Dari segi pilihan
raya, tiada masalah dengan DAP jika DAP mengekalkan status quo kerusi yang
ditandingi dalam pilihan raya ke 13 yang lepas. Dari segi politik, sikap DAP
anti-Islam dan campur-tangan dalam pemilihan PAS adalah tindakan yang biadap
dan sukar dimaafkan. Ia memerlukan masa untuk dimaaf.
Tentang Parti
Amanah Negara, masalah anda diri anda sendiri. Kenapa anda lari daripada PAS?.
Dilabel dan dikutuk atau ditikam belakang adalah adat resam orang berpolitik.
Hanya orang berjiwa besar, bersabar dan istiqamah hanya mampu menahan sepak
terajang dunia politik melainkan anda sudah merancang agenda yang lebih besar
dan rahsia sebelum ini.
Lari daripada PAS,
perkara yang sukar untuk dimaafkan. Dah merajuk dan melarikan kerusi, kemudian
menyalahkan PAS tidak mahu berdamai dan bekerjasama dengan mereka. Sedangkan
merekalah yang memulakan dulu dengan lari daripada PAS.
No comments:
Post a Comment