Menyokong, simpati, cenderung atau menganggotai parti politik bernuasa
Islam yang sudah tentu memiliki syarat-syarat tentu membolehkan ia
dikelompokkan sebagai parti Islam. Antara syaratnya adalah:
1. Dasar dan Perlembagaan Parti ialah Islam yang bersumberkan Al-Quran, As
Sunnah, Ijma’ Ulamak dan Qiyas.
2. Matlamat parti Islam ialah menegakkan Negara Islam (dengan pelbagai
istilah-konsep: Negara Islam, Masyarakat Islam, Masyarakat Madani dan
lain-lain) dan didalamnya ditegakkan perundangan Islam (dilaksanakan dengan
pelbagai pendekatan dan berfasa-fasa). Matlamatnya mesti jelas bukannya kabur.
3. Politik untuk Akhirat bukannya membawa rakyat ke neraka dan kemurkaan
Allah SWT.
4. Pemimpin beraqidah Islam (Ahlul Sunnah Wal Jamaah) dan berakhlak Islami.
5. Didalamnya ramai ulamak
6. Didalamnya ramai orang saleh yang mencintai Islam dan ikhlas dalam
perjuangan Islam walaupun mereka miskin.
7. Paling minima mudharat daripada parti-parti lain dari segi permasalahan aqidah,
kebejatan akhlak dan kemanusiaan.
Kerosakan dalam Organisasi Islam (termasuk parti Islam) berlaku disebabkan
oleh kekeliruan, kecelaruan dan kebejatan dalam kefahaman ilmu dan akhlak oleh
mereka yang bersifat pelampau (taksub/fanatik), kurang pengalaman (gopoh, nak
menang cepat), mempunyai niat dan tujuan yang salah/buruk/jahat (oportunis,
tamak, liberalis, plural, korupsi,
kronis dan nepotis) dan salah dalam
manhaj (penghalalan atas nama agama, mengutamakan aqal berbanding al Quran).
Pemimpin organisasi Islam, ahli, pendokong, simpatis, penyokong dan yang
cenderung perlu sentiasa berwaspada terhadap kelompok di atas. ‘Syaitan’ dan ‘Malaikat’,
atau ‘orang saleh’ dan ‘orang munafik’ bercampur-gaul dalam organisasi Islam,
pilih sahabat dan pandangan yang mendekati pandangan dan seruan al-Quran dan as
Sunnah.
Kita mesti ikhlas, berjiwa besar, bersabar dan istiqamah atas niat menegakkan
Islam tanpa menghirau kemuncup mendatang.
# Pendirian
****
No comments:
Post a Comment