Dalam kolum Tekad Budaya, Mingguan Amanah edisi 81 tulisan Pak Dinsman menyatakan
‘dan saya menyatakan harapan
agar tokoh-tokoh pimpinan yang disingkirkan dari parti politik PAS tidak
tergesa-gesa hendak menubuhkan parti baru’
Penulis bersetuju dengan pandangan Pak Dinsman. Mereka yang disingkirkan
adalah pemimpin berpotensi, berpengalaman dan berjasa sewajarnya menyelesaikan
masalah mereka dalam gelanggang muktamar pemilihan yang akan datang bukannya
menubuhkan parti baru yang tidak menyelesaikan masalah bahkan menghasilkan
perseteruan berpanjangan, perpecahan, saling pecah-memecahkan pekung peribadi
dan politik sebalik tabir.
Jika mereka marah TGHH sekalipun, mereka boleh TAWAQUF sementara menunggu
TGHH berundur berikutan usia dan kesihatan TGHH semakin merosot. Barangkali,
ketergesaan mereka untuk memburu kemenangan politik dalam PRU 14 mengelapkan
pandangan mereka terhadap betapa pentingnya politik sepakat dan politik
penyatuan ummah.
Hasil penubuhan Parti Amanah Negara (AMANAH) pada hari ini dapat dilihat
pada:
1. Kemunculan pemimpin PAS yang merajuk, terpencil dan muka lama yang
menyepi menjadi pemimpin Amanah. Mereka cukup beremosi dengan PAS dan pemimpin
tertentu dalam PAS terutamanya TGHH. Dengan kemudahan ICT terutamanya media
sosial, serangan berbentuk pembunuhan karekter dan pembodohan dilakukan padahal
merekalah yang sering memperjuangkan perbezaan pandangan dan adab dalam
perbezaan pandangan.
2. Anak muda dan pemimpin gerakan mahasiswa yang mengkritik PAS dengan
garang dan suara lantang telah diberi jawatan dan kedudukan dalam kepimpinan
parti Amanah. Adakah mereka sudah melaksanakan idea-idea perubahan yang mereka
laungan seperti zaman anak muda dan mahasiswa ketika dulu?
3. Parti Amanah gagal menumpukan kepada agenda dan polisi yang
diperjuangkan oleh mereka. Mereka lebih banyak melakukan serangan politik
terhadap PAS dan mempertahankan diri daripada serangan politik PAS. Sewajarnya,
Parti Amanah menatarkan agenda-agenda perjuangan mereka kepada rakyat jelata.
4. Watak generasi tua PAS yang memimpin Parti Amanah tidak mengambarkan
politik baru. Mereka mewarisi sifat-sifat mereka semasa dalam PAS. Mereka suka
sifat ‘2 x 5’ dengan PAS.
Parti Amanah kena terus berubah memenuhi kehendak politik baru di Malaysia.
1. Perbanyakan calon-calon anak muda dalam PRU 14.
2. Jadikanlah pemimpin hari ini
sebagai transisi sahaja sebelum menyerahkan kepada pemimpin yang lebih muda.
Pemimpin muda seperti Ustaz Mohd Ramadhan Fitri Elias perlu dipersiapkan untuk
tampuk pimpinan seterusnya.
3. Lebih banyak mempromosikan agenda-agenda yang dibawa oleh parti Amanah
bukannya menumpukan serangan kepada PAS.
4. Memperbanyakkan aktiviti bersama dengan rakyat jelata.
5. Memperbanyakkan dialog dan pertemuan dengan kelompok berkepentingan di
negara ini seperti kesatuan guru dan sekerja.
No comments:
Post a Comment