Dalam mencari
maklumat tentang ideologi negara yang ditimbulkan oleh Dato Seri Presiden PAS,
ambe membelek beberapa buah buku. Ambe tertarik dengan buku Bagaimana Islam Memerintah Negara dan Beriman Kepada Qadak dan Qadar karangan
Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Tulis Abdul Hadi
Awang,
“Pemerintah
sesebuah negara mesti beriman dan yakin dengan aqidah atau ideologi negaranya.
Maka pemerintah negara Islam pula mestilah terdiri daripada pemimpin, anggota
kepimpinan dan jemaah menteri yang beriman kepada aqidah negara Islam iaitu
kepada seluruh ajaran Islam”. [Bagaimana
Islam Memerintah Negara : 41]
Orang ramai
seringkali berhujah bahawa seseorang pemimpin mestilah bersifat ADIL, AMANAH
dan KUAT (mampu memimpin dan berprestasi). Kenyataan itu sangat benar sesuai
apabila al-Quran melalui Surah Yusuf: 55 menyatakan Sifat HAFIZ dan ALIM
manakala dalam surah al Qasas:26 Allah menyatakan Sifat QAWIYY, dan AMIN.
Cuma kita semua
sering terlupa syarat mendahului ADIL, AMANAH, HAFIZ, ALIM, QAWIYY dan
AMIN mestilah ISLAM yakni BERIMAN dan
BERTAQWA kepada ALLAH SWT berdasarkan al-Quran dan as Sunnah.
Pemimpin Islam
bukanlah setakat sesiapa yang mengaku bahawa dia seorang Islam, petah berapi
bercakap Islam. Pemimpin Islam juga
bukan setakat bina bank Islam, bina masjid, bina sekolah dan lain-lain. Pemimpin
Islam mesti mempunyai aqidah Islam yang sahih dan benar dimana menegakkan Islam
secara syumul-menyeluruh berdasarkan sumber ilmu Islam iaitu al-Quran, as
Sunnah, Ijma’ ulamak dan Qiyas.
Dalam buku Beriman Kepada Qadak dan Qadar, Abdul
Hadi Awang menyatakan tentang,
1. Hubungan akhlak dengan Aqidah
2. Aqidah penggerak hati
3. Aqidah dan Khilafah
4. Aqidah mengawal pemerintah
Pemerintah Islam
adalah seorang yang mengamalkan agama Islam, aqidah sebati didalam jiwanya akan
memerintah dengan perintah Allah.
Betapa pentingnya
memilih pemimpin yang aqidahnya Islam agar Islam mentadbir negara dan membina
tamadun. Pemimpin Islam akan membentuk kerajaan dengan bantuan teknorat muslim
dan bukan Islam. Pemimpin Islam memimpin, membangun dan memantau kerajaan
dengan iman dan taqwa pemimpin tersebut.
2 comments:
Bingung cara bermain Togel Hongkong, anda bisa mengetahui cara bermain Togel Hongkong di sini Togel Hongkong
Di bawah ini juga adalah sedikit penjelasan Togel Singapura untuk membantu anda mendapatkan kemenangan bermain Togel
Togel Singapura
Anda bisa baca itu semua di Erek Erek
Erek Erek
Erek Erek 2D
Erek Erek 3D
Erek Erek 4D
Erek Erek 4D
Artikel kamu bagus gan! aku selalu menunggu artikel kamu.. Seperti artikel berjudul Tafsir Mimpi bos
Post a Comment