Jangan
bermudah-mudahan menggunakan istilah KAFIR.
Jangan bergurau
dengan istilah KAFIR.
Pegangan kita dalam
bab KAFIR ini seperti Prinsip ke 20 Rukun Faham Imam Hassan al Banna;
“Kita tidak mengkafirkan seorang muslim yang mengucapkan dua kalimah syahadah dan beramal dengan segala tuntutan dan melaksanakan kefarduannya- hanya berdasarkan kepada pendapat atau maksiat dilakukannya melainkan
- - mengakui kalimah KUFUR
- - mengingkari perkara agama yang sedia diketahui secara dharuri
- - mendustakan al-Quran yang jelas maknanya
- - mentafsirkannya menurut gambaran yang tidak sealiran dengan teknik bahasa Arab pada semua keadaan
- - atau ia melakukan suatu amalan yang tidak dapat ditafsirkan selain dari KUFUR.
Sesetengah individu
bersikap keterlaluan dan sesetengah lagi bersikap cuai. Kedua-dua sifat ini
adalah tercela.
Sesetengah individu
lagi bersikap bermudah-mudah. Mereka menyaksikan kekufuran tanpa bertindak
balas-dayus.
Sifat mengkafir
orang pada asalnya adalah sifat individu yang ekstrem dalam sesebuah kumpulan
dan membiak menjadi aliran dalam sesebuah kumpulan atau menumbuhkan sebuah
kumpulan beridentitikan sifat mengkafir.
Justeru, sesiapa yang mengkafirkan orang, mereka sendirilah yang menanggung dosanya. Adakah kita masuk mengikut orang melakukan dosa?
Sifat Mengkafir dalam Gerakan Islam?
Kita perlu mengakui
bahawa sifat mengkafir dalam gerakan Islam seperti Ikhwanul Muslimin dan PAS
berasal daripada sifat setengah-tengah individu bukannya pendekatan rasmi
gerakan Islam. Adalah terlalu malang jika kita menuduhkan Ikhwanul Muslimin
atau PAS mengamalkan sifat mengkafir bagaikan pendekatan rasmi mereka.
Kelompok ekstrem berada
dalam mana-mana kelompok. Ada kelompok WAHABI yang keras dan ada kelompok
khalaf yang keras dikenali ahbash.
Siapakah
yang Mengkafir Orang Lain?
1. Mereka yang terlampau sayangkan Islam
sehingga tergamak secara spontan atau tidak mengeluarkan perkataan atau istilah
yang membawa kepada mengkafirkan orang lain.
2. Mereka yang jahil tanpa ilmu. Mereka hanya
bertuankan nafsu dan emosi mereka sahaja.
3. Mereka yang berilmu mahu membezakan batas
iman dan kufur. Orang yang dikafir
memenuhi syarat-syarat yang membawa diri mereka ke lembah kekafiran.
4. Seseorang ulama atau orang berilmu
merasakan diri mereka sudah cukup ilmu dan amal yang mereka boleh
bertanggungjawab di depan Allah di akhirat kelas di atas keberanian mereka
mengkafirkan orang lain (atau ulama yang lain).
Kita sebagai orang awam mestilah menjauhi
istilah KAFIR dan tidak layak mengkafirkan orang lain.
Takfiri
sebagai modal politik?
Jangan cuba membudayakan
atau menghidupkan takfiri. Kita ingat kita cuba merawat takfiri tetapi kitalah
memarakkan api takfiri. Ingin menyelesaikan masalah takfiri menghasilkan budaya
takfiri yang baru. Ia boleh menghasilkan sektarianisme.
Takfiri adalah
budaya ekstrem zaman berzaman. Dalam mana-mana kumpulan atau aliran Islam, ia
sentiasa ada.
Tanpa ilmu dan niat
yang ikhlas, sesiapa yang mengkafirkan orang kebanyakan menjilat apa yang
mereka perkatakan.
Rahsianya, pemimpin
dan anggota gerakan Islam mesti terus istiqamah dalam perjuangan mereka. Layani
kelompok ekstrem berdasarkan perlembagaan organisasi. Usia dan ilmu boleh
mengurangkan sifat ekstrem.
No comments:
Post a Comment