Sebenarnya, suka menggalakkan anak-anak menjadi seorang hafiz dan ustaz-ustazah.
Bukan tujuan utama mahu amalan anak membuka peluang kita ke syurga tetapi
pengalaman peribadi yang tohor agama dan ‘degil-malas’ tak dengar nasihat
ibubapa ketika dulu membuat diri mahu anak-anak sedar dan dididik dengan
sentuhan ilmu agama daripada kecil.
Ya, ilmu Islam bukan semestinya menjadikan anak-anak kita sebagai ustaz atau
ustazah tetapi ilmu ini diharapkan dan didoakan agar memimpin anak-anak kita kekal
berhidayah (insan saleh) dan istiqamah dalam amalan mereka dengan Islam serta
memiliki akhlak terpuji. Sudah tentu kita cuba mengubah diri ke arah Islami
agar anak-anak juga mentaudani secangkir amalan kita yang saleh itu.
Cuma, apabila melihat gelagat dan perangai pak lebai dan mak lebai pada
hari ini, besarnya dugaan dan fitnah yang dihadapi oleh mereka dan agama Islam,
tersemat pula rasa gerun.
Ujian terbesar pak lebai dan mak lebai pada hari ini, mahu hidup mewah-kaya
(materialistik) dan mahu dikenali (berwatak selebriti-populis). Maka, muncullah
adegan penipuan, ambil kesempatan dan manipulasi. Akhirnya, agama Islam itu
terfitnah ekoran para penunggang agama yang mempergunakan agama untuk
kepentingan diri sendiri.
Dalam berorganisasi termasuk perkhidmatan awam, mulut becok, batu api,
tikam belakang dan suka mengumpat, mak lebai dan pak lebai turut berenang
bersama-sama dalam kolam dosa ini.
Jika kita masuk ke dalam alam politik, tak usah nak tulis dengan pena, tak
cukup dakwat. Fitnah menfitnah, ambil kesempatan dengan hujah agama dan
lain-lain. Lihat sahaja watak lebai PAS vs lebai PAN, macam rancangan gusti
dihoskan oleh DAP dan UMNO.
**
Punbegitu kita percaya hanya segelintir sahaja mak dan pak lebai sebegini.
Jika ia ada sekalipun disisi kita, berwaspada dan anggap ia sebagai ujian Allah
kepada kita sahaja.
Dunia akhir zaman umpama suatu ketika dalam usia kita akan menelan ubat
darah tinggi dan kencing manis jua apabila waktu sudah tiba. Edannya zaman akan
muncul, lambat atau cepat sahaja. Fitnah
ke atas ulama dan Islam semakin menjadi-jadi, paling malang para ustaz-ustazah
merelakan diri mereka terjerumus ke dalam malapetaka ini.
No comments:
Post a Comment