Tuesday, February 27, 2018

Rakaman Audio-Video: Antara Fitnah atau Manipulasi Maklumat.



[1]
Gambar, rakaman audi0-video dan tajuk akhbar banyak menimbulkan fitnah dan persepsi buruk kepada seseorang atau kelompok tertentu. Ia lebih kepada serangan pribadi atau pembunuhan karekter. Paling malang, tabiat buruk ini dilakukan oleh kelompok lulusan agama..

[2]
Antara gambar yang menjadi isu dan kontroversi ialah gambar YAB Menteri Besar Selangor, Dato Seri Azmin Ali.
Rakaman suara pula seperti Tuan Haji Mohamad Sabu nak jatuh Presiden PAS dan Ustaz Mohamad Abduh vs Ustaz Zaharudin Muhammad
Manakala video seperti video Ustaz Azhar Idrus, Dato Mustafa Ali, YB Nurul Izzah dengan pensyarah UNITEN dan kes Anwar Ibrahim.

[3]
Pendirian kita?
Setiap manusia ada kelemahan dan kesilapan serta mudah melakukan dosa. Nafsu manusia bukan mudah dikawal. Kita bukan Nabi yang maksum dan dilindungi daripada dosa.
Ada manusia sememang berwatak JAHAT disebalik zahirnya yang baik. Ada manusia yang baik tersalah langkah terjerumus dalam dosa. Ada manusia diperangkap oleh pihak berniat jahat.
Sesiapa jua kita tetap berkemungkinan melakukan kesalahan dan kesilapan kerana godaan syaitan dan nafsu.

Kes Liwat Anwar Ibrahim, Sepender Dato Mustafa Ali dan lain-lain adalah kes diluar pengetahuan kita. Kita tidak tahu sebab kita bukan saksi didepan mata. Kita hanya dihidangkan dengan gambar dan rakaman video-audio yang boleh diedit pada zaman kecanggihan ini. Barangkali benar atau tidak benar.

Bahkan seseorang itu boleh diperangkap dengan permainan jahat orang lain.
Justeru, kita memilih bertanya empunya badan, adakah benar atau tidak benar perkara/kejadian tersebut?

Jika jawapannya, TIDAK. Berpegang kita dengan jawapan itu.

Segala urusan lain seperti empunya diri nak tipu dan bagai, maka itu urusan empunya diri dengan Allah SWT di mahkamah akhirat nanti.

Kita hanya mampu menokhtah kes dengan pengakuan empunya diri sahaja.

[4]
Umat Islam kembali kepada al-Quran dan as Sunnah. Jangan manipulasi maklumat, jangan jaja maklumat yang tidak benar, jangan menimbulkan fitnah. Berpolitik secara yang santun dan damai. Politik Saidina Hassan Bin Ali, cucu kesayangan Rasulullah SAW.

Tidak adil melihat separuh-paruh, kemudian memanipulasi maklumat tanpa memahami konteks, situasi dan laras bahasa yang digunakan.

Ingatlah surah al Hujurat: 6.

Berwaspada dalam menerima maklumat. Ikutlah cara al- Quran dan cara Nabi Muhammad SAW dalam memperolehi maklumat.

Moga kita semua diselamatkan daripada menerima maklumat yang salah.

Muhasabah diri. Moga Allah selamat iman dan amal kita.

No comments:

Sebab-Akibat

Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...