Sunday, October 12, 2025

Sempadan Afghanistan-Pakistan semakn tegang.

 

Taliban menggunakan banyak alatan tinggalan tentera AS. Kenapa AS meninggalkan banyak peralatan tentera? untuk cetus perang saudara atau perang yang lain?
Sejarah menyatakan bahawa hubungan Pakistan dengan Afghanistan sangat rapat tetapi meruncing apabila masalah perpuakan di sempadan Afganistan-Pakistan tidak dapat diselesaikan.
AS mahukan pengkalan tentera Bagram.
Hubungan China dengan Afghanistan semakin baik. Dari segi ketenteraan, China juga mempunyai hubungan baik dengan Pakistan. Pada waktu yang sama, hubungan AS dengan Pakistan kelihatan mengendur.
Terkini, Afghanistan menjalin hubungan dengan India.
Itulah geopolitik. Agama penting, kelangsungan kekuasaan lagi penting. Bak kata orang pandai, dalam politik, 'musuh kepada musuh adalah kawan'

Institusi Kekeluargaan

Di sekolah, kita akan menemui pelbagai masalah disiplin. Kebanyakannya berpunca daripada keruntuhan dan kelemahan institusi kekeluargaan. Parah.

 

Suka saya membahagikan kelemahan institusi keluarga berpunca daripada:

1. Kelemahan dan kesilapan ibubapa

2. Anak adalah ujian daripada Tuhan

 

Yang menulis ini sendiri belum mampu menjadi bapa yang terbaik.

 

Kelemahan dan kesilapan ibubapa:

 

1. Tidak mampu menjadi tauladan yang baik kepada anak-anak. Marah anak main telefon, pada masa yang sama, ayah sedang main telefon.

2. Kurang ruang masa kebersamaan dalam aktiviti dengan anak-anak

3. Gagal mengawal anak-anak. Kurang tegas. Manjakan anak-anak.

4. Kurang ilmu untuk mengajar dan mendidik anak-anak. Contoh, bersama-sama mengaji al-Quran.

5. Membiarkan anak-anak dalam kelaghaan/kelekaan/kelalaian. Contoh, main telefon siang dan malam tanpa kawalan. Tidak ambil berat tentang anak-anak.

6. Mendidik dengan kemarahan, suara tinggi, penggunaan bahasa kesat, tiada gurauan/humor, tidak ramah

7. Guna kekerasan dan kekasaran secara membuta-tuli

8. Tiada ruang berbicara dengan anak-anak

9. Bergaduh dengan isteri depan anak-anak

10. Ibubapa gagal mematuhi peraturan sendiri dan tidak istiqamah mengamalkannnya.

 

 

Tentang isu pendidikan telah  banyak dikupas oleh ramai tokoh ternama seperti Pendeta Za’ba dan Abdullah Nasih Ulwan. Malangnya tulisan dalam buku karya Pendeta Za’ba berkenaan peranan ibubapa terlampau kecil untuk dibaca.

 

Ada keadaan ibubapa sudah terbaik, tetapi anak-anak mereka teruk. Ia mengingatkan kita tentang anak Nabi Noh dan  anak-anak Nabi Yaakob. Maka, berdoalah kepada Allah SWT yang boleh menjentik hati manusia.

 

Selain itu, faktor psikologi iaitu kecelaruan mental dan jiwa serta kelainan upaya juga menyebabkan anak-anak bermasalah di sekolah.

 

Apa yang perlu dibuat?

1. Azam untuk berubah dan istiqamah. Jadi contoh tauladan kepada anak-anak.

2. Mencipta aktiviti kebersamaan. Bagi orang Islam, solat berjemaah bersama-sama, membaca al quran bersama-sama, berkhemah, melancong, memasak, kebun, kemas rumah dan bagai.

3. Membudayakan amalan baik dalam keluarga; Bercakap dengan bahasa yang baik, amalan berjimat cermat, kebersihan rumah

4. Menambah ilmu dan kemahiran. Ajar anak-anak tentang ilmu dan kemahiran. Ilmu untuk mengajar. Contoh mengaji al Quran.

5. Ramah bukan marah

6. Ketegasan bukan kekerasan. Kekerasan ketika perlu tetapi bukan amalan harian.

7. Berbicara dan bergurau dengan anak-anak.

8. Mencipta ruang bicara dan meluah perasaan.

9. Doa agar anak-anak mendapat petunjuk.

 

Pendeta Za’ba dalam bukunya Mencari Keluhuran Budi, beliau menulis tentang

1. Ibubapa--Guru yang pertama

2. Cara2 mendidik anak2

3. Didikan didalam urusan rumah tangga

4. Kewajipan ibubapa kepada anak-anak

 

Sekali lagi malangnya, tulisan buku ini halus sangat.

Pembangkang Hari Ini (12/10/2025)

Gagal memainkan isu.

 

Era 1990an ke bawah, kebanyakan isu berfokus kepada pertembungan ideologi dan isu pembangunan.

 

Ketika zaman DSAI menjadi pembangkang, ramai pemimpin pembangkang terutamanya dari PKN/PKR mempunyai keupayaan berpidato memainkan isu semasa. Mereka menggunakan pendekatan memanipulasi isu dengan naratif dan penceritaan yang kelihatan benar, membentuk persepsi buruk dan pandai melakukan pembunuhan karekter.

 

Dari segi pembunuhan karekter, mangsa pertama ialah Tun M, kronis dan keluarga Tun M. Zaman Pak Lah, anak lelaki Pak Lah, KJ dan Patrick Badawi menjadi mangsa. Zaman DS Najib, mangsanya adalah DS Rosmah.

 

Pembangkang hari kelihatan LESU atau mereka mengamalkan politik matang. Tetapi komen-komen pemimpin pembangkang tidak nampak kecerdikan.

 

Pemimpin pembangkang berDNA PKR seperti DS Azmin dan CheguBard mampu memanipulasi isu dan membentuk persepsi. YB-YB PAS lebih pandai merujuk media sosial dalam berhujah. Nampak kurang membaca dan intelek.

 

Sesetengah pemimpin PPBM yang terdiri daripada bekas UMNO kurang menyengat mengkritik kerajaan kerana ‘REKOD” mereka dipegang oleh DSAI. Kamu bising, SPRM dan AMLA jawapannya.

 

Banyak isu boleh dimainkan oleh pembangkang seperti isu Farshah tetapi pembangkang memilih untuk tidak mempopularkannnya. Jika PKR menjadi pembangkang, hangus kerajaan semasa dikerjakannya.

 

Friday, October 03, 2025

'Maqasid' Pihak Berkuasa Palestin

Nak harapkan Pihak Berkuasa Palestin pimpinan Fatah memimpin GAZA?

Di Tebing Barat yang mereka ada itupun, mereka 'jual telur' kepada pihak Israel. Barangkali mereka ada 'maqasid' sendiri..

Istilah

 Satu ketika

Pemikir Prof. al-Attas sangat mementingkan istilah-konsep yang perlu difahami sebelum melangkah lebih jauh dalam sesuatu pemikiran. Kefahaman terhadap istilah-konsep menyebabkan laluan kefahaman berbeza sehingga sukar menemui titik kebersamaan dan kesepakatan.
Satu ketika, Mazhab Islamisasi terbahagi dua iaitu mazhab al attas dan al-faruqi. Menariknya, ia bagaikan disatukan oleh DSAI di Malaysia pada tahun 1980an dan 1990an. KL menjadi markaz utama kedua-dua mazhab Islamisasi ini
II
Satu ketika al Attas membawa konsep Masyarakat Madani. Lebih kurang waktu yang sama idea Masyarakat Sivil kembali dipopular oleh kelompok liberal.
Walaupun DSAI pada awalnya dilihat bersama idea Masyarakat Madani ala al attas tetapi penghujungnya lebih cenderung kepada kelompok liberal sehingga tergambar kepelbagaian idea dalam buku Gelombang Kebangkitan Asia.
Menariknya muncul istilah Islam Sivil sebaris dengan istilah-konsep Islam Liberal, Islam Plural dan Islam Sosialis (teringat blog Sosialis Kanan)
III.
Suatu ketika, ramai yang mempopularkan maqasid syariah sehingga tertubuh satu parti Islam yang memartabatkan maqasid syariah . Malangnya, sesetengah kelompok mengambil kesempatan menggunakan modal maqasid syariah untuk bermudah-mudahan dalam urusan agama.
Situasi ini cuba dileraikan apabila seorang tokoh mula menekankan tentang maqasid al-Quran.

Isu Kemanusiaan

 Bersetuju dengan ketidaksetujuan, bersama dengan perkara yang disepakati

Tidak setuju tentang idea, pandangan, strategi, pendekatan dan perangai.
Bermusuh terhadap kezaliman, kekerasan, keganasan dan melampau
Bagi seorang muslim, isu Palestin adalah isu iman dan kemanusian.
Manakala bagi seorang bukan Islam, sekularis, liberalis, komunis, sosialis, pro hak asasi, pro-LGBTIQ atau apa jua pemikiran, kaum, wilayah dan planet, Isu Palestin adalah isu KEMANUSIAAN-- PEMBUNUHAN-PENGHAPUSAN MANUSIA dan KELAPARAN-KEBULURAN serta PENINDASAN TERHADAP ORANG LEMAH- rakyat, wanita dan kanak-kanak.
Malangnya, dalam keadaan manusia seantero dunia memekik sokongan kepada isu KEMANUSIAAN di Palestin, majoriti BUKAN ISLAM dan Bukan MELAYU kurang cakna isu ini.
Rakyat Palestin bukan sahaja Orang Islam-Muslim dan berbangsa ARAB. Mereka juga beragama KRISTIAN.

Rusuhan Gen-Z

Zaman revolusi- reformasi - Revolusi Berwarna- Arab Springs, kini Rusuhan-Protes Gen-Z. Ini adalah deretan rusuhan-rusuhan yang popular dan dilihat berSIRI serta mendunia.

Penggerak kebangkitan rakyat ialah kelompok agama, intelektual, anak muda, mahasiswa dan wanita serta TENTERA. Lazimnya setiap kebangkitan rakyat ada WATAK HERO.

Terbaru, terdapat rusuhan Gen-Z berlaku di Indonesia, Nepal, Maghribi dan Peru (setakat Oktober 2025). Peranan WATAK HERO dalam kebangkitan rakyat ini bersifat minima. Kebangkitan ini digerakkan oleh alogoritma media sosial

II

Siapa Gen-Z?

GENERASI Z (Gen Z) atau kelompok yang lahir pada 1997 hingga 2012, sering kali dilabel sebagai generasi yang rapuh, mudah tersinggung dan terlalu bergantung kepada teknologi.

Turut dikenali sebagai generasi strawberi, iaitu luar nampak cantik, tapi di dalamnya lembut, mudah hancur kalau ditekan. Generasi Z hari ini merupakan golongan remaja dan belia.

Pada 2025, Gen Z merupakan individu yang berumur 13 hingga 28 tahun.

(Rujuk tulisan:Afiezul Samit)


III

Rusuhan tanpa organisasi atau WATAK HERO adalah bahaya. Ia menghasilkan suasana tidak terkawal. Manusia menjadi terlampau anarkis. Ia akan menjadikan emosi kebencian dan kemarahan menjadi 'tuhan'.


Silap haribulan, pemikiran kita dinodai oleh AI yang dikawal oleh Daulah Terpendam yang kita tidak ketahui siapa mereka.

Daulah Terpendam (deep state) dan Little Napoleon

 DAULAH Terpendam atau ‘Deep State’ merujuk kepada istilah yang menggambarkan mengenai kewujudan individu atau sekumpulan individu yang berkuasa bagi menentukan keadaan politik di dalam sesebuah negara.

'Little Napoleon' merujuk kepada penjawat awam bawahan yang berada di sesuatu kedudukan tetapi berlagak seolah-olah begitu berkuasa

Disebalik sesebuah kerajaan atau negara terdapat pihak yang lebih berkuasa daripada kerajaan itu sendiri. Antaranya ialah

1. Institusi Raja/Bangsawan

2. Institusi Tentera

3. Institusi Birokrat (elit birokrat)

4. Institusi Kehakiman

5. Taikun/Kartel/Tauke

6. Mafia


Daulah Terpendam dipengaruhi oleh

1. Set Pemikiran/Doktrin/Aliran pemikiran/agenda tertentu

2. Keturunan/kaum

3. Kumpulan tertentu seperti kongsi gelap, alumni sekolah, parti politik

4. Wilayah

5, Keuntungan duniawi- projek, perdagangan dan perniagaan


Institusi Raja dan institusi tentera sangat berkuasa disebalik tabir kerajaan seperti dalam Kerajaan Thailand. Budaya 'surat kuning' cukup menakutkan pegawai awam. Pegawai awam terpaksa akur kepada arahan daripada surat kuning.

Di Pakistan, Turki dan Mesir, institusi tentera memainkan peranan penting. Di Mesir, as Sisi memang berpakaian awam tetapi jiwanya tentera. Tentera dianggap NEGARA. Indonesia dibawah Suharto, ABRI sangat berkuasa dalam negara.

Kata Abdul Hamid Bador, mantan Ketua Polis Negara,  "Tidak dinafikan wujud anasir 'mafia' (penjenayah) yang begitu berkuasa hingga mampu mencampuri urusan dalaman (pentadbiran) dan penjawatan Polis Diraja Malaysia (PDRM)," Ia selari dengan cerita seorang lagi bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan yang menyatakan kewujudan 9 Naga yang sangat berpengaruh termasuk dalam pentadbiran Polis. 

Mafia sudah sebati dengan tauke-taikun-cukong-kapitalis-kartel. Mereka melobi dan penyumbang dana kepada parti-parti politik yang bertanding dalam PRU.Sukar kita mengatakan mereka mampu mengawal kerajaan kecuali dengan payung tertentu. Adakah payung itu orang politik? Elit birokrat? atau siapa? Moga dijauhkan institusi Raja/Bangsawan menjadi payung kepada mafia-kongsi gelap tersebut untuk mengawal kerajaan.

Selain itu, Isham Rais menulis Daulah Terpendam bukan terdiri daripada sosok manusia atau organisasi. Daulah terpendam secara rasmi atau tidak rasmi. Ia memiliki ketua atau tidak ada ketua.  Daulah terpendam ialah organisasi tanpa bentuk. Wujud tanpa arahan sesiapa. Maka, barangkali, daulah terpendam adalah satu set pemikiran yang dipengaruhi oleh fenomena atau persepsi yang dibentuk oleh alogritma media. Alogoritma media digerakkan oleh sesiapa yang membayar. Yang membayarnya adalah kapitalis/pemodal. Persoalannya siapakah mereka?

Fenomena Rusuhan, Kebangkitan Rakyat dan Revolusi masakini digerakkan oleh alogoritma media sosial yang menggerakkan persepsi rakyat dan pembunuhan karekter terhadap tokoh tertentu.


Siapakah yang menggerakkan alogoritma media ini? Mereka ini adalah Daulah Terpendam yang tidak diketahui siapa mereka.



Saturday, September 27, 2025

Pemerintah Dunia (1)

 Jika kita melihat kepada isu antarabangsa,, ramai selesa menyokong berdasarkan

1. Agama/seiman/satu aqidah
2. Bangsa.
3. Ideologi
4. kemanusiaan
Isu Gaza, kebanyakan rakyat biasa yang terbanyak melihat dari (1) agama Islam (saudara seiman), (2) bangsa, (3) ideologi dan (4) kemanusiaan.
Elit politik yang memerintah kerajaan tidak melihat dari segi semua itu. Geopolitik dunia dan sejarah mempengaruhi pemikiran elit politik. Sehebat Jepun pun terpaksa mengikut pandangan AS menjadi pro Israel
Dalam Isu Azerbaijan vs Armenia. Rusia berpihak kepada Armenia. Azerbaijan disokong oleh Turki, Iran dan Israel. Pada waktu yang sama, Rusia adalah sekutu utama Iran. Geopolitik Dunia sebegini, kita akan lihat tikam-menikam demi kelangsungan hidup dan kepentingan agenda sendiri. Akhir sekali, akan ada kambing hitam untuk dikorbankan. Ini yang berlaku pada HAMAS.

Sunday, September 21, 2025

Maklumat dan Ilmu

 Kita tertarik dengan kenyataan Dr Wan Ji. Beza ilmu ketimbang maklumat. Ilmu mempunyai metodelogi dan manhaj. Jika tiada metodelogi dan manhaj, itu hanyalah maklumat.

Dari segi teori ilmu sememangnya begitu.

Istilah maklumat atau ilmu, jauh lebih ialah

1. Bagaimana kita memahami ilmu

2. Beramal dengan ilmu/maklumat secara berterusan

3. Sejauhmana maklumat dan ilmu itu memberi manfaat kepada diri dan orang lain.

II

Kualiti atau darjah iman-taqwa

Kenapa seorang ustaz yang mengajar murid sanggup merogol atau melakukan amang seksual terhadap muridnya?

Pada masa yang masa, ustaz itu beristeri 3 orang dan ramai anaknya.

Logiknya, ilmu yang difahami akan meningkatkan kualiti/darjah iman-taqwa seseorang. Apabila perkara sebegini berlaku, ini bermakna ustaz itu belum memahami sebenar-sebenar ilmu yang dia pelajari. Ilmu yang tidak menambah iman-taqwa (keyakinan berTuhan). 

Begitu juga Orientalis yang tinggi ilmu sehingga menghafaz al Quran tetapi  masih kafir. Ini bermakna ilmu yang tinggi tidak memberi kefahaman kepada dia sendiri.

III

Jalan Hidayah

Orang hebat seperti Greta Thurberg sangat hebat dalam amal kebajikan, hak asasi dan alam sekitar. Usaha beliau mengatasi usaha aktivis dan pemimpin kalangan umat Islam.

Perbuatan beliau kita kagumi dan kita doakan orang Baik dalam kalangan bukan Islam mendapat hidayah

IV

Ingkar Ilmu

Tahu tetapi kita tak amal dan ikut ilmu yang kita tahu. Itulah ingkar ilmu. Ilmu perlu disertakan doa  agar ilmu itu ada sentuhan hidayah.


Beza Ilmu ketimbang Maklumat


Sumber : Dr Wan Ji

 Apabila dikaitkan dengan ilmu, ia mesti ada metodologi dan manhaj.

Seseorang yang bergelar sebagai ulama, penguasaannya mesti terikat dengan metodologi dan manhaj.
Kalau tidak tahu manhaj dan metodologi, itu bukan ilmu. Itu sekadar maklumat.

Qutbis ke Liberalis Kembali Kepada Tradisionalis-Sufi: Taubat Seorang Ulil Abshar Abdalla

Zaman Muda adalah anyaman daripada idealistik, semangat melangit, suka memberontak-melawan, anti-penguasa, penegak keadilan, jurubicara rakyat, pendek akal-bodoh dan ‘gila-gila’-berbuat baru berfikir. Kita muda teruja dan kagum tokoh-tokoh yang hebat pidato dan kaya pengetahuan. Kita mudah diasyik dan dikhayalikan oleh ideologi dan aliran pemikiran.  Kita aktif dalam pelbagai aktiviti, program dan organisasi.

 

Ulil Abshar Abdalla salah seorang sosok Islam Liberal yang terkenal. Anak muda NU ini pernah mengidap penyakit Qutbisme pada zaman mudanya. Dia terpengaruh dengan buku Sayyid Qutb, ‘Ma’alim fi al-Thariq’ yang ditulis dalam bahasa Arab yang indah. Ketika itu, Ulil berusia 19 tahun. Buku ini mendorong anak muda menjadi fundamentalis-radikal dan terpengaruh dengan gejala takfir (mudah mengkafir orang lain).

 

Dalam beberapa  saat membaca buku Sayyid Qutb, Ulil akan tenggelam dalam kemabukan denganmengatakan masyarakat disekeliling dia adalah jahiliah yang berada dalam kegelapan akidah. Kita sahaja yang betul dan akidah paling benar. Ia membawa kepada totaliter--kemutlakan. Ulil bernasib baik kerana ia hanya merasa dan tidak pernah mengutarakan secara lisan dan tindakan.

 

Ulil juga menulis bahawa dia juga terpengaruh dengan pemikiran santisme melalui buku-buku Richard Dawkins, Lawrence Krauss, Stephen Hawking, Carl Sagan, Richard Feynman, Steven Weinberg, E. O. Wilson, Steven Pinker, Peter Atkins, Victor Stenger. Jebakan kegelapan ini diubati oleh pemikiran Cak Nur dan Gus Dur.

 

 

Ulil Abshar Abdalla sebagai koordinator Jaringan Islam Liberal. Jaringan Islam Liberal merupakan penjenamaan semula liberalisme sebelum itu. JIL awalnya digerakkan oleh intelektual muda dari ISAI (Institut Studi Arus Informasi;.. Pertemuan pertama, mereka telah mewacanakan tajuk Akar-Akar Liberalisme Islam: Pengalaman Timur Tengah (The Roots of Islamic Liberalism: The Middle East Experience) yang dibentangkan oleh intelektual muda progresif, Luthfi Assyaukanie (pensyarah Universiti Paramadina (diasaskan oleh Cak Nur) dan penyelidik di Freedom Institute. Luthfi lulusan Universiti Jordan, MA (ISTAC UIA) dan Phd University of MelbourneAustralia.

 

Nama JIL meletup apabila  Ulil Abshar Abdalla menulis artikel Menyegarkan Kembali Pemahaman Islam.(Kompas, 18 November 2002). Idea Islam Liberal mencabar pemikiran Islam tradisional.

 

Pada tahun 2007, Ulil menyambung MA di Boston University. Pada tahun 2010, dia sedang menyambung PhD. Ketika itu dia masuk bertanding jawatan Pengerusi UN semasa Muktamar NU di Makasar tetapi tewas. Setelah gagal masuk ke dalam kelompok elit NU, dia aktif dalam Parti Demokrat sekitar tahun 2010 hingga 2015. Dia tidak sekses dalam dunia politik.

 

Kejutan berlaku pada tahun 2016, dia kembali menjadi tradisonalis-Sufi dengan meneliti, menekuni dan mengajar kitab Ihya Ulumiddin karya Imam al Ghazali. Ia bagaikan mengulangi fasa kehidupan Abu Al-Hasan Al-Asyari daripada muktazillah kepada ASWJ. Begitu Pak Harun Nasution kembali kepada Sufisme.

 

II

 

Tarbiyyah dan asuhan daripada latar belakang keluarga beragama, persekitaran Islam dan proses pentarbiyyahan atau kaderisasi Jemaah Islam yang KERAS akhirnya melahirkan sebilangan anak-anak muda yang ANTI-TESIS--memberontak, mahu bebas bukan terikat atau dikawal oleh kelompok tua dalam jemaah, cabar ideologi atau pemikiran lama. Ini adalah lumrah dalam perkembangan mencari makna kehidupan dan identiti diri seorang anak muda.

 

Ulil Abshar Abdalla, dari tradisionalis NU--Qutbisme--Liberalisme-Politik-Tradisonalisme+Sufisme. Ramai lagi anak muda senasib dengan Ulil Abshar Abadalla.

 

III

 

Lazimnya, tradisionalisme yang menang. Akarnya ialah institusi pendidikan (madrasah dan pondok), institusi masjid dan institusi kekuasaan dipegang oleh kelompok tradisional. Di Malaysia, Institusi Raja dan Institusi Birokrat Agama dipegang oleh tradisionalis.

Akhlak Sebelum ILMU

Kita biasa dengar atau baca ayat, “adab sebelum ilmu”. “Kehilangan Adab”- al-Attas. “Hati yang baik lebih berharga daripada ribuan kepala yang penuh ilmu”--Plato. “Ilmu tanpa hati yang baik ibarat pisau tajam tanpa pegangan”.

 

Akhlak dan Rasulullah SAW’. Ada yang bertanya, “Apakah itu agama?” Sabda Rasulullah SAW, “Akhlak yang mulia” . Sabda Rasulullah SAW, “sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”. Saidatina Aisyah pernah berkata, “akhlaknya (Rasulullah) adalah al-Quran”

 

Impak iman dan ilmu itu pada akhlak. Secara mudah, akhlak ialah budi pekerti, tabiat, perangai atau kelakuan seseorang yang sebati dengan jiwa yang mudah melakukan kebaikan dan bermanfaat kepada diri dan orang lain. Hati (jiwa) yang baik datang daripada iman, ilmu dan fitrah kemanusiaan dicerminkan dalam lisan, tulisan, keputusan dan tindakan. Manusia Tanpa akhlak bermakna seseorang itu ingkar iman dan ilmu.

 

Berakhlak adalah Orang Baik. Orang Baik ialah orang mempunyai (1) hubungan baik dengan Allah, (2) sesama manusia dan (3) alam. Terbaik ialah memiliki 1, 2 dan 3.

 

Manusia Barat seperti Greta Thunberg memiliki perkara 2 dan 3. Berjuang dalam isu kemanusiaan dan alam sekitar.

 

Perosak kepada akhlak yang baik ialah penyakit dengki, sifat melampau, buruk sangka, sombong dan tamak.

 

II

 

Islam adalah jalan penyelesaian masalah. Soalnya, bagaimana Islam menyelesaikan masalah?

Untuk menyelesaikan masalah, ia bukan sahaja terletak kepada ideologi, keyakinan, agama, strategi, pendekatan, kaedah atau sistem. Jauh lebih penting ialah tentang SIAPA?

 

Jawapannya ialah Orang BAIK yang LAYAK. ORANG BAIK yang LAYAK yang terbaik perlu diutamakan sudah tentu kalangan orang  beriman daan bertaqwa (jika mereka ada). Ingat, orang baik yang layak tidak semestinya orang Islam.

 

 

III

 

Perubahan pemikiran dan pendekatan-strategi adalah satu proses perkembangan diri kita. Paling penting pengakhiran hidup yang baik.

 

Fasa awal , seseorang anak muda sudah tentu memiliki semangat berlebihan , tenaga-idea, sifat memberontak, keras dan mahu mengubah ‘dunia’. Anak muda dalam proses mencari indentiti dan jati-diri. Menyukai kepelbagaian, persamaan kelas dan gender, keadilan sosial dan menentang arus perdana/status quo serta anti-pemerintah.  Maka, anak muda akan lebih mudah teruja dan kagum dengan pemikiran dan gaya pimpinan--berpidato dam retorik  seperti Sayyid Qutb, Che Guevara, Sukarno, TGHH dan Anwar Ibrahim . Atau ideologi dan kumpulan seperti Komunisme, Sosialisme, Progresif, Hizbut Tahrir, EZLN, Ikhwanul Muslimin dan bagai.

 

Kemudian, ramai kalangan anak muda berubah teruja dan kagum dengan tokoh yang lebih intelektual dan moderat melalui pengaulan dan pembacaan (contoh, kes gerakan Islam tempatan) seperti Buya HAMKA, Muhammad Natsir dan Syed Muhammad Naquib al Attas. Ulil Abshar Abdalla seorang Qutbis mabuk dengan pemikiran Sayyid Qutb dillunak oleh pemikiran Gus Dur dan Cak Nur. Pemikiran ABIM daripada Sayyid Qutb kepada Muhammad Natsir.

 

Fasa seterus adalah ujian. Kita diuji dengan apa yang kita dokong. Kelangsungan hidup--kuasa, wang, popular, selesa, mewah, jawatan, kroni---kawan2, keuntungan/agenda peribadi,  wanita dan anak-anak mempengaruhi kita. Disinilah, ramai yang tersangkut, terbabas dan tertewas serta ingkar ilmu dengan melanggar keyakinan, pegangan dan kepercayaan sendiri. Wirawan-Hero Rakyat setelah menjadi penguasa, menzalimi rakyat sebagaimana apa yang mereka lawan dahulu. Sosialis bertukar menjadi kapitalis-taikun besar  yang menindas dengan manipulasi dan eksploitasi ke atas rakyat. (Nota: Tun Daim dan Tun Abdul Razak adalah sosialis ketika zaman muda)

 

Fasa ujian ini juga, adakah kita melaksanakan apa yang kita yakin, pegang dan dokong dalam posisi yang kita ada ada? Adakah idea kita sekadar pembacaan yang khayal dan palsu yang menyedapkan akal dan jiwa kemudian modal mengkritik dan menghentam orang lain dengan lagak terlebih suci, terlebih tahu dan terlebih bijak daripada orang lain? Bangga dengan wacana ilmu dan pengetahuan yang banyak. Akhirnya kita ada seminar, forum, pondcast dan Kuliah Umum yang mengasyik, utopia dan berkelas tinggi yang palsu dan tak berimpak kepada lingkaran diri dan realiti di lapangan.

 

Kematangan usia, keluasan dalam pengaulan, perkembangan ilmu (membaca) dan pengalaman mendewasakan kita tentang sesuatu. Baru kita kenal realiti sebenar, keutamaan dan kemampuan kita dalam mendepani kehidupan.. Baru kita kenal siapa kita.

 

IV

 

Ada pendapatan besar, kaya, ada jawatan, popular, berpendidikan tinggi, banyak membaca tidak berguna jika tidak beraklak. Kekuasaan dan tanggungjawab adalah ujian sebenarnya. Tulis-baca-wacana hanyalah berfungsi memberi kesedaran dan bersifat ideal.  Akhlak menentukan siapa kita. Fungsi Akhlak dalam lingkaran kehidupan seharian--pesekitaran hidup kita sangat penting.

 

Kita tak mampu ubah dunia tetapi kita mampu ubah diri kita sendiri. Kemudian ubah keluarga dan persekitaran kerja serta masyarakat sekeliling kita. Ubah berdasarkan kemampuan, kekuasaan dan pengaruh yang kita ada. Kita sebagai ayah, guru, ketua keluarga dan pemimpin masyarakat setempat.

Kelas Sosial

Persamaan kelas sosial, hak asasi manusia, sama rata dan keadilan (dalam konsep Barat) adalah satu utopia.

 

Rasulullah SAW dalam pelaksanaan ibadah HAJI memberi personafikasi persamaan kelas  sosial, hak asasi manusia, sama rata dan keadilan dalam Islam. Malangnya, masa kini elemen-elemen tersebut menjadi tumpul dalam pelaksanaan ibadah HAJI.

 

Orang berkuasa dan kaya mendapat hotel-hotel berhampiran Masjidil Haram, orang berpengaruh dapat masuk dalam Kaabah, tawaf dikeliling pegawai keselamatan, kemudahan selesa (bahkan mewah) dan dekat tempat melontar di Mina dan berkhemah berhampiran Jabal Rahmah di ketika Wuquf. Ini antara  perkara yang mewujudkan ‘kelas sosial’ dalam ibadah haji masa kini. Ia lebih siapa ‘berpengaruh’ dan kaya.

 

Hakikat sebenarnya, suka atau tidak, persamaan kelas sosial, sama rata dan keadilan disisi manusia adalah utopia dan palsu. Ia kekal WUJUD dan  terlalu IDEAL yang perlu kita semua menghadapinya terutamanya masyarakat masa kini.

 

Komunisme dan Sosialisme cuba mewujudkan keadilan sosial dan persamaan kelas sosial. Tetapi gagal.

 

Dalam Islam, kelas sosial itu ada pada sifat TAQWA. Islam membezakan ahli BADAR dengan orang biasa. 10 sahabat ahli syurga dengan sahabat yang lain. Tingkat dan pintu Syurga. Generasi terbaik (sahabat, tabi’in dan Tabi’unt Tabi’in) dengan generasi kemudian.

 

Maka, pertentangan kelas sosial perlu dinilai dari sudut positif ialah sentiasa berusaha meningkatkan kelas sosial. Perihal akhirat memerlukan iman yang benar usaha dan amal berterusan. Dan perihal dunia melalui PENDIDIKAN, DISIPLIN dan KERAJINAN.

Gurau Kasar

Bertemu teman satu kelas, satu sekolah, satu rumah sewa, satu asrama bahkan satu kampung, kita lupa bahawa kita sedang berada fasa dewasa. Maka, memori dan kenangan zaman remaja atau kanak-kanak merobek seketika tembok kedewasaan sehingga nampak kekasaran dan ketidaksopanan serta kenakalan zaman dahulu.

 

II

 

Ramas kote, usik lelaki berbadan gempal (sentuh tetek) dan ucapan dua makna (ada unsur lucah). Ini antara gurauan kasar sesama lelaki. Ia biasa berlaku antara kawan dan antara guru dengan murid. Jika salah seorang tak berapa suka, ia boleh menjadi kesalahan seksual. Maka, waspadalah ketika bergurau.

 

Ramas kote adalah gurau kasar orang tertentu. Biasanya generasi lama.

DARI LIBERALISME KE ISLAM LIBERAL: SATU SOROTAN

 


Dr Zulkifli Mohamad al Bakri

Dewasa ini, masyarakat Islam di seluruh dunia mulai sedar akan wujudnya gerakan-gerakan yang membawa fahaman liberal, liberalisme dan Islam liberal. Masyarakat mulai menyebut-nyebut dan berbincang tentang gerakan liberalisme dan Islam liberal. Namun dalam masa yang sama, masih terdapat banyak salah faham dan ketidakjelasan maklumat akan apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan istilah-istilah ini, hatta disisi para pendakwah, asatizah dan para ilmuwan.

Satu kaedah fiqh yang masyhur ada menyebut:

الحكمُ على الشَّيءِ فَرعٌ عَنْ تَصَوُّرِهِ
Maksudnya: Hukum ke atas suatu perkara memerlukan gambaran yang jelas berkenaannya.

Imam al-Ghazzali menekankan peri pentingnya bagi seorang ilmuwan itu untuk memahami hakikat sebenar perkara yang dibahaskan sebelum itu layak untuk mengkritik atau menerimanya. Beliau menegaskan seseorang yang mengkritik sesuatu perkara tanpa terlebih dahulu memahaminya dengan mendalam adalah ibarat orang yang memanah dengan mata yang tertutup. (Rujuk Al-Munqiz min al-Dhalal, hal. 578)

Perbahasan berkenaan liberal, liberalisme dan Islam liberal merupakan satu perbincangan yang amat panjang. Menyedari hakikat ini, kami akan menjelaskan secara ringkas definisi perkataan liberal dari sudut bahasa, sejarah ringkas gerakan liberalisme dan seterusnya membataskan perbahasan Syarak mengenai gerakan Islam liberal, dengan fokus terhadap pemikiran Jaringan Islam Liberal (JIL) di Indonesia sebagai salah satu gerakan Islam liberal yang paling berpengaruh.

Definisi Liberal
Dari sudut etimologi, perkataan liberal berasal daripada bahasa Latin liberalis yang antara lain bermaksud kebebasan dan sifat seorang yang merdeka, atau daripada perkataan liber yang membawa makna bebas dan tidak terikat atau terkongkong. Sewaktu kurun ke 16 dan 17, liberal digunakan merujuk kepada kebebasan daripada sebarang kekangan dalam pengucapan dan tindakan. Zaman Pencerahan (Enlightenment) pula mengertikannya dari sudut positif (ijabiyyah) sebagai kebebasan daripada sikap prejudis, jumud dan taasub, serta seruan ke arah toleransi.

Dalam konteks sekarang, seorang yang liberal itu secara umumnya merujuk kepada sesiapa yang menghormati kepelbagaian kepercayaan dan sikap. Manakala dari konteks politik, sebuah parti yang liberal ialah yang memperjuangkan ke arah kebebasan individu dan pembangunan ke arah pengagihan kekayaan negara dan kuasa yang lebih adil dalam kalangan masyarakat.

Contoh penggunaan perkataan liberal dapat dilihat dalam beberapa bidang dan lapangan. Misalnya dalam Rukun Negara, jelas dinyatakan bahawa antara cita-cita yang perlu dicapai sebagai sebuah negara ialah:

“Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak”.

Jelas bahawa yang dimaksudkan di sini adalah sikap terbuka yang diamalkan di Malaysia bagi menjamin perpaduan rakyat yang berbilang kaum dan budaya, dan tidak sama sekali memberi gambaran bahawa Malaysia menerima liberalisme sebagai ideologi politik mahupun sebagai falsafah negara. Perkataan liberal dalam konteks ini tidak membawa sebarang konotasi negatif, kerana ia terlepas daripada ideologi dan worldview ideologi liberalisme yang mewarnai penggunaannya dalam sejarah. (Rujuk Khalif Muammar dalam Islam dan Liberalisme: Antara Maslahah dan Mafsadah, Jurnal Afkar Jilid. 20 Isu 2 (2018), hal. 7-8)

Dalam bidang ekonomi pula, kita sering mendengar istilah liberalisasi ekonomi yang membawa maksud suatu polisi yang mengurangkan regulasi dan campur tangan kerajaan dalam ekonomi sesebuah negara, bagi menarik penglibatan yang lebih aktif dalam pembangunan ekonomi oleh sektor swasta. Ia juga boleh membawa maksud polisi ekonomi yang lebih mesra kepada pelaburan asing dalam sesebuah negara.

Begitu juga dalam bidang pendidikan, dimana terdapat satu bidang pendidikan yang dinamakan sebagai pendidikan liberal (liberal arts education). Ia berasal daripada perkataan latin artes liberales, iaitu pelajaran tujuh subjek yang lebih menjurus ke arah meluaskan ufuk intelektual, berbanding kemahiran praktikal. Pengajian liberal arts dibahagikan kepada dua kategori, iaitu trivium (tatabahasa, logik dan seni retorik) dan quadrivium (aritmetik, geometri, muzik dan astronomi). Pengajian mata pelajaran ini dipanggil sebagai pendidikan liberal, kerana ia membebaskan minda daripada kejumudan tradisi dan keegoan diri.

Dalam tradisi Rom, pendidikan liberal dipelajari oleh golongan merdeka dan kelas tinggi, manakala lawannya pula ialah servile arts, yang lebih bertumpu ke arah skil-skil pekerjaan seperti pertukangan dan pembuatan.

Perkataan liberal juga didapati dalam bidang sukan, di mana salah satu posisi bagi sukan bola tampar dinamakan sebagai libero yang berasal dari perkataan Itali yang bermaksud bebas, iaitu satu posisi pertahanan yang bebas untuk keluar dan masuk menggantikan pemain di barisan belakang tanpa perlu meminta kebenaran daripada pengadil.

Beberapa ketika yang lalu juga, timbul istilah ‘super liberal’ yang sering diulang oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, yang beliau tujukan kepada sesetengah kelompok liberal yang disifatkan sebagai angkuh dan memaksa orang lain mengiktiraf dan memenuhi permintaan mereka, khasnya dalam isu-isu sensitif seperti LGBT, keistimewaan orang Melayu dan kedudukan agama Islam di negara ini.

Liberalisme sebagai satu ideologi ekonomi dan politik
Liberalisme merupakan antara falsafah yang terpenting dalam mencorakkan peradaban barat pada hari ini, di samping fahaman-fahaman lain seperti humanisme, sekularisme dan pluralisme.

Sebenarnya tidak ada satu definisi yang disepakati bersama akan apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan liberalisme. Kami bawakan beberapa definisi yang diberikan oleh beberapa badan berautoriti dan para sarjana:

Ensiklopedia Britannica mendefinisikan liberalisme sebagai satu doktrin politik yang menjadikan perlindungan dan pengembangan kebebasan individu sebagai fokus utama dalam bidang politik.

Liberalisme lahir daripada fokus tamadun barat yang amat mementingkan individualiti, berbanding tamadun lain yang mengambil berat soal status, kasta dan tradisi. Liberalisme juga amat sensitif dengan perubahan zaman dan konteks, yang menatijahkan pengamalan liberalisme yang berbeza di setiap negara dan setiap zaman.

Liberalisme dalam sejarahnya menginginkan wujudnya kepelbagaian dalam gaya hidup dengan cara melindungi hak dan kepentingan golongan kelas menengah, kelompok minoriti agama, kelas pekerja, orang miskin, minoriti kaum, wanita, LGBT dan kelompok kurang upaya.

Sebagaimana lazimnya, suatu fahaman dan aliran pemikiran tidak lahir dalam ruang vakum. Demikian juga liberalisme, ia lahir sebagai tindak balas terhadap pemerintahan kuku besi, feudalisme dan teokrasi yang menjadi pengalaman pahit masyarakat Barat selama lebih kurang seribu tahun. (Rujuk Khalif Muammar dalam Islam dan Liberalisme: Antara Maslahah dan Mafsadah, Jurnal Afkar Jilid. 20 Isu 2 (2018), hal. 2-3)

Menurut Liberal International– satu persekutuan yang menghimpunkan parti-parti politik liberal sedunia- terdapat beberapa teras utama yang menjadi tunjang perjuangan golongan liberal, antaranya ialah:

– mewujudkan masyarakat yang bebas, terbuka dan saksama, dimana nilai kebebasan mesti diimbangi dengan nilai kesetaraan
– hak asasi manusia
– ekonomi pasaran sosial, perdagangan bebas dan pembangunan

Menurut Milton Friedman, kebebasan politik ialah tidak wujudnya paksaan seseorang ke atas seseorang yang lain. Ancaman terbesar terhadap kebebasan ialah kuasa paksaan, sama ada kuasa tersebut ada pada tangan raja monarki, diktator, oligarki atau pihak majoriti. (Rujuk makalah bertajuk The Basic Principles of Liberalism karangan Milton Friedman)

Menurut Oxford Islamic Studies pula, liberalisme merupakan satu idelogi yang merangkumi kepercayaan terhadap demokrasi pilihanraya, hak-hak sibil, kesetaraan jantina, kemajuan manusia dan penghapusan hierarki sosial pra-kemodenan. Ia diperkenalkan ke dunia Islam pada abad ke-19 oleh orang Eropah.

John Stuart Mill, salah seorang pemikir liberal terpenting menggariskan beberapa kaedah asas dalam pemikiran liberalisme berkenaan hubungan individu dan masyarakat:

i. Tindak-tanduk seorang individu itu pada asalnya tidak perlu dipertanggungjawabkan dihadapan masyarakat, selagi mana tindakannya itu hanya berkaitan dengan dirinya sendiri sahaja.
ii. Masyarakat hanya boleh memberi nasihat, tunjuk ajar, memujuk dan menjauhkan diri daripada individu tersebut jika mereka tidak selesa atau tidak bersetuju dengan perbuatannya.
iii. Jika tindakan individu memberi kesan kepada kemaslahatan pihak lain, maka dia boleh dikenakan hukuman undang-undang atau sosial jika masyarakat merasa adanya keperluan ke arah itu.
iv. Pada asasnya, sebarang mafsadah yang menimpa orang lain akibat tindakan seorang individu, tidaklah memestikan campur tangan masyarakat terhadap individu tersebut. Hal ini kerana dalam banyak hal, tindakan seorang individu untuk mencapai sebarang objektif akan memberi kesan negatif kepada orang lain.

Ringkasnya, pemikiran liberalisme memberi penekanan yang mendalam terhadap kebebasan individu, sikap keterbukaan, meraikan kepelbagaian dan dalam masa yang sama menekankan konsep kesetaraan dan kesaksamaan.

Islam Liberal
Menurut Charles Kurzman, Muslim pertama yang mencadangkan nama “liberal Islam” ialah Asaf Ali Ashgar Fyzee, seorang modenis kelahiran India. Asaf Ali menulis:

“a newer ‘protestant’ Islam will be born in conformity with conditions of life in the twentieth century, cutting away the dead wood of the past and looking hopefully at the future. We need not bother about nomenclature, but if some name has to be given to it, let us call ‘Liberal Islam’…”

Greg Barton, seorang tokoh yang mendokong Islam Liberal di Indonesia menyatakan bahawa terdapat empat rukun asas bagi ajaran Islam liberal ini, iaitu:
i. Kepentingan kontekstualisasi ijtihad
ii. Komitmen terhadap rasionaliti dan pembaharuan (agama)
iii. Penerimaan terhadap pluralisme sosial dan agama
iv. Pemisahan agama dari politik (Rujuk Atas Nama Kebenaran: Tanggapan Kritis Terhadap Wacana Islam Liberal, hlm. 179)

Dalam mengupas tentang ajaran Islam Liberal ini, kami bataskan perbahasan hanya sekitar penulisan dan pemikiran tokoh-tokoh Jaringan Islam Liberal (JIL) yang berpusat di Indonesia, memandangkan mereka sendiri menamakan kumpulan mereka dengan nama Islam liberal. Jika kami membahaskan pemikiran tokoh-tokoh tertentu yang lain yang mempunyai unsur Islam liberal, dibimbangi akan berlaku ketidakadilan, kesalahfahaman dan tohmahan melulu jika mereka sendiri tidak menamakan diri mereka sebagai pendokong dan pembawa ajaran Islam liberal. Pun begitu, tidak dinafikan bahawa pemikiran sebegini boleh sahaja wujud di negara ini jika tidak ditangani dengan bijaksana.

Penulis-penulis JIL yang masyhur, antaranya Ulil Absar Abdalla dan Luthfi Assyaukanie banyak mengemukakan pandangan-pandangan mereka lewat penulisan-penulisan mereka di laman web rasmi JIL.

Tema utama pemikiran Islam Liberal
Menurut Ulil Absar Abdalla, gerakan Islam Liberal muncul untuk menjadi neraca bagi menyeimbangkan wacana kewajipan dan kebebasan dalam Islam. Hal ini kerana menurut beliau, diskusi berkenaan Islam terlalu dipenuhi dan didominasi subjek fiqh, yang lebih memberi penekanan pada soal kewajipan dan halal haram, sehingga mengecilkan ruang bagi perbincangan tentang hak asasi dan kebebasan.

Beliau turut menyanggah konsep penciptaan manusia untuk menyembah dan mengabdikan diri kepada Tuhan, kerana konsep ini dianggap memberikan konotasi bahawa manusia dan Tuhan itu adalah berseteru antara satu sama lain, maka manusia mesti ditundukkan. Beliau menyatakan bahawa tujuan tertinggi penurunan agama ialah bagi mengangkat martabat kemanusiaan, kerana fokus pertama dalam agama ialah manusia itu sendiri, bukan semata-mata Tuhan.

Sementara itu menurut Luthfi Assyaukanie, sebagai sebuah gerakan pembaharuan pemikiran keagamaan, Islam liberal mempunyai dua musuh: pemikiran konservatif agama dan fundamentalisme. Konservatif agama dalam erti kata suatu pemahaman sempit terhadap agama yang selalu skeptik dan menolak sebarang pembaharuan, manakala fundamentalisme ialah satu sikap pemaksaan pandangan terhadap kelompok lain dengan cara kekerasan.

Bagi beliau, kedua-dua aliran konservatif dan fundamentalis ini merupakan ‘antitesis’ kepada gerakan Islam liberal yang amat menitikberatkan kepelbagaian pandangan, pembukaan pintu ijtihad, hak asasi manusia, kebebasan dan lain-lain nilai yang menjadi rukun kepada aliran liberal.

Tambah beliau lagi, gerakan Islam liberal bukanlah satu fenomena baharu, namun ia telahpun wujud sejak zaman pembaharuan pada awal abad ke-19. Ia merupakan satu gerakan untuk membebaskan umat Islam daripada belenggu kejumudan dan keterbelakangan yang diakibatkan oleh fahaman konservatisme dan fundamentalisme agama.

Charles Kurzman pula telah menulis sebuah buku antologi bertajuk Liberal Islam yang menghimpunkan hasil tulisan 32 tokoh Muslim yang mempunyai persamaan dengan wacana-wacana dan idea-idea yang dibincangkan dalam pemikiran liberalisme barat seperti demokrasi, hak minoriti dan kebebasan. Antara tokoh yang dipetik termasuklah ‘Allamah Muhammad Iqbal, Syeikh Yusuf al-Qaradhawi dan Syeikh Rachid Ghannouchi, selain tokoh-tokoh liberal seperti Fatima Mernissi, Amina Wadud, Nurcholis Majid dan Mohamed Arkoun. Perlu diberi perhatian bahawa tokoh terkemuka seperti Syeikh Yusuf Qaradhawi dan Rachid Ghannouchi tidak berpegang dengan ajaran liberal, dan Charles Kurzman hanya memasukkan mereka ke dalam senarai tokoh liberal kerana sebahagian pandangan mereka yang sesuai dengan ajaran Islam liberal.

Fenomena anti-autoriti dan disiplin dalam memahami agama
Luthfi Assyaukani telah menulis:
“Andai aku seorang Muslim liberal, maka aku akan melepaskan segenap keyakinan-keislamanku dari segala bentuk otoritas tafsir atas Islam yang tidak sesuai dengan akalku, termasuk otoritas keulamaan. Namun, aku akan menerima tafsir-otoritatif dari siapapun, dalam arti otoritas itu bersumber pada bukti-bukti yang meyakinkan secara rasional dan berdasar pada prinsip-prinsip ilmiah yang aku yakininya kebenarannya.

Syarat-syarat klasik yang biasanya menjadi kualifikasi terberat dalam melakukan ijtihad sudah seharusnya ditinjau ulang. Karena, syarat-syarat itu, selain tidak masuk akal, hanya akan membatasi kemajuan kaum muslim. Argumen utama kaum liberal adalah bahwa manusia diciptakan oleh Allah dalam keadaan bebas. Dan kebabasan adalah anugerah terpenting yang diberikan Tuhan kepada manusia. Kebabasan berpendapat, selain itu, juga merupakan hak individu yang tak seorangpun berhak mencegahnya.”

Malah, penulis pergi lebih jauh dengan menyatakan bahawa “…dalam sebuah ayat Alquran, Tuhan pun tak mampu mencegah makhluknya untuk berpendapat (QS. 2:30)”. Ini merupakan satu bentuk pengagungan yang melampau terhadap kebebasan dan kehendak manusia, hingga ke tahap meletakkan satu sifat kelemahan dan ketidakmampuan

Sementara Ulil Absar Abdalla pula menempelak kebergantungan umat Islam terhadap fatwa dan pandangan ulama:

“Kenapa gerangan tampaknya umat Islam harus menunggu fatwa terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu? Apakah tidak cukup mereka memakai nalar (akal rasional) saja untuk mengetahui hal-hal yang sederhana? Bukankah memakai nalar/akal merupakan kebajikan yang diperintahkan oleh agama?”

Islam menggariskan syarat-syarat yang ketat sebelum seseorang itu mampu mencapai tahap kemampuan untuk berijtihad. Imam al-Syatibi menetapkan bahawa seorang yang ingin berijtihad mestilah memahami Maqasid Syari’ah secara sempurna dan mampu untuk mengistinbatkan hukum syara’ daripada dalil-dalilnya. (Rujuk Al-Muwafaqat, 4/105-106)

Almarhum Dr Wahbah al-Zuhaily pula sewaktu menyimpulkan syarat-syarat ijtihad yang dibahaskan oleh Imam al-Amidi dan Imam al-Baidhawi menyenaraikan butiran-butiran berikut:

1. Pengetahuan mendalam tentang ayat-ayat hukum daripada al-Quran, samada dari sudut bahasa mahupun syarak.
2. Pengetahuan mendalam tentang hadith-hadith hukum, samada dari sudut bahasa mahupun syarak
3. Pengetahuan mendalam berkenaan nasikh dan mansukh dalam al-Quran dan al-Sunnah.
4. Pengetahuan mendalam terhadap perkara-perkara yang diijma’kan oleh ulama.
5. Pengetahuan mendalam tentang qiyas dan kaedah pengaplikasiannya.
6. Pengetahuan mendalam tentang bahasa Arab, samada ilmu nabu, sorof dan balaghah.
7. Kepakaran dalam bidang usul al-fiqh. (Rujuk Usul al-Fiqh al-Islamiy 2/1072-1076)

Melihatkan syarat-syarat yang sebegini ketat, adalah amat menakjubkan bagi mereka-mereka yang bermudah-mudah menceburkan diri dalam arena ijtihad. Pintu ijtihad tidak pernah tertutup, dan Islam membuka pintu ijtihad terutamanya bagi menyelesaikan permasalahan-permasalahan baharu, namun ia mestilah dilakukan oleh mereka yang benar-benar berkelayakan sahaja, dan bukannya bebas untuk sesiapa sahaja seperti yang dimahukan oleh golongan liberal Muslim.

Cubaan menghalalkan LGBT atas nama ijtihad baharu
Antara pandangan-pandangan baharu yang dikeluarkan atas nama ijtihad dan penafsiran semula al-Quran ialah berkenaan isu homoseksual dan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender).

Beberapa penulis di laman web Islam liberal Indonesia, Khoirul Anwar dan Khoirul Anam secara terang menyebut bahawa tiada satupun ayat dalam al-Quran yang secara eksplisit (terang dan nyata) yang menolak LGBT, mahupun yang menerimanya. Maka, menurut penulis tersebut, setiap orang bebas mengemukakan tafsiran masing-masing.

Hal ini pastinya bercanggah dengan firman Allah SWT yang secara jelas menempelak umat Nabi Luth A.S yang mengadakan hubungan seks sesama lelaki:
أَتَأْتُونَ الذُّكْرَانَ مِنَ الْعَالَمِينَ ﴿١٦٥﴾ وَتَذَرُونَ مَا خَلَقَ لَكُمْ رَبُّكُم مِّنْ أَزْوَاجِكُم ۚ بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌ عَادُونَ ﴿١٦٦﴾
Maksudnya: Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia, (165) Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas!
Surah al-Syu’ara (166)

Sebahagian mereka berhujah bahawa yang diharamkan ialah hubungan seks secara paksa (non-consensual sex), dan bukannya perilaku homoseksual itu sendiri, berdasarkan perlakuan rakus kaum Nabi Luth yang mendesak Baginda menyerahkan dua tetamu tampan (yang sebenarnya malaikat utusan Allah SWT) untuk memenuhi nafsu songsang mereka. Namun hujahan mereka ini jelas ditolak melalui ayat ini yang secara terang menempelak perlakuan homoseksual itu sendiri.

Lebih menghairankan, mereka turut menjadikan riwayat-riwayat sejarah tentang adanya pemimpin kerajaan Muslim yang berorientasi homoseksual dan kewujudan syair-syair Arab yang berunsur homoseksual sebagai dalil bahawa LGBT itu merupakan sebahagian ciptaan Allah SWT yang mesti dipertahankan kewujudan mereka atas dasar kepelbagaian.

Menurut Dr. Khalif Muammar, ijtihad telah dijadikan alasan dalam mengeluarkan pendapat-pendapat baru yang kelihatannya amat jauh daripada kefahaman muktabar. Golongan Islam liberal berusaha untuk mengubah tafsiran Islam agar selaras dengan keadaan manusia. Perbuatan memahami teks wahyu dalam kerangka duniawi, adalah bersalahan dengan sikap Muslim yang sepatutnya terhadap wahyu. Muslim sepatutnya menurut panduan wahyu sepenuhnya, bukan berusaha mengubah fahaman wahyu agar selaras dengan perspektif manusiawi dan duniawi. (Rujuk Atas Nama Kebenaran: Tanggapan Kritis Terhadap Wacana Islam Liberal hlm. 43-45)

Kecenderungan ke arah pentafsiran semula ayat-ayat al-Quran berkenaan isu LGBT ini juga kesan daripada perubahan sikap tamadun Barat terhadap kelompok ini. Kami percaya jika masyarakat Barat pada hari ini tidak mengangkat dan memperjuangkan hak LGBT, nescaya kalangan Muslim liberal tidak akan membangkitkan isu ini.

Rumusan dan kesimpulan
Tuntasnya, ideologi liberalisme muncul atas asas kebebasan individu sebagai tindak balas terhadap pemerintahan kuku besi, feudalisme dan teokrasi yang menjadi pengalaman pahit masyarakat Barat selama lebih kurang seribu tahun. Fahaman ini memberi penekanan yang mendalam terhadap kebebasan individu, sikap keterbukaan, meraikan kepelbagaian dan dalam masa yang sama menekankan konsep kesetaraan dan kesaksamaan.

Gerakan Islam Liberal yang terinspirasi daripada ideologi liberalisme pula diwujudkan atas asas untuk membebaskan umat Islam daripada belenggu kejumudan dan keterbelakangan yang diakibatkan oleh fahaman konservatisme dan fundamentalisme agama, melalui penghargaan terhadap kepelbagaian pandangan, pembukaan pintu ijtihad, perjuangan hak asasi manusia serta mempertahankan kebebasan.

Kesemua cita-cita yang digariskan ini sebenarnya bertepatan dengan ajaran Islam. Namun ia dilakukan dengan cara menyanggah dan meruntuhkan tradisi keilmuan para ulama yang telah diwariskan sejak zaman-berzaman. Pintu ijtihad dibuka seluas-luasnya kepada sesiapa sahaja, dan perkara-perkara yang sudah disepakati oleh para ulama sejak zaman-berzaman (ijma’) juga cuba dirungkai, atas nama ijtihad. Justeru, apa yang telah dijelaskan dalam artikel ini, jua yang adalah merujuk kepada konteks ini dan bukanlah memaksudkan secara terus kepada classical liberalism, political liberalism, neoclassical liberalism atau apa jua faham yang boleh dibahaskan secara ilmiah.

Faham kebebasan dan hak asasi yang diperjuangkan pula nampaknya hanya mencedok daripada teori-teori Barat. Sementara Islam mengiktiraf hikmah dan mengambil manfaat produk yang baik daripada mana-mana tamadun, Islam juga mengajar agar kita menyaring terlebih dahulu pemikiran-pemikiran Barat dan memastikan ia benar-benar selari dengan pandangan alam (worldview) Islam. Telah sekian ramai pemikir-pemikir Islam yang menghasilkan buah fikiran yang tuntas dalam isu kebebasan dan hak asasi manusia, antaranya Syeikh Muhammad al-Ghazali, Syeikh Rachid Ghannouchi, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Dr. Ahmad al-Raisouni dan Prof Muhammad ‘Immarah yang pastinya perlu ditelaah dalam memformulasi teori kebebasan yang selaras dengan ajaran Islam.

Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab bagi setiap Muslim untuk berhati-hati daripada terjebak dengan pemikiran Islam liberal ini, lebih-lebih lagi Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang bersidang buat kali ke-74 pada 25-27 Julai 2006 telah memutuskan pemikiran Islam Liberal adalah sesat dan menyeleweng daripada syariat Islam, antaranya berdasarkan aspek-aspek berikut:

• Mempersoalkan metodologi pentafsiran al-Quran dan al-Hadith
• Kesilapan pada menempatkan peranan akal bukan pada tempatnya
• Menilai semula konsep hukum-hakam qath’ie dan zhanni yang telah disepakati para ulama

Wallahu a’lam.