Sepanjang hampir 4 hari berkampung
dengan mesyuarat, penulis dapat mengetahui pelbagai dasar, polisi dan
perancangan pihak KPM. Ia sangat mengujakan dan disokong 100%. Sangat baik.
Moga perancangan yang cantik pada dokumen ini tidak dirosakkan oleh ‘tangan-tangan
ghaib’ yang bermain politik dan komisen.
Penulis sangat mendambakan sistem
pendidikan yang tidak berorientasikan pendidikan. Menurut perancangan, 9 tahun pertama,
orientasi peperiksaan bukan lagi tunjang utama pendidikan negara. Pencapaian
akademik hanya dipentingkan ketika bermula usia 16 tahun dimana murid mula
berusaha menghadapi peperiksaan SPM dan STPM.
Untuk menghakiskan orientasi
peperiksaan, elemen seperti pengutamaan GPS, TOV, headcount, penggredan sekolah
dalam kumpulan tertentu dan sekolah kawalan perlu dihapuskan pada peringkat
menengah rendah dan sekolah rendah.
Pentaksiran pula secara holistik dan
seimbang antara unsur psikometrik, tubuh yang sihat (SEGAK), keaktifan (KOKO)
dan akademik.
Ada beberapa perkara yang masih boleh
ditambah-baik ialah
1. Masih kurang unsur sahsiah,
disiplin dan akhlak dalam pentaksiran holistik.
2. Pengubalan Peraturan Sekolah
Nasional perlu dilakukan bersama pihak polis, jabatan peguam negara, kpm,
kesatuan guru dan majlis permuafakatan PIBG serta pakar pendidikan agar
peraturan sesuai dengan murid dan dapat mendisiplinkan murid serta melindungi
guru-guru melaksanakannya.
3. Pembantu guru dan jurulatih Sukan
dan Kokurikulum (SUKOM) perlu diwujudkan.
4. Setiap sekolah perlu mempunyai
kenderaan sekolah sekurangnya van untuk mengangkut murid dalam aktiviti dan program dianjurkan bukanlah mengunakan
kenderaan persendirian para guru.
Keberanian Menteri, KPM dan Ketua
Pengarah KPM untuk mentranformasikan sistem pendidikan adalah terpuji dan
diucapkan ribuan terima kasih.
Cuma sesetengah pihak di JPN, PPD,
pentadbir sekolah dan para guru perlu berubah cara berfikir selaras dengan hala tuju baru KPM.
No comments:
Post a Comment