Monday, May 30, 2011

Menjelang Muktamar: Pemimpin Tanpa Nama



Menjadi seorang pemimpin sangat sukar. Pemimpin perlu melepaskan keselesaan, kemewahan dan kesenangan mereka demi pengorbanan mereka dalam perjuangan. Amanah, istiqamah dan ujian akan membebani diri.

Muhammad Sabu kalau nak habuan dunia, sudah tentu beliau minta bantuan Anwar semasa dalam tahanan ISA. Beliau mengucap terima kasih kepada isterinya kerana menghalang. Penjara atau tahanan ISA membuktikan ramai pemimpin bertaraf ‘pendekar’ menangis ‘takut’. Dikatakan Karpal Singh, Zambry Kadir dan Ibrahim Ali antara yang menumpahkan air mata. Manakala TG Tuan Ibrahim, TG Fadzil Noor dan ustaz Nasharudin meletak jawatan sebagai pensyarah.

Kita mahu pemimpin berkualiti, kita mengharapkan sesuatu daripada pemimpin yang kita anggap berkualiti. Jika begitu kita akan kecewa, mengharapkan kebaikan daripada orang lain akan menambahkan duka dalam hati. Latarbelakang, populariti, kehebatan dan kualiti kerja bukanlah jaminan keinginan seseorang untuk memimpin. Orang yang diharap tidak boleh dipaksa apatah lagi mereka beralasan. Mereka mempunyai cita-cita, kerjaya, keluarga dan elemen perjuangan lain yang perlu mereka gagahi.

Oleh itu, pemimpin perlu dipilih daripada seseorang yang sanggup memegang amanah, bekerja, istiqamah dan menepati kehendak semasa. Mungkin pemimpin itu lemah, era kepimpinannya diharapkan menjadi proses kematangan, kemantapan dan pengislahan dalam mengkualitikan prestasi kepimpinan dan pengurusan organisasi.

Thalut dan Nabi Daud AS bukanlah orang ternama. Mereka budak kampung dan miskin. Apabila diberi peluang, mereka menjadi ‘raja’ yang hebat. Saidina Abu Bakar bukanlah antara sahabat yang terbaik dari segi kepimpinan organisasi, apabila diberi peluang dan dibantu oleh manusia yang hebat, beliau menjadi khalifah yang baik.

Imam Hasan al Hudaybi bukanlah orang yang terbaik dalam kalangan Ikhwan. Tetapi kesanggupan menerima amanah, sanggup bekerja, ikhlas dan istiqamah dalam perjuangan tidak dapat disangkal.

Kehebatan Ustaz Nakhaie dan Anwar Ibrahim akhirnya tenggelam dalam lubuk lawan.
Pemimpin perlu menjuarai isu rakyat, pemimpin perlu mendepani masalah, pemimpin perlu menyatu dan menunjuki jalan, pemimpin perlu melontar gagasan dan idea, pemimpin perlu berakhlak mulia, pemimpin perlu keupayaan mempengaruhi, pemimpin perlu luas jalinan persahabatan dan pemimpin perlu bersifat keustazan dan kebapaan.
Jika kamu pembantu, laksana tugas ketua. Jangan langkau ketua dan jangan beku membatu. Jangan langkau ketua seperti Anwar Ibrahim.

Pemimpin perlu menunjuk hasil kerana mata manusia sangat mengilai keindahan hasil. Pemimpin mesti bekerja dan menampakkan hasil.

Pemimpin adalah pemegang amanah. Dan pemimpin hanyalah sebahagian daripada pengurusan. Paling penting dalam organisasi ialah pemikiran ahlinya, pendekatan dan dasar organisasi, keupayaan kerja ahlinya, matlamat dan ‘pemasaran’ produk.
Jangan risau kamu tidak ternama, kelak nanti kamu mencipta nama.

No comments:

Sebab-Akibat

Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...