MAHASISWA ADALAH ....
Oleh mamat.com
Jika ada ia, penulis akan menyokong 1000 peratus. Mahasiswa bebas yang mandiri dan bebas minda daripada kongkongan kuasa luar. Ada atau tidak?. wujudkah mahasiswa bebas yang menjadi cerita mitos mahasiswa sejak berzaman? Ya atau tidak bergantung kepada seseorang yang ditanya.
Kewujudan PMN adalah satu usaha baik golongan mahasiswa untuk menonjolkan mereka adalah bebas dan mandiri. Penulis cukup bangga dengan usaha mereka. Usaha manusia yang ingin perubahan dan mencipta sejarah. Satu usaha yang baik dan patut diberi anugerah khas.
Persoalan kebebasan rakyat dengan kawalan pemerintah, kedudukan individu dalam masyarakat dan hubungan fikiran seseorang dengan sosialisasi persekitaran telah membumikan kebuntuan politik yang memanjangkan dalam sejarah rakyat. Unsur-unsur ini secara tidak langsung mempengaruhi minda mahasiswa selaku warga negara di negara ini.
Kebuntuan politik ini membawa manusia ke arah bersifat dogmatik dan fanatik kepada proksi masing-masing sama ada pemerintah atau oposisi. Usaha menjadi golongan neutral ada dilakukan tetapi tidak tersebar luas dan tidak menjadi gelombang perkasa dalam arus perdana. Ia menjadi proksi membeku dan minoriti dalam masyarakat. PMN dilihat cuba menjadi golongan neutral yang bebas daripada kongkongan kedua-dua proksi berpengaruh. Adakah PMN berjaya?.
Penulis melihat PMN adalah parti mahasiswa pelbagai kaum yang cuba mengubah dan mencipta sejarah. PMN melaungkan bahawa mereka bebas dan tidak terikat dengan kuasa luar. Adakah ia benar?. Tiadakah pengaruh PKR, PAS, DAP, TERAS, JIM, ABIM atau gerakan orpomas(organisasi politik-masyarakat) dalam PMN?. Jika tiada, penulis cukup bangga.
Jika ada, PMN cuma wadah pengklonan kepada kuasa luar yang cuba melebar-luaskan mazhab mereka. Jadi PMN adalah... Satu pinggan ‘nasi kerabu’ mazhab daripada salah satu kuasa luar tersebut. Jadi mampukah PMN menjadi kuasa neutral yang mitos itu.
Keneutralan PMN boleh dipersoalkan. Kehikmahan dan ijtihad mahasiswa sekarang sangat dihormati dan dihargai. Bukan kita persoalkan kebijaksanaan mahasiswa kini dan tak nak menyibuk mengganggu keputusan mereka. Tetapi sejarah harus dikaji, yang tua harus ditanyai dan yang muda harus menekuni perjuangan.
Jadi PMN adalah .....
PMN: Satu Mazhab Pemikiran Mahasiswa?
Secara peribadi, penulis menentang penubuhan PMN. Walau bagaimanapun, penulis akur akan kebijaksanaan mahasiswa sekarang dalam berpolitik dan kerestuan syura kampus zaman ini.
Jika PMN nak terus hidup, para pemikir PMN harus menjadikan PMN satu gelombang ‘mazhab’ yang menerjah minda masyarakat kampus. Pelan jangka masa panjang dan ‘ideologi’ harus distruktur agar PMN tidak terkubur atau sepi seumpama MPMI di bawah kelolaan PUM.
Penggerak PMN seperti saudara Zainulfaqar dan saudara Azlan bersama rakan-rakan harus berjumpa dengan senior-senior untuk berbincang. Jangan dilupakan berbincang dengan tokoh akademik dan aktivis seperti Dr.Muhammad Abu Bakar, Hishamuddin Rais, Dr. Rezuan Othman, dan Prof Khoo Kay Kim. Langkah di bawah adalah cadangan bagi menggagaskan ‘ideologi’ PMN.
Mengadakan sidang meja bulat di antara pimpinan kampus dan senior.
Menubuh beberapa ajk untuk berbincang dan mengkaji agenda, prinsip perjuangan dan matlamat jangka panjang PMN.
Mengadakan kongres menghimpunkan mahasiswa.
Mengubalkan agenda PMN(satu dokumen menyerupai Dokumen Negara Islam PAS atau AEM-Anwar Ibrahim).
Menubuhkan Dewan Penasihat Kampus dimana disertai oleh senior agar legasi perjuangan berterusan. Ahli DPK harus bebas daripada politik kepartaian.
Apabila PMN menjadi mazhab pemikiran yang mantap, barulah perjuangan mahasiswa menjadi mandiri tanpa membawa pakej perjuangan pihak luar.
Di atas adalah cadangan dari seorang yang tidak bersetuju dengan penubuhan PMN. Saya harap PMN tidak terkubur mati kerana ada watak-watak mahasiswa yang menyayanginya. Wahai orang yang menelurkan PMN. Pandai menelur, pandai jaga. Mahasiswa! Teruskan perjuangan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sebab-Akibat
Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...
-
Parti Islah Yaman ditubuhkan pada tahun 1990 setahun selepas penyatuan Yaman Utara dengan Yaman Selatan. Kongres Rakyat Umum (GPC) dari U...
-
BAB 2: ROH PERJUANGAN GMI ‘Islam bukan agama teori dan ritual sahaja tetapi Islam adalah agama praktikal yang perlu diterjemah sebagai satu ...
-
Tak sangka, Jemaah Tabligh (JT) yang suci itu juga mengalami krisis. Itulah qada’ dan qadar yang ditentukan oleh Allah SWT yang mempunyai...
No comments:
Post a Comment