Jika sifat bebas itu adalah liberalisme, semua orang
adalah liberalis.
Jika sifat berkebajikan itu adalah sosialisisme, semua orang adalah
sosialis.
Jika sifat hendak sama rata atau tiada pengkelasan dalam
masyarakat itu adalah komunisme, semua orang adalah komunis.
Sifat asasi dalam
diri manusia itu adalah nilai-fitrah kemanusiaan. Umumnya, ia tidak bertembung
dengan Islam kerana Islam adalah ‘agama’ fitrah bagi semua manusia. Cuma
apabila sifat asasi manusia menjadi ‘isme’, ideologi, pandangan alam atau aliran
pemikiran, ia mula menentang Islam.
Setiap aliran
pemikiran atau pandangan alam mempunyai kerangka pemikiran yang sendiri membentuk
aqal kita dan mengarahkan diri menjadikan pandangan hidup atau aliran pemikiran
itu menjadi satu cara hidup. Akibatnya, berlakulah pertembungan diantara Islam
sebagai adden dan syumul dengan isme-isme ciptaan manusia.
Fitrah kemanusiaan
yang sebenar adalah kembali kepada Allah SWT dengan sifat kehambaan kepada
Allah SWT yakni ketundukan diri kepada Allah dengan merasakan diri dan
kehidupan kita berada dalam genggaman Allah. Justeru, cara hidup kita termasuk
pandangan alam kita mestilah taat dan patuh kepada Allah SWT.
Manusia pada
asalnya mengikut kehendak Allah SWT. Akibat daripada kelemahan dan kesilapan
[untuk menjadi pengajaran bagi kita] manusia yang mengikut pandangan akal yang
genius [terlebih pandai] dan kehendak nafsu terpesona dengan godaan Iblis,
manusia (Nabi Adam dan Hawa) terbuang daripada Syurga.
Manusia dikeluarkan
daripada syurga meneruskan pengembaraan mereka di dunia dengan mengikut panduan
peta al-Quran dan as Sunnah agar tidak tersesat jalan pulang ke Syurga.
Kenderaannya ialah Islam (ikut nas syarak). Lampu penyuluh jalan ialah ilmu
tauhid.
No comments:
Post a Comment