Monday, May 30, 2011
Anak Muda dan Peluang Memimpin: Ustaz Nik Abduh, Nurul Izzah dan Usia
Pada tahun 1970an, ABIM mengumpulkan ramai pemimpin muda yang berkualiti. Badan ini dianggap sumber tenaga insan yang istimewa bagi negara kita terutamanya PAS. Kehadiran pimpinan muda ABIM sperti Fadhil Noor, Abdul Hadi Awang dan Nakhaie Ahmad banyak mengubah corak pemikiran dan pendekatan PAS.
Kemudian, anak muda ABIM ini mengubah PAS menjadi parti yang disegani dan pernah memerintah 4 negeri. Pada tahun 2000an, PAS memiliki ramai anak muda berkualiti tetapi tidak dimanfaat secara terancang dan kurang diberi ruang-peluang dalam menyatakan gagasan dan pendekatan baru. Bayangkan pada dekad ini, PAS masih mengharapkan tenaga tokoh berjasa seperti Ustaz Abu Bakar Chik, TG Haron Taib, Cikgu Pa, Ustaz Abdul Halim.
Jika dibandingkan dengan PKR dan DAP, PAS jauh ketinggalan dalam memberi peluang kepada anak muda dalam mengemudi isu dan dijadikan calon wakil rakyat. PKR memang parti bermasalah, kepelbagaian ‘faham’, latarbelakang dan sikap menyebabkan parti itu kurang stabil. Sifat kurang stabil ini yang dihadapi dengan jayanya adalah proses kematangan dan kemantapan sesebuah organisasi. Bahkan pengunduran ‘daki-daki’ pengkhianat membolehkan sesebuah organisasi lebih bersih.
Pengunduran pemuja dan pengampu serta sahabat muda[dalam ABIM dan Pemuda UMNO] Anwar daripada AMK membolehkan kader politik mahasiswa dan anak muda beridealis menapakkan diri mereka dalam carta kepimpinan. Daki-daki yang ‘harum’ hebatnya seperti Lokman Adam, Ezam dan Zahid bagai menjilat ludah mereka. Kekosongan ini membolehkan anak muda seperti Nazri Yunos [GERAK], Sim Tze Tzin, Amirudin, Nik Nazmi, Rafizi Ramli dan Nurul Izzah mengukuhkan kedudukan dalam parti. Bayangkan anak muda seusia Nazri Yunus diberi peluang menjadi Ketua AMK Negeri Sembilan dan Rafizi Ramli sebagai Pengarah Strategik. Bahkan Nurul Izzah dilantik Naib Presiden PKR. Usia ini mengingatkan saya usia Anwar Ibrahim memimpin ABIM iaitu 28 tahun.
PAS perlu lihat usia Pengarah Jabatan Penyelidikan PAS Pusat dan Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, lihat juga usia SUA PAS dengan usia SUA PKR dan DAP. Lihat juga usia Ketua Pemuda PAS dan bakal Timbalannya..
Oleh itu, saya sarankan agar usia pemimpin bagi jawatan Presiden PAS, AJK Pusat dan Badan Perhubungan Negeri dalam lingkungan 40-50 tahun. Mungkin orang berkata, kemana pemimpin berusia 50 tahun ke atas nak ditempatkan, mereka perlu kembali peringkat Bahagian. Keaktifan mereka sangat penting di Bahagian bagi menghidupkan tarbiah, kaderisasi dan pengurusan. Selain itu, mereka juga memiliki kuasa penentu dalam memilih anak muda yang berkualiti untuk dlantik sebagai Presiden PAS dan AJK PAS PUSAT.
PAS perlu segar dan berwajah muda seumpama Ikhwanul Muslimin pada zaman al Banna dan ABIM pada zaman Anwar.
Dalam Dewan Pemuda PAS pula, usia ketua Pemuda di bawah usia 30 tahun. Saya memerhati PAS banyak merugikan bakat anak muda yang berbakat memimpin organisasi. Anak muda daripada GAMIS, PMRAM, Hizbi UK kurang diberi ruang. Anak muda seperti Mohd Ramadhan Fitri, Abdullah Karim, Fadhli Ramli, Dzulkhairi, Nazri Chik terlepas peluang memberi bakti pada usia tenaga mereka masih kuat dan idea mereka masih bernas.
Seandainya perwakilan memilih Ustaz Mohamad Nik Abduh sebagai Timbalan Ketua Pemuda yang dikatakan melebihi usia 40 tahun, tanpa menidak jasa dan kebolehan beliau, saya berpendapat malangnya Pemuda PAS yang bagaikan kekeringan pemimpin ditengah-tengah ramainya tunas-tunas kepimpinan yang berkualiti. Apapun kita menghormati kebijaksanaan perwakilan dalam memilih pemimpin.
Ingat usia Nurul Izzah semasa menjadi Naib Presiden PKR.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sebab-Akibat
Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...
-
Parti Islah Yaman ditubuhkan pada tahun 1990 setahun selepas penyatuan Yaman Utara dengan Yaman Selatan. Kongres Rakyat Umum (GPC) dari U...
-
BAB 2: ROH PERJUANGAN GMI ‘Islam bukan agama teori dan ritual sahaja tetapi Islam adalah agama praktikal yang perlu diterjemah sebagai satu ...
-
Tak sangka, Jemaah Tabligh (JT) yang suci itu juga mengalami krisis. Itulah qada’ dan qadar yang ditentukan oleh Allah SWT yang mempunyai...
No comments:
Post a Comment