Saturday, February 10, 2018

Islam Dan Pemerintahan



[1]
Kita bukan orang parti. Kecenderungan kita bukanlah kepada parti atau tokoh tertentu tetapi kepada ISLAM.
Keaktifan itu berdasarkan kemampuan kerana disiplin dan bebannya adalah berat. Keaktifan itu bukanlah mengambarkan siapa lebih baik tetapi khidmat kepada Islam dengan mengharapkan  ganjaran daripada Allah.
[2]
Islam itu bukan sekadar agama atau amalan keagamaan.
Islam itu ad’din dan menyeluruh mencakupi semua aspek kehidupan termasuk dalam ekonomi, politik dan kehidupan sosial.
[3]
Islam itu penyelamat. Islam itu jalan penyelesaian. Islam itu memerintah. Ia bukan sekadar retorik. Usia Tamadun Islam beratus tahun dan pelbagai ceruk geografi dan bangsa itu telah membuktikannya.
Apabila dinyatakan Islam, Islam datang menghapuskan segala kejahilan dan kemungkaran yang berlawanan dengan syariatnya termasuklah rasuah, KKN dan sebagainya.
Islam dengan kosmopolitan dan kemajmukan itu bukanlah perkara asing. Rasulullah SAW di Madinah, Islam di Andalusia dan Islam di India antara buktinya. Islam juga berpengaruh dalam Dinasti tertentu di China.
[4]
Islam memerintah. Islam mentadbir.
Asasnya ialah [1] pemimpin Islam dengan syarat-syaratnya, [2] sumber pemerintahan negara: Al Quran dan As Sunnah, dan [3] umat yang mendokonginya.
[5]
Masalah teknikal, ijtihad politik, gaya kepimpinan, gaya berfikir  dan pandangan yang berbeza adalah perkara biasa. Akur kepada keputusan dan kebijaksanaa syura atau ketua itu adalah ujian terbesar bagi seseorang pengikut. Ramai yang tenggelam dalam kebijaksanaan sendiri.
Kelemahan, kesilapan dan kesalahan itu adalah perkara biasa kerana setiap makhluk itu tidak sempurna. Muhasabah dan baikilah kelemahan, kesilapan dan kesalahan tersebut bersama-sama.
Kritikan itu juga perkara biasa. Raikan. Semua orang mahu kebaikan dan mereka semua ada pandangan.
[6]
Kerajaan Islam tidak lari daripada masalah, kesilapan, kesalahan dan kelemahan sama ada bersifat individu (kelemahan seseorang pemimpin) atau kolektif (keputusan dan tindakan kerajaan).
Rakyat boleh mendokong kerajaan pilihan mereka berdasarkan penilaian dan kehendak diri masing-masing. Apakah ukuran pemilihan seseorang pemimpin atau kerajaan yang rakyat inginkan?
Pada zaman ini, setiap parti mempunyai barisan pemimpin yang berupaya mentadbir jika diberi ruang dan peluang. Ramai orang mempunyai kebijaksanaan dan keupayaan diri dalam mentadbir.
Jika dulu perbezaan mereka adalah ideologi parti. Kini tidak lagi. Perbezaan ketara pada politik hari ini mereka ialah ukuran Islam. Islam pada CARA HIDUP (pandangan alam) seseorang pemimpin.
Justeru, pemilihan seseorang pemimpin itu terletak kepada:
1. Sejauh mana komitmen mereka terhadap Islam (ingat Islam bukan sekadar agama tetapi Islam adalah jalan penyelesaian masalah umat)
2. Akhlak
3. Kefahaman terhadap Islam (ilmu, cara fikir dan istiqamah dalam amalan Islam)

No comments:

Sebab-Akibat

Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...