlibat Pak Lah? : Mahathir atau Pak Lah yang Kena

Fikir-Fikirkan: Abdullah Perancang Pengharaman UMNO 1988

Sumber: http://anotherbrick inwall.blogspot. com

Semua kritikan dan persoalan dalam perayaan Mahathir Bashing II telah dijawab pada Majlis Fikir-Fikirkan di Hotel De Palma pada hari Ahad, April 6hb 2008 baru-baru ini. Liputan kepada Majlis ini boleh diperolehi di media perdana dan alternatif.Namun, jawapan Dr Mahathir terhadap tuduhan Dato Ahmad Shaberry Cheek sengaja dilepas pandang oleh media.Tuduhan Shabery Dalam kenyataan di suatu Majlis, Shaberry, Menteri Penerangan baru menuduh Dr Mahathir sebagai penyebab UMNO diharamkan di mahkamah pada tahun 1988.Semasa Majlis Fikir-Fikirkan, Dr Mahathir mengatakan serangan Mahathir Bashing II terbaru begitu tersusun dan bagaikan ada arahan. Selepas “Shah Berry”, merujuk kepada Ahmad Shabery, menyampaikan syarahannya di Majlis Kementerian Penerangan, serangan terhadap Tun bagaikan ada pakat-pakat.

Katanya, perkara yang berpakat-pakat selalunya “ada yang tidak kena.”Shabery telah menuduh Dr Mahathir 'dicekik dan dilemaskan' UMNO hingga menyebabkan pengharamanannya pada tahun 1988.Kata beliau yang dipetik oleh Media Perdana, “Ketika kepemimpinan Dr Tun Dr. Mahathir, UMNO mati, musnah, dibatalkan pendaftarannya dan terus mati lagi dalam bentuk yang lain ... kita tidak mahu UMNO yang menjadi parti keramat orang Melayu ini sekali lagi mati hanya kerana Dr Tun Dr. Mahathir.

"UMNO pernah diharamkan pada zaman beliau dan kita tak mahu perkara ini berlaku lagi. Semua perkara ini saya percaya orang Melayu tak lupa, tetapi mungkin Tun Dr. Mahathir sendiri lupa mengenai apa yang pernah dilakukannya ketika memimpin UMNO.”UMNO Baru MenyatukanDalam jawapan Dr Mahathir, beliau menyatakan Shabery sendiri terlibat dalam usaha memecahbelahkan UMNO. Dia terlibat menubuhkan Parti Semangat 46 dan menarik diri dari “UMNO”.Mengikut Dr Mahathir, UMNO yang asal telah diharamkan oleh pihak mahkamah dalam saman yang telah dilakukan oleh 11 orang dari kelompok yang Shabery terlibat. Dr Mahathir bertanya, “Bila haram, siapa pulihkan?”UMNO Baru dapat dihidupkan kembali tetapi kelompok ini enggan menyertai UMNO. Mereka menubuhkan S46 dan bersekongkol dengan parti pembangkang yang lain untuk menentang UMNO. Ini menjadikan UMNO berpecah seketika.Namun, UMNO Baru mendapat sokongan dan dapat menyatupadukan ahli-ahli UMNO semula. Akhirnya mereka-mereka seperti Shabery kembali semula kepada UMNO setelah menyedari pengaruh mereka menurun dan perjuangan mereka itu sia-sia.

Penglibatan Abdullah BadawiSebenarnya diketahui ramai dikalangan mereka yang terbabit dalam Parti S46 bahawa usaha menyaman UMNO adalah dirancang oleh Dato Seri Abdullah Badawi sendiri.Mesyuarat pertama untuk membincang usaha ini dilakukan di rumahnya di Jalan Medan Kapas, Bangsar, Kuala Lumpur. Antara yang hadhir adalah Marina Yusof, Dato Radzi Shiekh Ahmad, Zawawi Zin, dan lain-lain.Di dalam mesyaurat itu yang dihadhiri oleh mereka-mereka yang boleh digelar sebagai orang-orang Musa (Hitam) dan orang-orang Dolah, Abdullah sendiri yang membuat keputusan untuk menyaman UMNO di mahkamah dan dipersetujui oleh mereka yang hadhir.Berikutan mesyuarat pertama, mesyuarat kedua diadakan di rumah Puan Marina Yusof di Ampang Hilir.Penggerak utama rancangan ini adalah mantan terbaru Setiausaha Agong UMNO, Radzi Sheikh Ahmad sendiri.

Sepanjang penyediaan kes dan setiap hari perbicaraan. Kesebelasan mereka yang menyaman UMNO berkumpul dan berbincang di rumah Radzi.Mengikut sumber-sumber terdekat Tengku Razaleigh, Ku Li tidak dilibatkan langsung dan sedang berada di luar negara selama dua bulan semasa perancangan tersebut.Untuk kepastian, cuba ditanyakan pengikut-pengikut setia Ku Li yang terlibat dalam peristiwa itu seperti Dato Manan Osman, Aspan Alias, Dr Hasan Ali, dan lain-lain. Mungkin boleh ditanya Dato Radzi sendiri yang sudah teramat kecewa dengan pentadbiran Abdullah badawi hingga meletakkan jawatan.Walaupun kekalahan kelompok Musa, Abdullah Badawi masih menang jawatan Naib Presiden pada tahun 1987. Abdullah tidak masuk Parti S46 tetapi kekal dalam UMNO. Malah Abdullah ditawarkan sebagai Naib Presiden Protem UMNO Baru.Disebabkan penglibatan dalam pengharaman UMNO, Abdullah dianggap sebagai musuh dalam selimut dan terpaksa dipecat dari jawatan Menteri Pertahanan. Walaupun dipecat, mengikut Dr Mahathir dalam Majlis itu, Abdullah telah ditawarkan jawatan dalam Petronas. Sumber-sumber Hicom pun memberitahu, dia telah di tawarkan jawatan sebagai Pengerusi Hicom.

Akhirnya atas gesaan arwah isterinya Datin Seri Hendon, Abdullah akhirnya berjumpa Dr Mahathir untuk mengaku tidak ada kebolehan dalam dunia perniagaan dan korporat dan memohon kembali ke dalam jemaah Menteri.Akhirnya dia diberikan jawatan Menteri Pertahanan pada tahun 1991. Malah dia masih dikekalkan di dalam jemaah Kabinet, walaupun kalah Naib Presiden pada tahun 1993.Siapa yang baik dan siapa yang jahat?Cerita Lapuk Yang Ketinggalan Zaman Peristiwa pengharaman UMNO pun mempunyai kaitan dengan penyingkiran Tun Salleh Abbas sebagai Presiden Mahkamah Persekutuan. Peristiwa ini menjadi asas tuduhan bahawa Dr Mahathir bertanggungjawab dalam ketirisan Institusi Kehakiman yang dibuat oleh Abdullah pada hari Ahad lepas dalam Majlis Amanat Presiden kepada Ketua-ketua Penerangan UMNO.Menjawab perkara ini, Dr Mahathir menyatakan penyingkiran Tun Salleh pada rasminya dilakukan oleh Tribunal dan anggota Tribunal bukan diatur olehnya. Mungkin perkara ini perlu dihuraikan di posting yang lain.Perkara pokok yang perlu dihayati sini adalah mereka-mereka yang kembali kepada UMNO telah kembali kepada UMNO tanpa syarat.

Setelah diterima kembali dalam UMNO dan diberi peranan semula, mereka-mereka yang menyerah kalah sepatutnya tidak menimbulkan perkara lapuk yang tidak releven dan desperado menyalahkan sana sini untuk memberi justifikasi kelemahan kepada pentadbiran Abdullah.Bagi pengundi-pengundi dan ahli-ahli UMNO yang sekarang berumor dalam 30 tahun, semasa peristiwa ini berlaku umor mereka adalah 10 tahun. Peristiwa-peristiwa yang melibatan pergeseran lama pada tahun-tahun awal pentadbiran Dr Mahathir sudah tidak releven kepada senario politik, dan pembangunan ekonomi dan sosial sekarang.

Masaalahnya sekarang yang menjadi kegusaran rakyat adalah kepimpinan Abdullah Badawi yang lemah.Dari kenyataan-kenyataan , penafian-penafian dan alasan-alasan yang diberi oleh Abdullah Badawi pada Majlis Hari Ahad, ia hanya membuka lagi pekong dadanya kepada rakyat Malaysia dan ahli UMNO semuanya.Abdullah hanya menyalahkan orang lain dan tidak mahu menerima kenyataan bahawa dirinya dan menantunya, Khairy adalah penyebab dan pencetus utama kekalahan BN.

Kesemua anak-anak muda Tingkat 4 masih dikekalkan lagi. Itu untuk huraian di lain masa.Menyentuh mengenai kenyataan Dato Zahid Hamidi, Menteri bertanggungjawab dalam hal ehwal agama, yang berkata jangan membuang batu di dalam rumah kaca, mungkin nasihat itu perlu di sampaikan kepada Abdullah sendiri dan rakan-rakan Chorus Girl Zahid. Memang perlu kita semua bermuhasabah, terutama Zahid sendiri.Masa dan sejarah akan mengadili, tunggu dan lihatlah … tak lama.

Adi Hanif Mohamed
dari email

No comments:

Sebab-Akibat

Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...