[1]
“Kalimah itu benar
tetapi tujuannya adalah batil”
Umumnya, kita
menganggap Pejual agama dan penunggang agama adalah orang yang mengunakan dalil
dan hujah bersumberkan al-Quran dan as Sunnah untuk kepentingan diri dan
kelompok mereka. Lazimnya, mereka adalah kelompok lulusan pengajian agama yang
mengunakan dalil-hujah agama untuk kepentingan perniagaan dan politik
kepartian-organisasi. Punbegitu, ia tidak terhad kepada lulusan pengajian agama
sahaja. Ia juga dilakukan orang lain.
Orang ramai mungkin
keliru dan dalam dilema antara hujah-dalil
yang digunakan ikhlas kerana Allah atau mengunakan hujah-dalil atas kepentingan
tertentu. Untuk mengetahui siapa pejual dan penunggang agama sukar kerana ia
melibatkan persoalan niat dan suara hati seseorang serta tujuan sebenar orang
tersebut. Hanya Allah SWT dan orang itu sendiri yang tahu apa yang diniatkan
dalam hati mereka.
Begitu juga tentang
orang yang mengakui dah insaf dan bertaubat. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu
tahap keikhlasan dan keinsafan mereka.
[2]
Kita hanya menilai
dan menghukum perkara yang zahir bukannya niat dan agenda tersembunyi yang kita
tidak tahu. Niat dan agenda tersembunyi, kita serahkan kepada Allah SWT untuk
menilai dan menghukum mereka.
Punbegitu, al-Quran
dan as Sunnah ada mencirikan sifat-sifat manusia yang munafik. Sejarah juga
menyatakan sifat-sifat dan tindakan yang ada pada pemimpin munafik Madinah,
Abdullah Bin Ubai.
Kita juga diajar
meminta maaf dan bertaubat. Jika bersalahan dengan manusia, kita kena minta maaf
dan memperbaiki kesalahan dan kesilapan yang dilakukan. Sudah tentu kesilapan
dan kesalahan yang besar adalah perkara disisi Allah.
[3]
Penjual dan
penunggang agama boleh dikesan melalui
A. Pengaulan
B. Sejarah dan
rekod yang lepas
C. Pandangan masa
kini melalui tulisan dan lisan
[4]
Para pejuang dan
pendokong kebenaran akan berpecah-belah disebabkan oleh sifat DENGKI. Sifat
dengki akan menghasilkan DENDAM. Dengan dendam, maka perpecahan akan berlaku.
Perkara yang boleh
diselesaikan dengan perbincangan dan hormat-menghormati pandangan dirosakkan
oleh sifat DENGKI. Perbalahan berterusan dan dendam digenggam.
Silap sedikit,
perang hujah-dalil berkumandang.
DENGKI
Membuta-tulikan kebenaran
Hati berpenyakit membuahkan dendam.
[5]
Dalam menghadapi
fitnah ini, kita perlu
A. Akur terhadap
apa yang ada dalam al-Quran dan as Sunnah. Segala penilaian dan ukuran dalam
setiap keputusan dan tindakan berdasarkan al-Quran dan as Sunnah.
B. Utamakan persaudaraan
Islam dan penyatuan ummah.
C. Sabar atas
segala perangai manusia sekeliling
D. Menghormati
segala pandangan dan ijtihad seseorang selagi tidak melanggar syariat Allah.
F. Serah urusan
siapa yang benar kepada Allah SWT. Kita mati, mereka juga akan mati. Di
Akhirat, kita semua akan dibicara di mahkamah Allah. Allah akan menghukumi kita
bukannya suara atau pandangan manusia.
[6]
Penyakit nafsu
Perasaan loba yang berlebihan – TAMAK
Kemahuan nafsu yang tidak terkawal –
BERNAFSU
Merasakan fikirannya sahaja yang betul –
UJUD dan TERPERSONA
Penyakit hati
Hati berkarat dan hati tersumbat
Pengutamaan pada keduniaan
Lupa akhirat.
No comments:
Post a Comment