Saturday, February 10, 2018

Parti Islam dan Musuh Politik



[1]
Seperti yang kita tahu, dalam politik tiada musuh (individu atau organisasi) yang kekal.
Lawan menjadi kawan. Kawan menjadi lawan.
Bagi sebuah gerakan Islam atau parti Islam, lawan atau kawan bergantung kepada sejauh manakah sesuatu pihak musuh politik(atau bekas musuh politik) mahukan Islam sama ada mereka menyertai gerakan Islam atau bersekutu dengan dengan gerakan Islam.
[2]
Politik ada tujuan dan matlamat.
Tujuan politik Islam ialah kewujudan pemerintahan Islam yang didalamnya mengandungi pelaksanaan ekonomi Islam, ada kepimpinan Islam, perundangan Islam, pentadbiran Islam dan dasar-polisi Islam. Sumber pemerintahan Islam adalahAl-Quran dan Ass Sunnah serta Ijma’ Ulamak dan Qiyas.
Politik Islam bertujuan mendapat keredhaan Allah dan politik untuk akhirat bukan sekadar matlamat dan tujuan duniawi sahaja.
Politik Islam juga mempunyai tujuan duniawi yakni membangunkan tamadun dan negara yang adil dan maju berdasarkan syariat Islam.
Politik Islam tidak menolak kesepakatan bersama golongan bukan Islam atau musuh politik untuk membangunkan negara.
[3]
Kesepakatan dengan musuh politik seperti puak sekularis, liberalis, nasionalis, pluralis dan lain-lain mesti dalam tujuan duniawi dengan batas-batas sempadan tertentu yang memenuhi kehendak syarak.
Maknanya, ikatan ini memerlukan syarat-syarat tertentu yang perlu dipenuhi. Jika pihak musuh Islam melanggarinya, hubungan  dan persepakatan boleh terputus.
[4]
PAS mempunyai eksperimen dan pengalaman politik dalam kesepakatan politik secara bersama dengan piha musuh politik seperti dalam BN, APU, BA dan PR.
Ramai yang melihat PAS bersifat pragmatik. Tetapi keputusan tersebut dibuat berdasarkan dalil dan hujah tertentu yang diputuskan oleh para ulama dalam PAS.
[5]
Kebijaksanaan pemimpin yang berpengaruh dan keputusan Syura penting dalam menentukan kesepakatan dengan musuh politik. Jika tidak berlaku huru-hara dalam sesebuah gerakan Islam.

No comments:

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...