Pada dekad tahun 1990an, muncul istilah Islam Amerika yang seringkali
digunakan oleh para pemimpin gerakan Islam tertentu menyindir para pemimpin
gerakan Islam yang pro kerajaan.
Rangkaian ‘Islam Amerika’ (RIA) muncul di Barat (Eropah dan AS) apabila
pemimpin Ikhwanul Muslimin Generasi Muda dari Mesir, Syria dan Iraq berhijrah
ke sana. Ia juga dibantu oleh pimpinan muda Jamaati Islami dari Pakistan.
Mereka telah menubuhkan pelbagai organisasi Islam dan berkhidmat dalam
pelbagai institusi pendidikan di sana. Secara fikrah dan aspirasi, mereka membawa Ikhwanul Muslimin dalam bentuk
baru yang sesuai dan serasi dengan kebudayaan dan ketamadunan Barat.
Pemimpin Ikhwanul Muslimin Generasi Baru ini juga menubuhkan organisasi
Islam peringkat antarabangsa terutamanya sayap belia, pemuda dan mahasiswa
seperti World Assembly of Muslim Youth
(WAMY)[1]
dan The International Islamic Federation
of Student Organizations (IIFSO)[2].
Anwar Ibrahim terlibat dalam WAMY[3]
dan IIFSO[4].
Mereka dibiayai oleh Arab Saudi terutamanya pada zaman Raja Faysal (memerintah
sejak 2 November 1964 – 25 Mac 1975) yang pro Ikhwanul Muslimin.
Pada akhir tahun 1970an, pemimpin
muda tadi menjarakkan diri mereka daripada gerakan haraki-siasah beralih kepada
gerakan intelektualisme. Ketika inilah munculnya The
International Institute of Islamic Thought (IIIT) pada tahun 1981. Antara pengasas IIIT
ialah Dr. Jamal Bazinji, Dr. Hisham Yahya Altalib, Dr. 'Abdul Hamid Ahmad Abu
Sulayman. Mereka semua adalah pemimpin Ikhwanul Muslimin Generasi Muda.
Sejurus Anwar Ibrahim berada dilantik Menteri Pendidikan, pendokong RIA
dilantik dalam kepimpinan Universiti Islam Antarabangsa. Antaranya Rektor UIA
ialah Dr. 'Abdul Hamid Ahmad Abu Sulayman. Pejabat IIIT Malaysia diwujudkan di
UIA Petaling Jaya. ISTAC pula ditubuhkan
pada tahun 1987 dibawah kepimpinan Syed Muhammad Naquib al Attas.
Perubahan gerakan haraki-siasah kepada gerakan intelektualisme dilihat satu
usaha menjarakkan pemikiran Sayyid Qutb berubah kepada pemikiran Malik Ben Nabi
yang bertunjangkan ketamadunan, kebudayaan, keilmuan dan pendidikan.
Punbegitu RIA masih mempunyai harapan politik mereka kepada Anwar Ibrahim
dalam usaha mereka menjadikan Malaysia sebagai model kenegaraan mereka. Mereka
cuba mengaplikasikan gagasan pemikiran mereka melalui Anwar Ibrahim.
Kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO dilihat atas usaha pemimpin IIIT, Dr
Ismail al-Faruqi yang menasihati Dr Mahathir menerima Anwar Ibrahim sebagai
anggota UMNO. Adakah benar Anwar Ibrahim menjadi agenda RIA? Hanya Allah SWT
sahaja yang tahu. Secara pastinya, perhubungan RIA dengan Anwar Ibrahim
kelihatan ada dan terancang.
Perkara ini dapat dilihat apa sahaja agenda RIA menjadi agenda Anwar
Ibrahim seperti [1] Islamisasi, [2] Masyarakat Madani dan [3] Muslim Demokrat.
Cuba kita telusuri gagasan pemikiran ini dan kita akan ketemui perkaitan yang
tak pasti sama ada kebetulan atau tidak sengaja.
Antara sifat RIA ialah
1. Mengutamakan istilah, konsep dan teori berbanding praktikal
2. Mengutamakan ilmu dan pendidikan daripada kenegaraan dan perundangan
Islam
3. Mengutamakan dialog peradaban, pengkongsian dan kebersamaan dengan Barat
berbanding perseteruan dan jalan jihad dengan Barat.
4. Mencari keserasian Islam dengan prinsip-prinsip Barat. Kebanyakan
hasilnya ialah nilai dan prinsip Islam seringkali tunduk dengan aspirasi dan
kehendak Barat. Contoh, konsep Muslim Demokrat.
5. Kerjasama dengan Barat dari pelbagai aspek termasuk dana, sokongan moral
dan lain-lain.
6. Islamisasi
[1] WAMY
diasaskan Arab Saudi pada tahun 1972. WAMY dipimpin oleh Sheikh Hassan Abdullah
(Presiden) dan Dr Abdullah Omar Nasief (Naib Presiden). Kedua-dua dari Arab
Saudi. Tunggak utama adalah Dr Abdullah Omar Nasief yang merupakan Setiausaha
Agong MWL (Muslim World Leage) dan
bekas rektor Universiti King Abdul Aziz.
Setiausaha Agong dan
Timbalan Setiausaha Agong dijawat oleh Dr Ahmad Abdul Kadir Bahafzallah dan Dr
Ahmad Totonji.
Manakala Ahli Jawatankuasa
WAMY terdiri daripada; Anwar Ibrahim (Perwakilan dari Asia), Dr Abdul Hamid Abu
Sulaiman (Perwakilan Amerika Syarikat), Dr Muhamad Yaqub Mirza (Perwakilan
Amerika Syarikat), Dr Jamal Barzanji (Perwakilan Amerika Syarikat) dan Mustafa
Al Tahan (Perwakilan dari IIFSO).
[2] The International Islamic Federation of
Student Organizations (IIFSO) hasil inisiatif pelajar Universiti Ibadan,
Negeria pada tahun 1966. Pada tahun 1969 berlaku perbincangan di Mekah, Arab
Saudi dan pada tahun 1971 ‘dilancarkan’ di Aachen, Jerman yang dikenali sebagai
pusat gerakan Ikhwanul Muslimin Syria. Dr. Ahmed Totonji dilantik sebagai SUA IIFSO yang pertama.
[3] Anwar
Ibrahim menjadi wakil/Ahli Jawatankuasa WAMY di peringkat Asia Tenggara selama
6 tahun bermula pada tahun 1976
[4] Anwar
Ibrahim dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa IIFSO
No comments:
Post a Comment