ZAHARUDDIN ABDUL RAHMAN: CONTOH PIMPINAN GMI SELEPAS ALAM KAMPUS
Oleh mamat.com
Penulis sedih apabila membaca tulisan seorang pimpinan GMI yang penulis kasihi tentang watak kartun doraemon. Beliau letak wajah doraemon pada profil sebelum adanya kembali gambar al shahid Hasan al Banna. Bukan salah kita menulis tentang watak kartun tetapi zaman remaja yang gila-gila sukan, komik dan kartun harus berakhir dengan pendewasaan usia dan perjuangan seseorang. Dan orang yang berjuang seharusnya lebih matang daripada usianya. Ada pula ramai pendokongnya memuji berapi-berapi. Hati-hati saudara.
Perubahan blog tersebut mungkin saudara telah masuk ke episod baru selepas penat, jenuh dan terkongkong dengan status amir GMI. Atau saudara takut sukar mendapat pekerjaan. Atau dah ‘diwajibkan’ berteman di ranjang?. Hehe. Ini hanya telaah penulis yang faqir ilmu ini.
Bagi meneruskan perjuangan selepas alam kampus, saya mengesyorkan kalian semua mengikuti gaya pengurusan masa depan; kerjaya seorang pimpinan GMI secara terancang seperti yang dilakukan oleh UZAR. Penulis selalu menyifatkan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman adalah pemimpin agung GMI. UZAR antara pelopor kepada kebangkitan semula PMIUM pada pertengahan tahun 1990an.
Pada pandangan penulis, UZAR pandai mencari peluang dan meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Berjuang di atas pentas PAS pada zaman mahasiswa melalui GAMIS dan PMIUM. Dikatakan pernah menjawat Ketua Pemuda PAS di Selangor. Pernah menggegar bumi Jordan apabila terlibat kontroversi semasa lawatan TG Haji Abdul Hadi ke Jordan.
Selepas pulang, beliau meletak diri dalam dunia perbakan Islam, bidang yang semakin penting pada abad ini. Melalui kepetahan berpidato dan ketinggian ilmunya, mengadakan program penghayatan solat. Seingat penulis, beliau merupakan pelopor kursus seumpama ini di Malaysia. UZAR adalah seorang yang unik, lain daripada yang lain dan tersendiri. Sebab itu beliau boleh berjaya.
Apabila pengalaman sudah cukup, beliau terjun ke dunia akademik. Kini ditawarkan PHD dan akan berkhidmat dalam dunia akademik yang penuh nyaman itu.
Cerita UZAR ini kalian baca dalam blog beliau. Pada pandangan penulis, UZAR mengikuti gaya pengurusan masa depan; kerjaya mantan ahli Ikhwanul Muslimin seperti Yusof Qaradhawi dan Muhammad Said Ramadan al Buti. Yusuf Qaradhawi pada zaman mudanya aktif dalam Ikhwanul Muslimin, kemudian terjun ke dalam dunia akademik(bermula usuluddin ke syariah serta muamalat).
UZAR, penulis tidak pasti akan terus ikut cara Yusof al Qaradhawi atau terkena tempias politik ala Asyraf Ahmad Dasuki(insya Allah UZAR masih setia bersama gerakan Islam).
Apa yang penulis nak bicara, kalian pimpinan GMI harus merancang masa depan; kerjaya kalian seumpama UZAR. Berapa tahun belajar, bekerja dengan syarikat perbakan, dunia akademik dan ke arah mana seterusnya. Kalian harus bijak meletak dan menyambar peluang. Jangan persiakan ilmu dan bakat pemberian Tuhan
Semoga UZAR dikekalkan hidayah dan berjaya dalam hidupnya di dunia dan akhirat. Bagi saudara-saudari boleh menjadikan UZAR sebagai ikon. Adik-adik doraemon dan ultraman boleh faham ke?. Salam kemaafan. Hehe.
1/4/08
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sebab-Akibat
Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...
-
Parti Islah Yaman ditubuhkan pada tahun 1990 setahun selepas penyatuan Yaman Utara dengan Yaman Selatan. Kongres Rakyat Umum (GPC) dari U...
-
BAB 2: ROH PERJUANGAN GMI ‘Islam bukan agama teori dan ritual sahaja tetapi Islam adalah agama praktikal yang perlu diterjemah sebagai satu ...
-
Tak sangka, Jemaah Tabligh (JT) yang suci itu juga mengalami krisis. Itulah qada’ dan qadar yang ditentukan oleh Allah SWT yang mempunyai...
No comments:
Post a Comment